Takziah diucapkan kepada pasangan selebriti Sari Yanti dan Jep Sepahtu atas perkhabaran sedih ini. Pelawak dan penyampai radio Jep yang merupakan suami kepada pelakon jelita Sari Yanti memaklumkan sendiri perkara itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menurut Jep, mereka mengetahui tentang keadaan anak dalam kandungan itu sudah tidak bergerak semasa melakukan pemeriksaan rutin di hospital minggu lepas.
Jalani pembedahan bagi mengeluarkan janin..
Foto : Instagram Jep Sepahtu
Sari Yanti turut memuat naik status dimana dia berasa sedih terpaksa meninggalkan anaknya Dariya di kampung.
Difahamkan Sari Yanti telah menjalani pembedahan semalam namun mendapat apa-apa perkembangan terkini daripada pasangan ini.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang turut mengambil kesempatan mengucapkan takziah dan meminya pasangan tersebut untuk sabar menghadapi ujian.
Foto : Instagram Jep Sepahtu
Foto : Instagram Sari Yanti
Takziah lagi sekali kami ucapkan kepada Jep dan Sari Yanti. Semoga segala urusan dipermudahkan dan Sari Yanti cepat pulih dari pembedahan yang dijalankan. -CARI
|