|
Reply 901# maya_27
england takde duit sekarang...ekonomi teruk..rusuhan disana sini...kegagalan ekonomi kapitalis..lepas Amerika, sekarang England....duit pound dulu pernah capai 1 pound = RM7.30 ...sekarang 1 pound = RM4.80
sekarang semua negara pakat beli Emas...untuk mengukuhkan ekonomi mereka....sebab tu harga emas mencanak naik....dan akan terus naik gila2 |
|
|
|
|
|
|
|
hhhmmm...barulah aku faham kenapa fu haifeng/cai yun kritik arena wembley sebagai "gudang sampah ...
ambok Post at 16-8-2011 15:46
renovation mmg dah siap 100% ke?
tak patut takde bilik persalinan, massage room , bilik tuk press conference ....
memalukan sungguh ...
chongwei baring atas simen je .... tiles pun takde |
|
|
|
|
|
|
|
Reply maya_27
england takde duit sekarang...ekonomi teruk..rusuhan disana sini...kegagalan ekon ...
ambok Post at 16-8-2011 23:28
ko beli & simpan emas 999 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 904# ambok
bukan ke stadium nih dah siap dibina sblm mslh ekonomi skang nih?lagi satu, olimpik taun dpn kat situ gak kann..it's kind of shame to london to have such
a bad stadium...
yang psl emas tu mmg betul pun..
lecturer bisnes aku pnah ckp yg emas mmg mempunyai nilai yg tinggi, tak lapuk
dek zaman n nabi pun pnah ckp bila mana dunia tak menggunakan emas sbg mata wang,
maka jatuh la ekonomi dunia..it's true, tgk la ape dah jadi skang |
|
|
|
|
|
|
|
stadium cheras yg dekat jusco maluri tu kan? situ biasanya banyak tournament badminton....tak patut tak sedia bilik persalinan pada player....
ambok Post at 16-8-2011 23:20
ha'ah...
tapi kalau kat stadium cheras tu, aku boleh terima la lagi... kalau kat wembley arena takde bilik persalinan utk players, itu dah kira melampau... |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei tak perlu tiru Lin Dan
KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei tidak perlu menggunakan 'modus operandi' yang sama dengan Lin Dan yang bertindak mengurangkan penyertaan dalam pertandingan dan bermain psikologi luar gelanggang dalam usaha mencatur strategi memburu pingat emas Sukan Olimpik 2012 di London.
Tegas jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock, biarpun Lin Dan diakui pemain yang hebat dengan memiliki empat kejuaraan dunia serta pingat emas Sukan Olimpik dalam koleksi, itu tidak bermakna, Chong Wei perlu meniru gayanya.
Beliau tidak nampak mengurangkan jumlah kejohanan pemain itu secara drastik sebagai tindakan tepat, malah jaguh No. 1 dunia itu juga tidak perlu menggunakan pendekatan psikologi seperti yang sering dilakukan Lin Dan.
"Sekarang ini Chong Wei sedang berada pada prestasi terbaiknya dan mengurangkan jumlah kejohanan hanya sesuatu yang merugikan dan tindakan yang bijak. Saya sudah merangka program buatnya tahun depan, kami hanya perlu mengikutinya.
"Bukan jumlah kejohanan yang patut dikurangkan tetapi apakah pertandingan yang disertai, itu yang perlu diberi tumpuan. Dia perlu selektif, beraksi dalam kejohanan yang benar-benar berkualiti dan sesuai. Chong Wei tidak boleh tiru apa yang Lin Dan buat kerana mereka berdua berada dalam situasi berbeza.
"Pertama, kita bercakap mengenai sparring di mana Lin Dan tetap akan mendapat sparring berkualiti sekalipun tidak menyertai banyak pertandingan kerana China memiliki ramai lagi pemain bertaraf dunia seperti Chen Jin, Chen Long, Bao Chunlai atau Du Pengyu, sedangkan Chong Wei perlu bertanding di pentas antarabangsa untuk mendapatkan cabaran yang betul-betul bertaraf tinggi.
"Mengenai permainan psikologi yang sering digunakan Lin Dan, seperti mengeluarkan kenyataan yang bertujuan menganggu fokus lawan, Chong Wei tidak perlu menjadi seperti itu, kerana ini adalah karakter. Lin Dan ada karakter dia sendiri dan Chong Wei juga mempunyai karakternya sendiri,'' kata Seu Bock.
Seu Bock percaya, Chong Wei masih mampu memenangi pingat emas tanpa perlu mengorbankan perancangannya kerana pemain itu sudah berada di landasan yang betul, cuma dia perlu konsisten, menguatkan mental dan fizikal, mengelak cedera serta bekerja keras.
Permainan Chong Wei dan Lin Dan kini hampir tiada jurang, begitu juga fizikal dan taktikal, cuma Lin Dan lebih bijak bermain psikologi, malah kurang melakukan kesilapan ketika merangkul gelaran dunia keempat dengan kemenangan 20-22, 21-14, 23-21, Ahad lalu.
"Saya juga menyokong Chong Wei apabila dia memutuskan untuk terus bermain selepas tamat Sukan Olimpik dan membatalkan persaraan. Pada saya kalau dia boleh mengelak kecederaan yang serius, dia sebenarnya masih mampu memberikan permainan terbaik pada Kejohanan Dunia 2013, itu tidak diragui,'' katanya
CREDITS TO UTUSAN ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ShaCroft at 17-8-2011 10:45
buleh buleh . seandainya i ols menjadi presiden BAM nnt, ade beberapa perkara yg i ...
micha Post at 16-8-2011 06:22
haaaaaa..ade2 nk tambah...
6) training utk XD, yg lelaki kena train smash je dr belakang,walo tinggi mana or rendah mana pon shuttle yg dtg kat die,kena smash yg tajam,bior berpaku lantai2 court..
7) training XD, yg pompuan kena cekang depan net, train+prektis dok depan net tu,bior sampai rabak net2 tu..
8) kuarkan surat pekeliling utk players, esp players pompuan, tak leh jerit2 sgt masa match..sket2 utk meraikan buleh, tapi kalo dah every point jerit, kena denda..sekali jerit, tolak elaun rm180..
9) kuarkan notis, suma players kena ikut etika pakaian masa match, esp women players..pakai baju besor n baju kecik yg betol dan sesuai utk pergerakan... <kan kak maya?..>
10) wat peraturan baru, players MD tak leh kapel ngan players WD
buleh x president? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by maya_27 at 18-8-2011 00:20
Reply 928# ShaCroft
alah..yg membirah sgt tuh bknnyer player msia, msia adalah negara timur yg masih suci compared to otherskalo usulkan kat bwf pun i rase dorang tak lyn sgt la..coz bwf lagi menggalakkan dorang pakai skirt, bwf ni bukannyer taliban, xdenyer dorang nak heran..lg dorang suke adalah:@ |
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY BIRTHDAY MIYOMA!!!!
dah besar dah budak kecik ni... ...
wawaKKK Post at 18-8-2011 08:52
happy birthday miyoma! |
|
|
|
|
|
|
|
HAPPY BIRTHDAY MIYOMA!!!!
dah besar dah budak kecik ni... ...
wawaKKK Post at 18-8-2011 08:52
smpi skrg ii x kenal miyoma nih sape walaupn dlm satu bangunan dulu..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|