|
[Pulau Pinang]
'Rumah Sembang Pasemboq Utara V174'
[Copy link]
|
|
itulah mira.
jauh beza bila dh besar
sb anak3 dah pandai buat hal sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah zura dah capai.
skrg zura byk moyan sb nk bg kawan2 pulak kutip kedit.
masuk lubuk pun bila rasa nk masuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga mira dpt result yg baik2.
aamiin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu gaji rendah hantui graduan buru peluang pekerjaan
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/10grad_1673323213.jpg)
- Gambar hiasan
Ketika negara berada pada fasa peralihan ke endemik, norma baharu dalam kehidupan hari ini akibat pandemik COVID-19 dan perubahan kepada Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dijangka mengubah sebahagian besar landskap pasaran buruh di Malaysia.
Dalam realiti pasaran buruh pasca pandemik, kesukaran graduan mendapatkan pekerjaan, gaji permulaan terlalu rendah dan terlebih kelayakan dalam pekerjaan bukan cabaran baharu tidak diketahui umum.
Analisis data satu dekad Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) oleh Khazanah Research Institute (KRI) merungkai beberapa dapatan penting perlu diberi perhatian pihak berkepentingan jika mahu mengatasi cabaran graduan baharu dalam pasaran buruh.
Sejak 2012, jumlah keluaran tahunan graduan tempatan melebihi 200,000 orang dan separuh daripadanya berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh setahun menamatkan pengajian.
Selebihnya, 23 peratus belum mendapatkan pekerjaan, memilih menyambung pengajian (20 peratus), menyertai program peningkatan kemahiran (2.0 peratus) dan sebahagian kecilnya sedang menunggu penempatan pekerjaan (5.0 peratus).
Peratus graduan belum bekerja dalam tempoh setahun selepas menamatkan pengajian juga menunjukkan trend menurun, daripada 27 peratus pada 2010 kepada 14 peratus pada 2019.
Namun, persoalannya, adakah statistik ini benar-benar menggambarkan keberhasilan pasaran buruh dalam kalangan graduan baharu?
Dari segi komposisi jantina, peratusan graduan wanita sentiasa melebihi graduan lelaki pada setiap tahun tetapi peratusan graduan wanita belum bekerja sebaik menamatkan pengajian lebih tinggi berbanding graduan lelaki.
Setiap tahun, sekurang-kurangnya satu pertiga graduan baharu terlebih layak untuk pekerjaan mereka. Malah, peratusannya lebih tinggi dalam kalangan wanita walaupun lebih ramai graduan wanita di institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai ijazah.
Bahkan, graduan wanita kebanyakannya mendapat tempat dalam pekerjaan kurang berkemahiran menyebabkan mereka terperangkap dengan gaji permulaan lebih rendah.
Dalam tempoh sedekad kebelakangan ini, lebih separuh graduan hanya memperoleh gaji permulaan di bawah RM1,500, menunjukkan kelembapan pertumbuhan gaji permulaan graduan.
Malah, gaji rendah ini turut berkait rapat dengan kurangnya penciptaan pekerjaan berkemahiran, sebaliknya lebih tertumpu kepada bidang separa mahir. Di samping itu, peratusan graduan bekerja tetap dan sepenuh masa juga semakin menurun, sebaliknya hampir separuh bekerja secara kontrak atau separuh masa.
Data kajian ini juga menunjukkan walaupun lebih kerap menukar pekerjaan mahupun mempunyai lebih daripada satu pekerjaan, pendapatan diterima graduan masih rendah di bawah RM2,000.
Analisis juga menunjukkan semakin ramai graduan memilih bekerja sendiri berbanding 'makan gaji'. Biarpun tidak disangkal bekerja sendiri terutama jika membabitkan bidang keusahawanan mampu menawarkan peluang pendapatan lumayan, kebanyakan graduan melihat ini hanya laluan sementara bagi mengelak daripada menjadi penganggur.
Malah, graduan berkecimpung dalam bidang usahawan ini juga sebenarnya masih berhasrat meneroka peluang pekerjaan 'makan gaji' lebih terjamin dengan pendapatan stabil.
Bidang TVET semakin mendapat perhatian
Namun begitu, bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin mendapat perhatian graduan baharu dengan keberhasilan lebih memuaskan, namun gaji permulaan tetap kekal rendah.
TVET menjadi fokus kerajaan sebagai suatu bidang utama selari dengan perkembangan IR 4.0. Analisis mendapati keberhasilan dalam kalangan graduan baharu TVET adalah lebih baik.
Contohnya, terdapat peningkatan dalam kalangan mereka mendapatkan pekerjaan sepanjang satu dekad lalu, daripada 49 peratus pada 2010 kepada 66 peratus pada 2020.
Keberhasilan graduan TVET mempunyai ijazah juga dilihat lebih baik. Namun, isu gaji rendah masih mencengkam graduan dengan 90 peratus graduan TVET masih memperoleh gaji di bawah RM2,000.
Disebabkan majoriti graduan TVET hanya mempunyai kelayakan diploma dan sijil kemahiran, peluang pekerjaan lebih terhad kepada pekerjaan separa mahir yang pastinya menawarkan gaji permulaan sangat rendah.
Walaupun tujuan menyuburkan pendidikan tinggi adalah untuk peningkatan isu mobiliti sosial, namun graduan daripada keluarga berpendapatan rendah menghadapi situasi lebih mencabar dalam pasaran buruh.
Satu daripada lima graduan menganggur berasal daripada kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,000. Malah, graduan kumpulan ini juga dilihat menerima gaji permulaan lebih rendah dan lebih terdedah kepada isu ketidakpadanan pekerjaan.
Disebabkan isu membelenggu graduan baharu ini, kebanyakan mereka dilihat tidak berpuas hati dengan pekerjaan dilakukan serta berhasrat mencari peluang pekerjaan lebih baik.
Kesimpulannya, di sebalik kadar kebolehpasaran tinggi seperti dilaporkan Kajian Pengesanan Graduan setiap tahun, isu keberhasilan graduan harus dilihat secara lebih menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada kejayaan mendapatkan pekerjaan semata-mata.
Pelbagai inisiatif direncanakan kebanyakannya memberi tumpuan khusus melahirkan graduan serba berkebolehan dalam mengharungi cabaran dalam pasaran buruh. Namun, tumpuan khusus juga perlu diberikan terhadap pewujudan pekerjaan berkemahiran dengan gaji wajar kepada tenaga kerja.
Dalam hal ini, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) turut memberi penekanan kepada reformasi pasaran buruh sebagai pemangkin dalam mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2025.
Ia termasuk memastikan peningkatan gaji dan upah bulanan, mempertingkat komponen pendapatan ke atas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui peningkatan sumbangan pampasan pekerja serta meningkatkan produktiviti pekerja.
Namun, isu pasaran buruh graduan ini memerlukan penelitian secara menyeluruh, daripada kedua-dua aspek permintaan dan pembekalan pasaran buruh.
https://www.bharian.com.my/kolum ... u-peluang-pekerjaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
klu mira tak kisah ok la.
boleh santai2 borak kt sana.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada kedengaran bunyi guruh |
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.bharian.com.my/images/articles/meraque_1673319944.jpg)
Teknologi dron semburan tompok hibrid diguna pakai oleh hampir 80 peratus nurseri sawit di seluruh Malaysia - Foto Facebook Meraque |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
zura pun dah tulis mcm mira juga.
ah lg senang bila dah tulis.
takde nk pikir2 ingat balik stop kt page mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0109rsjijik_1673323216.jpg)
KEADAAN rumah kotor dan jijik yang dijadikan sebagai premis memproses makanan oleh wanita warga Myanmar di Pangsapuri Taman Seri Murni Fasa 2, Kuala Lumpur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
4,069 pengembara China tiba di Malaysia sejak Ahad
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Id_obj39921858_1673325323.jpg)
PELANCONG luar negara tiba di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. FOTO Aizuddin Saad.
Putrajaya: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seramai 4,069 pengembara dari China tiba di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) sejak negara terbabit membuka sempadan wilayahnya Ahad lalu.
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli, berkata setakat ini tiada kes Covid-19 daripada kesemua pengembara berkenaan malah, tiada sebarang gejala dikesan.
Beliau berkata, pihaknya akan terus memantau perkara itu termasuk melakukan persampelan air kumbahan bagi pesawat yang tiba dari China.
"Saringan dan pemantauan akan sentiasa ditingkatkan bagi mengesan sebarang varian baharu Covid-19," katanya pada sesi taklimat khas kepada media di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya juga menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke luar negara supaya melengkapkan vaksinasi selain mengambil dos penggalak satu dan dua.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, prosedur operasi standard (SOP) kemasukan pelancong asing di semua PMA dikekalkan setakat ini.
Beliau berkata, SOP itu turut terpakai bagi pelancong dari China dan sebarang keputusan berhubung SOP baharu hanya akan dibuat berlandaskan data terkini Covid-19.
Malah, pelancong yang dikenal pasti demam akan dibawa ke sudut khas untuk diperiksa doktor bertugas.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... malaysia-sejak-ahad |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga pelancung2 asing tidak membawa varian covid 19 masuk malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
31,600 kuota haji Malaysia bagi 1444H/2023M
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/AFP000_32E92H6_1673324499.jpg)
GAMBAR hiasan. FOTO AFP
Putrajaya: Kerajaan Arab Saudi meluluskan 31,600 kuota haji jemaah Malaysia bagi 1444H/2023M.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, kelulusan itu diberikan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika beliau menghadiri mesyuarat bersempena Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 yang dianjurkan Kerajaan Arab Saudi, semalam.
Menurutnya, mesyuarat khas itu berlangsung dengan penuh mahabbah khususnya bagi membincangkan aspek persiapan musim haji tahun ini.
Katanya, pada mesyuarat itu, Dr Tawfiq Fawzan juga memuji Malaysia khususnya Lembaga Tabung Haji (TH) atas pengendalian haji yang baik, sistematik dan tahap layanan jemaah haji yang perlu dijadikan contoh pihak lain.
"Saya menegaskan TH akan sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada bakal jemaah haji Malaysia dan akan mematuhi ketetapan diadakan Kerajaan Arab Saudi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Na'im berkata, bagi pihak Kerajaan Malaysia, beliau menzahirkan rasa bersyukur dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi atas kuota diberikan itu.
Katanya, beliau yakin penilaian dibuat oleh Kerajaan Arab Saudi membabitkan semua aspek bagi memastikan keselamatan bakal jemaah haji dari seluruh dunia terjamin ketika menunaikan rukun Islam yang kelima.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sia-bagi-1444h2023m |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
langit masih mendung mcm td |
|
|
|
|
|
|
|
dah siap angkat kain baju yg basuh ptg smlm.. |
|
|
|
|
|
|
|
tengah mereply kt DW sikit.
|
|
|
|
|
|
|
|
Subvarian 'Kraken' tidak dikesan di Malaysia
![](https://assets.hmetro.com.my/images/articles/virus_1673326241.jpg)
VIRUS Covid-19. FOTO Ihsan FB Dr Noor Hisham Abdullah.
Putrajaya: Tiada subvarian coronavirus baharu iaitu 'Kraken' atau Omicron XBB.1.5 dikesan di negara ini setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pemantauan lanjut terus dijalankan terhadap XBB 1.5 yang kini menjadi rantaian dominan di Amerika Syarikat (AS).
"Kita masih memantau sama ada XBB 1.5 ada kesannya dari segi keparahan dan penularan, setakat ini ia belum dikesan lagi dalam negara.
"Namun pemantauan lanjut akan terus dijalankan dan kita juga akan bekerjasama dengan negara lain untuk melihat dari segi penularan dan keparahan varian ini," katanya pada sesi taklimat khas bersama media hari ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), XBB.1.5 ialah keturunan subvarian Omicron XBB yang terjadi daripada persilangan antara dua strain terdahulu, BA.2.75 dan BA.2.10.1.
Pakar menggelarkan strain Omicron XBB.1.5 ini dengan nama 'Kraken' yang berpotensi mencetuskan gelombang besar Covid-19.
WHO dilaporkan sedang membuat penilaian risiko strain XBB.1.5.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dikesan-di-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga varian2 covid yg baru tidak masuk ke malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|