CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kp5x

Khalid Jamlus jual Kasut Emas

[Copy link]
Post time 6-7-2020 03:17 PM | Show all posts
erm kawin dgn anak orka kot... nsbla dpt bini baik. mungkin dia ayah yg baik dgn anak2 cuma rezeki keje tu xde kot. senior sek men aku ni huhu tp jap je la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
arffa replied at 5-7-2020 05:42 PM
Sebab tu yg dok berangan nk couple dengan ahli sukan ni kena fikir panjang. Kalau dia ada kemahiran  ...

Itula selalu gak terpikir dorang kan guna fizikal kalau dah makin berumur bkn mampu lg dah nak main. Pastu dorang buat pe je utk kelangsungan hidup.
Mcm chong wei dah bersara tp duit kepuk2 kot ade beli aset or ade bisnes lain ke ye?
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 03:32 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 6-7-2020 03:37 PM
nuralisa replied at 5-7-2020 10:18 PM
Tak semestinya player bola ada bakat jd coach ..
Dgrnya KJ ni dah frust dan x amik tau dah pasal bo ...

former professional player hilang minat pasal bola ni,
macam kisah player england, david bentley
once hot prospect in premier league,
umor 29 dah pencen bukak cafe dekat spain.


KJ ni kalau dah tak minat bola, dia kena buat benda lain.
aku rasa dia ni bawak grab sambil jadi youtuber ker,
cerita pengalaman dan kisah dia masa jadi professional player,

mesti boleh buat income, macam Cardock.
dari pembaca berita tv3, jadi grab driver and youtuber berjaye.
orang femes ni mudah jer nak buat duit.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 6-7-2020 01:56 PM
Industri bola sepak x nak buat Gegar Vaganza edisi bola ke?? Kalau penyanyi tua2 dh sendu boleh join ...

Larat ke nak menyepak bola sat gi sekali sepak terus ‘gol’
Baik suh dorang main guli je.

Dah lama tak bersukan tah fit lagi ke tak ye badan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan mentua kaya ke. Mcm x logik je. Abang ipor pun bisnes kencang kan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Beza atlet melayu n cina.

So far chan peng soon iols x penah tayang kekayaan dia walhal dia jd duta sana sini yach daikin, yobick, lining. Semua kt ig tayang gmbar family dia jah. Huiiiiiii untung bini dia.

Atlet melayu ? Tayang kereta, tayang rumah, pastu tayang bebird
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2020 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Khalid jamlus ni style dia mcm ronaldo dia jenis attacker finishing bagus tp pemalas rebut bola..

Level khalid dgn ronaldo confirm jauh beza tp style dan finishing dia konsep yg sama

Berbeza dengan safawi rashid rajin kerja keras. Kira main berbagai position blh hidup
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:06 PM | Show all posts
Kalau korang nak tau ni la nasib geng2 main sukan.
Yg mana idam nak jd atlet ke ape ke rentikanla.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2020 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kesimpulannya masa masih tgh masyuk bergaji.. bawak bawaklah beringat
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
izwan_izi replied at 5-7-2020 02:02 PM
itu laa...bila suruh gi training, ko lepak minum nescafe kt benteng TC..kononnya the most hot shots  ...

benteng taman chempaka ke hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 08:45 PM | Show all posts

berapa umur ni? comot jer rupa dan penampilan ...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Most of them (termasuk ahli sukan lain) ramai je dapat offer kerja dengan pelbagai bank, takdelah branch manager ke apa tapi dapatlah clerical ke, teller or other admin post. Tapi diaorang yang tak nak, sebab masa awal-awal berhenti dari sukan tu fikiran masih di kayangan duk syok sendiri fikir glamer la, awek keliling pinggang, duit pun masih ada lagi. Tapi tak lama, masuk ujung 30an dah sengkek semua, bisnes Takde, investment takde, muka pun hauk .. kesiannn
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2020 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
no_el replied at 6-7-2020 03:38 PM
Bukan mentua kaya ke. Mcm x logik je. Abang ipor pun bisnes kencang kan.

kalau baca kt fb dia ada buat bisnes tp tk menjadi. mungkin dia jenis tk boleh kerja dgn org
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 12:57 AM | Show all posts
lumrah reality hidup atlet di zaman pengkhianat.
bergolok bergadai demi sesuap nasi  

bila media tunjuk ramai beratur di kedai pajak.
masing2 sinis, tebus gadaian katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
masa awal2 benti sukan crila keje tetap lain..asal ada income tetap bulanan. yg gaji bola tu simpan atau invest. maybe selamanya fikir akan glemer dan kaya smpai mati kot dengan kehebatan yg ada. atau maybe ingat mcm oversea sentiasa ada offer jd duta ke apa. so shafiq rashid ke apa.nama tu..beringat2 la
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rm10k sajok
Cuba la gi up kat platform bida internasional/obc mesti boleh up lagi tinggi.
Silap2 leh dpt juta2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau I pun jual aja coz Bukannya boleh bawa mati pun.. legasi tak smestinya material aja.. Nama pun cukup la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2020 09:33 PM | Show all posts
'Takkan saya sudah terbujur kaku baru nak bantu?'

Oleh Syafiq Aznan

KUALA LUMPUR: "Adakah bila saya sudah terbujur kaku ditutupi kain putih, baru anda nak datang jumpa saya bantu? Tidak mengapalah, lupakanlah, benda itu sudah terlambat."

Itu antara luahan yang dilontarkan bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus apabila berkongsi situasi sukar yang sedang dihadapinya ketika ini sehingga memaksa dia melepaskan koleksi berharganya dalam karier bola sepak sehingga mendapat perhatian penyokong bola sepak tempatan.

Jelas bekas penyerang Perak itu, dia menegaskan tidak ada salahnya dia mengambil langkah terbabit memandangkan keputusan itu dirasakan bersesuaian dan berlandaskan kehidupan yang sedang dilaluinya ketika ini.

"Semuanya pasal duit. Saya buat ikut perasaan saya dan kata saya tidak mahu berjalan seorang dan saya langgar. Jadi, saya jual barang yang ada nilai sentimental, barang yang cukup saya sayang dan semuanya hasil usaha saya.

"Sebenarnya sampai satu masa, sesuatu yang kita cukup sayang dan jaga tetapi kalau terpaksa dilepaskan dengan alasan munasabah, saya lepaskan. Saya maklumkan kepada mereka (pembida) supaya jagalah ia sebaik mungkin seperti mana saya jaga.

"Kehidupan saya mungkin berbeza dengan kehidupan legenda lain di luar sana. Tetapi apa yang saya buat, saya mahu bagi platform kepada legenda di luar sana kalau ada masalah yang lebih kurang sama dengan saya, buat apa yang saya buat.

"Tidak salah pun dan tiada orang marah. Saya jual pun, semua hak milik saya dan bukan saya jual barang orang lain. Saya rasa tindakan itu tidak menyalahi mana-mana undang-undang.

"Saya berfikir bahawa saya perlu memandang ke hadapan. (Apa yang dilakukan) bukan boleh bertahan dua tiga tahun jadi setakat mana pun, saya perlu hadaplah. Ketika itu (lelongan), saya tak maklumkan yang saya perlukan bantuan. Saya tidak mengharapkan simpati pun," katanya menerusi temuramah bersama sebuah stesen televisyen, malam tadi.

Dalam masa sama, penjaring terbanyak saingan Liga Perdana 1 musim 2002 itu turut menjelaskan dia sudah mencuba sedaya upaya kesukaran terus menghimpit apatah lagi selepas dia sudah tidak bekerja selama tiga tahun.

"Saya ada bekerjasama dengan Soccer Ace FC tetapi sampai bila pun, saya tidak nampak laluan itu sebagai kerja yang hakiki. Sebagai ketua keluarga, saya terdesak dan saya sudah cuba macam-macam. Saya suarakan di negeri Perak mengenai hasrat saya menjadi jurulatih. Begitu juga di Selangor dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

"Saya bukan berdiam diri tetapi saya tidak nampak diberikan peluang dan ruang. Kenapa tidak berikan saya sedikit ruang untuk menjadi jurulatih tetapi peluang itu tidak sampai. Jadi tidak mengapalah," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Ruginya...masa muda hensem nak mampus
Dah tua tak.hensem lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2020 10:46 PM | Show all posts
Nak komen apa? x der idea. A lesson in life, tak kira samada apa pekerjaan kita.
Moga2 brader ni dapat kemudahan dan keberkatan dlm hidup dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.166950 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list