|
Salah satu perkara pokok dlm FF ialah saving. Dan kenapa perlu buat saving seawal mungkin??
Contoh:
Ahmad dan Bakar merupakan dua orang sahabat rapat, sebaya, dan kedua-dua mereka mula bekerja ketika berumur 25 tahun. Ahmad merupakan seorang yang sentiasa membuat persediaan untuk masa depan dan mula menyimpan sebanyak RM1,000 setahun ketika berumur 25 tahun, dan berhenti menyimpan selepas 10 tahun. Dan simpanan itu dibiarkan di dalam akaun. Tetapi Bakar pula seorang yang suka berlengah-lengah dan hanya menyimpan setelah berumur 34 tahun, juga sebanyak RM1,000 setahun dan berterusan menyimpan selama 23 tahun.
Akhirnya, ketika mereka berdua berumur 56 tahun, Ahmad mempunyai simpanan sebanyak RM142,685, walaupun jumlah asal yang disimpan hanyalah RM10,000. Manakala simpanan Bakar hanyalah RM87,489, walaupun jumlah asal simpanan Bakar adalah lebih banyak daripada Ahmad iaitu sebanyak RM23,000. Dan akhirnya Bakar menyesal kerana kerana bertangguh di dalam menyimpan, dan memarahi kawannya Ahmad kerana tidak menasihatinya untuk menyimpan lebih awal.
Kesimpulan kisah di atas, menyimpanlah seawal mungkin, sikap bertangguh-tangguh kita boleh melibatkan kerugian nilai yang besar pada masa hadapan.
*Ilustrasi di bawah adalah dipermudahkan, dengan mengambil kira purata pulangan sebanyak 10% p.a (setahun). Sumber: Financial Freedom - Your Guide To Lifetime Financial Planning.
[ Last edited by shahgti at 29-3-2007 09:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pengurusan wang cara Islam jamin kebahagiaan keluarga
Oleh Nor Affizar Ibrahim
MASIH ada segelintir individu yang menganggap persoalan pengurusan dan perancangan kewangan sebagai perkara remeh sedangkan perkara itu amat mustahak untuk mengelakkan seseorang daripada dibebani hutang keterlaluan dan perasaan gusar serta tertekan ketika dihimpit kecemasan.
Kegagalan mengurus dan merancang kewangan dengan baik juga menyebabkan ada yang mudah terperangkap dengan gaya hidup berhutang sama ada dengan pelbagai tawaran kad kredit atau pinjaman daripada institusi kewangan.
Pengerusi Eksekutif Hijrah, Strategic Advisory Group Sdn Bhd, Rohani Mohd Shahir, berkata pengurusan kewangan yang bijak termasuklah mengimbangi perbelanjaan dan pengurusan hutang, pelaburan bijak serta mengikut syariah dan memastikan pendapatan diperoleh mendapat keberkatan.
Katanya, semua itu penting bukan untuk kebaikan diri semata-mata, tetapi demi memastikan dapat melahirkan keluarga yang sejahtera di samping umat beriman dan bertakwa. 揇alam Islam jelas menyatakan mengurus dan membelanjakan harta benda dengan jalan yang betul adalah antara amanah daripada Allah. Barang siapa yang tidak berbuat demikian akan disoal pada hari pembalasan kelak.
揃erdasarkan syariah, menguruskan kewangan adalah satu keperluan dan ia bertujuan untuk mencapai kehidupan yang lebih bermakna. Unsur halal dan mendapat keberkatan Allah sudah tentu menjadi faktor utama dalam Islam apabila menjana pendapatan, perbelanjaan dan pelaburan, |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak ingat camna aku boleh start cari maklumat2 perancangan kewangan ni...rasa macam aku baca posting kawan aku dalam Relexjap rasanya pasal islamic financial planning...start daripada tu aku mula beli buku perancangan kewangan yg bank negara kuarkan tu, majalah personal money, smart investor, buku hajjah rohani, kiyosaki, then berkenalan ngan azizi ali...even aku attend bengkel kewangan aziz ibrahim dah..cuma lum sempat buat betul2 lagi sebab tengah study banyak halangan2 tak terduga
tapi alhamdulillah aku ni jenis pakai kad kredit bayar penuh tiap2 bulan jadi takde la masalah utang kad plastik tu...ada la sempat beli saham bank rakyat & bank persatuan tapi tak banyak la...pastu beli UT...n simpanan ASB...rumah dah beli tapi lum start bayar lagik ..loan gomen lambat sikit potongnya..insyaallah harapnya nanti walaupun aku masih kena keja sampai pencen tapi boleh la melancong tgk2 tempat org..kalau boleh nak amik pencen awai pastu gi melancong saja
la ni pun elaun bulan2 aku cuba save, n buat keja part time nak dapatkan duit ekstra...ada sikit2 plan nak gi haji, umrah, melancong, beli keta...insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
shahgti.. aku memula mengenali konsep financial freedom nih masa baca posting ko dalam simpanan dolu2.. masa tuh aku ingat lagi ko pakai avatar orang backpack.. aku ingat lagi yang bersungguh2 ko nak financial freedom supaya boleh meneruskan hobi backpack dengan senang hati
start daripada tuh aku pun membaca ler posting2 abgzan, remy3D dan dr yang abang ipar mencari cinta tuh.. membeli buku2 azizi ali, merancang kewangan, buat target dan start bisnes kecil-kecilan.
so tima kasey na.. , budimu dikenang walaupun aku rasa ko takkan perasan budi yang telah ko taburkan! ewah!
dan aku harap thread nih nanti dibaca plak oleh adik-adik kita yang lain. bagi bukak mata diorang sket macamana ko bukak mata aku dulu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 29-3-2007 02:14 PM
shahgti.. aku memula mengenali konsep financial freedom nih masa baca posting ko dalam simpanan dolu2.. masa tuh aku ingat lagi ko pakai avatar orang backpack.. aku ingat lagi yang bersungguh2 ko ...
sama2.....itulah bagusnya forum Cari ni.....semua kita dpt info & share info secara percuma.
lagi awal adik2 kita bukak mata lagi lagilah bagus utk mrk. hendaknya sebaik saja mrk mula bekerja terus buat saving supaya saving mrk tu compounded dgn cepatnya. supaya lagi cepatlah mrk capai financial freedom & tak terbelengu oleh hutang piutang. btw, financial freedom takkan tercapai kalau kita keep on increase kita punya periuk. remember the saying "besar periuk besarlah keraknya". meaning by the time kita suppose sudah pun capai financial freedom tapi angkara nafsu membesarkan periuk (example: tukar lagi kereta baru, buat hutang baru, tambah bini etc....) maka sampai tutup mata pun tak akan achieve financial freedom. he...he... btw, kalau nak baca kisah2 perjalanan backpack aku boleh gi kat Travel & Adventure thread.
[ Last edited by shahgti at 29-3-2007 02:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
antara tool yg aku kagum keberkesanannya hingga ke hari ini ialah 'sistem sampul surat'. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 shahgti's post
boleh cerita sikit ke konsep sistem sampul surat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
shahgti ...
betullah kata ko ... kena saving baru boleh dpt financial freedom
masa tu aku baca je forum cari.com.my ni .. tak buat posting pun ...
skg ni ... alhamdulillah aku dah mula berjinak jinak travel backpack.
mula dari 2006 ... dah backpack, aku mula dari switz, then spain ...
minggu depan ni ... nak ke brussels, Luxembourg dgn rotterdam ... yeyy ...
memang seronok bila dpt menyimpan ... dan tutup buku buku hutang ni sikit sikit ...
alhamdulillah syukur ...
tq kawan kawan semua ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shahgti at 29-3-2007 02:48 PM
sama2.....itulah bagusnya forum Cari ni.....semua kita dpt info & share info secara percuma.
lagi awal adik2 kita bukak mata lagi lagilah bagus utk mrk. hendaknya sebaik saja mrk mula ...
muahaha! aku memang selalu singgah situ.. baca korang sembang-sembang tour dunia ni ha.. tingin sungguh ler aku nak tour europe masa2 muda nih.. tapikan paling murah pun 2 orang mau makan 20K.. huhu! 20K tu kan mau ler makan setahun lebih aku nak nyimpannya! tu yang aku berpikir lapan kali tuh.. last2 sampai ari ni tak gi lagi.
err...? kalau antara kehendak melancong dengan keperluan menyimpan untuk financial freedom tu.. mana yang patut kita dulukan yek? tu yang sampai orang kata.. buat apa ler nyimpan sesungguh tapi nak buat apa yang kita suka langsung tak dapat.. kot ler mati dulu, tak merasa langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 29-3-2007 05:58 PM
shahgti ...
betullah kata ko ... kena saving baru boleh dpt financial freedom
masa tu aku baca je forum cari.com.my ni .. tak buat posting pun ...
skg ni ... alhamdulillah aku dah mula berjin ...
aku memang kagum ler ! ko kerja apa sampai boleh cepat sangat dapat mencapai financial freedom tuh? ko ke tokey asam pedas kat pt jawa tuh? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 29-3-2007 10:01
aku memang kagum ler ! ko kerja apa sampai boleh cepat sangat dapat mencapai financial freedom tuh? ko ke tokey asam pedas kat pt jawa tuh?
hai yays ...
kalau ko baca buku azizi tu banyak cara nak capai financial freedom.
aku pilih yang paling ekstrim ... risiko memang tinggi la ...
masa tu nak carik modal sampai tonggang terbalik la ...
but ... aku percaya pd kerja keras ... tak bergantung kpd org lain ...
yg penting tutup hutang .. dan terus tutup buku hutangsss ...dan simpan
asam pedas kat parit jawa tu memang besh ...
tapikan .. kalo ko parking kereta ko dekat
dgn kedai tu .. depa nampak nombor KL ...
hemmm .. abis ko kena sembelih yays ...
(pasal aku dah kena dulu hehe ) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 29-3-2007 10:01
aku memang kagum ler ! ko kerja apa sampai boleh cepat sangat dapat mencapai financial freedom tuh?
aku lom lagi freedom yays ... cuma dah hampir laa ... insyallah setahun lagi ... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 shahgti's post
aku setuju dgn sistem smapul surat supaya kita tau berapa saja belanja yg tinggal, n tak tertinggal bayar mana2 bil...bole kontrol perbelanjaan...sesuai untuk org yg susah nak kontrol belanja bila dah asing2 duit baru nampak ada berapa saja yg boleh digunakan utk bulan2 tertentu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 29-3-2007 06:10 PM
hai yays ...
kalau ko baca buku azizi tu banyak cara nak capai financial freedom.
aku pilih yang paling ekstrim ... risiko memang tinggi la ...
masa tu nak carik modal sampai tonggang te ...
err... ko kumpul duit lagu mana? kongsi ler sket dengan orang kampung ko nih
aku agak dah.. kalau tau orang kl memang depa bantai tinggi punye! bila aku bantai cakap jawa, kalau takat dengan adik2 tuh depa pulak tak berapa paham.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 29-3-2007 07:08 PM
err... ko kumpul duit lagu mana? kongsi ler sket dengan orang kampung ko nih
aku agak dah.. kalau tau orang kl memang depa bantai tinggi punye! bila aku bantai cakap jawa, kalau takat ...
kalu nka gi merasa asam pedas sana kena gi ngan org jawa jugak la ek |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mat403 at 28-3-2007 09:00 PM
buku hajah rohani mmg yg paling best antara banyak2 buku perancangan kwangan walaupun aku ni hardcore buku2 lama azizi ali. sesiapa yg tak baca lagi boleh la baca coz buku ni mmg sgt menarik ...
setuju mat...buku ni le yg paling best..the 1st islamic financial planning book kat malaysia..ni le komen ramai yg baca..
kwn cat yg dulu duk pinjam buku catz pun now dah beli..
buku ni mmg tak jemu baca walau dah berulang2 baca...
aku kalau stress..baca buku ni saja2..belek2 pun ilang stress..heheh |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 29-3-2007 06:14 PM
aku lom lagi freedom yays ... cuma dah hampir laa ... insyallah setahun lagi ...
wahhh...tahniah lah budak jawa..
best lah kue...kue mmg temen lah bab simpan2 duit ki yo?
bagus lah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by budakjawa at 29-3-2007 06:10 PM
hai yays ...
kalau ko baca buku azizi tu banyak cara nak capai financial freedom.
aku pilih yang paling ekstrim ... risiko memang tinggi la ...
masa tu nak carik modal sampai tonggang te ...
hehheh..off topic
aku kalau balik kg mmg singgah beli asam pedas kat pt jawa tuh..
aku suka parking dekat2 coz malas nak jln jauh..
kete aku Plat KL .. tapi tokey kedai tuh bz layan pelanggan tak perasan kot..aku stilll dpt rege yg ok..hehhh
kedai yg tepi ramainya org yg amat..siap bubuh logo TV3 coz tv 3 pernah dtg kedai dia..hehheh
opss.off topik..ampun |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yays at 29-3-2007 05:58 PM
muahaha! aku memang selalu singgah situ.. baca korang sembang-sembang tour dunia ni ha.. tingin sungguh ler aku nak tour europe masa2 muda nih.. tapikan paling murah pun 2 orang mau makan 20K ...
ff: tapi percayakah anda hanya dgn 5k plus anda sebenarnya sudah boleh pergi backpack travel in Europe selama satu minggu? ini ialah utk 6 days in UK & 1 day in Calais, France.
[ Last edited by shahgti at 29-3-2007 11:10 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|