|
Kes Pukul Budak Tahfiz 11 Tahun, Pembantu Warden Ditahan Reman 4 Hari
[Copy link]
|
|
Bila hantar anak masuk skolah tahfiz, parent dah boleh feeling2 sorga ke?
APA murah sangat nilai sorga |
|
|
|
|
|
|
|
TAKZIAH KEPADA KELUARGA ADIK MOHAMAD THAQIF
إنا لله وإنا إليه راجعون
1. Kami baru menerima berita bahawa adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11 yang dilaporkan telah dirotan sehingga kedua-dua belah kakinya terpaksa dipotong, meninggal dunia sebentar tadi. Kami menzahirkan rasa amat dukacita dan terkilan atas apa yang berlaku kepada beliau.
2. Kami menggesa agar pihak yang bertanggungjawab segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan jenayah yang terkutuk itu. Kami konsisten untuk menolak sebarang isu sebegini daripada berlaku lagi, khususnya jika membabitkan institusi agama Islam dan kebajikan kanak-kanak serta hak kanak-kanak seperti juga isu penderaan seksual dan pengurusan harta anak yatim.
3. Kami juga menyatakan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap apa yang berlaku. Orang ramai juga digalakkan membantu keluarga arwah seperti bantuan wang ringgit bagi meringankan beban yang ditanggung.
4. Diharapkan kepada semua untuk bersabar dan menyerahkan kes ini kepada pihak yang bertanggungjawab bagi menyelesaikan perkara ini. Apa yang lebih penting adalah sikap tabayyun dan tidak mudah menuding jari kepada mana-mana pihak.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Al-Fatihah.
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan |
|
|
|
|
|
|
|
cha-cha replied at 26-4-2017 04:31 PM
"aku dulu2 kena pukul cikgu okayyy je sekarang"
"Budak2 sekarang manja, kena pukul sikit pun nak ng ...
Org yg cakap macam tu bila dah tua sok jikalau anaknya tak hiraukan dia, mmg dia meroyan 7 petala langit. Nak tunjuk kental dgn cara menaikkan kelemahan budak zaman ni. |
|
|
|
|
|
|
|
AL-FATIHAH.....
Takziah kepada keluarga mangsa....
bpe lama boleh dapat result dr doctor 2?
nk taw jgk apa punca smpai boleh teruk mcm 2 skali.... |
|
|
|
|
|
|
|
From timeline, Lambat bawa pergi hospital...also, knpa mesti tunggu anak merayu2 minta dibawa balik...kalau dah anak cakap dia dipukul teruk, terus lah pergi jumpa dan saksikan sendiri kecederaan anak..parents pun careless. Mudahan Allah mencucri rahmat atas roh anak ini |
|
|
|
|
|
|
| |
|