|
Assalamualaikum,
Nampaknya thread ni bertambah hangat walaupun tanpa respon dari tuan rumah.
Baik dr pro ata kontra utk topic ni, bg sy personally, ttp satu effort yg baik, terpulang kepada pembaca utk interpret kandungan isi thread.
Utk mempersoalkan hadith Nabi, ttp juga terpulang kepada org yg membaca dan kaedah yang diambil utk mengambil hadith tersebut sebagai sumber naqli.
Namun sy nak komen persoalan peringatan mengenai the end of time, apa juga term yang hendak dipakai, tanda2 hari kiamat ke, perang Armagedon, dsb, adakah peringatan mengenainya tidak significant dgn kita umat akhir zaman ini.
Saya tetap menyokong kepada satu2 sumber info, adalah lebih bertanggungjawab jika dapat disertakan dengan reference dan sumber dari mana (sy kadang2 pun miss juga buat benda ni).
Satu pertanyaan, adakah dengan memperbanyakkan ingatan mengenai soal hari kiamat, kita sekadar menakut2kan orang tanpa memberi sebarang kebaikkan?
Adakah tindakan ini satu tindakan yang sia2 tak bermanfaat?
Saya berpendirian, bahawa manusia berbeda dari segi hendak bermuhasabah diri, ada org yg cukup dgn pembacaan hati mereka gentar dengan peringatan Tuhan, ada yang perlu bukti dengan mata kepala sendiri baru nak refleks, tapi banyak je org dari segi pengetahuan dilambakkan dan peringatan dan bala bencana depan mata, still lagi belum boleh nak refleks.
Adakah peringatan2 yg datang kita akan ttp kaitkan juga dgn hukum alam tapi takde kena mengena dgn the end of time, bukankah sikap kita seperti yg ada dlm Quran
What are they awaiting but for the Hour to come upon them suddenly? Its Signs have already come. What good will their Reminder be to them when it does arrive? (Surah Muhammad: 18)
Meski kita tak berbincang mengenai super volcanic eruption, atau perang, atau storn, dsb, Quran sendiri sudah mengesahkan bahawa the Signs have already come. Saya menasihati diri sendiri sebenarmya, walau apapun, segala termaktub dlm design Allah, apabila dia berkehendak, kun maka fayakun.
Saya juga percaya setiap kalam dalam Quran, adalah sebenar2 petunjuk hakiki yang martabat nilaianya adalah hakikat atau kebenaran yang hak tanpa ada kompromi. Bagaimana kita menilai kisah Nabi Musa dan Firaun, bagaimana sekian banyak peringatan yg datang pada Firaun, tapi ttp Firaun dgn egonya sebagai seorang makhluk yg tidak percaya kepada Tuhan.
Dan kita, dgn sekian banyak peringatan yang datang, ttp juga sukar mempercayai bahawa the end of time, ttp hampir, malah semakin hampir, dan pada masa itu benarlah kata2 Quran,
What good will their Reminder be to them when it does arrive?
Wallahu a抣am. |
|
|
|
|
|
|
|
Merujuk kepada artikel TAHUN GEMPAR 2005 , pada awal bulan ramadan , gerhana bulan yang berlaku, tetapi sebenarnya gerhana matahari yang berlaku. Di sini ada percanggahan, lagi pun gerhana itu berlaku dalam bulan Saaban.
Tahun depan menurut NASA akan berlaku 2 gerhana pada bulan september. Aku tak pasti adalah ia di dalam bulan Ramadan ?? |
|
|
|
|
|
|
|
Gerhana 3 okt lepas bulan syaaban. insyaAllah pertengahan bulan ramadhan ada gerhana bulan.
Tahun depan gerhana bulan pertengahan syaaban dan gerhana matahari hujung bulan syaaban. |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
malas nak cakap... org lain dah ke bulan bintang, kamuorg masih tak tentu haluan!..
K/o minta fakta saintifik!. Sini ada org buat research + hadis + kata2 sahabat + ayat2 Al Quran sekali!.
Malah dia tafsir semula ayat Al-Insyiqaq, yg dirasakannya... Allah SWT tuju kat kita semua umat manusia di Alaf 21 ni!.
Tengok apa huraian dia ttg firman Allah: 揇an apabila bumi diratakan dan memuntahkan apa yang didalamnya dan menjadi kosong |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
Nak ringkas cerita.. kot2 lambat k/o sampai kpd info Tuan XYZ tuu..
Zorro pakai paste saja lah kat sini, utk perhatian semua!.
Katanya bagi kawasan:-
Amerika-Wyoming ( Local Time=UTC/GMT-
Awal Ramadhan 1 Rmd 3 Okt Isnin
Grh(A) Matahari->Bulan (Sudan 10:31 UT) 1 Rmd(mlm) 3 Okt Isnin
Tanda Hitam Pada Matahari 1 Rmd(mlm) 3 Okt Isnin
Kegelapan Bermula 1 Rmd(mlm) 3 Okt Isnin (2:31 pagi)
Pelangi Allah (Aurora) |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
Eloknya kita bincang2 bagaimana nak selamat diri kot benar bencana 慶atastrophe |
|
|
|
|
|
|
Rayle This user has been deleted
|
Hari ini dah hari ke 5 Puasa ramadan
tiada tanda pun Gerhana Bulan dan Matahari...
Tiada siapa pun yg dengar suara....eheheh...
Pembohongan di dalam dunia siber ini memang sah.....kebenaran nya.
wahai M&M jangan mudah terperdaya dgn berita yang tak ada hujung pangkal nya.
Aku Tertunggu - tunggu bunyi suara itu..........Gerhana bulan dan matahari...eheheheh
Rosak rosak rosak iman kalau 100% percaya benda karut ini...
Hanya Allah yg Maha Mengetahui |
|
|
|
|
|
|
|
Gerhana bulan dijangka berlaku seminggu lagi. Gerhana matahari dah pun berlalu 29 syaaban lepas.
5 ramadhan takkan berlaku gerhana. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Kata Beandiesel teramat lah 慸ense |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
Originally posted by BeanDiesel at 10-10-2005 05:00 PM
what do u mean? ape yang bodoh nye? aku kurang faham.
Relax la..
Maknanya, dia merelakan dirinya terkambus dalam debu volcanic ashes!. Tak ke niaya tuu.
Segala2nya bersebab dari sikapnya yg tak mahu ambil tahu ttg jenis dan sifat2 bahan yg terkandung dlm volcano erruption spt jenis gas yg keluar, density of ashflow, kelajuan pyroclastic flow, dll.
Tapi bukan kamu la Beandiesel!.
Zorro tuju kpd mrk2 yg tidak mahu ambil tahu, perihal letusan g.berapi, gempa bumi, dll yg boleh kata tiap2 hari boleh berlaku tuu dgn tidak menunnggu masa dan ketika!. Sedang manusia umumnya masih tak ambil kisah ttg cara ia berfungsi atau cara2 nak selamat diri!.
Yg dia sibuk dok persoal, apa dia fakta & bukti saintifik yg awak (not u) boleh kemukakan ianya boleh berlaku?.
Kalau 憀ine |
|
|
|
|
|
|
ZORRO_05 This user has been deleted
|
Asslkm,
Bukan begitu saudara.. Zorro bukan lah nak cayo sangat
Tapi sekali fikir.. ada logiknya juga
Sbb duniapun dah berada di akhir zaman
Nabi pun ada kata, umur dunia ibarat.. seorang tua yg bongkok 3
Agak2nya dah dekat nak tersungkur dia
Agama Islam pun.. dah terhina dimana2
Dah sampai waktu dahh Allah nak zahirkan mujadid Dia utk akhir zaman
Iaitu Imammul Mahdi Al Muntazar
Sbg langkah pertama, Tuhan harus musnahkan superioriti Amerika dahulu!.
Sepertilah Allah musnahkan tentera bergajah Abrahah menjelang kelahiran Nabi Muhd. SAW
Kalau tak.. tak terlawan dia.. mcm Firaun dok tenyeh Bani Israel
Amerika lak dok intai kita siang malam - dgn satelite dia!
Tapi kita tahu匒llah Maha Kuasa atas segala sesuatu
Jadi rasa2nya, roda sejarah akan berputar kembali
Tapi kali ini, sketsa yg lebih berat |
|
|
|
|
|
|
mail25 This user has been deleted
|
Originally posted by Acong at 30-9-2005 07:35 PM
:hmm: kalu lagi 100 tahun baru nak kiamat, boleh terus buat dosa ye? sbb kiamat jauh lagi? matinya seorg itu pun satu tanda kiamat........
acong jugak pandai |
|
|
|
|
|
|
halfelven This user has been deleted
|
ish..apelak korang dok caya pada tilikan kiamat nih...bukankah nabi melarang kita dari mempercayai tilikan...kalu ada tilikan yg betul pon itu hanyalah kebetulan..sedangkan nabi dan jibril yg paling dekat dgn allah pun tak tahu bila tarikh kiamat..inikan pula tilikan org biasa.... |
|
|
|
|
|
|
halfelven This user has been deleted
|
*aku ambik ni kat forum komuniti shukur.org
Bismillahirrahmanirrahim..
Pastinya ramai di antara kita yang pernah menerima email yang menceritakan tentang kegemparan tahun 2005, iaitu peristiwa gerhana 2 kali dalam bulan Ramadhan yang dikaitkan dengan kedatangan Imam Mahdi. Terdapat dua email yang agak popular, pertamanya menceritakan kaitan di antara peristiwa gerhana dengan kemunculan al-Mahdi. Kandungan email ini merupakan ringkasan daripada buku karangan Muhammad Amin Jamaluddin yang berjudul "Huru Hara Di Akhir Zaman." Manakala email yang kedua pula adalah kesinambungan daripada email yang pertama, yang kononnya mengesahkan lagi dakwaan kemunculan al-Mahdi dari email sebelumnya. Ia giat disebarkan setelah kematian Raja Fahd baru-baru ini.
1. Di antara kandungan email pertama adalah petikan hadith yang diriwayatkan dari Imam Ja'afar Shadiq rahimahullah:
"Kehadiran Imam Mahdi di kalangan umat manusia dibuktikan dengan berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yang suci, yang tidak pernah terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad.." (Ikmal ad-Deen ms 361)
Ianya dikatakan sebagai petanda awal kemunculan Imam Mahdi. Tidak kurang juga yang menokok tambah dengan mengatakan bahawa dua gerhana ini merupakan petanda awal berlakunya Qiamat! Peristiwa dua gerhana ini dijangka dapat disaksikan pada Ramadhan yang bakal menjelang, menjadikan tahun 2005 sebagai tahun yang gempar.
Pertamanya, harus diingat peristiwa dua gerhana pada bulan Ramadhan ini sebenarnya telahpun berlaku pada tahun 2003 yang lalu, dan isu yang sama turut dimainkan pada tahun tersebut. Heboh di sana sini orang memperkatakan tentang kemunculan Imam Mahdi. Hakikatnya, sudah hampir 2 tahun ia berlalu dan bumi masih berputar seperti biasa, tanpa apa-apa berita tentang al-Mahdi.
Keduanya, hadith tersebut dikatakan adalah dari sumber kaum Syiah yang diragui keshahihannya (bahkan sesetengahnya menganggap ia adalah hadith rekaan kaum Syiah). Pernah satu ketika para Sahabat radhiallahu 'anhum mengaitkan peristiwa gerhana yang berlaku pada waktu itu dengan kewafatan putera Rasulullah yang bernama Ibrahim. Nabi lantas menyangkalnya dengan sabda Baginda yang diriwayatkan dari Abdullah ibn Umar:
"Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang, tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya, dirikanlah solat.." (Shahih Muslim)
Rasulullah menegaskan kepada para Sahabat bahawa kejadian gerhana tiada kaitan dengan kewafatan puteranya, bahkan sama sekali tidak harus dikaitkan dengan kematian atau kelahiran seseorang. Justeru kejadian gerhana yg dijangka berlaku Ramadhan ini tidak harus dikaitkan dengan kemunculan al-Mahdi. Desas desus yang mengaitkan kematian Raja Fahd dengan kemunculan Imam Mahdi juga adalah tertolak. Ia perlu dilihat sebagai satu daripada Sunnatullah yang pasti juga akan berlaku pada setiap makhluk yang bernyawa.
2. Turut dinyatakan dalam email yang kedua (sambungan daripada email yang pertama), tarikh-tarikh yang perlu diperhatikan adalah:
* Ogos 2005/Rejab 1426 - Kematian Raja Fadh
* September 2005/Syaaban 1426
* Oktober 2005/Ramadhan 1426
- Gerhana di awal bulan
- Bunyi yang menggerunkan di tengah bulan (malam)
- Gerhana di tengah bulan (siang)
- Ada tanda di langit seperti tiang bersinar
* November 2005/Syawal 1426 - Peperangan dan huru hara
* Disember 2005/Zulqaedah 1426 - Konflik antara negara Islam/suku kaum
* Januari 2006/Zulhijjah 1426 - Pertumpahan darah di Mina pada musim Haji
* Februari 2006/Muharam 1427 (Hari Asyura) - Imam Mahdi dibai'ah
Bahkan dalam email yang pertama, tarikh-tarikh kejadian tersebut dinyatakan dengan terperinci (exact dates)! Ramalan-ramalan ini disangkal melalui firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Qiamat.." (Luqman: 34)
Harus diingat bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam serta Jibril 'alaihissalam, sebagai makhluk yang paling hampir dengan Allah, juga tidak memiliki pengetahuan tentang bilakah terjadinya Qiamat. Baginda juga tidak memiliki pengetahuan tentang perkara-perkara ghaib, melainkan apa yang telah dikhabarkan oleh Allah kepadanya. Dalam satu hadith shahih yang panjang yang diriwayatkan dari Saidina Umar al-Khattab:
.. Lelaki itu (Jibril) bertanya lagi, "Terangkan kepadaku tentang Qiamat." Baginda bersabda, "Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.." (HR Imam Muslim, Tirmidzi, Nasa'ie, Abu Daud, Ibn Majah dan Ahmad)
Sedangkan makhluk ciptaan Allah yang amat mulia dan amat hampir kepada-Nya pun tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, siapakah pula kita dan apa pula kedudukan kita di sisi Allah, untuk meramalkan apa yang tidak pernah disampaikan melalui lisan Rasulullah?
Di samping itu, Ibn Qayyim rahimahullah menjelaskan bahawa salah satu tanda hadith itu adalah hadith maudhu' - tanpa perlu melihat kepada sanadnya - adalah matan yang menceritakan secara terperinci perihal berlakunya sesuatu peristiwa: bila, di mana, bagaimana dsb. Justeru jika ada pihak yang membuat telahan berdasarkan hadith tentang tanda-tanda kedatangan al-Mahdi secara khusus dan terperinci, maka ia adalah tertolak!
3. Diceritakan lagi dalam email kedua, bahawa Imam Mahdi merupakan keturunan Rasulullah dari Bani Jawi:
Mengenai Imam Mahdi. Tanpa prejudis saya menulis. Janganlah saudara terkejut bahawa pemimpin Agung yang bakal memerintah dunia itu akan datang dari dunia sebelah sini. Beliau akan muncul dari kalangan Bani Jawi. Bukan Bani Arab dan bukan Bani Israel.
Bani Jawi? Mungkin sebahagian dari kita termangu-mangu dan tertanya-tanya mengenai Bani Jawi. Pernah dengar ungkapan "masuk jawi" dan tulisan jawi? Apa maksud Jawi tersebut. Bani Jawi asal usulnya dari keturunan Nabi Ibrahim 'alaihissalam. Semasa keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Ismail yang masih kecil, Ibrahim sampai ke Kampuchea dan berkahwin di sana. Keturunan Baginda berkembang biak di Nusantara dan bergelar Bani Jawi.
Tiada bukti kukuh yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim 'alaihissalam pernah sampai ke Kampuchea dan bernikah di sana, manakala keturunannya digelar Bani Jawi! Kenyataan ini amat mirip kepada ajaran al-Arqam, yang mendakwa bahawa al-Mahdi ialah Sheikh Muhammad Abdullah as-Suhaimi, seorang kiyai yang dilahirkan di Tanah Jawa, Indonesia. Tidak mustahil penulis email tersebut telah terpengaruh dengan ajaran Ashaari Muhammad.
Dakwaan ini juga tertolak berdasarkan beberapa hadith Nabi yang secara terang menyatakan bahawa al-Mahdi merupakan keturunan Baginda dari bangsa Quraisy. Di antaranya adalah hadith yang diriwayatkan dari Abu Sa'id al-Khudri radhiallahu 'anh:
"Terimalah berita gembira dengan kedatangan al-Mahdi. Ia adalah dari kaum Quraisy, dari keturunanku. Ia keluar ketika mana perselisihan di kalangan manusia berleluasa dan banyak gempa bumi berlaku.." (Musnad Ahmad; dgn catatan tepi Muntakhab Kanzul Ummal)
4. Pada bahagian akhir kedua-dua email tersebut, umat Islam disuruh agar menyediakan bekalan makanan selama setahun. Di dalam email pertama dinyatakan:
Dan dengan sanad dari Khalid bin Mi'dan: "Barangsiapa yang telah menjumpai hal itu, hendaklah menyiapkan makanan satu tahun untuk keluarganya - beras, gula, susu, garam, lada, gandum, bawang, gas memasak, minyak tanah, minyak masak, minyak petrol, benih-benih sayur, baja, mancis, sabun basuh, sabun mandi, basikal/motor + sparepart, ubat-ubatan dan lain-lain yang difikirkan perlu.."
This is the very obvious and funniest part of all & I still don't understand how come any people who send/forward this article really believe what they've read! Difikirkan dengan logik akal, bilakah agaknya ia diriwayatkan? Sejak kurun ke berapakah wujudnya gas memasak, minyak petrol, basikal, motor dan sparepart? Pastinya bukan pada zaman Rasulullah ataupun zaman Sahabat!
Maka seruan siapakah yang kita ikuti sebenarnya, dan mengapa pula dihadkan menyimpan bekalan hanya selama setahun? Tidak perlulah mendahului Allah dan Rasul dengan membuat ramalan tanpa sandaran nas yang shahih. Takutlah kepada Allah dan renungkanlah firman-firman Allah yang tercatat di dalam al-Quran, di antaranya yang bermaksud:
"Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia.." (al-An'aam: 59)
"Katakanlah lagi: Tiada sesiapa pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).." (an-Naml: 65)
Memadailah dengan hadith-hadith shahih yang begitu banyak jumlahnya, untuk menjelaskan tentang petanda-petanda akhir zaman sebagai panduan kita, di samping peringatan Allah yang berulang kali di dalam al-Quran perihal berlakunya Qiamat. Jauhilah sumber-sumber yang meragukan. Seandainya ada di antara ramalan-ramalan tersebut yang menjadi kenyataan, ia hanyalah sekadar kebetulan dan tidak berkaitan dengan apa yang telah diramalkan. Bahkan ia merupakan ketetapan Allah yang Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana. Sesungguhnya Dia berkuasa melakukan apa saja yang dikehendaki-Nya. La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azheem.
[ Last edited by halfelven at 15-10-2005 05:58 AM ] |
|
|
|
|
|
|
halfelven This user has been deleted
|
Sememangnya telah menjadi kebiasaan bagi kebanyakan kita untuk mempercayai hal-hal yang nampak agak luar biasa dan kontroversi, tanpa menyelidiki terlebih dahulu dari manakah sumber tersebut diperolehi. Mulai hari ini ubahlah sikap dan mentaliti kita dengan menjadi lebih teliti dan cermat dalam menapis apa jua perkhabaran yang kita terima, sebelum menyebarkannya kepada orang lain. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita dalam firman-Nya yang bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.." (al-Hujuurat: 6)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga telah memberikan amaran keras kepada golongan yang menyebarkan perkhabaran dusta di atas nama Baginda, dengan sabdanya yang bermaksud:
"Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.." (HR Imam Bukhari dan Muslim)
Akhirul kalam, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah memberikan panduan kepada kita untuk menghadapi hidup dalam zaman yang penuh cabaran dan mehnah ini, melalui sabda Baginda yang diriwayatkan dari seorang Sahabat yang bernama Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah, yang membawa maksud:
Telah menasihati kami oleh Rasulullah akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, "Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali, maka berilah pesanan kepada kami." Lalu Baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu agar sentiasa bertaqwa kepada Allah, dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu, pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa ar-Rasyidin al-Mahdiyyin, dan gigitlah Sunnah-Sunnah itu dengan gigi geraham. Dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat.." (HR Imam Abu Daud dan Tirmidzi)
Semoga diri kita dan seluruh ahli keluarga kita termasuk dalam golongan yang sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran, Sunnah Rasulullah dan petunjuk para ulama', serta menjauhi segala bentuk bid'ah yang sesat dan menyesatkan di dalam menghadapi liku-liku fitnah di akhir zaman. Mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan hamba-Nya yang berjaya dan sentiasa diredhai. Ameen.
Allahu a'lam bisshawab.. |
|
|
|
|
|
|
|
Weh... Aku dah dengar bunyi itu....
Bunyik dia cam ni ha... DAmmmmm!!!!!!!!!!!!!
dam dum.. bunyi mercun, kanak kanak datang berduyun duyun...
mintak mak .. kuih sepotong.. saya mau makan kenyang perott kosong..
Sorii.. jokes .. |
|
|
|
|
|
|
|
nengok rambut ko tak sampai ati aku nak marah. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by aizverus at 15-10-2005 03:09 PM
aku nak tau pasal bani jawi yang korang katakan tu, tak de dalil pun tak pe laa tapi aku nak tau dalil aqli, pendapat korang pasal bani jawi tu, btol ker?
lagi satu nak tanya korang,
sejak 2 ...
ko ni banyak sgt tgk cite matrix.. main kod kod. ahahah |
|
|
|
|
|
|
| |
|