“KAMI tidak menuduh sesiapa membela ular itu, namun kebarangkalian besar ia mungkin ular peliharaan penduduk di flat ini,” kata Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran, Zabri Awang ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.
Zabri berkata, ular sawa sepanjang dua meter itu seakan-akan haiwan peliharaan kerana keadaannya yang bersih dan tidak terlalu agresif.
“Memang pelik apabila ular sawa berada di tingkat 14 flat melainkan ia dibawa ke tingkat berkenaan.
“Biarpun kami tidak terlalu berpengalaman dalam hal membabitkan reptilia ini, kami boleh membezakan di antara ular sawa liar dengan ular sawa dipelihara,” katanya.
Beliau berkata, kejadian pada Rabu lalu menyebabkan 1,200 orang menghuni PPR itu ketakutan dan berasa tidak selamat.
“Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku menyebabkan penduduk berasa hairan dengan kehadiran reptilia berkenaan.
“Kami mengesyaki ia haiwan peliharaan penduduk cuma tidak pasti siapa pemiliknya.
“Tidak mustahil ular sawa itu terlepas daripada sangkar seterusnya menyelinap masuk ke rumah berkenaan,” katanya.
Zabri berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat bukti kukuh mengenai kegiatan penduduk membela haiwan liar itu.
“Kami menasihati semua penduduk supaya tidak membela atau menternak apa sahaja haiwan yang berisiko di PPR itu.
“Tidak sesuai haiwan jenis eksotik dipelihara di PPR yang didiami ramai orang,” katanya.
Akhbar sebelum ini melaporkan kejadian menimpa seorang remaja perempuan selepas dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa sepanjang dua meter di atas katilnya.
Kejadian dipercayai berlaku pada 4.20 pagi ketika mangsa, Nor Alia Aqilla Jamaluddin, 18, sedang tidur sebelum dengan kehadiran objek lembik di lehernya.
Ini salah satu contoh keupayaan ular utk memanjat dan membaham mangsa dia, ular ni kalo habitat dia diganggu ke ataupun akibat cuaca, dia mmg akan menjalar keluar cari tempat tinggal yg lain.
meremang weh tengok video tu.
tingkat 2 3 aku leh gagah lagi dia memanjat tapi kalau tingkat 14 dengan besor gitu.
takda sapa perasan ke apa
melainkan malam dia naik
gemuk lain macam je ular tu.
anak ular kaler hitam pernah masuk umah aku...
terkejut masa tu bibik menjerit...
berlingkar atas carpet...
hubby saspek dia lalu bawah pintu dapur..
coz mcm ada gap bawah tu...
n masa tu bibik x buka lagi pintu depan...
area umah aku ada longkang besar...
mmg dah banyak kali dah sawa tedung datang..
esp kat area skolah...
seb baik bomba dekat je...
last 2 mths..2 ekor sesat masuk umah jiran...
ewwww....
Post time 3-4-2019 07:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Agaknya masuk ikut tingkap mcm dlm gmbr kt dpn tu kot, dr atas ke bwh. Duk kt hostel kolej pn ade gak member bela. Anak ular sawa. Nk bg makan bwk g kedai takut mati bg mkn sendiri.