CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ifanonline

[Tempatan] UPDATE: KSU Kementerian dan Anak KSU dibebaskan!#273

[Copy link]
Post time 5-1-2017 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Untuk seorang KSU pada aku jumlah konon2 3juta tu terlalu sedikit sekiranya rasuah...sebab pendapatan gaji dan elaun2 directorship pun rasanya boleh cover jumlah tsb. Sedangkan IGP rumah 5-6 juta pun no hal sebab dia mampu...KSU ni gaji lebih kurang je IGP tu..

Pastu nk tayang beg2 buruk gitu konon rasuah? Eh hello beg2 aku pun gitu sepah2 jelah bila dah tak pakai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 10:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 10:50 AM | Show all posts
mungkin isu ni nak divert attention dr isu SRC yg bahri sprm katakan? katanya bahri nak buat press statement isu SRC rm42 juta tu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 10:54 AM | Show all posts
actually ahli2 politik lagi ramai kaya2 boleh beli dunia dan isinya contohnya YB YB Ahli Dewan Rakyat dan DUN, Exco Exco Kerajaan Negeri
mereka ini yang pegang kuasa besar dlm negeri / kementerian / Majlis

tapi sangatlah rare untuk kita jumpa penangkapan rasuah di kalangan YB Exco ni. musykil betul lah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 10:55 AM | Show all posts
PAS: Tangkap KSU tapi tiada tindakan serupa terhadap SRC?

http://www.malaysiakini.com/news/368161

Hari ini, 9:39 pagi      Hari ini, 10:16 pagi



Penangkapan ketua setiausaha (KSU) sebuah kementerian tidak dapat menutup rasa kecewa yang diluahkan oleh bekas pengarah bahagian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohd Zin, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini.

"Penahanan KSU sebenarnya menguatkan keluhan Bahri yang dipetik sebagai berkata 'amat berdosa kepada seluruh 30 juta rakyat Malaysia kerana kes SRC tidak boleh dibawa ke mahkamah',” kata Tuan Ibrahim.

Malah, katanya, penahanan KSU itu sebenarnya menimbulkan tanda-tanya mengapa SPRM dapat bertindak kepada penjawat awam dengan mudah tapi tiada tindakan yang serupa ke atas kes besar seperti SRC International yang menurutnya, melibatkan nama-nama ahli politik berjawatan tinggi.

Dalam satu kenyataan, Tuan Ibrahim berkata tindakan SPRM itu mengundang pelbagai soalan di minda rakyat.

"Antaranya, siapa yang menghalang kes SRC dan siapa pula memberikan lampu hijau kepada penahanan KSU?" tambahnya.

SPRM semalam menahan seorang KSU dan seorang lelaki berusia 29 tahun atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah.

Tangkapan itu dibuat sehari selepas Bahri mendedahkan dia telah memilih untuk bersara awal kerana kekecewaan berkaitan kes SRC.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 10:56 AM | Show all posts
immi replied at 5-1-2017 10:33 AM
Huhu dulu prektikel kat icu jpm dgn dato arif ni baik sgt2 ...ms dh keje n brtugas kat sgor pun da ...

tu laa. a friend of mine yg penah kerja dgn dia pon ckp doto ni baik sgt dgn staff. tak sangka dia mcmni rupanya. tp mmg loaded dr dlu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2017 11:04 AM | Show all posts
so betul lah...

1st class student jadi engineers dan doctors (technical people in private / public sector)

2nd class students ambil MBA dan jadi administrators yang handle doctors engineers dll (PTD yang buat dasar/polisi Negara untuk kedua-dua private sector dan public sector)

3rd class students jadi ahli politik yang handle both 1st class dan 2nd class (menteri2, menteri besar dan exco2 kerajaan negeri)

samseng tak pas sekolah jadi samseng besar mafia yang buat aktiviti underground, mampu membeli ahli politik untuk dengar cakap
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:12 AM | Show all posts
gaji da byk..
sgala elaun dpt
sgala kemudahan dpt
masih nk rasuah lagik..
pekerja2 biasa ni bagai nk giler wat keje, gaji ciput xde pun nak rasuah2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 11:15 AM | Show all posts
Tiga Bulan SPRM Jejak KSU KKLW

http://www.mstar.com.my/berita/b ... an-ksu-kementerian/

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 9:41 AM

PETALING JAYA: Tiga bulan selepas menjejaki beliau, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-Rasuah (SPRM) mula bertindak dan menahan Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman di kediamannya ketika beliau mahu keluar ke pejabat.

Jongkong emas, 150 beg tangan mewah, jam tangan berjenama dan mata wang asing ditemui selepas beberapa pegawai menggeledah kediamannya di USJ3, Subang Jaya, selama 12 jam.

Jongkong emas, mata wang Australia serta Eropah yang dirampas dianggarkan bernilai RM3 juta.



Antara beg tangan mewah yang ditemui adalah dari jenama seperti seperti Channel, Hermes, Dior, Louis Vuitton dan Gucci.

Beg-beg ini berada dalam lingkungan harga dari RM7,000 ke RM100,000 setiap satu.



Ketika dihubungi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Mohd Arif, 59, dan anak lelakinya yang berusia 29 tahun di rumah mereka pada pukul 8 pagi Rabu.

Beliau berkata siasatan dilakukan kerana suspek disyaki terlibat dalam kes penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.

Difahamkan, SPRM akan menyiasat semua lawatan beliau ke luar negara dan perbelanjaan lain sama ada ia ditanggung atau telah dibayar oleh 'individu tertentu'.

Menurut sumber, Mohd Arif baru sahaja pulang dari bermain golf di Amerika Syarikat.

"Lebih ramai suspek akan ditahan tidak lama lagi untuk membantu siasatan," kata Azam.

Mohd Arif dan anaknya dijangka ditahan reman pagi Khamis.



Difahamkan, SPRM sedang menyiasat 38 akaun simpanan dan semasa, serta sekurang-kurangnya tiga peti simpanan di beberapa bank berkaitan dengan kes ini.

Siasatan ini juga meliputi beberapa bidang tanah.

Sumber itu berkata, beberapa dokumen dari sebuah pejabat peguam di Puchong berkaitan dengan plot tanah itu turut dirampas.

Difahamkan bahawa keterangan isteri Mohd Arif yang berusia 57 tahun juga telah direkodkan, begitu juga anak perempuannya yang berusia 32 tahun dan seorang lagi anak lelakinya berusia 34 tahun.

Pasangan itu mempunyai enam orang anak.

Percubaan untuk menghubungi Mohd Arif bagi mendapatkan komen tidak berjaya.

Kunjungan ke rumah teres dua tingkat miliknya yang terletak di bahagian paling tepi kira-kira pukul 7 malam menunjukkan tiada sesiapa berada di sana.

Tiga kereta mewah berada di bahagian anjung rumah. Kawasan perumahan tersebut berpagar dan dikawal.

Sebuah kereta jenis Proton Perdana berada di hadapan rumah.



Mohd Arif telah dilantik memegang jawatan dalam kementerian pada 16 Oktober 2015. Beliau juga adalah ahli lembaga syarikat berkaitan kerajaan.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai ketua setiausaha di kementerian lain dan pernah menjadi timbalan ketua setiausaha dan pegawai kewangan negeri.

Beliau menyertai perkhidmatan awam pada 1981 sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Beliau adalah graduan Universiti Malaya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:19 AM | Show all posts
xy_daen replied at 5-1-2017 10:44 AM
Untuk seorang KSU pada aku jumlah konon2 3juta tu terlalu sedikit sekiranya rasuah...sebab pendapata ...

so mungkin di aniaya ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:21 AM | Show all posts
hari ni dijek terus sibuk tak masuk porem
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 4-1-2017 05:15 PM
Wednesday, 4 January 2017 | MYT 2:50 PMTop-ranking civil servant arrested for graft               by ...

Detained lps tu kes dismiss..mcm biasa serupa kes ayaq sabah..nama brita?
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:23 AM | Show all posts
Cerita makan rasuah ni perkara biasa... apa nak heran diaorg miskin sgt sampai terpaksa amik rasuah
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:25 AM | Show all posts
KSU Kementerian, Dua Anak Lelaki Direman Tujuh Hari

http://www.mstar.com.my/berita/b ... nak-direman-7-hari/

Diterbitkan: Khamis, 5 Januari 2017 11:09 AM



PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan dua anak lelakinya ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Mohd Arif, 59, dan anak-anaknya yang berusia 29 dan 34 tahun, tiba di Mahkamah Majistret di sini menaiki kereta berasingan pada pukul 9.40 pagi Khamis.

Beliau yang ditahan di kediamannya di USJ, Subang pada 8 pagi Rabu oleh SPRM, tiba di perkarangan mahkamah memakai baju lokap SPRM berwarna oren dengan menutup muka dengan baju kemeja jalur.

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan KSU yang berumur 59 tahun itu bermula pada Khamis sehingga 11 Januari.

Dua orang anaknya pula ditahan pada Rabu, semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada 1 anak menteri tu aman2 je jd pegawai khas gen y ke ape
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:42 AM | Show all posts
hmmm...wife masih ngajar ker?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2017 11:42 AM | Show all posts
immi replied at 5-1-2017 10:33 AM
Huhu dulu prektikel kat icu jpm dgn dato arif ni baik sgt2 ...ms dh keje n brtugas kat sgor pun da ...

dia dgn staff  mmg baik dan peramah...tak sombong n tak kedekut ..no issue...tapi tu lah ..

yes..all the best Dato'
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:43 AM | Show all posts
leylapple replied at 5-1-2017 11:42 AM
hmmm...wife masih ngajar ker?

wife pengetua...x salah pencen awal
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 12:00 PM | Show all posts
macai kemain komen benda merepek2 je
spin sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 12:06 PM | Show all posts
aku tgk abg sprm tu je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.453286 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list