CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: petola

history of god

[Copy link]
Post time 15-1-2007 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by medsworld at 13-1-2007 07:56 PM
aku islam
yg aku tahu n yakin tuhan wujud n jadikn kite
dia yg tahu sejarah n ape akn jd


Macam ko sorang ajer orang Islam dalam thread nie :jeling:

Kami tau had dan batasan pengetahuan kami...tapi ape yang ingin dibincangkan ialah sejarah manusia dalam kehidupan beragama dan Tuhan-tuhan yang mereka pernah sembah sebelum nie...bukan nak bincang tentang asal usul kejadian Allah (Tuhan) sebab itu bukan dalam pengetahuan kami..

Tak baca ke thread nie dari awal? :jeling:

[ Last edited by  rurouni_khairul at 16-1-2007 09:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2007 01:33 AM | Show all posts
Diantara dewa2 Mesopotamia ada satu yang bernama Bel bermakna "lord" atau "master" dalam bahasa Akkadian. Dipercayai dialah yang disebut2 dalam Bible sebagai Baal, dewa yg teragung buat orang2 Canaan.

Di Mesopotamia, kuil2  dibena sebagai rumah bagi dewa2 mereka....bukan hanya untuk orang2 berkumpul melakukan sembahyang atau penyembahan. Juga dilengkapkan dgn tempat tinggal padri2(priests & priestesses) diorang dan tempat mengajar dan lain2 urusan. Padri2 mereka ini macam pembantu untuk dewa2  menolong dalam ritual2 mereka, memberi pujian2, nyanyi2an dll.

Sembahyang beramai biasanya dilakukan di luar dalam "courtyard" yang besar. Tiap2 bandaraya mungkin mempunyai beberapa kuil & dewa tetapi biasanya satu akan diangap yang paling special dan dialah yg dianggap telah menjaga atau melindungi bandaraya itu. Jadi Kuil dialah yang paling besar dan indah.

Yang berlainan ttg kuil2 Mesopotamia dari kuil2 lain di kawasan Laut Mediterranean ialah suatu bangunan tinggi bersebelahan yg dipanggil ziggurat. Disinilah ritual2 dll dilakukan buat tatapan rakyat yang berkumpul dibawah. Ada sekurang2nya 30 buah zuggurat yang telah dijumpa oleh pakar2 archeology.. Yang tertua sekali di Erudu dan dijangka dari 3000BCE...yang terbesar sekali di Babylon tetapi hanya foundation dia yang masih ada. Yang terpelihara sekali di Ur.

[ Last edited by  hamizao at 17-1-2007 01:36 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2007 11:28 PM | Show all posts

Reply #83 hamizao's post

Kalau tak silap di kota Ur la Nabi Ibrahim a.s. punya tempat tinggal...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2007 04:37 AM | Show all posts
mase tamadun mesopotamia ni,, nabi ape yg hidup sezaman yek?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 09:49 AM | Show all posts

Reply #85 unRESTworld's post

Yang aku tau possibly Nabi Ibrahim a.s. dengan sepupu die (aku rase sepupu laa..tak pun anak saudara..cube confirm balik..) Nabi Luth a.s. yang lain-lain aku tak sure...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 04:28 PM | Show all posts
Mengikut salasilah2 yang biasa Hami jumpa nabi2 sebelum Nuh AS adalah Adam, Sheth dan  Idris(Enoh). Idris dikatakan dilahir dan dibesarkan di Babylon dan mengikut ajaran Adam dan Sheth. Tetapi Idris telah berhijerah ke Egypt dimana ia telah menyebarkan ajaran2 dia. Jadi pada pendapat Hami kemungkinan besar Nuhlah yang berada di Mesopotamia sehingga Banjir Besar. Itupun kalau benar Banjir Besar yang disebut dalam Bible dan Quran adalah yg berlaku di Mesopotamia sebab dalam sejarah ada banyak banjir2 yang telah berlaku termasuklah di Laut Hitam. Itu sebab ada ramai yang berpendapat bahawa kemungkinan orang2 Sumeria berasal dari kawasan Laut Hitam ....berhijerah ke Mesopotamia setelah Laut Hitam beberapakali membanjiri kawasan berdekatan .....Sejarah Mesopotamia ada menceritakan ttg seorang priest kepada dewa Enki telah diselamatkan dengan beberapa ekor binatang dgn membina sebua bahtera

Sejarah tamadun Mesopotamia biasanya ditarikhkan dari 4000 BCE atau 3000 BCE dgn dinasti2 tertentu di setiap bandar sebab diorang ni city state seperti Opis, Kish, Erech, Akkad, Ur, Isin dan Babylon. Dikatakan Ur dimusnahkan oleh banjir selepas diperintah oleh 5 raja2. Jadi Hami fikir, sebemum itu memang sudah ada tamadun terawal lagi  dikawasan Mesopotamia sebelum Banjir Besar apabila Nuh dan keluarganya sahaja terselamat.

Hanya karya2 dan mitos2 Babylon yang dijumpai oleh ahli2 arkeologi memberi gambaran ttg budaya mereka ......seperti Epic of Gilgamesh dan Epic of Creation(Enuma elish). Ada yang bertarikh 8000BCE!

Ttg Nabi Ibrahim pula , dia dikatakan dilahirkan semasa kerajaan Namrud(Nimrod). Nimrod ni bahasa Hebrew dan dikisahkan berkenaan dengan Tower of Babel dalam Bible. Bible menyataka dia cicit Nuh...cabang dari Ham dan Cush Macam Nimrod bin Cush bin Ham bin Nuh. Tetapi dalam bahasa Mesopotamia...siapa dia?  Adakah Tower of Babel itu sebenarnya ziggurat sebab ziggurat ini juga diwar2kan bagi menyenangkan raja2 mereka yang dianggap sebagai dewa, untuk naik ke "heaven" apabila meninggal dunia?

[ Last edited by  hamizao at 19-1-2007 05:44 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2007 05:20 PM | Show all posts

Reply #87 hamizao's post

Dalam epic of Gilgamesh nie laa cerita tentang pengembaraan Gilgamesh ke utara untuk bertemu dengan Ziusaddra, yang ahli arkeologi percaya adalah Nabi Nuh a.s.

Entah betul atau tidak, Walahuallam kerana orang zaman dulu memang terkenal dengan their longevity...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2007 05:58 PM | Show all posts

Reply #88 rurouni_khairul's post

Benar, khairul. Dalam cerita ini Utnapishtim (Ziusdra = bahasa Sumer)kononnya mempunyai "the secret of eternal life". Dialah yang menceritakan kepada Gilgamesh ttg banjir besar yg telah membunuh semua manusia dan binatang. Kononnya dia kemudiannya telah dikurniakan dengan "immortality" oleh dewa Enlil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2007 09:37 PM | Show all posts
Persoalan yang patut di jawab bagaimana timbulnya konsep ketuhanan ni? apa sebabnya? Zaman puntung berasap pun manusia sudah membuat contemplation tentang tuhan. Anih sekali. Contohnya zaman purba ada puak purba menanam simati dengan persiapan2 untuk perjalanan dunia after-life....:hmm: :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2007 07:39 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 19-1-2007 09:37 PM
Persoalan yang patut di jawab bagaimana timbulnya konsep ketuhanan ni? apa sebabnya? Zaman puntung berasap pun manusia sudah membuat contemplation tentang tuhan. Anih sekali. Contohnya zaman purb ...


Dari sumber sejarah Hami telah membuat suatu rumusan sebelum ini ....


.....Tetapi pada mereka di zaman purba dulu mereka mungkin menakrifkan alam itu penuh dgn semangat2/spirit yang berbilang seperti banyaknya bahagian2 alam ini.  Mereka amat bergantung kepada environmen dan naturally  mereka percaya ada semangat2(tuhan dialah) tertentu yang menguasai setiap liku dan lereng alam ini seterusnya penghidupan setiap mereka. ....


Ini mungkin kerana pada zaman itu penghidupan diorang secara agrikultur . Ini pandangan Hamilah. Teringat pula Hami  ttg malaikat2 yang dikatakan menguruskan segala yang di bumi dan langit.......Adakah faham ini juga telah ada di zaman Mesopotamia lagi tetapi telah di manifestasi malaikat2 itu pula sebagai dewa2?

Mengikut apa yang Hami telah baca memang ada 4 cabang ugama mereka yang terbukti dari penemuan2 arkeologi.....sembahyang, ritual, sihir dan ....niat ..seharusnya dimanifestasikan dgn perbuatan yang bermoral.

Yang saudara thamrong sebutkan ...ritual keatas orang2 yang telah mati. Misalnya selepas peperangan di Lagash...suatu peperangan yang paling tertua didokumenkan...biasanya mayat2 pihak musuh dibiarkan saja untuk burung2 vultures ...supaya roh mereka tidak akan berehat. Tetapi mayat2 pihak mereka dikumpulkan dan susunkan sebelum di tanam dengan penuh upacara supaya roh mereka selamat sampai ke alam baqa.

Sekian dahulu. Mungkin thamrong ada input gak??

[ Last edited by  hamizao at 23-1-2007 06:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 07:58 PM | Show all posts
Mungkin dah tak ada sesiapa nak tambah lagi info..............?:hmm:
Tak mengapalah...bila2 boleh tambah.

Apa kata Hami beredar ke tamadun Egypt pula?

Dari segi sejarahnya permulaan ugama di Egypt tentunya banyak andaian atau guesswork aje. kerana bukti arkeologi ttg orang2 pra sejarah hanya sedikit sahaja. Jadi dipercayai bahawa mitos2, ritual2, simbol2 dan falsafah2 mereka adalah ekspresi  kepercayaan terhadap ugama mereka. Bukti pengkebumian ada dijumpa dengan mayat mengereng ke kiri ke arah barat. Bukti2 sejarah hanya banyak terdapat  bagi zaman dalam lingkungan 4000SM....kira sezaman dengan Mesopotamia.

Jika di Mesopotamia lebih kepada penganutan polytheistik dengan beberapa dewa dewi berkedudukan dominan, di Egypt pula "solar deities" yang dominan. Ada 3 ciri2 mustahak dalam ugama mereka:

1. Cult of the dead: Ini menjana suatu ilmu atau teknik pengawetan mayat yang luar biasa dikalangan orang2 Egypt.

2. Mitos2 dan ritual2 : Mereka anggap pharaohs sebagai sons of g-d ataupun jelmaannya(reincarnation) dan pengantara bagi dunia dan syurga.

3. Dewa matahari/sun g-d : Ada kesan2 ikutan/cult terdahulu berkenaan dgn sky-g-d yang maha wujud (omnipresent) dan yang memberi nyawa, api dan menurunkan  hujan dan ribut. Ikutan ini telah di asimilasikan ke dalam ikutan falcon g-d Horus yang kemudiannya diibaratkan  son of Re. Re pula ada yang samakan dengan Atum...pencipta dan bapa segala dewa. Pendek kata apabila zaman berlalu, beberapa versi timbul dengan mitos dan ritual yang tersendiri. Ada kala hampir ke konsep universal god yang mempunyai berbagai atribut ....tetapi masih polytheistik. Satu aja...semasa Amenhotep IV (Ankhenaten) apabila ia membawa kepercayan kpd tuhan yang esa.

[ Last edited by  hamizao at 6-2-2007 10:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2007 10:55 PM | Show all posts

Reply #92 hamizao's post

Bagus jugak Hami nak proceed...Topik nie pun dah lama tak update.

Ade teori para ahli arkeologi yang mengatakan agama kaum Mesir diasaskan oleh Enoch (Nabi Idris a.s.) tapi kemudian telah diubahsuai bagi memenuhi selera mereka.

Malah ade jugak dakwaan yang mengatakan bukan semua Firaun nie kufur malah ade yang beriman dan bertaraf nabi.

Mungkin Hami bole tolong dalam clarify issue nie.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 04:09 PM | Show all posts
hmm...mungkin kepercayaan animisme juga sebenarnya berkaitan dgn penyembahan tuhan yg maha esa tetapi diselewengkan oleh pihak2 tertentu sehingga tujuan penyembahan pada tuhan di variasikan kepada pelbagai mitos dan fakta yg samada di tokok tambah atau di ubah reka...rasanya maklumat di bawah menerangkan maksud agama samawi...

Agama-agama tauhid adalah agama-agama samawi yang hakiki dengan tiga prinsip universal mereka, yaitu pertama: iman kepada Allah Yang Esa. Kedua, iman kepada kehidupan abadi setiap manusia di akhirat kelak untuk menerima pembalasan amal yang pernah ia lakukan semasa hidupnya di dunia. Ketiga, iman kepada para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah untuk memberi hidayah dan bimbingan kepada seluruh umat manusia demi mencapai puncak kesempurnaan dan kebahagiaan dunia serta akhirat.

Pada dasarnya, tiga prinsip ini merupakan jawaban yang paling tegas atas persoalan-persoalan fundamental manusia yang berakal. Yaitu, siapakah pencipta alam semesta ini? Bagaimanakah akhir kehidupan ini? Dan apakah cara untuk mengetahui sistem kehidupan yang terbaik? Sistem kehidupan yang dibangun atas dasar wahyu pada hakikatnya adalah ideologi yang bersumber dari pandangan dunia Ilahi.

Prinsip-prinsip akidah itu mempunyai berbagai konsekuensi dan rincian yang semuanya membentuk sebuah sistem akidah agama. Adanya perbedaan di antara berbagai keyakinan merupakan sebab munculnya berbagai agama dan madzhab. Kita perhatikan bagaimana perbedaan tentang status kenabian sebagian nabi-nabi Ilahi dan tentang penentuan kitab yang orisinil dan utuh menjadi sebab utama perselisihan di antara agama Yahudi, Nasrani dan Islam. Atau perbedaan-perbedaan lainnya seputar masalah akidah dan ibadah, sehingga sebagian dari agama itu sudah tidak sesuai lagi dengan ajarannya yang murni. Contohnya, keyakinan orang-orang Nasrani terhadap Trinitas yang jelas tidak sesuai dengan prinsip Tauhid, walaupun mereka telah berusaha untuk menafsirkan dan menakwilnya sebegitu rupa agar dapat diterima. Demikian pula perselisihan mengenai kepemimpinan dan penentuan khalifah setelah wafatnya Rasul saw; apakah penentuan khalifah itu urusan Allah ataukah urusan manusia. Persoalan ini merupakan sebab utama terjadinya ikhtilaf antara mazhab Ahli Sunnah dan mazhab Syi抋h di dalam Islam.

Dengan demikian, Tauhid, Kenabian dan Ma抋d (Hari Kebangkitan) adalah prinsip-prinsip akidah pada semua agama samawi. Meski begitu, terdapat keyakinan-keyakinan yang merupakan turunan dari prinsip-prinsip tersebut. Misalnya, keyakinan terhadap keberadaan Allah adalah prinsip pertama, keyakinan terhadap keesaan-Nya adalah prinsip kedua. Atau, keyakinan terhadap Kenabian merupakan sebuah prinsip semua agama samawi, sedangkan keyakinan terhadap kenabian Nabi Muhammad saw adalah prinsip yang khas pada Islam. Sebagian ulama Syi抋h menjadikan Keadilan Tuhan梱ang merupakan turunan dari prinsip Tauhid梥ebagai prinsip akidah khas Syi抋h. Dan Imamah梥ebagai perpanjangan dari Kenabian梐dalah prinsip akidah khas Syi抋h lainnya. Sebenarnya, penggunaan kata prinsip (al-ashl) pada ajaran-ajaran akidah seperti ini mengikuti konvensi dan tidak perlu lagi diperdebatkan.

Oleh karena itu, kata ushuluddin dapat digunakan dalam dua istilah; umum dan khusus. Istilah umum ushuluddin mencakup akidah-akidah yang sahih; sebagai lawan dari furu抲ddin. Sedang istilah khusus ushuluddin berlaku hanya pada keyakinan-keyakinan yang paling prinsipal. Istilah ushuluddin juga dapat digunakan secara mutlak (tidak hanya khusus bagi sebuah agama) pada sejumlah kesamaan prinsip akidah di antara agama-agama samawi seperti tiga prinsip di atas tadi, yaitu Tauhid, Kenabian dan Kebangkitan. Adapun jika ditambahkan prinsip-prinsip lainnya, istilah yang biasa digunakan adalah ushuluddin khusus. Demikian pula, jika ditambahkan akidah dan keyakinan yang khas pada mazhab tertentu, istilah yang digunakan adalah ushulul madzhab.[]

pada pendapat kita,penyelewengan agama telah berlaku dari zaman para2 nabi lagi...dari penyembahan berhala2 buatan manusia hingga kejadian2 alam seperti menyembah api,matahari dan sebagainya....
Reply

Use magic Report

dempol This user has been deleted
Post time 6-2-2007 04:35 PM | Show all posts
CUBA BACA SURAH AL-IKHLAS...TENTU KITA AKAN DAPAT JAWAPANNYA MENGENAI KEJADIAN TUHAN...
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2007 09:35 PM | Show all posts
Originally posted by dempol at 6-2-2007 04:35 PM
CUBA BACA SURAH AL-IKHLAS...TENTU KITA AKAN DAPAT JAWAPANNYA MENGENAI KEJADIAN TUHAN...


Uh? Kejadian tuhan? Biasenya benda2 yang terjadi nie hanya makhluk ajer...Tuhan (Allah) bukan makhluk jadi die tak 'dijadikan'...die hanya 'menjadikan'..

Nak tegur sket..jangan main quote ayat Quran sebarangan beb kalau kita tak betul-betul faham, bukan ape takut terjemahan jadik lain..bila membaca tak aper sorang-sorang tapi kalau nak kaji atau terjemah kena ade orang yang arif dan ahli dalam bidang tuh bersama-sama kita utk beri penerangan lanjut...tak bole hentam keromo ajer...

Camner dalam ayat Al-Ikhlas bole menceritakan mengenai kejadian tuhan...adakah ayat tersebut bagitau bagaimana terciptanya tuhan? Maaf la aku agak direct tapi utk tegur ko jugak...

Lagipun topik nie nak cerita pasal sejarah peradaban manusia, dan secara spesifiknya sejarah keagamaan umat manusia.

Kalau nak bincang ayat Al-Ikhlas elok gi BOD Muslimin dan Muslimat.

Salam dan Peace!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2007 02:44 PM | Show all posts
Originally posted by rurouni_khairul at 5-2-2007 10:55 PM
......Ade teori para ahli arkeologi yang mengatakan agama kaum Mesir diasaskan oleh Enoch (Nabi Idris a.s.) tapi kemudian telah diub ...


Tidak bermakna sebelum itu mereka tiada ugama...

Dari segi sejarah, sebelum penyatuan Upper & Lower Egypt oleh Raja Narmar dari Upper Egypt, sudah ada lebih kurang 10 lagi raja2 di Egypt. Penyatuan Egypt dianggarkan berlaku selepas Banjir Besar waktu Nuh AS. Idris AS adalah moyang kpd Nuh AS. Jadi tentunya ia hidup zaman sebelum Banjir Besar. Penemuan2 arkeologi di Abydos memberi pengkaji2 pandangan bahawa orang2 zaman pradinastik Egypt berkemungkinan besar adalah dari Mesopotamia yang telah sampai ke Egypt melalui Teluk Parsi dan Selatan Arab. Berkemungkinan mereka membawa ugama mereka juga......

Keseluruhannya mereka anamist. Kehadiran Enoch terbukti dengan penemuan Book of Enoch di Ethiopia, Yugoslavia dan yang terbaru di gua dekat Laut Mati. Kandungan istimewanya adalah mengenai  fallen angels yang telah mengambil rupa jasad manusia dan bersatu dgn kaum Hawa di bumi dan membenihkan hybrid gergasi.

(bersambung)

[ Last edited by  hamizao at 7-2-2007 10:15 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2007 02:52 PM | Show all posts

Reply #97 hamizao's post

Book of Enoch tuh basically citer pasal ape Hami? Tak sabar nak tau lebih lanjut...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 04:14 PM | Show all posts
Book of Enoch sememangnya dah ada dulu lagi dan dipercayai diguna oleh penganut2 Judaism dan Kristian dulu. Council of Nicene(325AD) telah menolaknya dan jadilah ia Apocrypal - Buku Rahsia - bukan untuk orang biasa. Sebabnya ......... ada info2 yang tidak dapat diterima oleh kuasa semasa. Ada lain2 penulisan juga yang menjadi Apocrypal seperti penulisan Barnabas, Book of Seth...........Apabila naskah2 lama dijumpa di Ethiopia(1773) dan kemudian di Yugoslavia dan yang terkini di Qumran(1948) maka minat mula naik semula ttg nya. Buku2 ini kemudian di panggil 1Enoch - yg Ethiopia nye dan 2Enoch - yg Slavonik nye.  Kalau tak salah Kristian Koptik di Ethiopia ada terima pakai buku ini . Saya kena semak balik nota2.

Disini biarlah Hami fokus kat 1Enoch aje. Ia mengandungi beberapa seksyen/tajuk dipanggil buku juga yang dianggarkan ditulis dalam lingkungan  2000-3000BCE. Diantara yang tertulis adalah ttg perjalanan2 Enoch bertemu tuhan, astronomi, mimpi dan ttg "kejatuhan" malaikat2 ....."fallen angels" dan huru hara yang mereka buat dibumi....lantas mengengkari  perintah "ketua" mereka. Buku juga ada menyebut ttg kedatangan messiah tetapi dengan diskripsi yang berlainan dari apa yang diterima pakai dalam bible sekarang.

Berbalk kepada Enoch ....ni nama Hebrewlah yang bermakna "The Learned One" banyak persamaan dengan Thoth(Memphis), Hermes(Greek), Mercury(Latin), Orpheus(Greek) dan Edris(Quran). Di Egypt mereka ada God of Wisdom - Teth, Set, Thoth, Tat, Sat (kemudiannya menjadi Sat-an) dan Hermes.....nama bertukar mengikut zaman.

Buku2 ini lebih kurang sama je kandungannya. Yang bersama "Dead Sea Scrolls' di Qumran ada juga ttg hybrid gergasi (tidak lengkap) di bumi hasil dari penyatuan fallen angels tu dgn kaum Hawa bumi. Salah satu perjalanan Enoch kelangit adalah untuk meminta ampun dari tuhan atas kemungkaran mereka di bumi.

[ Last edited by  hamizao at 8-2-2007 04:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 04:40 PM | Show all posts

Reply #99 hamizao's post

Hmm...memang Nabi Idris a.s. dikatakan tidak wafat tapi diangkat ke langit sama seperti Nabi Isa a.s.

Die juga memang 'The Learned One' sebab dikatakan dari beliau 'tulisan' mula-mula dicipta untuk penyebaran maklumat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2007 09:08 AM | Show all posts
bestlah citer korang..
aku cuma mampu bace aje...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.076913 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list