ustad2 di indon ni memang bini nya cantek2.
perangai cantik, rupa pun cantik.
agama baguih, rajin baca Quran.
untong la dapat bakal ketua bidadari sebagai isteri.
ini bini ustad das'ad, ostad ni popular di tiktok.
ramai orang share ceramah dia.
Beza Umur 25 Tahun, Pendakwah Terkenal Nikahi Gadis 19 Tahun
Jakarta: Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) didakwa bakal berkahwin dengan seorang gadis berusia 19 tahun dalam masa terdekat ini.
Calon isterinya dikenali sebagai Fatimah Az Zahra Salim Barabud, seorang lulusan sekolah pondok yang berasal dari Peterongan, Jombang di Jawa Timur, menurut Tribunnews.
Dilaporkan, pernikahan itu juga sudah mendapat kebenaran Ketua Bimbingan Masyarakat Islam Jombang.
"Ya, beliau (Ustaz Abdul Somad) sudah daftar di Pejabat Agama Peterongan sebelum puasa," kata Ilham Rohim, semalam yang disiarkan Kompas TV.
Foto: Harian Metro
Ditanya lebih lanjut mengenai majlis itu, Ilham bagaimanapun mengaku tidak mengetahui tarikh sebenar perkahwinan dan lokasi akad nikah yang bakal diadakan.
Sebelum ini tersebar gambar UAS dan perempuan berhijab di media sosial.
Calon isteri terbaharu pendakwah itu menjadi tumpuan ramai berikutan masih muda dan jurang usia antara mereka cecah 25 tahun, dengan UAS bakal genap 44 tahun pada Mei ini.
Hingga kini, belum ada kenyataan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.
UAS pernah berkahwin dengan Mellya Juniarti pada 2008, namun bahtera perkahwinan itu kecundang pada tahun ke-11 dan pasangan berkenaan sah bercerai pada 3 Disember 2019.
Mereka dikurnia anak lelaki, Mizyan Hadziq Abdillah, selain UAS pernah juga dikhabarkan bernikah dengan selebriti media sosial yang berasal dari Korea, Ayana Jihye Moon. -CARI
Selaras dgn firman Allah swt "Laila hailla anta Subhanaka inni kuntu minoz zolimin", sesungguhnya Sajat diburu kerana dia telah menjadikan dirinya sbg subjek untuk diburu. Manusia hidup harus berteraskan kpd hukum akal, hukum adat dn hukum agama. Tempang salah satunya pasti ada yg tak beres dn perlu diperbetulkan apa lagi yg menyangkut hukum syarie. Anda setuju?