CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kacip_Fatimah

ANEKA ROTI

  [Copy link]
 Author| Post time 20-4-2010 09:23 AM | Show all posts
Reply  Kacip_Fatimah
   
huhuu..gebusss...geram tgok.
Kacip, roti ni sdiri uli @ guna BM.. .a ...
azzu_me1 Post at 19-4-2010 13:13

BM ja..ekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2010 10:31 AM | Show all posts
BM ja..ekeke
Kacip_Fatimah Post at 20-4-2010 09:23

Nmpk gaya kena ada benda'alah tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2010 12:09 PM | Show all posts
Nmpk gaya kena ada benda'alah tu
azzu_me1 Post at 20-4-2010 10:31

Go azzu go!
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 05:43 PM | Show all posts
Reply 963# Kacip_Fatimah


    kak.. dah tepek ke resepi roti nasi tuh hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2010 11:40 PM | Show all posts
Ni i jumpa resepi roti nasi kat myresepi....by onigiri.....

Roti Nasi
Bahan-bahan ( dpt satu buku roti )
•        80 gram nasi putih
•        100 ml air
•        250 gram tepung roti/tepung gandum (tapi kurang gebu)
•        60 ml susu segar
•        4 gram dry yeast
•        2 sudu besar gula
•        20 gram butter atau marjerin
•        1 sudu kecil garam

Cara-cara

Mula-mula aktifkan dry yis tu dgn 1\2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan dlm air suam, tunggu hingga betul-betul berbuih.

kemudian blender nasi bersama air dan susu hingga betul-betul hancur.

masukkan yis, nasi yang telah diblender, marjerin, gula dan garam ke dalam tepung dan uli hingga tepung tak melekat pada tangan.

rehatkan doh selama 1 jam dan setelah itu tumbuk doh keluarkan angin.
kemudian terap doh memanjang dan lipat 3  

letakkan doh dlm acuan sandwish loaf dan biar hingga doh menjadi dua kali ganda dan setelah itu bakar pada suhu 190 darjah selama 25 minit.  

keluarkan dr oven dan glis roti tadi dengan butter utk dapatkan permukaan yang berkilat.

sedia utk dimakan dan roti ni mmg lembut dan gebu sepanjang masa. Tak perlu guna pelembut roti atau pun bread conditioner. Selamat Mencuba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2010 08:56 AM | Show all posts
Ni i jumpa resepi roti nasi kat myresepi....by onigiri.....

Roti Nasi
Bahan-bahan ( dpt satu b ...
shiina Post at 22-4-2010 23:40

thanks shiina tolong tepek resepi tuu..
rimbun, inilah resepi yang saya guna tuu..
sorry yea, lambat nk tempek resepi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-4-2010 08:57 AM | Show all posts
Roti Nasi
[rasa dia lemak-lemak masin, nak lebih kurang mcm roti benggali]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2010 02:08 PM | Show all posts
thanks shiina n kacip... tu ler tgk roti kacip tuh gebu sungguh, teringin nak cuba... td org cosway dah tepon suruh amik BM... HiProtein flour kat rumah tuh pon dah ada bendasing dah kat dlmnya... nak start balik projek roti nii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2010 07:35 AM | Show all posts
Reply 968# rimbun

wah..lepas nih lagi laju la projek rimbun.. caya lah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 02:03 PM | Show all posts
Anis dah try roti marble twist nihh....memang sedap..anis ikut bulat2 resepi inti dia..kebetulan lak ...
AnisSuraya Post at 12-6-2009 14:24


huhu..dh lama x jengah sini...
hamboi2....comei nyer mini burger tu...

nk tanya la anis...
kt page mn ntah..anis ada bg tau..bakar roti guna api bwh je kan?
nk tanya oven anis ada function api bwh ke?
oven sy xde lah function tu...
yg ada api bwh bersama fan...
x ke kering kalau sy guna yg ada fan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2010 09:57 PM | Show all posts
huhu..dh lama x jengah sini...
hamboi2....comei nyer mini burger tu...

nk tanya la anis...
...
dealova04 Post at 25-4-2010 02:03 PM


Dea,

Oven anis tu ada function api atas bawah, api bawah sahaja, grill (utk bakar ayam pusing2 dalam tu).Oven anis tu pun ada fungsi fan juga.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:05 AM | Show all posts
nak tanya kengkawan skit... kenapa permukaan roti saya lembab bila dah sejuk yer? kalau roti beli tuh permukaannya kering. normally kalau lepas keluar oven mmg rangup n sedap tp kalau dah esoknya (buat mlm) mesti dah mcm lembab2 gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2010 10:15 AM | Show all posts
nak tanya kengkawan skit... kenapa permukaan roti saya lembab bila dah sejuk yer? kalau roti beli tu ...
rimbun Post at 26-4-2010 10:05 AM


Rimbun ada sapu butter ke lepas roti dikeluarkan dari oven? Kalau ada sapu butter lepas roti dikeluarkan dari oven, mmg atas roti tu mcm lembab sikit bila disimpan sampai ke esokan harinya.Anis tak berapa suka sapu butter lepas roti masak sebab lembab2 mcm tu...anis suka kering mcm kat kedai tu..caranya anis buat ialah sebelum bakar, anis sapu kuning telur + air atas permukaan roti tu..lepas siap dibakar, anis tak sapu butter pun...alhamdulillah, roti tu tak lembab pun permukaan dia walau simpan 2-3 hari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 09:54 AM | Show all posts
Reply 973# AnisSuraya


    oo camtuh eks... nnt try sapu kuning telur plaklah.. aritu try sapu ngan susu segar before masuk oven..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 11:05 AM | Show all posts
Rimbun, satu lagi kaedah nak permukaan roti tu tak lembab ialah masa nak bakar tu jangan sapu apa2 permukaan roti tu...nanti permukaan roti tu akan rangup dan tak lembab walau disimpan 2-3 hari..kalau doh roti tu dah ada campuran telur, shortening, hasil bakaran roti tu dah cukup cantik dah walau x sapu apa2 atasnya tu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 11:46 AM | Show all posts
Reply 965# shiina


Nak cuba buat resepi ni tapi sebelum tu nak tanya sikit part "aktifkan yis dengan 1/2 sudu kecil gula n tepung dan masukkan air suam".

Yg saya faham, yis di campur dengan 1/2 sudu kecil gula (n tepung kena taruk juga ker..) dan masukkan air suam (banyak mana..)

Tolong bantu saya puan-puan..... terima kasih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 02:26 PM | Show all posts
Roti yang saya buat semalam. Menggunakan resepi dari Roshayati RNet.
Kacip_Fatimah Post at 26-3-2010 08:17



    kacip..roti kt picture no.1 tu resepi kt mn?
leh tepek kt sini x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2010 09:33 AM | Show all posts
Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 29-4-2010 09:37
kacip..roti kt picture no.1 tu resepi kt mn?
leh tepek kt sini x
dealova04 Post at 28-4-2010 14:26


ASAS ROTI
Sumber : Roshayati RNet

Bahan-bahan :-

A/ Digaul sebati
350 gm tepung roti
150 gm tepung halus
100 gm gula
1 sdt garam halus
30 gm susu tepung
1 sdt bread improver [optional]
1 sdt bread softener [optional]
4 sdt yis kering

B/ campur ke dua bhn2 di bawah kemudian timbang supaya mendapat 265 gm
air
1 bj telur bersaiz kecil, dipukul sedikit

C/
40 gm butter atau 40 gm shortening [salah satu shj]

Cara-cara :-
1. Masukkan bahan B ke dlm A dan uli sehingga licin.
2. Masukkan bahan C dan uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 30 - 40 minit.
4. Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
5. Bahagikan doh dan bulat-bulatkan kemudian rehatkan selama 10 minit.
6. Keluarkan angin dari doh dgn cara picit-picit kan doh tersebut kemudian barulah diuli dan dibentuk.
7. Rehatkan doh selama 40 minit atau 1 jam.
8. Sedia utk dibakar.

Kalau guna BM, saya akan masukkan cecair dahulu [bahan B] dan kemudian baru tuang bahan kering [bahan A].
Kemudian set kan utk doh dan biarkan BM bekerja seperti sepatutnya sehingga bunyi bipp..bipp yg pertama dan masukkan bahan C iaitu butter atau shortening. [tapi saya akan melt kan sekejap dgn microwave baru dituang ke dlm BM]. Kemudian BM akan meneruskan proses menguli dgn sendirinya sehinggalah tamat waktu dan akan bunyi bipp..bipp. [kebiasaannya utk doh mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih] Lepas itu, keluarkan doh dan tumbuk utk keluarkan angin. Rehatkan sekejap.
Kemudian baru dibentukkan ikut kesukaan dan susun dlm loyang.
Rehatkan lagi selama lebih kurang 40 minit atau lebih atau sehingga naik berkali ganda kembangnya dan panaskan oven dan bakar.

Selamat mencuba.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:37 AM | Show all posts
Reply 975# AnisSuraya


    Thanks anis... buleh try plak lepas ni.. lg satu saya perhatikan kalau guna butter, roti kita akan lebih padat and lembab kalu dbandingkan dengan penggunaan shortening or olive oil. takat niii saya mmg selalu guna olive je lah, sbb lebih sedap bila dah sejuk
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 09:55 AM | Show all posts
Reply 979# rimbun

Anis suka wat roti guna shortening. Kalau wat roti putih/roti sandwich , anis suka guna minyak jagung. Roti lebih putih dan ringan berbanding kalau guna butter.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.308457 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list