CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI IX, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

   Close [Copy link]
Post time 29-10-2010 10:24 AM | Show all posts
Selapas lontaran pertama... kalau nak ke Mekah untuk tawaf & saie haji pun boleh jugak. Nak jalan pu ...
ustaz Post at 29-10-2010 08:51



Ustaz, kawan saya selepas melontar pertama pada malamnya dia bergerak ke Makkah untuk tawaf & saie haji sebab mengelakkan uzur (perempuan) yang nak tiba. Lagi satu penerbangan balik kami awal jadi untuk mengelakkan semua tu dia berjalan kaki dari Khemah ke Melontar Jamrah ke Makkah. Bayangkan dari Khemah ke Melontar 2.9km ke Makkah 7km. Kaki dia habis melecet. Selepas sempurna semua dia masuk Maktab di Makkah sekejap rehat dan pergi balik ke Mina (nasib dia baik ketika tu dapat naik bas). Sesampai je ke Mina dia datang Uzur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 10:30 AM | Show all posts
Alhamdulillah memang rezeki dia untuk dapat selesaikan haji sebelum uzur. Kalau tidak, pastinya kena tunda penerbangan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 11:05 AM | Show all posts
Alhamdulillah memang rezeki dia untuk dapat selesaikan haji sebelum uzur. Kalau tidak, pastinya kena ...
ustaz Post at 29-10-2010 10:30


Alhamdulillah Ustaz dia dapat balik seperti jadual. Sebab yang akak tahu kalau sorang tak dapat balik, mahram dia (kalau datang bertiga) bertiga jugak terpaksa tunda penerbangan. Ada juga teman2 jemaah yang terpaksa tunda penerbangan (disebabkan uzur) walaupun seronok dapat tinggal beberapa hari lagi tapi ada yang sedih juga sebab rindu pada keluarga yang tinggal. Kita pun faham perasaan sebelum selesai haji cammana selepas selesai haji cammana time tu baru teringat kan keluarga hu hu.

Tapi paling akak seronok tengok jemaah time nak balik semua pakai jubah baru pakai minyak attar (lebih lebih lagi masa kapalterbang dah nak landing semerbak harum dalam kapalterbang) muka semua berseri seri
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 11:18 AM | Show all posts
Betul tu kak.... tapi paling seronok masa waktu balik... bila kita keluar dewan ketibaan... punyalah ramai orang menyambut kepulangan keluarga masing2... padahal masa tu sudah lewat 2 pagi! Semua orang nampak gembira je... berpeluk cium sakan... seronok sangat2 masa tu.... kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 12:25 PM | Show all posts
Beruntung bakal2 haji sekarang... dah boleh tinggal di apartment. Tak perlu nak beratur nak guna tan ...
ustaz Post at 29-10-2010 09:13



Assalamualaikum Ustaz..
Appartment tu dah boleh digunakan sekarang ye?
Beruntunglah..
Ingat dulu masa haji Pertama tidor kat Khemah di Mina..
Berbonjol bonjol tanah..
Masa tu dibentang carpet aje..tak de tilam..
Tapi Haji kedua saya dah ada tilam..tilam kecil cukup cukup badan je..
Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 12:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 29-10-2010 14:00

Info bersama..

http://www.facebook.com/video/video.php?v=161188823912949&ref=mf

Teringat masa berbuka di D'Saji di Zam Zam Tower..
Perasa merek mereka ini ada berbuka sekali..
Rupanya mereka inilah yg terlibat sama dlm Pembinaan Jam yg terbesar di dunia..
Allahuakbar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2010 01:43 PM | Show all posts
border=0 />

Assalamualikum ustaz, aily dan rakan-rakan semua,

Inilah rupa khemah kami di Padang Arafah pada tahun 1992 yang lalu....

Tentunya semasa ustaz dan aily mengerjakan haji beberapa tahun yang lalu,  khemah di Padang Arafah telah bertambah elok kondisinya....

Begitu juga di Mina ketika itu kami  tinggal di khemah-khemah sahaja berbanding sekarang telah ada bangunan/binaan kekal...
Kesesakan dan kesukaran ketika melontar jika dibandingkan kemudahan yang disediakan sekarang.....sangat jauh berbeza.....

Kesusahan dan kesukaran yang dialami dan dilalui khususnya  oleh umat-umat terdahulu dari kita,  boleh membantu untuk kita menghayati falsafah melaksanakan Rukun Islam Kelima ini dengan lebih mendalam lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:13 PM | Show all posts
Ingat dulu masa haji Pertama tidor kat Khemah di Mina..
Berbonjol bonjol tanah..
Reply 965# aziefa

Salam Acikjie


Time akak pun tak ada tilam, beralaskan carpet je. Masa kat Arafah ada sebatang pokok lagi dalam khemah pulak tu penuh dengan semut merah huhu. Jemaah saling ingat mengingati tentang kehadiran pokok tu sebab kami semua dalam ihram takut dipatah patah pokok yang berada di situ serta kadang2 sedikit menganggu pergerakan kami yang ramai.

Masa kat Mina pun beralaskan karpet je memang berbonjol bonjol dengan tanah dan batu. Selak karpet boleh kutip batu untuk melontar he he.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2010 02:19 PM | Show all posts
Reply  aziefa

Salam Acikjie


Time akak pun tak ada tilam, beralaskan carpet je. Masa kat Ara ...
aily Post at 29-10-2010 14:13



   
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 02:39 PM | Show all posts
Reply 967# Rosputih

Kesesakan dan kesukaran ketika melontar jika dibandingkan kemudahan yang disediakan sekarang.....sangat jauh berbeza.....


Salam Kak Ros

Kami ingat time pertama kami melontar Jamatul Aqabah, terbayang bayang kesesakan serta kesukaran seperti tahun tahun terdahulu, jadi sebaik sampai je semua berpusu pusu berebut rebut di satu penjuru. Sebaik habis melontar anjak kedepan sikit je ya Allah punya lah kosong he he (takut punya pasal lah tu).
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 03:21 PM | Show all posts
Beruntung bakal2 haji sekarang... dah boleh tinggal di apartment. Tak perlu nak beratur nak guna tan ...
ustaz Post at 29-10-2010 09:13

Salam Ustaz,
apartment ni dah siap ke? ni utk jemaah pakej mcmana? dan monorel tu dah siap operasi utk kegunaan haji tahun ni?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 06:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 29-10-2010 19:00

Gambar ni mungkin dapat mengetuk hati..mengingatkan kembali kenangan pergi Haji..
Rindunyaa..




Gambar dari Ustaz Rahman..Almakki...Jazakalah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 07:12 PM | Show all posts
Salam Ustaz,
apartment ni dah siap ke? ni utk jemaah pakej mcmana? dan monorel tu dah siap operas ...
frapamocha Post at 29-10-2010 15:21



Salam..
Nak tolong jawab pasal monorel tu..
Rasanya mula beroperasi haji tahun ni..

   
Monorel Mina-Arafah diuji hari ini


2010/10/20
MAKKAH: Sistem monorel yang baru siap dibina akan digunakan buat pertama kali
pada musim haji tahun ini bagi mengangkut jemaah untuk perjalanan antara Arafah dan Mina.

Wartawan Malaysia yang dipimpin pengurus pasukan media Tabung Haji (TH) Malaysia,
Ahmad Fadzil Ghazali, berpeluang melihat sistem itu dilaksanakan secara percubaan hari ini.

Bagaimanapun, difahamkan pada peringkat permulaan sistem pengangkutan itu akan hanya dibuka
kepada jemaah haji tempatan.

Sistem itu penting bagi mengatasi kesesakan lalulintas setiap musim haji terutama
ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf di sana -
satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap jemaah.

Wukuf kali ini ialah pada 15 November, bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah haji dari Makkah akan bertolak ke Arafah dengan berpakaian ihram pada 8 Zulhijjah dan bermalam di sana.

Di Arafah, jemaah ditempatkan mengikut benua dan kemudian negara. Khemah disediakan oleh Muassasah, badan kerajaan Arab Saudi yang mengurus haji.
Seramai 26,000 jemaah haji Malaysia musim ini akan dibawa dengan bas ke Arafah untuk bersama jutaan umat Islam lain.

Pasukan wartawan Malaysia turut melihat persiapan untuk kemudahaan jemaah di Arafah, Mudzalifah dan tempat melontar di Mina.

Kerja penyelenggaraan dan mencantikkan Arafah yang terletak kira-kira 21.9 kilometer dari Makkah giat dilaksanakan. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 10:26 PM | Show all posts
Reply 973# aziefa

TQ.... asyik baca berita tsunami, gunung Merapi meletup, accident.... berita monorel terlepas..
Mungkin tahun ni monorel utk jemaah vvip
Makin selesa utk org mengerjakn haji .... dah ada mcm2 facility
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2010 11:27 PM | Show all posts
Reply  aziefa

Salam Acikjie

Selak karpet boleh kutip batu untuk melontar he heaily Post at 29-10-2010 14:13





    sama ... kita pun mcm tu jugak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 09:12 AM | Show all posts
Reply 971# frapamocha

Hotel tu memang sudah siap dan digunakan untuk Jemaah Asia Tenggara khususnya Singapura & Brunei. Saya tak pasti samada ia akan dibuka utk jemaah negara asia tenggara lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2010 10:56 AM | Show all posts
Post Last Edit by aziefa at 30-10-2010 10:59

Dengan kebenaran dari Ustaz Rahman..Almakki..
Moga dapat mengembalikan kenangan Haji kita..

Mengubat rindu kepada Para Perindu Tanah Suci Mekah..

Peringatan Terakhir sebelum tawaf
almakki | October 21, 2010 | 8:24 pm


“Yang tak pakai stokin sila naik ke bilik, yang pakai stokin nipis pun kena naik jugak, pakai yang tebal sedikit,”
nasihat Ustaz Zahari yang lebih mesra dengan nama ayahanda.
Ini adalah peringatan terakhir sebelum keluar hotel untuk menuju
ke Masjidil Haram bagi mengerjakan tawaf umrah.

Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 11:27 AM | Show all posts
sama ... kita pun mcm tu jugak.
hajar53 Post at 29-10-2010 23:27


Salam Kak Hajar

Kak Hajar haji tahun bila? Saya akhir 2006/2007

Ini masa kat Mina, melontar jugak namanya he he


Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 11:37 AM | Show all posts
Reply 977# aziefa

“Yang tak pakai stokin sila naik ke bilik, yang pakai stokin nipis pun kena naik jugak, pakai yang tebal sedikit,”


Salam Acikjie

Bagus begitu, Sekurang kurangnya Ustaz tersebut perihatin serta sentiasa memerhati jemaah bawah jagaan dia.

Cerita pasal stokin ni, ada jemaah kadang2 tu tak ambil berat sangat perihal aurat di kaki. Seelok2nya pakailah satu stokin nipis didalam dan disarung pula stokin tebal diluar. Kadang2 kita tak perasan stokin tu tercarik atau terkoyak dibawak tapak kaki, sekurang2nya stokin yang kita pakai didalam dapat tampung koyak tersebut. Stokin lekas terkoyak sebab kita sentiasa guna untuk tawaf juga untuk saie.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2010 02:58 PM | Show all posts
Salam Kak Hajar

Kak Hajar haji tahun bila? Saya akhir 2006/2007

Ini masa kat Mina, melonta ...
aily Post at 30-10-2010 11:27


Akak pergi tahun 2001.  Time tu kat Madinah maktab kita dapat katil, tapi kat Mekah ketika itu belum ada katil lagi ada tilam aje.  tilam pun tilam lah asal dapat buat haji.  Kat Mina macam kata aily lah diorang bentang karpet, bonjol  bonjol tanah tak rata, boleh pungut batu bawah karpet untuk buat melontar.  lepas lontar jamrah nak balik ke Mekah jalan kaki 7km gak sambil melontar duit kat pak arab.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075751 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list