|
LUBUK KREDIT: RUANGAN UNTUK / LUAHAN / TAK PUAS HATI DGN SISTEM PERUBATAN MESIA
[Copy link]
|
|
pergi hospital kerajaan...kena bayaq 2 hinggit...
memang tak lojik langsung..
sebab tu negara mengalami belanjawan defisit... |
|
|
|
|
|
|
|
sepatutnya berkadar.. juga, sepatutnya, mereka yang mampu, tidak dikecualikan membayar penuh; kat mesia ramai org yang mampu dan ramai yg tak mampu. negeri omputeh ginilah..yg mampu kena bayar, yg tak, tak kena. NHS kat UK je yang semua free..tapi tax dia mak oi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ishh, kena la tutup pintu dan pesakit TB tu kenalah dipakaikan mask...dan pesakit tu takleh dok ward biasa, kena letak dalam Isolation; nak masuk hanya doctor dan nurse dan maximum yg masuk dua je setiap masa, kena gown and special mask; pesakit takleh kuar tanpa mask dan kuar hanya utk urusan penting je.. takleh expose dgn org lain, nanti satu spital tu kena TB. Bagus Hubby SM sound doctor tu!
ya, saya rasa ini terjadikan di Mesia, ie baik sgt dgn ward grade 1, lain lain gred mmg kena marah marah..sebab tu kat sini dah dilupuskan greds kat wards ni.
laaa....ada doc cakap kat tu klat SM? SM tak pergi balik ke kat dia kata: tgk cara diagnosis doctor Regency dan cara doctor Regency layan, professional, bukan macam awak yang mulut tak professional (layaklah doctor tu ditempat yang rendah rendah sahaj. Dikalangan kami doctors, kami tidak suka org org yg mulutnya remeh dan kurang beradab, nanti kami ramai ramai malu; doc yg mulut celupar dgn SM tu, kami tak kan makan semeja dgn dia; dia tidak setaraf kami). (jika tak kenal Oral Thrush macam mana, susahlah nak keje).
Saya sendiri tetap ke hospital kerajaan; bukan kedekut, tetapi sebagai doctor, saya yakin dgn kebolehan doctors kita. Cuma ada lah beberapa aspek yg kena improve.
Terima kasih kerana bercerita SM. Maaf lambat jawab, tak dapat notification (atau ter-miss)
|
|
|
|
|
|
|
|
Sangat setuju dengan pendapat ini. Dari doctor pelatih inilah suatu ketika nanti lahirnya pakar pakar dan professor untuk negara kita. Bersabarlah dan berkerjasamalah. Saya penah masuk ward di sini, dan nurses ban medical students datang ambil history dari saya tapi saya kata saya ingin membantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
bab klinik pergigian sm nak komen sikit.sm xfaham dengan perkhidmatan pergigian kat klinik kerajaan.adik sm dah setahun lepas buat rawatan cuci gigi,sekali datang nak buat,tak pasti doc ke nurse masa tu dia boleh cakap gigi bersih tak payah cuci.boleh pulak mcm tu,akhirnya pergi hospital kerajaan dekat rumah sm boleh pulak dia buat.pemalas ke apa kakitangan hospital pertama tu??
seterusnya anak sm gigi geraham rosak mcm pecah berlubang.pergi hospital kerajaan tahu tak apa dia kata??mcmni tak boleh buat apa kita biarkan je.wat??biarkan?sm pergi rumah akak sm,suami dia dentist US..dia terkejut kenapa gigi anak sm tak diberikan rawatan.dia tunjukan anak dia ada 2 gigi geraham yg pecah dan guna SSC.sm cakap mungkin gomen kita tak da bajet kot.BIL m ni pun cakap ingat kerajaan US ada banyak ke budget,banyak infrastuktur kat kawasan dia tu tak dibetolkan sbb kerajaan tak da budget.tapi bukan bermakna bila xda budget,maka budget kesihatan rakyat terpaksa dipotong.kesudahanya,dia bawak anak sm g klinik dia buat rawatan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by melinda_kerr at 9-12-2016 07:57 AM
kejadian ni berlaku pd iols sendiri. iols pernah terkena chemical masuk dalam mata. cleaner- bleach. big splash juga. on the spot dah basuh guna air tpi mata jadi merah dan terasa pedih. mungkin dan burn kan? cepat2 pg hospital awam. yg menjadi persoalan kenapa incident melibatkan mata i had to wait for one hour??? bukankah incident seperti trauma/ burn di bahagian mata perlu disegerakan rawatannya? alasan medical assistance disitu perlu dahulukan bayi. i don't know lah how u guys put level of urgency untuk mereka yg mengalami incident melibatkan penglihatan. while waiting every 10 minutes i basuh mata tanpa henti sebab i takut burn tu merebak. mmg nk maki sgt2 tapi i mmg kena keep calm. after one hour barula nk cuci mata i ni semua.. : the next day i went to private hospital and the eye speacilist tu terkejut why dia org tak nk rawat cepat2 org yg alami kecederaan di mata. besyukur sgt2 mata i tak teruk mungkin dr iniatiative sendiri untuk pegi basuh mata. now every 6 months i mmg pg check mata sbb takut incident yg lepas ada beri effect to my eyesight. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Melinda, eye injury is an absolute medical / ophthalmic emergency dan really kami beri perhatian nombor satu; tentulah ada org lain yg tangani masalah baby tadi (yg juga akan mendapat urgent treatment kerana status nya), tetapi kenalah hantar seorang staff utk at least help copious / urgent washing etc kat mata you. no doubt u did the right thing and that ia mungkin telah selamatkan sight you.
dalam follow up ni, ada apa apa masalah tak yg di jumpai? cornea ok?
|
|
|
|
|
|
|
|
kakak saya 2 org senior dentists.
saya yakin mereka tidak setuju dgn concept 'biarkan' tu.
mungkin mereka lihat dari sudut berbeza eg 'ini gigi susu, nnt tunggu dia luruh sendiri'.
tetapi risiko utk budak dapat gum infection tinggi jugak, tak kira pain lagi etc.
berkenaan cuci gigi tu, maybe ad keadaan yg depa kata gitu if gigi susu.
tetapi maybe cara depa kata kat SM tu tidak begitu meyakinkan.
sy kurang fasih sgt dentistry ni sebenarnya
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 9-12-2016 06:52 AM
Ya Melinda, eye injury is an absolute medical / ophthalmic emergency dan really kami beri perhatia ...
so last month check alhamdulillah takde apa cuma ada waktu terlampau kering dan sensitive. pd mlm kejadian iols memilih hospital awam kerana ianya plg dekat dgn rumah dan ingin dirawat cepat. tk tahu pula it will turned out jadi nightmare for me. ada doc di private hospital suruh iols buat aduan tpi rasanya tak perlu sbb mata iols okay. so no use kan? dan iols pun tk berminat nk viralkan. hospital gov ni bkn iols meragui kepakaran doctornya tpi pd system hospital dan service itself. system yg byk menyusahkan pesakit membuatkan ramai memilih untuk ke private. dlm kes iols , med assistance yg pertama untuk check up iols sebelum ke ER seharusnya tahu dan peka berdasarkn level of urgency. |
|
|
|
|
|
|
|
so kes kedua. perkara ni berlaku ketika ayah iols dimasukkn ke wad jantung di salah sebuah hospital di pantai timur tanah air. Pada waktu tu negara kita dilanda jerebu yang teruk. Kalau ikut level degree tahap jerebu iols boleh katakan ianya merbhaya pada pesakit yg ada masalah jantung/ org tua dan pesakit asthma. Pada waktu jerebu tu, iols terkena masalah kesukaran/ semput akibat dari jerebu yg teruk tu. Dan keadaan tersebut membuatkan iols terpksa memakai mask /topeng ketika melawat ayah iols di ward jantung.
Disini mungkin komen iols pd insfrastucture dan emergency response plan yg ada di mana2 hospital keadaan hospital itu; tingkap / pintu karidor terbuka- kerana system air ventilation hanyalah melalui tingkap dan pintu caridor. hanya kipas terpasang. no aircond. Aircond ada di ICU untuk pesakit jantung yg kronik while my father hanya menunggu prosedur angioplasty. tapi still consider heart patient with his heart condition at that moment.
pada waktu tu iols terfikir takde ke response plan untuk menangani keadaan jerebu tersebut dlm kawasan hospital untuk sementara kebetulan pesakit sebelah ayah iols seorang penghidap sakit jantung dan juga asthma. dan setiap masa die terpksa menggunkan inhaler disebabkan kejadian tersebut. disebabkan udara kotor yg ventilate dalam ruang ward tersebut iols sendiri waktu tu rasa rimas dan selesa. persoalan nya level jerebu waktu tu agak tinggi dan bagaimana hospital menangani keadaan ni pd pesakit yg mungkin tededah bahaya tesebut pd ketika bencana sedemikian? nk tutup tingkap mungkin susah sbb tingkap pun dah nk reput tp for me hal mcmni harus juga diambil berat bukan? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Adik SM tu dah 19 tahun kot ipes.selama ni pergi hospital kat rumah SM ni ok je tiap tahun pergi cuci,
Ni pergi kat hospital rumah mak SM boleh pulak tengok cakap gigi bersih tak payah cuci.
Bab gigi ni mak SM pernah kena doc tu nak suntik ubat kebas,terpercik kena mata mak SM,mata mak SM xboleh tutup,terbuka je gitu sebelah.
Masa tu mak SM amik SM balik sekolah naik motor,SM tgk mata mak sebelah terbuka je,SM ketawa2.tapi teringat balik mak SM sanggup
Semata nak amik SM sekolah naik moto dgn mata terbuka gitu berair2 mata dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh dah 19!! ha ni dah gigi kekal!
aih sbbaik di mesia ek?
if kat sini dah dapat dah 5 angka duit sebagai compensation , walaupun eye paralysis tu temporary je
sian mak SM
still bawak moto amik SM dalam keadaan gitu ek? Ibu sejati
|
|
|
|
|
|
|
|
eh kenalah buat aduan, supaya tidak terjadi kat org lain.
suatu hari nanti akan terjadi dimana budak sesak napas dan depa kat oh baby ni batuk ,attend to baby dululah, nnt budak sesak nafas tu mati, nyesal lak awak tau. kita lapor utk improve service agar semua org impove.
kat sini, semua department ada peti aduan kat hospital; setiap business ada email utk aduan. kita call company nak beli mesin rumput ke apa ke, nnt company hantar email suruh evaluate service dia atau call kita balik esoknya tanya ok ke, puas ati ke dak. pos opis, epot, mall, market, cafe, ada butang senyum dan masam tuh..jika happy tekan senyum.
doctors semua ada page yang invite orang tulis dan comment dalam internet ni tau. sebagai org yg kerja dgn public dan dgn hidup org, dirasakan perlu bahawa public tahu doctor itu macam mana perangai nye. jika awak tahu seorang doctor itu berbahaya, awak pergi tak kat dia?
also, tiap 6 bulan, hospital akan bagi 12 borang random kepada sesapa je untuk evaluate..kerani la cleaner la, cook la nurse la; ad 2-3 pages..ada section pasal behaviour, language, professionalism, medical knowledge, adakah apa apa yg tak puas hati etc. sy selalu dapat score yg leklok tau .
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh angioplasty bukan lekeh tau..kena dok CCU etc. big procedure. sain dad u.i hope he did well with his angioplasty
Isu yg u put forward ini kira level governmental planning, how good they are with their system and infrstructure
Yes kenalah ada contingency plans utk hadapi masalah jerbu sebegini atau hal hal lain.
banjir tahun 2014 aritu, dan recovery effortnya (yg rata rata bergantung pada ehsan org ramai berganding bahu menolong), mencemarkan lagi imej kita. dikata og luar: eh u all kan banjir tiap tahun, tak plan ke utk banjir teruk sekali sekala macam ni?
jika kurang disini, maka tidaklah layak utk dilabel sebagai negara maju.
sebab itulah jikapun org kita ingin kata kita dah masuk negara maju, namun dieropah kita masih lagi dikategorikan sebagai negara dunia ke-3 (bukan negara membangun pun).
tahap corruption sahaja sudah cukup utk memendapkan kita sebagai negara dunia ke-3 utk waktu yg sangat lama.
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 9-12-2016 11:59 PM
eh kenalah buat aduan, supaya tidak terjadi kat org lain.
suatu hari nanti akan terjadi dimana bu ...
gituuuu. curlast doc! jiwa melayu sebati dgn iols. konsep redha itu tetap ada. |
|
|
|
|
|
|
|
hi hi.. tapi betul lah mcm melinda kata, kita kena ada concept redha pada Allah, tetapi biasanya jelas jika org buat keje nak tak nak je, nak perlu dilapor, kan?
tetapi byk kali jugak, org dah buat kerja dgn terbaik yg dia mampu. wallahu alam.. susah kita nak memikirkan nye.
|
|
|
|
|
|
|
|
New Komplen / Luahan Rasa / Kesilapan Perubatan
Assalammualaikum dr.
Pada tahun 2014 ibu saya disahkan menghidap kanser payudara tahap 2 diusia 54 tahun. Dr yg merawat ketika itu kt antara puncanya adalah pengambilan pil cegah hamil lebih dr 10 thn. Beliau mnjalani pmbedahan mmbuang payudara kiri. Selama 2 thn menjalani kimoterapi dan mengambil ubat2an yang diwajibkan tahun ini ibu saya disahkan menghidap kanser rahim. Pada minggu lepas, dia mjalani pmbedahan buang rahim. Sepanjang tempoh selepas pembedahan ibu saya sentiasa sakit dalam perut dan muntah. Kami berkali2 bertanya dan meminta doktor yg dtg memeriksa utk memastikan faktor ibu saya berasa sakit dalam perut. Dr cuma mengatakan perkara biasa gangguan pada usus2 kerana baru dibedah. 2 hr lepas mereka memasukkan tiub melalui hidung utk menyedut isi perut ibu yg katanya merupakan toksik. Ibu saya berasa sedikit selesa. Semalam, sakit ibu saya berulang semula dan hari ini beliau disahkan akan dibedah semula kerana usus bengkak 'salah tempat sewaktu pembedahan. Kami syak ini kerana kesilapan pembedahan yg pertama. Perut ibu saya akan dipotong spt menggunakan kaedah lama membuang rahim.(maaf x tahu istilah perubatan). Padahal sebelumnya mereka mengesyorkan kaedah 4 lubang kecil ditebuk disekitar perut kerana kaedah itu lebih cepat sembuh katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Soalan saya:
1)Apakah perkara2 yang perlu kami tahu atau tanyakan untuk menentukan pembedahan lepas berlaku kesilapan atau tidak.
Sebab selepas pembedahan pertama Dr hanya mengatakan PEMBEDAHAN OK sahaja. Setiap soalan2 kami dr cuma jwb spt mengelak shj. Bukannya kami tny sejurus keluar dr bilik bedah.
2. Apa pilihan yg kami ada utk situasi ini.
Untuk pembedahan kedua ni pun, dr yg membedah kali pertama hanya jawab kami perlu tunggu jawapan dari Dr pakar usus kenapa,mengapa,bagaimana bla2. Memula katanya sedikit kesilapan lepas tu bukan silap tapi usus tu yg bgerak ke tempat x sepatutnya. ( sebelum tu Dr kata usus, marah,merajuk- mungkin nk memudahkan kami memahaminya). |
|
|
|
|
|
|
|
KOMPLEN:
Selepas pembedahan ibu ditempatkan di wad kelas 2, 4 katil 1 bilik. Katanya boleh dapat kawan2 spt masa selepas pmdhan kanser payudara jika duduk ramai2 berbanding kelas 1.
Sepanjang tempoh ibu dalam wad pada waktu malam, nurse2 berborak ohmaii.. Jika hal kerja kita mungkin tidak kisah contohnya troli ubat2 yg bising tu ditolak ke sana sini, walaupun ibu mengadu tidak dapat tidur kerana bising, tapi kami cuba memahaminya sebb itu hal kerja. Tapi dlm tempoh itu, suara berborak nurse2 yang mengganggu berkaitan iklan2 di fb, gosip2 di forum lebih banyak berbanding dengan hal kerja. Larut malam 12++, tak kan x tfikir keadaan pesakit2 dlm bilik tersebut tanpa perlu ditegur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pengalaman tahun 2011
Saya lahirkan anak sulong melalui pembedahan sebab anak saya songsang (kepala di atas) di sebuah hospital swasta. Alhamdulillah semua berjalan lancar
saya pulang ke kampung untuk berpantang kerana ini anak pertama, tiada pengalaman. Bila di kampung, jika kita laporkan kelahiran, akan ada jururawat masyarakat datang melawat. Pada ketika itu bayi saya sudah berusia dalam 10 hari. Dia mengatakan bayi saya terkena jaundice, perlu ujian darah di klinik..selepas 4 hari..bacaan tidak naik dan kurang...tak silap saya, bacaan adalah 10/11..
saya diminta rujuk ke hospital kerajaan (suami pada mulanya berkeras nak bawa semula ke hospital saya bersalin)..esoknya di hospital, saya merupakan orang pertama sampai dan meletak buku merah yang mana saya sepatutnya mendapat giliran pertama. Apa yang berlaku adalah:
a) saya merupakan yang TERAKHIR dipanggil tanpa sebab yang saya ketahui. Masa tu masih dalam pantang, saya tidak pergi bertanya kerana dinasihatkan oleh mak saya untuk menjaga emosi
b) ketika dipanggil, nurse memanggil nama saya dengan tambahan ' yang bersalin di hospital swasta - hello..perlu ke sebut macam tu. kalau sebab saya bersalin di hospital swasta menyebabkan saya tidak layak di sini, boleh beritahu saya awal-awal masa saya daftar
c) mereka buat ujian urine pada baby saya..caranya buka bedung...buka pampers anak saya, bawa ke sinki dan halakan air paip sejuk pada alat sulit anak saya (anak saya lelaki). Hujan kat luar, boleh bayangkan betapa sejuk anak saya, meraung sampai tak keluar suara (saya tahan diri sbb tak tau prosedur sebenar), lepas tu baru kumpul urine anak saya
Bila dah balik rumah, saya call kawan saya nurse di hospital kerajaan, baru tahu ada plastik khas (mmg tgk di hospital swasta bila anak kena ambil urine- pengalaman anak yang lain)
pengalaman menjengkelkan saya di hospital tu. saya tahu tak semua hospital kerajaan begitu,,tp sebab nila setutik la, rosak susu sebelanga |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|