CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AILIOMLELE

[Merged] Wasiat/Faraid/Hak isteri/harta sepencarian. (+ vios880, okiedokie)

[Copy link]
Post time 23-2-2007 10:49 PM | Show all posts
Originally posted by vios880 at 23-2-2007 09:09 PM
saya pun kurang arif..sbb itulah saya perlukan pendapat.

Mmg semua anak2 arwah sedia maklum yang tanah itu diberikan kepada saya sewaktu hayat arwah masih ada. Dan arwah telah berpesan secara  ...



utk pengetahuan vios, wasiat dan hibah tak sama.  hibah tu seperti pemberian.  wasiat pula diberi selepas meninggal dan tertakluk kpd syarat.  wasiat yg tak ikut syarat akan terbatal, walaupun arwah mengharamkan hasilnya.  kalau dilihat dari post vios, saya nampak ia macam wasiat.  sebab disebut harta itu hendaklah diserahkan selepas datuk vios meninggal.  hibah ni lain.  


juga diingatkan, kita tak sepatutnya mengharamkan sesuatu yg halal.  contohnya mengharamkan hasil tanah yg vios sebutkan.  sebab halal dan haram ini adalah hak Allah.  kalau kita mengambil harta orang dah tentunya haram, jadi tak payah ler kita yang nak mengharamkannya.  takut nanti benda tu sebenarnya halal, kita pulak yg mengharamkannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 23-2-2007 10:49 PM



utk pengetahuan vios, wasiat dan hibah tak sama.  hibah tu seperti pemberian.  wasiat pula diberi selepas meninggal dan tertakluk kpd syarat.  wasiat yg tak ikut syarat akan terbatal, wala ...



Adakah wasiat itu terbatal dengan sendirinya? Apakah adil saya tidak dapat bahagian saya sedangkan sepupu2 saya diberi hak mereka sedangkan saya tidak?

Sedangkan arwah datuk saya telah berpesan secara lisan dan bertulis kepada anak2nya..supaya bahagian saya diserahkan apabila saya telah mencapai umur matang? Arwah datuk saya telah menyediakan/meninggalkan harta2nya untuk kegunaan anak2 dan cucunya..supaya kami tidak susah.

Dan..bahagian saya..diambil...
Sekiranya saya mendiamkan diri..apakah hukumya bapa saudara saya yang mengambil hak saya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by vios880 at 23-2-2007 11:17 PM



Adakah wasiat itu terbatal dengan sendirinya? Apakah adil saya tidak dapat bahagian saya sedangkan sepupu2 saya diberi hak mereka sedangkan saya tidak?

Sedangkan arwah datuk saya tela ...



Saya tak boleh nak bagi hukum kat sini.  Cuma yg saya tahu, wasiat kepada waris adalah terbatal.  Wasiat kepada bukan waris (atau beberapa orang bukan waris) hanya dihadkan minima 1/3 dari jumlah keseluruhan harta.

Dalam masaalah cik, mesti dirujuk kepada ahli atau pakar bidang faraid.  Sebab surat wasiat tu pun kita tak tahu kedudukannya.

Kalau lah sepupu cik tu mendapat harta yang dikatakan diwarisi melalui wasiat, dan suatu hari nanti didapati bahawa wasiat itu tidak sah, sedangkan dia org dah selesa dengan harta yang tidak sah itu.  Adakah cik nak bersyukur kepada Allah sebab tak dapat harta tersebut?  Atau masih lagi nak tuntut harta yang cik pun tak pasti samada sah atau tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 12:15 AM | Show all posts
Originally posted by lady_cactuss at 23-2-2007 12:12 PM
macam mana kalau org tu sendiri pernah berpesan pada isterinya, andaikata dia mati nnt, dia cuma mahukan isterinya sahaja yg mewarisi harta peninggalan dia (epf, insuran, savings, rumah - dan dia ...



Sedikit penerangan saya ambil dari http://maths.usm.my/faraid/ .   Saya assume suami tersebut ada saudara atau adik beradik lain dan ibunya masih hidup.

Isteri dan ibu termasuk dalam Ashabul-Furud iaitu:

[size=-1]1. Ashabul-Furud
[size=-1]Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Termasuk sekali saudara-saudara suami tersebut yang dikira Ashabul-Furud.

Masaalah isteri tersebut ada persamaan dengan soalan kepada MUIS dan disiarkan di website http://www.muis.gov.sg/websites/rservices/opendocall.asp?type=I&sno=573

HIBAH HARTA PENINGGALAN
Seseorang telah meminta fatwa mengenai harta peninggalan ayah mertuanya. Menurut Yang Bertanya, semasa ayah mertuanya itu sedang sakit, beliau telah mengatakan kepada isterinya supaya mengambil kebun yang ada di suatu tempat dan terserahlah kepada si isteri tersebut samada hendak dijual atau sebagainya. Jawatankuasa Fatwa diminta memberikan fatwanya samada si isteri mempunyai hak ke atas tanah kebun tersebut dan samada perkataan yang diucap oleh Allahyarham suaminya itu dikira sebagai wasiat atau pemberian?

Jawapan:
Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa sekiranya Allahyarham ada mengaitkan pemilikan tanah tersebut dengan kematiannya, seperti kata-kata "Kalau aku mati nanti", maka ia adalah wasiat. Di dalam keadaan sedemikian, wasiatnya tidak sah memandangkan si isteri adalah salah seorang waris kepada si mati. Wasiat kepada waris tidak sah hukumnya berdasarkan hadis:
"لا وصية لوارث"
yang bermaksud : " Tidak ada wasiat bagi waris ".

Sekiranya si mati tidak pula mengaitkan pemilikan harta berkenaan dengan kematiannya, maka ia dikira sebagai pemberian atau (هبة ). Dalam keadaan ini juga tidak sah pemberiannya kerana ia dibuat dalam keadaan sakit yang membawa maut (مرض الموت ).

Jawatankuasa Fatwa memfatwakan bahawa tanah tersebut hendaklah dibahagikan kepada waris-waris yang ada mengikut hukum faraid. Si isteri tidak berhak ke atas keseluruhan tanah kebun itu seperti yang dinyatakan, kecuali jika kesemua waris bersetuju beliau memilikinya.


[ Last edited by  ibnur at 25-2-2007 12:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 12:25 AM | Show all posts
Originally posted by Maisarah at 22-2-2007 11:30 AM
Sebuah keluarga ingin menguruskan pembahagian tanah pusaka, terjadi perbalahan dlm meletakkan nama dlm geran2 tersebut. Yang si waris lelaki ingin nama diletakkan berasingan dlm setiap geran mana ...




Saya pernah masuk ke bilik perbicaraan faraid (sebagai pemerhati sahaja).  Dan apa yang saya perhatikan, setiap individu berhak membuat keputusan ke atas bahagian masing-masing.  

Masaalahnya, jika tanah seluas 1 ekar, pemecahan geran tidak dibenarkan, kecuali ia tanah perumahan.  Terdapat juga beberapa keadaan di mana didalam geran tersebut ditulis nama dan jumlah bahagian masing-masing.  Contohnya;  Ali bin Ali 250/1000, ahmad bin ahmad 550/1000, atan bin atan 300/1000.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 12:45 AM | Show all posts
Yang ini saya dari MUIS juga.  Masaalah yang hampir sama dengan vios880 dalam hal wasiat.


WASIAT UNTUK CUCU YANG BUKAN WARIS DAN BERSYARAT

Seseorang telah membuat wasiat agar cucu perempuannya mendapat saham yang sama seperti saham seorang anak perempuannya dari harta peninggalannya. Sahamnya ini hendaklah diberikan kepada cucu yang dinamakannya itu ketika cucu perempuan tersebut diakad nikahkan bukan sebelumnya. Rumah peninggalannya pula tidak boleh dijual sehingga seorang anaknya yang dinamakannya mencapai usia 21 tahun kecuali jika terdapat percanggahan atau kesulitan dalam Syariah Islam atau Undang-undang Sivil, maka Pengamanah diberi hak melaksanakan apa yang baik pada pandangannya untuk dijual.

Jawatankuasa Fatwa diminta memberikan pandangan samada wasiat ini diakui sah menurut hukum Islam ?

Jawapan :

Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa wasiat almarhum memberikan sebahagian dari peninggalannya kepada cucu perempuannya yang tersebut itu, adalah sah kerana cucunya itu bukan waris dan apa yang diwasiatkan untuknya tidak lebih dari satu pertiga pusaka.

Syarat yang diletakkan oleh almarhum, iatu penyerahan bahagian cucu tersebut dilaksanakan sewaktu akad nikahnya dan juga syarat rumah tidak boleh dijual sehingga anak almarhum (yang dinamakannya) mencapai usia 21 tahun adalah batal dan tidak sah. Ini adalah kerana syarat-syarat ini menyekat para waris memiliki apa yang telah menjadi milik mereka tanpa sebab-sebab yang diakui syarak


========================================================

Jumlah harta yang boleh diwasiatkan adalah 1/3.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-3-2007 10:46 PM | Show all posts
Saya baru balik dari kpg. Isu pembahagian harta diselesaikan. Bapa saya mengikut hukum faraid dan mendapatkan khidmat nasihat dari pakar agama. Harta pusaka arwah datuk saya dibahagikan mengikut hukum faraid.

Tanah yang sepatunya diberikan kepada saya telah dibatalkan pemberiannya dimana saya tidak berhak untuk menerima harta tersebut. Berlaku juga ketidakadilan di sini. Hanya SAYA sahaja tidak berhak menerima..sedangkan sepupu2 saya yang lain diberikan haknya. Menurut bapa saya..dia mengikut hukum faraid. Di mana harta saya dibatalkan pemberiannya.

Bapa saya minta saya redha dengan hukum2 agama. Saya diam aja la..cuma..dlm hati saya rasa pemegang amanah tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 07:14 PM | Show all posts
Wasiat kepada ahli waris ni ada dua pandangan-

1 tak boleh

2- dibenarkan dengan keizinan ahli waris yg berhak.

Dua dua pandangan ni ada nas yg menyokong.

Pendapat yg lebih diterima dalam Syfieyah-wasiat tersebut boleh tetapi tertakluk pada kezinan/kemahuan ahli waris yg lain untuk menunaikanya atau tidak.Keiaiznan atau kemahuan ahli waris tersebut dikira setelah kematian pewasiat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2007 03:43 PM | Show all posts
hibah mcm mana ye? hibah tu kita kene serahkan masa hidup atau boleh serah lepas mati?

cthnya : ada satu ekar tanah nak hibahkan pada si A, so kene transfer siap2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 04:21 PM | Show all posts
saya ada satu pertanyaan..
mcmana kalau suami ada beli rumah sethn sebelum berkahwin dan rumah dibeli atas nama bersama antara si suami dengan adik perempaun suami. kemudian suami mati tanpa meninggalkan anak dan perkahwinan tu selama 25 tahun.apakah harta tersebut masih dikira harta sepencarian? adakah si isteri berhak mendapat harta tersebut walaupun nama bersama adalah nama adik perempaun si mati?lagi satu..boleh kah dalam kes ini, hibah dilakukan semasa hayat si mati?
terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 10:25 PM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 20-3-2007 03:43 PM
hibah mcm mana ye? hibah tu kita kene serahkan masa hidup atau boleh serah lepas mati?

cthnya : ada satu ekar tanah nak hibahkan pada si A, so kene transfer siap2 ke?


kalau transfer nama tu lebih baik.  supaya nanti tak berlaku pertikaian sedare-mare.
Apa yang saya tahu, hibah tak perlu transfer nama.  transfer nama tu formality.  

hibah tu mestilah jelas (seperti harta yang dihibahkan kepada siapa) dan ada saksi.  sebaiknya buat secara bertulis dan bersaksi.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 10:26 PM | Show all posts
Originally posted by lala at 21-3-2007 04:21 PM
saya ada satu pertanyaan..
mcmana kalau suami ada beli rumah sethn sebelum berkahwin dan rumah dibeli atas nama bersama antara si suami dengan adik perempaun suami. kemudian suami mati tanpa men ...


Dia beli rumah tu secara berhutang ke?  Dan berapa lama dia bayar hutang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2007 12:10 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 21-3-2007 10:25 PM


kalau transfer nama tu lebih baik.  supaya nanti tak berlaku pertikaian sedare-mare.
Apa yang saya tahu, hibah tak perlu transfer nama.  transfer nama tu formality.  

hibah tu mestilah je ...


saya ada beli borang hibah ni ada satu co ni jual, dlm borang tu siap tulis tarikh akan dipindahmilik... so kalau mcm tu sama je ngan PA kan.

kalau duit cash mcm mana boleh ke kita hibah pada org tp dia dapat duit tu bila kita dah mati je... sbb mcm konflik lak ngan wasiat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 07:31 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2007 01:38 PM | Show all posts
nak tanya.

EPF arwah isteri, suami berhak amik ker?
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2007 06:37 AM | Show all posts
Kalau dah KWSP di kira faraidh-tentulah berhak  1/2 jika takde waris kebawah  atau 1/4 jika ada waris kebawah seperti anak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2007 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 20-4-2007 01:38 PM
nak tanya.

EPF arwah isteri, suami berhak amik ker?


Kalau sebelum mati isteri dah menamakan suami maka layaklah suami tu mengambilnya.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:16 AM | Show all posts
Hak Muslim: Nama ke atas aset bukan bukti harta sepencarian
Bersama Mohamad Isa Abd Ralip


SAYA ingin bertanya dan memohon penjelasan mengenai tujuan, rasional dan hukum harta sepencarian sedangkan bahagian harta pusaka untuk suami atau isteri telah ditetapkan mengikut hukum faraid. Bagaimana prosedur atau mekanisme yang digunakan untuk mengira jumlah nilai harta sepencarian di Mahkamah Syariah?

Baharin Hashim
Johor Darul Takzim

Seseorang lelaki tidak dinamakan suami melainkan dia telah melangsungkan akad pernikahan secara sah dengan seorang perempuan mengikut hukum syarak. Begitu jugalah perempuan.

Apabila masing-masing telah bergelar suami isteri, maka banyak tanggungjawab dan hak bersama yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin.

Berkaitan harta, kedua pihak memahami bahawa harta yang diperoleh sepanjang mereka berkahwin adalah harta bersama dan masing-masing meredai apabila masing-masing saling memanfaatkan harta itu.

Biasanya pada tahap ini, tidak timbul pertikaian mengenai harta, tetapi masalah akan timbul tatkala wujud perselisihan faham yang membawa kepada perceraian atau suami cuba berpoligami.

Tuntutan biasanya ditimbulkan oleh isteri atau bekas isteri membabitkan sumbangan mereka sepanjang tempoh perkahwinan.

Sumbangan terbahagi dua iaitu sumbangan secara tidak langsung seperti mengurus rumah tangga, anak-anak serta suami bagi suri rumah tangga dan sumbangan secara langsung iaitu isteri turut mengeluarkan modal dalam bentuk kewangan untuk mendapatkan harta berkenaan dalam tempoh perkahwinan.

Begitu juga jika salah satu pihak meninggal dunia, maka pasangan akan meminta harta dibahagikan dulu sebagai harta sepencarian sebelum diisytiharkan harta pusaka.

Definisi harta sepencarian ditafsirkan sebagai pemerolehan apa-apa harta sepanjang tempoh perkahwinan antara suami atau isteri sama ada membabitkan harta alih atau tak alih dan pihak yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau tidak.

Mengikut Enakmen Undang-undang Pentadbiran Keluarga Islam (Terengganu) 1985, seksyen 2 mendefinisikan harta sepencarian sebagai harta yang diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa menurut syarat ditentukan hukum syarak.

Seksyen 57 enakmen yang sama, mentafsirkan maksud harta sepencarian dengan lebih terperinci dan jika dibaca bersama dengan seksyen 2, maka boleh difahami maksudnya bahawa harta sepencarian boleh wujud dalam tiga keadaan iaitu;

Pertama, harta diperoleh bersama suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa dengan usaha bersama. Kedua, harta diperoleh bersama oleh suami isteri ketika perkahwinan berkuat kuasa dengan usaha tunggal satu pihak saja.

Ketiga, harta dipunyai satu pihak sebelum perkahwinan yang telah dimajukan pada sebahagian besarnya dalam masa perkahwinan berkuat kuasa oleh pihak yang satu lagi atau dengan usaha bersama.

Kitab at-Turuq al-Hukmiyah karya Ibnu Qayyim menerangkan, kalangan ahli perundangan Islam bersepakat mengatakan dalam tuntutan suami isteri membabitkan harta sepencarian, tuntutan yang dibuat hendaklah berdasarkan keterangan pihak yang membuktikan tuntutan itu.

Pemilikan ke atas sesuatu harta bukan berdasar kepada nama ke atas harta semata-mata kerana nama yang tertera belum tentu membuktikan bahawa dia adalah pemilik sebenarnya.

Kenyataan ini dibuat dengan maksud, adalah satu kezaliman jika hak milik sesuatu harta hanya diambil kira berdasarkan nama ke atas harta itu semata-mata sedangkan pihak satu lagi mungkin ada menyumbang cuma namanya tidak dinyatakan ke atas harta itu.

Persoalan rasional keharusan pembahagian harta sepencarian menunjukkan pengiktirafan syarak terhadap hak, habuan dan pemilikan pihak yang berusaha mendapatkan harta itu sepanjang wujudnya perkahwinan.

Mengenai hukum harta sepencarian sebenarnya tidak dinyatakan secara jelas. Cuma pembahagian dibuat bersandarkan kemaslahatan pihak-pihak atas dasar prinsip keadilan dan hak.

Prosedur serta cara pembahagian harta sepencarian juga tidak dinyatakan secara tepat. Asal pembahagian harta diperoleh adalah bermula daripada amalan adat terutama adat Melayu.

Kemudian ia diterima pakai oleh semua masyarakat. Namun, kini pembahagian itu telah dikuatkuasakan dengan lebih teliti di mana pembahagian harta diletakkan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Merujuk amalan biasa penghakiman di Mahkamah Syariah, pembahagian harta sepencarian ke atas isteri ditentukan setakat harta diperoleh dalam tempoh perkahwinan dan sumbangan isteri menguruskan rumah tangga, menjaga anak-anak, melayan suami, menyebabkan suami merasa kehidupan yang tenang dan dapat menumpukan kerjaya sepenuhnya sehingga suami dapat memperoleh harta dalam tempoh perkahwinan mereka.

Tetapi tuntutan terhadap harta sepencarian ini bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isterinya.

Peruntukan Seksyen 122 (1) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUKIS 2003) mengenai pembahagian harta sepencarian menetapkan seperti berikut:

Mahkamah mempunyai kuasa apabila membenarkan lafaz talak atau apabila membuat suatu perintah perceraian untuk memerintah supaya apa-apa aset yang diperoleh oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset yang diperoleh oleh pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagikan antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan dibahagikan antara pihak-pihak itu.

Kemudian seksyen 122 (2) menjelaskan lagi, pada menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1), mahkamah hendaklah mengambil perhatian mengenai:


Takat sumbangan yang dibuat tiap-tiap satu pihak dalam bentuk wang, harta, atau kerja bagi memperoleh aset itu,


Apa-apa yang terhutang oleh salah satu pihak yang telah dilakukan bagi manfaat bersama mereka,


Keperluan anak-anak yang belum dewasa daripada perkahwinan itu jika ada.

Tertakluk kepada pertimbangan Seksyen 122 (4), mahkamah boleh membahagikan aset itu atau hasil jualan mengikut kadar yang difikirkan munasabah. Walau bagaimanapun pihak yang memperoleh aset itu dengan usahanya hendaklah menerima suatu kadar yang lebih besar.

Jawapan disediakan Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Sebarang persoalan syariah sila kemukakan ke [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2007 10:19 AM | Show all posts
Nampak dah banyak pecahan dalam thread ni uyg dah bertambah page.  Wasiat/Hibah, faraid dan harta sepencarian.  InsyaAllah kalau lebih banyak info mungkin saya pisahkan topik harta sepencarian ni.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2007 12:39 PM | Show all posts
Peguam Syarie menulis: Wasiat sah jika semua waris setuju
Oleh Mohd Noor Aizan Md Idrus


Cara bahagi harta pusaka perlu dibuat selepas perbincangan bersama

MINGGU sebelum ini kita menyentuh kesilapan di kalangan orang Islam yang beranggapan wajib membuat wasiat kepada ibu bapa, isteri dan anak sebelum kita mati dan wasiat itu mesti dipatuhi.

Menurut pandangan Islam, hukum membuat wasiat dari segi sejarahnya mempunyai dua peringkat iaitu pada zaman awal Rasulullah SAW menyebarkan agama Islam, orang Islam yang mempunyai banyak harta diwajibkan berwasiat kepada ibu bapa dan kerabatnya.

Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 揇iwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.098625 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list