|
aku boleh kata hari2 pi baling
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #959 Joe_Shaper's post
woish.. dok BM.. tang mana plak? awat ramai baling dok BM haa? hahahha.. |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu sapa tah janji lps raya aji nak tempek gambaq tah.. |
|
|
|
|
|
|
|
SEJARAH DAERAH BALING
Daerah Baling merupakan daerah yang kedua terbesar di negeri Kedah dengan keluasan 1,530 km persegi atau 590.32 batu persegi. Ia bersempadan dengan negara Thailand dan negeri Perak disebelah Timur, bersempadan dengan daerah Sik dan Kuala Muda disebelah Barat manakala daerah Kulim disebelah selatan.
|
|
|
|
|
|
|
|
TEMPAT-TEMPAT MENARIK
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong
"Destinasi Popular di Utara Semenanjung Malaysia "
Para pengunjung akan dapat merasai sendiri nikmat khasiat berendam di dalam air panas semulajadi sama ada dengan berenang di kolam yang disediakan atau sekadar merendam kaki dengan suasana kedamaian dikelilingi bukit bukau. Selain dari itu pengalaman meredah hutan dengan melalui denai-denai dan merentas kesejukan jeram air Lata Gading dan Lata Parit serta dikelilingi kehijauan alam semulajadi Hutan Simpan Ulu Muda yang pasti akan menguji kekuatan mental dan fizikal anda. Satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang beroperasi 24 jam di Malaysia dengan kemudahan penginapan yang terbaik dalam mempertingkatkan pertumbuhan industri pelancongan tempatan yang disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
Dengan kemudahan penginapan yang selesa serta aktiviti "jungle traking" bagi mereka yang menggemari aktiviti lasak, Pusat Rekreasi Air Panas Legong merupakan pilihan yang tepat sebagai destinasi percutian.
ANTARA PUSAT DESTINASI PELANCONGAN YANG BERHAMPIRAN: - Air Terjun Lata Bayu, Asam Jawa
- Air Terjun Lata Bukit Hijau
- Celak Waterfall, Kampung Iboi
- Gua Batu Kapur
- Gunung Baling
- Pemandangan Indah R&R Gunung Inas
Untuk Keterangan lanjut email: [email protected]
PUSAT REKREASI AIR PANAS ULU LEGONG
09100 BALING
KEDAH DARUL AMAN
TEL:013-4720255
FAX:604-4701580
Seri Baling Inn
Jalan Bukit Cahruk Nau
09200 Baling
Kedah Darul Aman Seri Baling Inn
No Tel 04-4705970
No Fax 04-4104800
Catering services 017-4202181 |
|
|
|
|
|
|
|
| UTILITI
Jabatan/Agensi | Telefon | Jabatan Bekalan Air, Baling | 04-4701066 | Tenaga Nasional Berhad, Baling | 04-4701021 | Jabatan Pelajaran, Baling | 04-4704344 | Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah(KEDA), Baling | 04-4701485 | Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baling | 04-4701329 | Jabatan Kerja Raya, Daerah Baling | 04-4701040 | Jabatan Pendaftaran Negara, Baling | 04-4701477 |
|
| | | | |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Disebalik Kedamaian ...BALING SIMPAN RAHSIA
Si Raja Bersiung naik angin. Manis darah manusia membuat nafsunya membuak. la juga buat baginda jadi tidak keruan. Satu persatu rakyatnya jadi korban untuk titisan darah bagi memuaskan serakahnya. Lalu, dengan penuh kesungguhan, baginda mencabut dua siungnya. Dicabut, sekuat hati dan akhirnya siung yang pernah memuaskan nafsu namun digeruni manu sia itu, tercabut dan dibaling jauh. Mitos barangkali, namun kesannya abadi. Setidak-tidaknya Kedah. sendiri, yang mana beberapa nama tempat dikaitkan dengan lagenda Raja Bersiung atau namanya, Ong Maha Pertia Deria yang dipercayai pemerintah semasa era praIslam Kedah. Pusing, misalnya tempat dikatakan di mana baginda memusing dan mencabut siungnya selepas digulingkan pegawai dan rakyat yang marah dengannya. Siong, sebuah bandar kecil yang seperti diduga, sempena gigi siungnya dan Baling, tempat baginda membaling giginya itu. Sehebat mitos Raja Bersiung, Baling juga mencatat sejarah pertemuan Tunku Abdul Rahman Putra, ketika itu Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya di sebuah Sekolah Inggeris pada Disember 1955, sebelum dia menjadi Perdana Menteri pertama. la juga mencatat sejarah perjuangan penuntut Universiti Malaya berhubung nasib penoreh getah Melayu Baling yang miskin pada tahun 70an. Baling juga dipilih sebagai pengasas Sekolah Model Khas di Kedah yang meng gabungkan Tahap II Pendidikan Rendah iaitu bermula darjah 4 dan Pendidikan Menengah, satu konsep baru dalam menye diakan kemudahan fizikal yang kondusif untuk meningkatkan mutu dan menambah peluang pendidikan kepada pelajar berpotensi dari kawasan Baling dan Sik. Sekolah itu, terletak di Charuk Nau, didirikan di kawasan seluas 29 ekar dan dibina dengan anggaran kos RM14,649 juta, merangkumi kelas, asrama dan riadah. Dan hari ini, ia yang dikategorikan sebagai Sekolah Menengah Harian Gred A sejak beroperasi pada Jun 1999 dilihat membantu membangun dan menyerlahkan potensi pelajar luar bandar yang kurang bernasib baik dari segi kemudahan dan peluang pendidikan. Kini, sebagai tumpuan pendidikan dan menyerlahkan potensi anak Kedah, berbeza dengan imej Baling semasa pra perang dulu yang terpencil serta terkenal sebagai tempat perlindungan untuk pelarian. Cuma, jika bukan kerana mitos Raja Bersiong sekali pun, Baling hakikatnya memang kaya dengan kesan peninggalan sejarah selain memiliki keindahan alam semulajadinya. Baling, sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu bandar lama dan baru, Bandar Lama di Jalan Sharee, sehingga kini masih mengekalkan seni bina lama, antaranya bangunan baru dan kayu rumah kedai dua tingkat yang kebanyakannya dimiliki peniaga Cina. Baling baru, dikenali sebagai Pekan Baru di Jalan Syed Sheh 3 pula dipenuhi seni bina moden seperti bangunan Majlis Daerah Baling yang antaranya menempatkan Pejabat Pas, kafe internet, pusat komputer, kedai pakaian dan barangan elektrik. Baling juga tidak ketinggalan sebagai tumpuan utama untuk penduduk membeli belah seperti di Pasaraya Sakan dan Kedai Serbaguna RM1.90. Setiap Rabu pula, Baling seperti berpes ta kerana adanya Pasar Tani yang menjadi medan pengumpulan hasil barangan kam pung untuk jualan. la yang terletak di Pekan Baru, Jalan Syed Sheh bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam 2 petang. Ramai penjual ubat juga mengambil kesempatan mempromosikan ubat-ubatan mereka. Gelagat dan persembahan pen jual ubat menjadi tarikan penduduk tem patan serta pelancong.
Tidak sukar untuk menjamu selera ker ana Baling 'bersepah' dengan gerai makanan, atau lebih senang, anda boleh memilih ke Medan Selera.
NAMA DAERAH : Baling
KELUASAN : 1530 kilometer persegi
PENDUDUK : 124,947 (banci 2000)
MUKIM : Siong, Baling/Bongor, Pulai, Kupang, Tawar, Teloi Kanan, Bakai,
JKKK : 181
MASJID : 63
SEKOLAH : Sekolah Menengah Agama Baling
Sekolah Model Khas
Sekolah Menengah Kebangsaan (11 buah)
Sekolah Rendah Kebangsaan (44 buah)
SR Jenis Kebangsaan Tamil (8 buah)
SR Jenis Kebangsaan Cina (7 buah)
HOSPITAL : sebuah
KLINIK DESA : 31 buah
PUSAT PENTADBIRAN : Pejabat Daerah Baling
PEGAWAI DAERAH : Dato'Noh Bin Dahya
BALING terkenal dari sudut sejarah kerana pertemuan YTM Tunku Abdul Rahman Putra dengan wakil pengganas komunis. Pertemuan yang memberi peryataan kepada dunia akan tegasnya pendirian kita sama sekali tidak mengiktiraf parti itu. Walaupun peristiwa itu tertinggal sebagai sejarah namun itulah titik tolak yang menentukan kedudukan dan nasib kita hari ini. Itulah Baling dengan sejarahnya sehingga dipantunkan orang:
Bukit Baling pekannya indah.
Tempat Chin Peng bertemu Tunku
Adik menjeling hatiku gundah
Entah bila jodoh bertemu
Namun sebagai sebuah daerah dalam negeri Kedah, Baling kini sedang mengorak langkah ke arah melengkapi ciri-ciri pembangunan apabila Kedah mencapai kemajuan pada tahun 2010 nanti. Faktor penting iaitu pelancongan dan pertanian menjadi tumpuan dalam menggerakkan pembangunannya. Daerah yang kaya dengan keindahan alam semula jadi Baling mahu dikenali sebagai daerah yang menjana pelancongan di negeri Kedah bahagian darat ini.
Projek pelancongan Air Panas Ulu Legong bermula tahun 1980 telah berjaya menggamit ramai pengunjung seluruh negara. Jaraknya hanya 18 kilometer dari pekan Baling. Antara kemudahan yang dibina di kawasan ini selain empat kolam air panas ialah toilet (persalinan), pump house and store, wakaf, pergola, pavillion (surau lelaki dan wanita), jambatan, pondok kawalan dan gerai jualan cendera mata. Projek fasa 1 ini menelan belanja sebanyak RM 1,289,577.87. dan siap pada awal 1996.
Bagi memenuhi keperluan pengunjung luar kerajaan merancang menyediakan kemudahan penginapan. Projek ini termasuk dalam Fasa 11 dengan peruntukan sebanyak RM 574,898. yang siap sepenuhnya pada Mac tahun lalu. Antara yang dibangunkan ialah enam unit chalet, gerai makan, tiga buah wakaf dan tapak khemah.
Berikutan itu di bawah Projek Pembangunan Pelancongan Rancangan Malaysia ke 8 Taman Rekreasi Air Panas ini mendapat peruntukan lagi sebanyak RM2,000,000. bagi mempertingkat dan melengkapkan lagi kemudahan yang ada berdasarkan kebanjiran pelancong yang mencecah 3,000 pada malam-malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Penduduk sekitar memberi kemudahan tempat meletak kereta yang mendatangkan sumber rezeki kepada mereka di samping Kampung Keda yang dijadikan sebagai Homestay.
Keunikan daerah ini satu-satunya di Kedah kerana mempunyai perkampungan orang asli di kiri dan kanan jalan ke peranginan ini. Penduduk berkenaan berjumlah 216 orang dengan 60 buah rumah dari rumpun Kensiu. Perkampungan ini ada pontensi dimajukan sebagai produk pelancongan dengan beberapa kegiatan yang akan disusun. Di sini juga terdapat Dusun Kelompok Kampung Baru Ulu Legong. Pelbagai buah-buahan bermusim terdapat di sini dengan penambahan dokong (50 ekar), durian (200 ekar), rambutan seluas 100 ekar.
Sebuah kawasan air terjun ditemui iaitu Lata Gading Ulu Legong yang jaraknya hanya 2.5 kilometer dari Peranginan Air Panas. Ini melengkapkan lagi pakej pelancongan Ulu Legong. Banyak kegiatan boleh dilakukan apabila dimajukan nanti. Antara kegiatan yang sudah dikenalpasti ialah jungle tracking, pemandian, kajian botani/perhutanan dan hidupan luar.
Peranginan air terjun lain dalam daerah ini ialah Lata Celak Iboi, Mukim Kupang, Lata Bayu Asam Jawa Mukim Pulai dan Peranginan Bukit Hijau. Ciri-ciri yang ada di sini adalah sama dengan kebanyakan lata lain. Setelah dibangunkan kini menjadi kunjungan ramai terutama penduduk kota di hujung minggu, bersama keluarga dan berkumpulan dengan purata sebanyak 3000 pengunjung. Kerajaan telah menyediakan kemudahan di tempat-tempat ini untuk keselesaan orang ramai mengadakan kegiatan di sini.
Kerajaan menyedari akan kepentingan jalan perhubungan, bukan sahaja untuk kemudahan penduduk tempatan malah memudahkan kedatangan pelancong. Jalan Baling ke Pengkalan Hulu dinaikkan taraf dengan peruntukan sebanyak RM 15,353,026.55 telah siap pada akhir tahun 1999. Sebanyak RM 90 juta telah diluluskan untuk membina jalan Timur Barat Pakej 1V Kampung Kangar ke Kuala Roi dijangka siap pada tahun 2004. Selain sebanyak RM 30 juta telah diluluskan untuk membina jalan dari Baling ke Kupang.
Pendidikan merupakan unsur penting bagi menukar corak kehidupan rakyat dalam menghadapi Kedah Maju 2010. Daerah ini akan mempunyai sebuah Kompleks Perpustakaan Awam bernilai RM 2.776 juta yang sedang jalan pembinaan dijangka siap pada awal tahun depan. Dewan Perhimpunan SMK Kuala Ketil 11 bernilai RM 1,500,000. telah siap pada Disember 2001. Turut mendapat Dewan Perhimpunan baru ialah SMK Tunku Putera yang bernilai RM1,331,600.
Para pelajar SMK Parit Panjang mendapat kemudahan asrama bernilai RM1,786,719. Yang dijangka siap pertengahan tahun ini. Lain-lain sekolah mendapat blok tambahan SRK Kuala Samak, SRK Lanai, SRK Pulai, SRK Syed Syeikh Kupang, SRK Ulu Tawar, SMK Baling, SMK Kuala Pegang, SRK Kampung Padang dan SRK Bakai. Manakala guru-guru juga tidak dilupakan kemudahan penginapan mereka. Beberapa blok tambahan dan rumah guru. Semunya berjumlah RM 24,793,019.
MUKIM KUPANG
Bilangan Rumah : 5841 buah
Jumlah Penduduk : 26235 orang
Jumlah JKKK : 40 buah
Keluasan (km persegi) : 199.25
Kepadatan Penduduk(km persegi) : 129
Penduduk terdiri daripada Melayu,Cina,India,Siam dan Lain-lain. Pembangunan pekan Kupang dijalankan dalam 2 pakej iaitu pada tempoh 21/1/1987 hingga 30/7/1989 dengan kos sebanyak RM 5 979 498.71
Kemudahan Awam
Kemudahan-kemudahan yang terdapat di Mukim Kupang adalah seperti:
Balai Polis-1buah
Pondok Polis-1buah
Pusat Kesihatan Besar-1 buah
Klinik Desa - 4 buah
Telefon Awam -98 buah
Padang Permainan-3
Dewan Orang Ramai-6 buah
Masjid dan Surau
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
KOMPLEKS RAKAN MUDA BATU 42, BALING KEDAH Terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Baling, kompleks menelan kos lebih kurang RM20 juta yang berorientasikan modul gaya hidup Program Rakan Muda mampu membawa hala tuju belia dan remaja dalam bidang yang mereka minati. Ada banyak pilihan sama ada sukan yang tidak begitu lasak hingga kepada jenis sukan yang paling mencabar seperti panjat tembok tiruan, papan luncur(skate board) dan basikal BMX yang menyediakan gelanggang untuk latihan atau menganjurkan kejohanan.
Kompleks tersebut yang mempunyai reka bentuk sungguh menarik menyediakan kemudahan asrama dua blok, kantin, pusat gimnasium, dormitori, bilik khas untuk VIP dan gelanggang sukan lain seperti gelanggang futsal, tenis, bola keranjang dan badminton.
byk perubahan yg sudah berlaku di baling skrg kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #970 Joe_Shaper's post
dekat2 ni yg ada bandar baru depan smka baling |
|
|
|
|
|
|
|
besh besh
aku suka baling
sebab aku pun orang baling
aku ada amik gambo Baling taun 2005
satu pekan aku round
tengok la kat sini
http://mknace.fotopages.com/?entry=461319
nak tempek tak kuar lak
nanti bulan 3 baru balik baling lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok kompleks rakan muda tu
mesti aku teringat arwah mak ngah aku
tu antara usaha dia tu |
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 tahun tak naik bus kbrt .. dulu aku selalu tiap weekend naik bus dr grik - baling - sp..
masa tu duk belajaq kat merbok .. tiap kali nak tunggu bus kat baling, duk meround2 pasar malam baling hari sabtu tu..
kenangan betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #975 Joe Hahn's post
(nak tambah sket)...
kat psar mlm ari sabtu tula aku bli pak tongko rm3.. puas ati mkan..byk ja aku rsa.
hmm raya cina ni kna balik balik pastu pi berkelah kat lata mengkuang plak.. he3 |
|
|
|
|
|
|
|
org kuala ketil baling
ada dak sapa2 kat cni orang kuala ketil? |
|
|
|
|
|
|
|
smmma..mana lagi best lata mengkuang ka lata bukit hijau? |
|
|
|
|
|
|
|
huhu..nk luah perasaan sikit leh tak?
awat la susah nk carik info pasal hotel/ chalet kat baling?
belle kan nk p baling tau raya cina ni. nak mandi kat kolam ayq panas. tp susah sgt nk carik info hotel. pinau mata ni dah.
tp syukur sgt kemarin dpt kontek sri baling inn.
cuma nk tnya, jauh dak sri baling inn - kolam ayq panas? |
|
|
|
|
|
|
|
put3teja: lata mengkuang ayaq tak byk sgt berbanding ngan bkt ijau.. kat lata mengkuang kalo nk best kna naik ats sket.. ayaq best la..
okla nila ranking lata hat best bg aku: 1) sedim 2) bkt ijau 2) lata mengkuang 3) lata assam jawa .. ada lagi ayaq terjun area2 baling kulim ni.. antaranya: lata junjung dan ulu paip .. ke2 2 tpt tu aku tak besa pi lagila.. so x taula cmna..
bellelossom: seri baling inn tu terletak area pekan baling.. ayaq panas ulu legong plak kat area kg2 sket .. lebih kurang 20km camtula... actually kat ayaq panas tu depa ada sediakan chalet.. tapi aku taktau la rega berapa.
tpi okla kalo hg stay kat seri baling inn tu sbb mlm baru hg nk pi mandi ayaq panas kan.. siang tu lehla lepak2 kat baling tu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|