|
ular sawa 100kg, 8 meter kat KUANTAN!!!
Penduduk tangkap ular sawa 100kg
ANGGOTA JPAM menunjukkan ular sawa yang ditangkap di Kampung
Kolek, Sungai Lembing, Kuantan semalam.
KUANTAN - Penduduk Kampung Kolek di Sungai Lembing dekat sini gempar apabila seekor ular sawa sepanjang lebih lapan meter ditemui berkeliaran di sebuah kawasan paya di kampung itu malam kelmarin.
Ular seberat hampir 100 kilogram itu bagaimanapun berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dengan bantuan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) pada pukul 8.30 malam.
Pembantu Operasi JPAM, Abu Bakar Omar, 22, berkata, ular tersebut yang mengalami kecederaan di perut mungkin sedang mencari makanan sebelum ditangkap penduduk kampung. |
|