CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Cakkkk....aaaa

IPHONE 5... Available in malaysia on 14/12/12

[Copy link]
Post time 15-9-2012 06:23 AM | Show all posts
Orange1 posted on 14-9-2012 01:23 PM
Kesahnyaaa.....aku pun lebih kenal barangan Apple sahaja berbanding jenama2 lain dan agak selesa dgn ...

me cuma pakai imac dan ipod, tablet me lebih berminat dengan samsung,
tengah tunggu galaxy note 10.1 ni dengan sabarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2012 07:00 AM | Show all posts
ohnolia berimpian dan memiliki kedua2 galaxy note 2 dan iphone 5... dan namun ohnolia tak yakin iphone 5 ini dan memenuhi selera tinggi ohnolia.

dan ohnolia dah lihat iklan galaxy note 2 ini di youtube , dan ia sgt2 mengujakan.......dan ohnolia tak sabar utk upgrade dr galaxy note  ohnolia yg lama dan begitu juga dan.

Last edited by ohnoLia on 15-9-2012 07:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 07:54 AM | Show all posts
Kenapa memilih iOS dan Android?

2 sistem operasi (OS) yang popular di dunia, iOS (Apple) dan Android (Google). Sering sahaja menjadi pergaduhan dan perdebatan di serata dunia termasuk Malaysia, oleh peminat dan pengguna kedua-dua OS tersebut.

Sedikit sejarah mengenai kedua-dua OS tersebut. iOS dibangunkan oleh Apple pada awal tahun 2004 (kajian sejak tahun 2000), dan iOS ditunjukkan kepada umum bersama dengan iPhone pada tahun 2007. Ketika itu, CEO Google, Eric Schmidt berada di dalam Apple sebagai salah seorang ‘Board Of Directors’. Google dan Apple (Jobs dan Schmidt) merupakan kawan baik sejak sekian lama, sehinggalah Schmidt menikam belakang Steve Jobs dengan membangunkan Android. Android, pada tahun 2006 mempunyai rekacipta seperti Blackberry OS, berubah menjadi seperti iOS selepas tahun 2007. Oleh sebab itu lah Steve Jobs menyebut bahawa “Android is a stolen product”.

Selepas dikhianati oleh Schmidt, Steve Jobs merahsiakan tentang iPad yang sedang dibangunkan Apple. Schmidt meletak jawatan di dalam Apple pada Ogos 2009. Sehingga kini, tablet Android langsung tidak dapat menyaingi iPad dan ketinggalan sangat jauh. Dalam acara Motorola baru baru ini, Schmidt secara umum mengakui yang Google ‘terlambat’ masuk ke dalam arena tablet. Kisah penuh mengenai sejarah Android mencuri iOS boleh dibaca di sini.

Saya kini menggunakan kedua-dua OS ini, iOS pada iPhone 4S dan Android pada Google Galaxy Nexus dan Samsung Galaxy Beam. Tetapi, ramai yang bertanya kenapa iOS menjadi pilihan utama dan bukannya Android? Apa kurangnya Android? Apa yang iOS boleh buat tapi Android tak boleh buat? Saya akan cuba menjawab secara ringkas sebab sebab mengapa iOS menjadi pilihan saya.


iMessage

Fungsi iMessage yang diperkenalkan oleh Apple di dalam iOS 5 sangat mudah dan berguna. Ya, sekarang sudah ada banyak aplikasi seperti Whatsapp dan sebagainya tetapi iMessage tidak memerlukan aplikasi. Ianya terbina dalam iOS. Jika anda mempunyai Wifi atau 3G, iOS akan automatik menghantar mesej sebagai iMessage percuma kepada penerima yang menggunakan iPhone/iPad/iPod Touch. Jika tiada 3G atau Wifi dan penerima tidak menggunakan iOS, ianya akan dihantar sebagai mesej biasa.


Senang dan Mudah

iOS lebih stabil berbanding Android. Jarang sekali ‘hang’ atau ‘lag’ melainkan anda Jailbreak. Apa pun Google nampaknya sudah menyelesaikan masalah ini pada Android 4.1 Jelly Bean. Perkembangan yang bagus untuk Android. User interface iOS simple dan mudah digunakan. Bagi sahaja iPhone atau iPad kepada sesiapa, dari kanak-kanak sehinggalah orang tua, semuanya reti bermain tanpa perlu di ajar. Ya, sesetengah orang suka mengubah ikut citarasa sendiri, setuju. Boleh Jailbreak jika anda mahukan widget dan lain lain ‘tweak’. Cloud Service (iCloud) pada iOS juga lebih baik berbanding Cloud Service Android.


Integrasi dan Aksesori

Lagi fungsi yang baik adalah Facetime dan Airplay. Facetime adalah panggilan video percuma menggunakan Wifi. Kualitinya sangat memuaskan dan sangat mudah untuk digunakan. Airplay pula dapat memainkan apa sahaja yang ada di skrin iPhone/iPad/iPod/Mac termasuk movie, games, gambar dan sebagainya kepada TV di rumah anda (Apple TV berharga Rm 349 diperlukan). Samsung Galaxy SIII juga mempunyai fungsi sama tetapi hanya boleh digunakan pada Samsung Smart TV.

Selain itu, aksesori seperti speaker, jam, radio dan banyak lagi kebanyakannya mempunyai ‘iPod Dock’ dimana anda boleh cucuk iPhone/iPod anda pada aksesori tersebut untuk mendengar lagu dan sebagainya. Aksesori yang mempunyai dock ini seperti sudah menjadi ‘standard’, tetapi malangnya tidak boleh digunakan untuk peranti Android.


Kemaskini Sistem Operasi

Ini adalah satu masalah besar buat pengguna Android. Oleh kerana terlalu banyak peranti di pasaran, kemaskini OS biasanya sangat lambat. Android terbaru adalah 4.1 Jelly Bean, tetapi majoriti peranti Android masih menggunakan Gingerbread 2.3 yang masih menunggu untuk dikemaskini kepada Ice Cream Sandwich 4.0. Lebih banyak peranti Android yang langsung tidak mendapat kemaskini. Kemaskini Android juga dikawal oleh wakil negara masing-masing, sebagai contoh, Google Galaxy Nexus di US telahpun mendapat Jelly Bean tetapi pengguna di Malaysia masih belum menerima kemaskini tersebut. Sangat komplikated.

Berbeza dengan iOS, kemaskininya teratur, mudah dan tidak meninggalkan pengguna model lama. Apa yang mengejutkan, iPhone 3GS yang sudah berumur 4 tahun mendapat kemaskini iOS 6 terbaru (2012) walaupun beberapa fungsi tidak dapat digunakan padanya. Pengguna Android pula kebiasaannya tidak akan mendapat kemaskini OS baru lagi selepas tak sampai setahun dilancarkan. Pelaburan yang tidak berbaloi rasanya.


Apps

Apple App Store tidak perlu lagi diperkenalkan kepada anda. Apple merupakan syarikat yang pertama di dunia memperkenalkan App Store untuk membeli aplikasi secara terus di dalam telefon dan kemudiannya di tiru oleh saingan saingan yang lain. Platform iOS jauh meninggalkan saingannya jika dilihat dari segi pasaran aplikasi. Kualiti App Store juga dijaga sangat rapi oleh Apple. Proses untuk meluluskan aplikasi sebelum dimasukkan kedalam App Store sangat ketat dan jika tidak mencapai standard, aplikasi tersebut akan dibatalkan dan ditolak. Ini menunjukkan hanya aplikasi yang baik dan berkualiti sahaja dilepaskan masuk kedalam ekosistem Apple. App Store kini mempunyai lebih 700 000 aplikasi, 250 000 daripadanya adalah aplikasi HD untuk iPad.

Berbeza dengan Android, kebanyakan aplikasi menjadi ‘stretched’ dan pixelated’ kerana terlalu banyak peranti dan perbezaan saiz skrin. Paling teruk kesannya jika anda menggunakan tablet Android. Kebanyakkan apps tidak mengikut resolusi sebenar, dan jika dikemaskini pun, hanya sekadar membesarkan daripada versi smartphone. Pada bahagian ini lah Apple jauh mendahului Google, masalah fragmented dan ekosistem.

Kepuasan Pengguna

Produk-produk Apple terkenal dengan ayat seperti “Magical” dan “It just works”. Apple mencipta hardwarenya, Apple juga mencipta softwarenya, dan kedua dua perkara tersebut dapat berkerjasama dengan begitu baik sekali, menghasilkan telefon pintar dan tablet yang sangat laju, tidak mempunyai masalah dan disayangi oleh hampir semua yang menggunakannya. Jika tidak percaya, biarkan nombor berbicara. Kajian yang dijalankan, kepuasan pelanggan untuk produk Apple melebihi 90% setiap tahun, jauh meninggalkan HTC di tempat kedua dengan hanya 70%.


Kelebihan Android

Cukup sekadar 6 sebab di atas mengapa saya lebih suka menggunakan iOS. iOS bukanlah sempurna, masih banyak fungsi yang diinginkan masih tiada yang ada pada Android. Ya, iOS 6 kini lebih baik dengan Maps milik Apple sendiri, fungsi ‘Do Not Disturb’, Safari yang lebih laju dan lain lain, tetapi kekurangannya juga tidak dapat dinafikan seperti :

  • Tiada kemaskini aplikasi secara automatik dengan wifi (background automatic updates)
  • Tiada shortcut bluetooth/wifi dan sebagainya pada Notifications Center
  • Ikon aplikasi yang hanya statik
  • Masih tidak menyokong widget
  • Tiada pengesan wajah (Face Detection)

Kesimpulannya, iOS dan Android masing masing ada kelebihan dan kekurangannya. Android versi Jelly Bean sememangnya hebat, tidak dapat dinafikan. Laju, stabil dan boleh customize mengikut citarasa sendiri. Jauh lebih baik berbanding Ice Cream Sandwich. Tetapi berapa peranti yang sudah mendapat kemaskini Jelly Bean? Tak sampai 5 pun rasanya. Apa pun akhirnya bergantung kepada OS yang manakah yang lebih sesuai dengan diri anda dan memudahkan kerja anda. Itu yang penting, bukan?

Sumber: Oh! Geekz
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 08:28 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 15-9-2012 03:22 AM
siapa yang hantar kedai tu jailbreak, aku jailbreak sendiri lah...

lagi satu semua app ...

Aku memang tergelak dgn pengguna2 Apple ni.
Mereka kata iPhone sgt hebat dan cukup sempurna.
Tapi pada masa yg sama, beli iPhone, lepas tu jailbreak jugak.
Sepatutnya sbg phone yg dah hebat dan cukup sempurna, jailbreak is totally unnecessary
Tapi disebabkan pengguna nak juga bebas sikit drp kepompong Apple, maka nak tak nak, jailbreak jugak la.
Tanpa jailbreak, siapalah iPhone


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 08:31 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 15-9-2012 03:24 AM
siapa yang bangga sangat tu?...

aku xpenah bangga pun...

betul ke tak tahu, atau saja-saja buat tak tahu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 09:04 AM | Show all posts
C.K posted on 14-9-2012 05:03 PM
Saya jua pemilik kepada kedua2 label besar ini...untuk talifon pintar saya gunakan sekarang ini ad ...

eleh.. shortcut masuk homescreen pun dah setahun pakai phone tak jumpe2 ada hati nak copy paste komen dari site..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2012 09:05 AM | Show all posts
agak2 bile iphone5 dah kuar ni iphone4 boleh dapat dalam 1k tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 09:07 AM | Show all posts
bacteria82 posted on 15-9-2012 07:54 AM
Kenapa memilih iOS dan Android?

2 sistem operasi (OS) yang popular di dunia, iOS (Apple) dan Andr ...

terbaik.....
next week dah leh update ios 6 hiks
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2012 09:34 AM | Show all posts
ella. posted on 15-9-2012 09:05 AM
agak2 bile iphone5 dah kuar ni iphone4 boleh dapat dalam 1k tak?

susah nk dpt harga tu..
melainkn yg 2nd hand..

iphone 4 yg pecah skrin pun org dpt jual dlm RM800

apetah lagi yg berfungsi.



Last edited by batmana on 15-9-2012 09:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 09:47 AM | Show all posts
LuCkY-sTaR posted on 15-9-2012 08:28 AM
Aku memang tergelak dgn pengguna2 Apple ni.
Mereka kata iPhone sgt hebat dan cukup sempurna.
Tap ...

So? iPhone jailbreak tetap iPhone. Pengguna bebas melakukan apa sahaja kepada iPhone yg dibeli. Sbb itu jailbreak tidak diharamkan. Dan dgn jailbreak, iOS semakin meningkat securitynya disebabkan setiap kali boleh jailbreak, Apple akan menutup kelemahan-kelemahan yang ada dalam exploit jailbreak dalam kemas kini iOS barunya. Selain itu, byk features yg dibangunkan oleh community jailbreak diambil oleh Apple dalam menambah features iOS terbaru. Walaupun pada dasarnya Apple nampak memerangi community jailbreak tetapi dalam masa yg sama, mereka saling melengkapi.

Erk.. Adakah ini ayat iFag?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 09:52 AM | Show all posts
Ayat2 iFag sejati









Sumber: Oh! Geekz
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 10:11 AM | Show all posts
Sedih aku nak bace artikel ni. Malaysia tak tersenarai untuk[B] Turn-by-Turn Navigation[/B] sedangkan banyak negara dalam SEA ada tersenarai. Apple, why you exclude Malaysia from your sight?

In the wake of the iPhone 5 launch, Apple (NASDAQ:AAPL) has published an updated list of international availability for iOS 6 features, including new maps and navigation functions, as well as new Siri capabilities. You can check them all in detail over on Apple’s website, or you can check the table below showing how regions in Asia compare.

China

Maps Standard, Satellite, Directions, Traffic, Local Search

Siri Sports

Dictation

Apps, Games


Taiwan

Maps Standard, Satellite, Directions, Local Search

Siri Sports, Siri Twitter Integration, Siri Facebook Integration, Siri Movie Information

Music, Movies

Dictation

Apps, Games


Hong Kong

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local Search

Siri Sports, Siri Twitter Integration, Siri Facebook Integration, Siri Movie Information

Music, Movies

Dictation

Apps, Games


Macau

Maps Standard, Satellite, Directions, Local Search


Music, Movies

Dictation

Apps, Games


Japan

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local Search

Siri Sports, Siri Twitter Integration, Siri Facebook Integration, Siri Movie Information

Music, Movies

Dictation

Apps, Games


Singapore

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local Search


Music, Movies

Dictation

Apps, Games


South Korea

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local Search

Siri Sports, Siri Twitter Integration, Siri Facebook Integration


Dictation

Apps, Games


India

Maps Standard, Satellite, Local search

Apps, Games


Thailand

Maps Standard, Satellite, Directions, Local search


Music, Movies


Apps, Games


Indonesia

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local search

Apps, Games


Vietnam

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local search


Music, Movies


Apps, Games


Philippines

Maps Standard, Satellite, Directions, Turn-by-turn, Local search


Music, Movies


Apps, Games


Malaysia

Maps Standard, Satellite, Directions, Local search

Music, Movies

Apps, Games

http://www.techinasia.com/ios-6-new-features-availability-asia/ Last edited by adiyon84 on 15-9-2012 10:13 AM

Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2012 12:49 PM | Show all posts
Dari flexibility mmg android menangi. Boleh guna keyboard third party etc. Keyboard paling pop utk android adalah SwiftKey sebab prediction logic nya boleh predict ayat ayat yang biasa kamu tulis. Keduanya swype, namun saya lebih aman dengan SwiftKey.

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 08:44 AM | Show all posts
LuCkY-sTaR posted on 15-9-2012 08:28 AM
Aku memang tergelak dgn pengguna2 Apple ni.
Mereka kata iPhone sgt hebat dan cukup sempurna.
Tap ...

o.k macam biasa dah xthu hujah buat-buat lari topik... tadi cakap xleh custom mcm android, pastu cakap jailbreak ko cakap iphone tu perfect buat apa nak jailbreak, tu ada sorg forumer tu lagi malas aku layan dah melalut pasal android dia yang leh guna kat phone tongkanng china pastu thun depan beli baru sama macam samsung, xleh update kena beli baru pastu dok bagga samsung kuar banyak keluaran tiap tahun...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 08:46 AM | Show all posts
LuCkY-sTaR posted on 15-9-2012 08:31 AM
betul ke tak tahu, atau saja-saja buat tak tahu?

kebanyakan orang kenal samsung dari apple...  aku cakap aku pakai ipad lagi murah daril tab diaorang, naper nak bangga lak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 08:49 AM | Show all posts
samsung android sama dengan beli tablet tongkang china yang xada jenama, dua-dua pakai android, kualti pun hampir sama, naper bayar lebih?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2012 09:14 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 16-9-2012 08:49 AM
samsung android sama dengan beli tablet tongkang china yang xada jenama, dua-dua pakai android, kual ...

btol2....aku pakai galaxy tab 2 10.1 sama je hang ngan lembap cam tab china rm250 tu.....baik pakai tab china je bole terus lempar luar jek.....

Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 09:28 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 16-9-2012 08:49 AM
samsung android sama dengan beli tablet tongkang china yang xada jenama, dua-dua pakai android, kual ...

nanti bang el nak beli ainol flame untuk baby bang el.. biar dia blaja animated punye learning stuff..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 10:41 AM | Show all posts
an2toncit posted on 16-9-2012 09:14 AM
btol2....aku pakai galaxy tab 2 10.1 sama je hang ngan lembap cam tab china rm250 tu.....baik paka ...

aku dulu mula-mula nak beli gak tab samsung pas aku selidik, lebih baik aku beli ipad 3... masa aku nak beli ipad stock boleh habis... samsung ada macam tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2012 10:42 AM | Show all posts
ella. posted on 16-9-2012 09:28 AM
nanti bang el nak beli ainol flame untuk baby bang el.. biar dia blaja animated punye learning stu ...

beli yang xada jenama itu, sama dengan samsung gak cuma yang xada jenama tu leh campak jika hang...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072741 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list