CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] TERKINI VIDEO FULL INSIDE :Kasut dibaling ke arah Dr M, kerusi terbang dalam Not

[Copy link]
 Author| Post time 13-8-2017 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 13-8-2017 01:08 PM
pakatan yg sohai pi terima mahadeath itu. super sohai

Ini strategi ah mei target mereka sama walaupun berbeza pendapat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Suspek berniat cederakan Dr M diberi baju percuma

Zikri Kamarulzaman
13 Ogs 2017, 8:07 malam (Dikemaskini 13 Ogs 2017, 8:46 malam)


Baju T ARMADA Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah diedarkan secara percuma di kalangan pihak yang membuat provokasi sebelum bermulanya program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam.

Ketua ARMADA Syed Saddiq Abdul Rahman mendakwa, tujuan baju T itu diedarkan adalah bagi membolehkan pihak yang ingin membuat provokasi masuk ke dalam program anjuran mereka itu.

Malah, Syed Saddiq juga mendakwa, tujuan mereka hadir ke program berkenaan adalah untuk mencederakan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pilihan Editor
image: https://i.malaysiakini.com/1137/aa5ee7659e8365f45325ca7b1b91b435.jpeg


Dari mana datangnya Iskandar Kutty?
"Ada (unsur) sabotaj sistematik. Elemen itu kami rasa dan kami percaya ditujukan untuk sabotaj program ini dan mencederakan Tun Mahathir Mohamad.

"Selepas itu, daripada siasatan awal polis, mereka ini (yang membuat provokasi) memakai baju ARMADA tetapi bukan baju rasmi. Kenapa kami katakan (sedemikian), sambil lari mereka terus tanggalkan baju ARMADA.

"Itu amat jelas sistematiknya sabotaj itu. Melalui siasatan awal, mereka diberi baju secara percuma," katanya pada sidang media selepas program berkenaan dibatalkan.

Timbunan baju T berwarna merah yang didakwa dipakai oleh pihak yang membuat provokasi turut dibawa pada sidang media berkenaan.

Program Nothing to Hide 2.0 hari ini diadakan di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Ia sepatutnya bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 6 petang

Penyokong BERSATU kemudian menahan tiga individu yang membuat kacau pada program berkenaan. Mereka yang ditangkap dilihat mengalami beberapa kesan pukulan.

Dua daripada tiga individu itu mengenakan baju T ARMADA BERSATU dan diserahkan kepada pihak polis.

Polis kemudian berkata, ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun.

Acara yang bermula jam 3 petang itu bertukar menjadi kecoh pada kira-kira jam 5.30 petang ketika Mahathir menjawab soalan daripada hadirin.

Ketika bekas perdana menteri itu menjawab soalan mengenai peristiwa Memali, sepasang selipar telah dilemparkan kearahnya.

Ia diikuti oleh beberapa objek lain termasuk botol, kerusi dan suar.

Bagaimanapun, dipercayai tiada sebarang objek berkenaan yang mengenai Mahathir dan pasukan keselamatan kemudian bergegas melindungi negarawan tersebut.

Pergelutan kemudian berlaku apabila penyokong BERSATU cuba untuk menangkap individu yang membuat provokasi yang kemudiannya ia turut berlarutan sehingga ke luar dewan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa ramai individu yang cedera dalam kekecohan berkenaan.

Syed Saddiq berkata, sekurang-kurangnya seorang hadirin mengalami kecederaan di kepala selepas terkena 'kerusi terbang'.

Malaysiakini juga mendapati, sekurang-kurangnya seorang individu mengalami kecederaan di lutut dan seorang wartawan juga dilaporkan mengalami kecederaan lutu semasa kekecohan itu.

Mahathir dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.


Read more at https://m.malaysiakini.com/news/391809#Igs1LTCaKOPRbQqo.99
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dinoloveshasha replied at 13-8-2017 09:05 PM
sekrg luka dah sembuh.... hanya luka kecik kahkah

Tp padan muka jgk la khennzz.. zaman dulu dia buat kat org, org buat kat dia. Jd selayaknya dia tak berkecil hati. Che det nak perbaiki kesalahan dia barangkali..




Atau tidak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa emosi sangat sampai begini?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 13-8-2017 09:17 PM
Alaaa......dah sampai masa DrM rasa ubat dia sendiri....jgn buat2 lupa pulak....masa zmn dia benda2  ...

Pahit tu di sini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp kasihan jgk kat Che det..
Tua dah kot.. tp itulah berani buat berani tanggung. Aku rasa dia x pelik pun kalau ada yg bergaduh ke apa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
finesse replied at 13-8-2017 09:22 PM
Pahit tu di sini..

to be fair, pada aku zmn Na jib ni jauh lebih terbuka...nak2 kena handle media sosial lagi yg majoriti pun khabar angin, zmn DrM jgnkan media sosial, segala suratkhabar pembangkang asyik kena ban, tu pun Harakah kena monitor kaw2, nak buat himpunan mcm ni jgn mimpilah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dibayar tu..  Ikut umur pun 17-19. Memasing kemaruk duit.  Takde paedah budak umur gitu nk wat dajal kt majelis org tanpa sebab.  Bertiga pulak tu.  Mmg dirancang.  Carilah kepala..  Senang dapat dtahu ni tp sebab dh masuk balai....  Susah sikit la nak dedah kalu terlibat org belah sana sebab polis pun bawah kpdn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2017 09:31 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 13-8-2017 10:46 AM
Semoga Mahathir trauma lepasni untuk mencapub di serata alam

Dia tak mencapub. Dia menjawab soalan provokatif. Tup2 dibaling selipar oleh si bahlul suruhan. Trauma? Dia bukan baru dalam politik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:35 PM | Show all posts

Budak2 ni zaman Mahathir dulu dok hisap tek mak lagi ...
Jadah nya nak rebelious ...

Nmpak sangat orang upah .. mende basic je kot ..
1.Meraikan pendapat yang berbeza
2. Hormat orang tua walaupon ko x suka orang tu

2 benda ni pon Melies masih struggle ..  lambat lagi la nak jadi cerdik orang Malaysia ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:35 PM | Show all posts
satu per satu benda yang dikutuk dek mahathir dulu, terkena batang hidung nya balik.

btw, memang patut lah Najib tak datang. Tahap keselamatan zero
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 13-8-2017 08:10 PM
i can tell u all, ketuanan melayu mmg mcm ni.

all started bcos of mahathir. serve him right

Ya kaaa.......
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 13-8-2017 09:08 PM
negarawan? he is rubbish

akak igt si najib yang lagi rubbish....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ADA org kasik kau duit tak utk buat kacau ni?
Bape ringgit? 50 ringgit ke?
Tak berbaloi kau kene belasah
Kalau tak DPT bayaran lagilah sedehhhh
Hingat puak2 yg suruh kau buat kecoh kat Sana Tu akan bersimpati atau kenang jasa kau malah anggap kau penyelamat  bangsa ke?
In your dream dek. Moga ni jadik pengajaran anak2 muda luar Sana ... Tak payah jadik barua buat kecoh kat memana pun. Bukan org appreciate.... Lagi kene pukul Dan masuk lokap pulak Tu. Tak berbaloi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2017 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
penmerah replied at 13-8-2017 01:43 PM
ADA org kasik kau duit tak utk buat kacau ni?
Bape ringgit? 50 ringgit ke?
Tak berbaloi kau kene b ...


Orang kurang akal mungkin rasa berbaloi kalau dibayar nasi campur dengan air kotak sekalipun dek
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
SiBOntot replied at 13-8-2017 09:35 PM
Budak2 ni zaman Mahathir dulu dok hisap tek mak lagi ...
Jadah nya nak rebelious ...


No.1 tu masih jauh lg utk org melayu capai.. beratus tahun lg kot.. hakikat mmg pahit tp itu la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2017 09:46 PM | Show all posts
kekacauan dari pihak yang tidak dikenali? siapa mereka nie?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:51 PM | Show all posts
tak suka che det pun bukan tiket untuk hang buat macam tu kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 09:59 PM | Show all posts
bila tgk full vid yg bam ghost tepek...mcm ada unsur sabotaj jer.....nape nak lari kalau tak salah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2017 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pulauturtle replied at 13-8-2017 12:10 PM
i can tell u all, ketuanan melayu mmg mcm ni.

all started bcos of mahathir. serve him right

What he has started? Mesti masa zaman beliau jadi pm hidup ko or family relatives so called menderitakan? Share la. Aku pun nak padankan muka mahadet ni jugak. Haha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.049745 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list