CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10329|Reply: 150

[Tempatan] Pasukan khas kesan individu rentas negeri tanpa izin

[Copy link]
Post time 19-5-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan khas bagi mengesan individu yang melakukan pergerakan rentas negeri tanpa kebenaran untuk menyambut Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata pasukan khas yang turut dianggotai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu ditugaskan untuk melakukan pemantauan di kawasan perumahan dan kampung di seluruh negara.

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua Ketua Polis Negeri untuk mengambil tindakan (pemantauan di seluruh negara).

"PDRM ada rekod siapa yang mendapat kebenaran rentas negeri dan siapa tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata orang ramai yang ingin melakukan pergerakan rentas negeri perlu mempunyai alasan munasabah serta mendapat kebenaran pihak polis terlebih dahulu.

"(Pergerakan rentas negeri) boleh dilakukan tetapi perlu ada alasan yang wajar serta mendapat permit polis," katanya.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata sebanyak 1,175 kenderaan dikesan cuba merentas negeri pada Sabtu lalu, telah diarah berpatah balik.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana ia sudah tentu menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata tindakan kompaun kini boleh dikenakan oleh PDRM ke atas individu yang ditahan kerana merentas sempadan negeri tanpa kebenaran.

Pada 3 Mei lalu, Ismail Sabri berkata orang ramai boleh membuat laporan polis jika terdapat pelanggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata tindakan ini dapat membantu kerajaan memastikan arahan dan SOP yang dikeluarkan, dipatuhi. – BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah serupa witch hunt kerajaan kena buat sebab HAMJAD2 yg menyusahkan org lain..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tambah 1 lagi kerja ATM & PDRM. Harap dapat kesan semua yg degil ni dan ambik tindakan keras. Semoga masing2 mereput kat kg, tak dapat balik semula ke rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 11:57 AM | Show all posts
tak faham aku spesis yg tak reti bahasa ni
klu ada kecemasan ka, faham la jugak
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:03 PM | Show all posts
X payah cari..tahan je diorang sebulan lg jgn kasi balik KL..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo tgk google map stp malam, jalan yg merah (high traffic volume) ialah highway karak (laluan dr KL ke east coast)
so dah tahu la puak2 negeri mana ye
akak syak diorg gerak lps berbuka
bleh la uols cek traffic kt waze and google map stp malam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
saja nak kabor jap, laluan traffic di google map ialah on real time basis ya
kang ada lak acik2 kepam cakap aku pitnah bagai
padahal sendiri bodoh tak reti utilize google maps
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:23 PM | Show all posts
tu kekadang aku setuju majikan kejam mintak staff share live location setiap 24 jam.sapa takda kat tempat tinggal memasing dpt warning letter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Batalkan hasrat nk blk kampung wahai gobuk2 sekalian..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:35 PM | Show all posts
u all nampak tak cluster IPT yg balik ke kampung halaman bebaru ni

kan dah ada cluster baru

so i wonder mereka yg menyokong ni akan sibuk sama ke atau yg at the end , hujung2 siapa yg kena deal dengan semua ni KKM , kan?

kan...

so sebab tu cakap senang laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:38 PM | Show all posts
Haramjadah, boleh mati ke kalau x balik kampung. tahun ni tahun yang hiba untuk aku satu keluarga sebab kami berhadapan multiple kematian dalam keluarga dari bulan 87tahun lepas dan aku rasa hiba sangat  xleh beraya bersama parents dan adik beradik dalam waktu2 yang sukar ni tapi keselamatan dan kesihatan tetap nombor 1
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 19-5-2020 12:14 PM
kalo tgk google map stp malam, jalan yg merah (high traffic volume) ialah highway karak (laluan dr K ...

Kalo ada sampah banyak tepi jalan. Berapa tahun lepas ada bukti bergambar yg berbuka puasa tepi jln tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:51 PM | Show all posts
MadameOnion replied at 19-5-2020 04:23 AM
tu kekadang aku setuju majikan kejam mintak staff share live location setiap 24 jam.sapa takda kat t ...

usahkan majikan swasta, penjawat awam pun ramai yang kena. Ketua jabatan suruh bagi live location tiap hari. sapa yang di luar kawasan, akan tolak cuti tahunan & dapat memo tunjuk sebab. Semalam, keluar pula surat arahan suruh semua kakitangan download apps mysejahtera & mytrace.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 12:59 PM | Show all posts
diaorg2 ni selagi tak kene mmg berani sgt kan...degil sgt
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tanpa izin?! dapat kelulusan gerak malaysia hokeh! pastu bagi la saluran untuk report manusia2 ingkar, senang utk sesapa yg nak report aktiviti merentas negeri sedara/kawan2 yg bengap. jangan la fokus KL- kampung je, ramai yg rentas antara negeri selain KL ni haa
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 19-5-2020 01:04 PM
tanpa izin?! dapat kelulusan gerak malaysia hokeh! pastu bagi la saluran untuk report manusia2 ingka ...

khueeen
balik2 fokus KL - negeri lain
abih kalo johor-pahang, perak - penang, penang-perlis, melaka-kedah, kelantan - t'ganu, kelantan-perak tu sume apa citer?
balik2 fokus KL Selangor je.mcm la negeri lain tak bergerak keluar dr tempat memasing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2020 01:25 PM | Show all posts
bagi option utk submit report pls..
geram pulak dengan puak2 keras kepala ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 19-5-2020 12:51 PM
usahkan majikan swasta, penjawat awam pun ramai yang kena. Ketua jabatan suruh bagi live location  ...

Chuols jabatan apa? I tak dpt pulak surat tu..tapi yelah.i kena keja..nak trace apa ke lagi...ada kawan i keja maxis aman2 je balik jb..siap ejek2 kitaorg lagi sbb dia dpt berbuka masakan mak dia..sakit pulak hati nenngoknya
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh bodoh nya lahai.
Agaknya tak tenang hidup bila tak balik beraya dkt kampung! Lepas ni jangan bagi puak2 ni balik kl dah. Biar mereput dkt kampung. Nak sangat balik sana kan!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2020 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Degil la hai puak2 wajib blk raya ni. X paham bahasa ke mcm mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:09 PM GMT+8 , Processed in 0.061978 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list