CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: biezie_slalu

Kisah Ajal & Kematian (merged)

[Copy link]
bob This user has been deleted
Post time 21-4-2006 08:44 PM | Show all posts

manusia selepas mati

badan manusia iaitu adunan semua organ deria, tulang dan lain lain. kemudian dimasukkan awareness. awareness menggunakan badan manusia sebagai alat/tools untuk mencapai kemahuan. tuhan mengatur keadaan sekeliling untuk compliment awareness dan badan. as awareness/badan matures, resources awareness bertambah. tapi sampai satu masa badan rosak dan musanah (mati). jadi macam mana badan akan timbul balik? awareness pula akan di atur oleh tuhan iaitu didenda atau diletakkan didalam syurga.

ok ke kenyataan ni? atau berdosa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2006 09:34 PM | Show all posts
mana kau dapat ni?
Reply

Use magic Report

bob This user has been deleted
Post time 22-4-2006 01:09 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 21-4-2006 09:34 PM
mana kau dapat ni?


some anthropology books. macam kena je.. dan tak lari dari islam but tang roh saja yang akan deal dgn hukuman.. apa pandangan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 09:40 AM | Show all posts

Mati otak dianggap meninggal dunia

Mati otak dianggap meninggal dunia

KUALA LUMPUR 20 Jun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 11:24 AM | Show all posts
Euthanasia atau Pembunuhan kerana Kasihan / Mercy Killing (قتل الرحمة ) ialah satu cara menamatkan riwayat hidup seseorang individu yang menghadapi penyakit yang amat teruk (terminal illness) atau yang tidak boleh diubati, melalui suntikan racun atau menamatkan bantuan perubatan khas (ICU).

---------------------
Sheikh Dr Yusuf Abdullah Al-Qardhawi, ulama besar Islam masakini ada mengeluarkan fatwa beliau 'Euthanasia' ini. Berikut adalah cebisan petikan dari fatwa beliau mengenainya.

لا يجوز للطبيب بحال
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2006 11:26 AM | Show all posts
Bahkan, beberapa ulama berselisih mengenai apa yang terbaik bagi pesakitnya : RAWATAN atau KESABARAN. Ada yang berpegang kepada perlunya menunjukkan ketahanan/kesabaran adalah lebih baik sebagaimana riwayat dari Ibn Abbas dari 2 kitab shahih bahawa :

‏حدثني ‏ ‏عطاء بن أبي رباح ‏ ‏قال قال لي ‏ ‏ابن عباس ‏
‏ألا أريك امرأة من أهل الجنة قلت بلى قال هذه ‏ ‏المرأة السوداء ‏ ‏أتت النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله لي قال ‏ ‏إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله أن يعافيك قالت أصبر قالت فإني أتكشف فادع الله أن لا أتكشف فدعا لها

"Diriwayatkan daripada Ata' bin Abu Rabah r.a katanya: Ibnu Abbas bertanya kepadaku: Mahukah kamu jika aku memperlihatkan seorang wanita yang menjadi calon penghuni Syurga? Aku menjawab: Sudah tentu. Ibnu Abbas berkata: Wanita berkulit hitam itulah, beliau pernah datang kepada Nabi s.a.w dan berkata: Sesungguhnya aku diserang penyakit sawan babi atau gila babi. Aku ingin sembuh. Oleh itu berdoalah kepada Allah demi menyembuhkanku. Nabi s.a.w bersabda: Jika sekiranya kamu mahu bersabar bagimu adalah Syurga. Sekiranya kamu mahu sembuh, aku boleh mendoakan kepada Allah semoga Dia berkenan menyembuhkanmu. Wanita itu berkata: Baiklah aku akan bersabar, tetapi aku ingin sembuh, jadi berdoalah kepada Allah supaya menyembuhkanku. Nabi s.a.w akhirnya mendoakan untuknya "

هو رأي فقهاء الأمة في العلاج أو التداوي للمريض. فأكثرهم يجعلونه من قسم المباح، وأقلهم يجعلونه من المستحب، والأقل منهم
يجعلونه واجبًا. وأنا مع الذين يوجبونه في حالة ما إذا كان الألم شديدًا، والدواء ناجحًا، والشفاء مرجوًا منه وفق سنة الله تعالى.

وهو الموافق لهَدْي النبي -صلى الله عليه وسلم- الذي تداوي وأمر أصحابه بالتداوي، كما ذكر ذلك الإمام ابن القيم في هديه -صلى الله عليه وسلم- في "زاد المعاد" (انظر: الجزء الثالث من (زاد المعاد ) طـ. الرسالة ببيروت ).

"Ini adalah pandangan fuqaha' Ummah mengenai rawatan perubatan : Kebanyakkan mereka berpegang bahawa ia dibenarkan, ada yang mengatakan digalakkan rawatan, dan beberapa bilangan yang kecil mengatakan wajib. Saya sendiri bersetuju dengan mereka bahawa jika sakit tidak boleh ditahan lagi, maka rawatan adalah caranya (kejayaannya), dan sakit boleh dipulihkan dengan sunah Allah swt.

Ini bersesuaian dengan petunjuk Nabi saw, yang melakukan rawatan terhadap dirinya sendiri dan memerintah para sahabat mencari rawatan untuk kesembuhan; Ini disahkan oleh Ibn Al-Qayyim didalam Zaad Al-Ma'ad."

Akan tetapi jika berlaku sakit yang diluar batasan, dan keajaiban sahaja yang boleh menyembuhnya, dengan tambahan sakit yang semakin meningkat, tiada siapa lagi yang boleh mengatakan rawatan adalah wajib atau digalakkan. Bahkan, doktor bertindak memberhentikan perubatan, yang mana tidak ada gunanya lagi, didalam kes ini telah TERBUKTI, dan ia juga dapat membantu mengurangkan kesan negatif akibat kesan ubat.

فهذا النوع من تيسير الموت - إن صحت التسمية - لا ينبغي أن يدخل في مسمى "قتل الرحمة"، لعدم وجود فعل إيجابي من قبل الطبيب، إنما هو ترك لأمر ليس بواجب ولا مندوب، حتى يكون مؤاخذًا على تركه.
وهو إذن أمر جائز ومشروع، إن لم يكن مطلوبًا، وللطبيب أن يمارسه، طلبًا لراحة المريض وراحة أهله. ولا حرج عليه إن شاء الله.

"Ini adalah jenis menyenangkan kematian. Ini amat berbeza dengan perkara yang kontrovesial "Pembunuhan kerana kasihan" - yang tidak menunjukkan sebarang perbuatan positif dari pihak Doktor; bahkan ia menyerahkan kepada apa yang tidak wajib dan tidak digalakkan, malahan ia tidak dipertanggung jawabkan (persalahkan).

Keizinan adalah disyariatkan dan dibenarkan, jika ia bukan perkara yang diinginkan, dan bagi doktor yang melakukannya, bagi tujuan melegakan pesakit dan keseluruhan keluarganya. Tidak ada salah melakukannya, Insyaallah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2006 11:28 AM | Show all posts
Disana terdapat keadaan dibenarkan menutup suis sistem bantuan hayat (life support system) dimana :

وبناء على ذلك يكون هذا أمرًا مشروعًا ولا حرج فيه أيضًا، وبخاصة أن هذه الأجهزة تبقى عليه هذه الحياة الظاهرية - المتمثلة في التنفس والدورة الدموية - وإن كان المريض ميتًا بالفعل، فهو لا يعي ولا يحس ولا يشعر. نظرًا لتلف مصدر ذلك كله وهو المخ.
وبقاء المريض على هذه الحالة يتكلف نفقات كثيرة دون طائل، ويحجز أجهزة يحتاج إليها غيره، ممن يجدي معه العلاج، وهو - وإن كان لا يحس - فإن أهله وذويه يظلون في قلق وألم ما دام على هذه الحالة، التي قد تطول إلى عشر سنوات أو أكثر!.

"Menurut keadaan ini tidak ada halangan keatasnya dan syara' membenarkannya juga, khususnya alat bantuan luar - digunakan bagi tujuan pernafasan dan sirkulasi - malah pesakit sebenarnya telah mati, dimana ia tidak pun mempunyai rasa atau perasaan. Satu pandangan yang mana otak tidak berfungsi lagi (brain death)

Pesakit akan berada didalam keadaan ini, memerlukan banyak perbelanjaan yang tidak ada gunanya lagi, dan mesin bantuan hidup pun tidak berguna bagi merawatinya - dan ia tidak mempunyai perasaan. Keluarganya masih risau dan sakitnya akan berpanjangan, yang mungkin akan berlarutan sehingga 10 tahun atau lebih."

----------------

Kesimpulannya, didalam Maqasid Al-Syariah, Islam menjaga kehidupan, dimana Euthanasia tidak dibenarkan. Euthanasia dikatakan bertentangan dengan kehendak keperluan agama itu sendiri. Ia menunjukkan kepada betapa murahnya nilai harga nyawa. Sheikh Dr Yusuf Al-Qadhawi tidak membenarkan Pembunuhan kerana Kasihan, dengan cara memberi suntikan kepada pesakit yang sedang melarat sakitnya, agar memudahkan kematiannya sepertimana yang sdr SaLaFiaN nyatakan diatas . Akan tetapi, jika pesakit sudah benar-benar mati atau 'brain death', maka mesin bantuan sokongan bolehlah dihentikan perkhidmatannya, atau sakit yang tidak boleh diubati lagi, maka dibenarkan ia mati akibat penyakit yang dihadapinya tanpa bantuan perubatan. Cara ini pada beliau, bukanlah diistilahkan sebagai 'Pembunuhan kerana kasihan'.

wallahu 'alam

-wassalam-
-----------------------
Rujukan :

1] Sheikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi. Fatawa Muasyirah - II cetakan ke 9. Dar Al-Qalam, 2001.ms 525-529

* posting jawapan ustaz on-line at kg IG, ustaz zayed
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2006 09:48 AM | Show all posts
Mati otak alasan cabut sistem sokongan hayat
Oleh ZUNAIDAH ZAINON


IBU Ramli (bukan nama sebenar) sudah terlantar di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta sejak 10 hari lalu. Doktor mengesahkan ibunya koma kesan daripada hentakan yang kuat akibat dilanggar sebuah kereta.

Dia hanya bernafas dengan bergantung kepada sistem sokongan hayat.

Memandangkan, sudah hampir dua minggu ibunya ditempatkan di ICU, doktor menasihati Ramli agar membawa ibunya pulang ke rumah kerana harapan untuk sembuh amat tipis. Dengan berat hati, Ramli terpaksa mengambil keputusan kerana dia sudah tidak sanggup lagi melihat keadaan ibunya begitu dan menanggung kos perubatan yang semakin meningkat.

Tetapi keputusan tersebut ditentang ahli keluarga yang lain. Mujur ayahnya bersetuju dengan keputusan yang dibuat. Selang beberapa hari, ibunya meninggal dunia di hadapan semua ahli keluarga.

Kes di atas menunjukkan beberapa konflik sekiranya kes mati otak atau dalam istilah perubatan dipanggil koma tidak mendapat penjelasan sewajarnya daripada pakar perubatan. Tidak dinafikan setiap ahli keluarga seboleh-bolehnya tidak mahu berdepan dengan kematian orang disayangi tetapi ia sudah lumrah kehidupan.

Dekan Pascasiswazah, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed, berkata, isu yang berkait dengan kes kematian otak selalunya membabitkan kos rawatan, tenaga kerja dan keutamaan kepada pesakit yang memerlukan sistem sokongan hayat.

Jelas beliau, isu tersebut telah menimbulkan pertikaian di kalangan ahli perubatan dan ulama tentang siapakah yang berhak mendapat sistem sokongan hayat. Di samping itu juga, doktor yang membuat keputusan menarik semula sistem tersebut, adakah dikatakan menyebabkan kematian pesakit dan 憁embunuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2006 09:49 AM | Show all posts
Elemen sistem sokongan hayat apabila berlaku koma

1. Untuk membekalkan zat dan makanan.

2. Untuk menjaga kebersihan pesakit, jururawat akan mandi dan bersihkan badan pesakit.

3. Jaga sistem perkumuhan dengan memasukkan tiub untuk membolehkan pesakit membuang air kecil. Ini termasuk membersihkan air liur dan hingus yang terdapat dalam mulut dan hidung pesakit.

4. Akibat lama terbaring, pesakit berkemungkinan mengalami jangkitan pada kulit seperti ulser dan bernanah. Jururawat perlu memberikan suntikan antibiotik. Setiap jam, badan pesakit akan diterbalikkan ke kiri dan ke kanan. Ada sesetengah kes, tilam diisi dengan air yang dipanggil ripple bed supaya tidak pressure point pada tempat-tempat tertentu.

5. Pesakit yang tidak boleh bernafas sendiri memerlukan alat bantuan pernafasan. Ini adalah kes koma yang lebih serius.

- Semua punca di atas boleh menyebabkan seseorang koma dan tidak sedarkan diri. Organ utama seperti pernafasan, pertuturan, penglihatan, pendengaran dan deria rasa tidak berfungsi. Pesakit hanya terbaring di katil dalam keadaan tidak sedar yang dipanggil koma.

- Kebiasaannya, bahagian otak yang mengawal semua fungsi terutama pernafasan dan degupan jantung terletak di pangkal otak (brain stem). Sekiranya pangkal otak mengalami kerosakan serius, maka pesakit memerlukan sistem sokongan hayat.

- Dalam keadaan tersebut, untuk kekalkan mereka hidup, sistem sokongan hayat digunakan. Kaedahnya dengan mencucuk air ke dalam badan atau tiub dalam hidung. Nasogastric feeding membekalkan makanan dan minuman dari hidung turun ke perut atau melalui intravernus (salurkan makanan melalui vena).

Antara kes kematian membabitkan koma

- Arau, 14 Mac 2006: Selepas 32 hari berada dalam keadaan koma dan terlantar di hospital akibat dipukul dengan senduk nasi kayu oleh rakan setugasnya, Amali Johari, 19, akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.30 malam. Amali yang merupakan pembantu kantin di asrama pelajar Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar selepas dimasukkan ke hospital itu pada 11 Februari lalu.

- Melaka, 8 Oktober 2005: Nor Asmad Ismail meninggal dunia di Hospital Melaka dipercayai akibat dipukul bekas suaminya dengan senjata tumpul setelah koma tiga hari. Pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami kegagalan fungsi otak akibat pukulan kuat.

- Pulau Pinang, 29 Jun 2005: Asrin Mohsin, 18, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang setelah koma sejak 25 Jun. Mangsa yang dibelasah sekumpulan lelaki dengan topi keledar dan objek keras mengalami pecah tengkorak kepala selain cedera parah di muka dan anggota badan dalam kejadian di Persiaran Gurney.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2006 05:35 PM | Show all posts

Zikir Kematian!!

Zikrul Maut!



Ketika engkau tengok tulisan ini, engkau seakan nyata membacanya, namun lima minit kemudian maka engkau tiada lagi merasa nyata pada yang sudah berlalu itu, melainkan hanya sebuah kenangan (Informasi).


Begitu juga ketika engkau sakit, bahagia atau apa saja yang engkau rasa sangat luarbiasa dan tak dapat melupakan kesakitan atau kebahagiaan itu, akhirnya segalanya akan menjadi KENANGAN.


Maka sampailah engkau digerbang SAKAARATUL MAUT, segala yang engkau sangka milikmu, yang engkau sangka hasil USAHAmu, MESTI engkau tinggalkan! dan segalanya itu hanyalah sekelumit kenangan belaka.


Apa-apa yang engkau cintai semasa engkau bernafas, apa-apa yang BIASA engkau Takuti, Harapkan dan Rindukan semasa engkau bernafas akan hadir SEKALIGUS pada saat detik-detik KEMATIANMU, maka bersyukurlah bila berlazim (TERBIASA) ketika semasa nafasmu ada CINTA, TAKUT dan HARAP engkau semata-mata tertuju kepada Allah, sebab Dialah Tuhanmu yang akan HADIR dalam ingatanmu pada saat engkau melepaskan NYAWA...



Wallahu'alam,....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 05:10 PM | Show all posts
Asalamualaikum wbt...

pernah suatu ketika di sebuah ekspo buku di kl, saya bertanya dengan seorg penjual buku berkaitan "Alam Roh" lantas beliau memberikan kepada saya sebuah buku tulisan Ibnu Khadun yang telah diterjemahkan kedalam bahasa melayu sambil berkata.... "hee.... saya mintak maaf takut saya tengok buku nih sebab saya lom nak mati...lagi..."  begitulah lebih kurang ayatnya. terkejut dengan kata-katanya, saya hanya dapat mengingatkan beliau sesungguhnya kematian itu tidak menunggu atau akan memberitahu sesiapa pun yang dia akan mati cuma dengan kehendakkan ALLAH SWT.  mungkin tulisan ini tiada kaitan nya dengan keterangan saudara ... saya hanya sekadar mengingatkan sahaja diri saya... sesungguhnya tulisan saudara itu ada manafaatnya terhadap diri saya... terima kasih.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2006 09:14 PM | Show all posts
Apabila kita meninggal.... ROH akan keluar...
Adakah ROH akan kembali kepada pemiliknya?
"Daripada ALLAH datang, kepada-NYA kembali"
Andai kata....... yang ROH itu tidak kenal mana satu Tuhannya..... adakah dia akan sesat?
Boleh ker yang hidup ni, beri guide kepada yang sesat?
atau ROH itu sendiri yang menyesatkan orang hidup?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 07:18 AM | Show all posts
Apakah yang ditiup kejasad Nabi Adam as oleh Allah swt?
Masakan tidak yang ditiup padanya seperti mana ke-semua manusia tidak kenal akan penciptanya....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 04:39 PM | Show all posts
Zikrul Maut adalah amalan yang mendekatkan engkau kepada Zikrullah.

"Setiap yang bernafas pasti akan mati"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 05:01 PM | Show all posts
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Ar Ruum:30)

kembalilah kepada fitrah.... sesungguhnya naluri itu hanya MILIK HAIWAN semata-mata.
dirimu ditiupkan dengan Haq-NYA, diberi keistimewaan seperti nama-nama-NYA
bukankah kebanyakan manusia itu tidak mengetahui?

lalu, adakah kita lupa? perjanjian.................
Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? (Yassin: 36)

Sejak bila pula Tuhan berkata kepada seluruh umat manusia (bani Adam) ? Bukankah di Alam Alas (Zar) ?
Lalu.........
kemana pula mahu kubawa ROH ini? ataupun ROH ini yang membawaku? ataupun.... tika saat mati, yang Kafir, Munafik mahupun Mukmin pasti akan melihat DIA! Siapakah DIA?

Tak kenal?.........ketika itulah.... akan KAU berkata "Alangkah baiknya aku menjadi tanah".......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 05:11 PM | Show all posts
Apakah Kita mengaku beragama ISLAM? εŽ–

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2006 05:43 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by saifulms at 21-7-2006 05:11 PM
Apakah Kita mengaku beragama ISLAM? εŽ–

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2006 06:07 PM | Show all posts
Salam,


tentunya sebuah cerita yang sangat menarik dan menyentuh jiwa....
Siapa yang tidak tersentuh jiwanya di kuatiri jiwanya sudah MATI sebelum kematian yang sesungguhnya.....

"Sebahagian  daripada tanda MATI HATI itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa."

Mati Hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1.  Hubbul Dunia (Kasihkan Dunia)
2.  Lalai daripada Zikrullah (meengingati Allah)
3.  Membanyakkan makan dan meletakkan diri engkau dalam perkara maksiat.


Kematian ini adalah kematian yang sungguh merugikan......!!!



Sekian..


[ Last edited by  saifulms at 21-7-2006 06:08 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

harith_hadi1204 This user has been deleted
Post time 22-7-2006 02:32 AM | Show all posts
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang...kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Rabbani-Pergi Tak Kembali Lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 12:42 AM | Show all posts
Bila waktu telah memanggil




"Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tinggallah sepi *




Ada yang terus mengintaiku, mengikuti gerak langkahku setiap saat, menungguku untuk sebuah pertemuan yang dinanti. Dia selalu mengawasiku setiap waktu. Jika aku berada di depan, maka dia pasti ada di belakangku. Jika aku berada di samping kanan, maka dia berada di samping kiriku. Jika aku di atas, dia pasti ada di bawah. Siapakah gerangan?


Dialah "Kematian", "kematian" banyak hal yang melintasi pikiranku saat aku menyebutnya. Semua pasti akan mati, semua pasti akan mengalami sekarat, dan semua yang hidup pasti akan bertemu dengannya tak dapat kusanggah. Saat menjelang kematian dalam kehidupan manusia terdahulu adalah saat yang pasti aku lalui juga.


Demi Allah, dia pasti akan datang kepadaku. Demi Allah dia pasti akan menegukku. Sama seperti raja-raja di istana megah itu, seperti pemimpin pemimpin bangsa di masa lalu. Seperti orang-orang kaya yang setiap harinya kelihatan "bahagia" (jika mereka mati, masihkah "bahagia"?), atau mereka yang fakir yang setiap harinya bergumul dalam penderitaan, atau orang-orang miskin yang terus meratapi segala kekurangannya, atau para hamba sahaya yang tiada sekejap pun orang memandangnya. Mereka semua telah merasakan kematian. Mereka semua telah bertemu dengan kematian.


Bila mati, bila manusia mati, maka sudah tak ada lagi yang bisa dibangga-banggakan. Seorang yang cerdik sekalipun, kecerdikannya tak akan bisa melarikan dirinya dari peristiwa kematian. Bila mati, maka semua strategi para ilmuwan dan tokoh jenius itu pasti akan patah. Bila mati, semua kekuatan orang-orang yang berkuasa itu akan binasa. Bila mati, bangunan yang tinggi menjulang, istana-istana megah dunia, atau gedung pencakar langit yang kokoh akan runtuh seketika. Kematian juga yang telah meruntuhkan bangunan orang-orang kaya itu.


Suatu kali aku bertanya pada diriku sendiri, bila mati, bagaimana bila aku mati ? Ah?Selama ini aku memang tidak tahu bila dia akan datang bertamu, karena dia tidak pernah membuat janji sebelumnya denganku. Namun, bagaimana kalau dia tanpa diduga tiba-tiba datang kepadaku? Menegukku, membuatku sekarat? Bagaimana?


Bila mati, bila aku mati, itu bererti aku harus rela ditinggal sendiri. Ibu, bapa, saudara-saudaraku, mereka semua pergi. Sahabat-sahabat dekat yang selama ini menjadi tempat curahan hati, tetangga-tetangga yang suka menghantarkan makanannya kepadaku, mereka hanya berlalu dan pergi meninggalkanku. Apalagi hasil jerih payahku mengais rezeki hari demi hari sekeping pun tak dapat menolongku lagi. Apa yang terjadi? Saat itu aku pasti akan sendirian, dalam gelap gelita diselimuti sepi, mencekam, mati.


Bila mati, yang ada dalam gambaranku adalah suatu peristiwa yang amat penting bagi yang hidup. Aku tidak tahu bagaimana rasanya bila nanti seolah-olah ada sebuah gunung yang kukuh lagi menjulang tinggi berada di atas dadaku, menahanku, menghilangkan kesempatanku untuk menghirup udara dunia, mungkin jika bisa, itu pun seakan-akan aku bernafas di sebuah lubang jarum. Bernafas di sebuah lubang jarum? Pergelutan macam apa itu? Atau seumpama aku sedang dipukuli dengan sebuah dahan pohon yang penuh duri lagi tajam, kemudian duri-duri itu menancap di semua urat-uratku. Lantas, lantas dahan tersebut ditarik, sehingga setiap urat dalam tubuhku juga ikut tertarik, menyisakan kepedihan dan sakit yang luar biasa. Demi Allah, apakah nanti lebih perih dari yang sekadar aku bayangkan?


Bila mati, bila aku mati, maka akan ada sesuatu yang menampakkan wajahnya padaku. Dialah Izrail, Sang Malaikat Maut yang akan turun dari penjuru langit untuk menjemputku. Namun, apakah nanti dia akan menampakkan rupanya dengan wajah penuh keramahan dan kehangatan ataukah sebaliknya? Bisa jadi nanti dia datang dengan wajah garang tanpa belas kasihan. Bagaimana nanti? Ketika dadaku menyempit, nafasku tersengal-sengal, sampai ke tenggorokan, tubuhku kaku sulit digerakkan. Saat itulah dia menunaikan tugasnya, memisahkan ruh dan jasadku. Mencantaskan episod akhir dari sebuah perjalanan hidupku di dunia ini. Itu pasti akan terjadi, nanti, bila aku mati.


Kemudian, bila mati, bila aku mati, orang-orang akan membaringkanku, memandikanku, mensholatiku, mengkafani tubuhku yang kaku, menggendungku dan menimbunkanku di dalam sebuah ruang sempit, gelap, senyap dan sunyi. Detik-detik saat aku dibaringkan dalam liang kubur itulah yang akan menjadi awal babak baruku menuju fasa berikutnya setelah kematian, yakni mengharungi alam kubur. Tak ada pagi, siang ataupun malam hari, kerana semuanya sama jika sudah masuk ke dalam, terpendam berkalang tanah. Oh... Adakah tempat yang lebih jauh dari tempat itu? Adakah? Adakah tempat yang lebih sunyi? Adakah? Gelapkah, pasti tidak ada kegelapan yang lebih gelap dari tempat itu. Semua kelazatan yang pernah aku rasakan ketika aku hidup, mungkinkah akan berganti menjadi rasa pahit yang luar biasa?


Siapa yang akan peduli jika aku tercekam ketakutan? Siapa? Gelap?Gelap?Adakah cahaya? Adakah? Siapa yang akan memberikan aku cahaya untuk menerangi kegelapanku di sana? Siapa? Tiadakah aku punya sesuatu yang bererti? Apakah amalku, amalku yang sedikit tersisa nanti akan mampu menolongku, menemani dalam kesendirianku disana?


Bila mati, bila aku mati, oh?aku ini memang bukan seorang 'alim yang pasti airmatanya meleleh jika membayangkan malam pertama di dalam kubur, bukan pula seorang ahli hikmah yang mengeluhkan pedihnya dijerat kematian, atau seorang penyair yang menterjemahkan tangisannya dalam bait-bait kematian penggugah keharuan. Aku hanya manusia biasa, terlalu biasa untuk mengingat kematian. Aku masih tenggelam dalam carut marut dunia yang aslinya fana ini. Terlalu sedikit waktuku untuk mengingatnya, apakah memang waktunya yang sedikit ataukah dunia ini yang membuatku sedikit untuk mengingatnya?


Mati, bila mati, bila aku mati, saat ini aku memang belum mati. Tapi seharusnya aku tidak boleh takut mati. Kerana, setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati. Semestinya aku harus mengingatnya setiap hari, berbenah diri, memelihara waktuku, usia kehidupanku sekarang dan melakukan persiapan yang baik untuk kedatangannya. Ah?Dia memang tidak pernah membuat janji padaku sebelumnya. Namun, mungkin saja dia akan datang pada saat-saat dimana aku tidak menduga sama sekali.




"Dia masih memperhatikanku
Terus mengintaiku
Mengawasi gerak-gerikku
Menungguku
Untuk sebuah waktu yang telah ditentukan"*




"Ya Allah, Yang Maha Mematikan, perbaikilah agamaku yang merupakan penjaga urusanku, perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku, perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku. Dan jadikanlah kehidupanku sebagai penambah kebaikan bagiku, serta jadikan "KEMATIANKU" sebagai istirahatku dari segala keburukan.


"Allaahumma a'inni 'ala sakaraatil mauut
Allaahumma hawwin 'alayya sakaraatil mauut
Laa ilaaha illallaah inna lilmauti la sakaraati";


"Ya Allah, bantulah aku dalam menghadapi sakaratul maut.
Ya Allah, mudahkanlah sakaratul maut padaku.
Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Sesungguhnya kematian itu memiliki saat-saat sekarat."





* Dipetik dari syair lagu "Bila Waktu Telah Berakhir" - Opick.


-perindu sepi-



Persiapkan dari sekarang bekal untuk ke gerbang akhirat, semoga Allah SWT senantiasa memberikan kita petunjuk dan hidayahNya..... amin





Sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.128216 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list