CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Zainol Macwilson Rasa Diperlekehkan Tak Dapat Berlakon Drama Yusri KRU

[Copy link]
Post time 17-11-2020 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung ex wife dia.. maintain life kt aussie.. laki baru mcm org kaya gtuuu.. org msia gak ke indon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2020 10:56 PM | Show all posts
'Saya pelakon serba-boleh''  Zainol MacWilson
MyMetroRap
Share

Tweet
Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]


Kuala Lumpur: Pelakon Zainol MacWilson, 62, menolak dakwaan segelintir warganet yang mengatakan lakonannya statik dan tidak berubah dari dahulu sehingga sekarang.

Zainol berkata, mereka bebas bercakap apa sahaja sama ada positif atau sebaliknya tanpa sekatan.

"Kadang-kadang warganet hanya komen ikut suka. Saya tak lemah semangat atau ambil peduli kerana bukan mereka yang bayar gaji saya. Sebagai pelakon memang kita perlu jadi serba-boleh dan boleh bawa semua watak sama ada baik atau jahat.

"Saya nak tanya semula mereka yang berkata demikian. Saya mula berlakon filem pertama bawa watak 'mak nyah' pada 1986 dan mungkin mereka belum lahir ketika itu. Jadi, adakah mereka mengikuti perkembangan saya? Mereka kena ingat saya dah berhenti berlakon selama 20 tahun sebelum aktif semula," katanya kepada Harian Metro.

Ahad lalu, Harian Metro melaporkan keluhan Zainol yang namanya kena 'reject' daripada membintangi sebuah projek drama bersiri arahan Yusry Abdul Halim.

Ia mencetuskan polemik dalam kalangan warganet yang menganggap lakonannya yang statik sebagai punca kegagalan berlakon drama yang akan disiarkan menerusi sebuah saluran penstriman tempatan.

Zainol berkata, pasaran industri seni lakon tanah air yang terhad membuatkan dia tidak berpeluang membawakan pelbagai watak.

"Saya setuju dengan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Faizal Hussein sebelum ini. Katanya, apabila mencecahusia 40-an ke atas, kita tiada pilihan kerana penerbit akan bagi watak yang sama. Balik-balik jadi ayah. Saya teringin juga berlakon watak hero, tapi di Malaysia kalau hero mesti seorang yang hensem, muda, macho dan sado," katanya.

Situasi ini agak berbeza pada era terdahulu seperti pada tahun 1960-an yang lebih mengutamakan bakat.

"Apakah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seorang yang sado? Saya pernah dua kali berlakon sebagai inspektor polis dan doktor. Selain itu saya juga pernah bawa watak lumpuh dan hanya berada atas kerusi roda. Mana yang dikatakan lakonan saya tiada perubahan? Saya cabar kalau ada pelakon lelaki boleh menangis dengan spontan. Saya boleh melakukan perkara ini," katanya.

Zainol berharap agar produksi membukakan peluang untuknya berlakon watak lelaki gila, bodoh dan sebagainya.

"Dulu saya pernah berlakon sebagai orang minyak dalam drama arahan Majed Salleh tapi sayangnya tak ditayangkan di televisyen pula. Saya pernah berlakon drama guna loghat utara. Kalau bagi pada pelakon lain contohnya Datuk Aaron Aziz, adakah dia boleh buat?

"Kadang-kadang produksi tengok nama saya ada bunyi Mat Salih dan risau saya tak sesuai bawa watak kampung. Ada juga yang tahu saya dari utara. Mereka bimbang saya tak boleh bercakap bahasa Melayu yang betul jika dipanggil berlakon," katanya yang kini berada di Perlis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
periapahit replied at 17-11-2020 10:56 PM
'Saya pelakon serba-boleh''  Zainol MacWilson
MyMetroRap
Share

Amboi nk banding aaron ajis lak
Dua dua kayan
Napa x banding dgn bamtah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
periapahit replied at 17-11-2020 10:56 PM
'Saya pelakon serba-boleh''  Zainol MacWilson
MyMetroRap
Share

Amboi nk banding aaron ajis lak
Dua dua kayan
Napa x banding dgn bamtah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik dapat pencen in Aussie $$$ kan? So bini muda kata tak cukup is it? Hang berlakon elok sikit dari sofa kat production house tu ha.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 11:50 AM | Show all posts
So dengan luahan ni mengharapkan klien tu amek acik ke? Ermm direject bkn biasa ke dlm industri ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2020 04:40 PM | Show all posts
blekkep replied at 17-11-2020 12:26 AM
utk viu mmg kena casting yach!!khir rahman yg mantap tu pun kena casting for kluarga bahadon...

.
.
.
putut la hari tu aku nmpk ramai pelakon popular terpilih utk viu ni
ada DianaD, Fattah, Fatin Afifa, izu, AidaAris
then lps tu semua pelakon2 tu kena attn bengkel selama 5 hari kheun?


Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2020 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama sgt kot dh x berlakon.. Org pn jadi serba salah nak ambik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak habis meroyan lagi ke pakcik. Serba boleh la sgt setakat self claim. Arwah kak yan dulu baru la boleh dipanggil pelakon serba boleh. Semua watak dan loghat dia pernah bawak, tak janggal langsung. Siap menang award lagi Dah kau org utara mmg la boleh ckp bahasa utara. Sian tak de job
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 19-11-2020 08:40 AM
Tak habis meroyan lagi ke pakcik. Serba boleh la sgt setakat self claim. Arwah kak yan dulu baru la  ...

Mesti za senyum senget je bc rempanan acik jenol
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2020 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
periapahit replied at 17-11-2020 10:56 PM
'Saya pelakon serba-boleh''  Zainol MacWilson
MyMetroRap
Share

Wartawan artikel ni silap tulis laa, pakcik jenol ni pelakon serba TAK boleh..
Tak boleh berlakon
Tak boleh kena reject
Tak boleh kontrol emosi
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 04:49 AM | Show all posts
mamastoney replied at 17-11-2020 11:38 AM
Pokcik kat sini pulak merintih2 takdak job....jenuh la nk cari duit sendiri kan...tambah pula Zahi ...

Exactly!!!!!
.
Kecian Ira kena sponsor bapak gatal, siap homewrecker bini heol.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:17 AM | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 19-11-2020 08:40 AM
Tak habis meroyan lagi ke pakcik. Serba boleh la sgt setakat self claim. Arwah kak yan dulu baru la  ...

Kannnnnnn.

Orang Utara habaq loghat utara, kira versatile acting ke? Huhuhuhu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 05:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Kancilkering at 20-11-2020 05:32 AM
gold_teeth replied at 17-11-2020 10:53 PM
Untung ex wife dia.. maintain life kt aussie.. laki baru mcm org kaya gtuuu.. org msia gak ke indon


laki dia org singapore rasanya..biasa lah kene search sikit...acik acik perth banyak networking...leh lah carik jodoh janda near to 50 anak 4....hidup perlu diteruskan...supaya tidak kesunyian....
orang orang baya zainol mac wilson ni semua sibuk carik anak dara muda belia...dato jamal lah mamat flopped poppy...agak nye org macam ni dpt kawen muda buatkan deme muda agaknya....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2020 04:10 PM | Show all posts
lumrah kehidupan pakcik... percaya lah dengan rezeki.
sama je kerjaya ape pun.
ade masa kena reject...
ade masa bila dah rezeki dalam banyak2 orang yg mohon boleh terpilih pula.
kalau bila tak dapat nak meroyan, pakcik ni mcm kanak2 plak.
kanak2 boleh laa lagak gitu... tak dapat ape yg dia nak, dia tantrum.

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2020 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
periapahit replied at 17-11-2020 10:56 PM
'Saya pelakon serba-boleh''  Zainol MacWilson
MyMetroRap
Share

yakin nya pcik nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2020 10:02 AM | Show all posts
alahaiiiii pok cik...cubalah jgn meroyan sgt...malu ar sana sini org duk bercerita...
hilang tahap xclusip pokcik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.089491 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list