|
utusan malaysia - 1 apr 2008
Nabil setelah bergelar artis
Nabil (tengah) dan Mawi (kanan) menandatangani poster Minggu Setiausaha di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur, baru-baru ini sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan restoran itu, Shaari Darus.
--------------------------------------------------------------------------------
KEJAYAANNYA muncul sebagai juara pertandingan rancangan realiti TV berkonsepkan komedi, Raja Lawak musim kedua ternyata memberi sinar buat pendatang baru berbakat besar ini.
Prestasi cemerlang yang ditunjukkan saban minggu, sepanjang berlangsungnya rancangan tersebut ternyata memberi kelebihan kepada Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil, 24, untuk terus dikenali dan diminati.
Pada tanggal 15 Mac lalu menjadi tarikh keramat bagi pemuda kelahiran Seremban, Negeri Sembilan ini apabila berjaya dinobatkan untuk menduduki 憈akhta |
|
|
|
|
|
|
|
mangga online
Nabil (Raja Lawak) menyerlah
Nabil si juara Raja Lawak 2 mula menarik perhatian peminat. Lawaknya dilihat bersahaja dan menghiburkan. Kira bolehlah kalau nak kata Nabil mampu ganti pelawak sedia ada. Pelawak tak macam penyanyi yang ada sahaja muncul artis baru. Kira program Raja Lawak berjayalah melahirkan bintang lawak.
Semasa membuat lawak spontan di Anugerah Bintang Popular (ABP) baru-baru ini gamat juga Arena of Stars. Tapi lawaknya bersama Zul Yahya hanya penonton di arena itu sahaja yang dapat saksikan sebab mereka muncul semasa TV menayangkan iklan. Ada yang mula nampak bakat Nabil apabila muncul di hadapan khalayak setelah saban minggu muncul di TV. |
|
|
|
|
|
|
|
Gemilang Bersama Bintang - Mawi, Heliza & Nabil (Raja Lawak 2)
ada harga istimewa buat peminat setia Nabil iaitu RM250 seorang.
untuk tempahan bole hubungi Cik Shida 012 284 9603
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum.....
murah betul rezeki bang bil ... alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 niy's post
bertuah la sape secretary yg bos drg bawa gi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Harian Metro - 31 Mac 08
Bebas jadi diri sendiri
Rap | | BAGAIMANA kelakarnya Ahmad Nabil Ahmad, 25,ketika di gelanggang Raja Lawak, begitulah orangnya di luar. Kalauberbual seharian dengan, barangkali boleh terkena jangkitan 'sawantawa'. |
Sejak menjuarai program dianjurkan Astro itu, nama Nabil kini jadi sebutan ramai. Ke mana saja Nabil pergi, dia menjadi tumpuan.
Namun satu perkara yang mungkin sukar dipercayai, walaupun kini Nabil meniti populariti, dia seorang yang amat merendah diri. Daripada nada suaranya melayan kerenah kawan-kawan yang menghubunginya, jelas populariti tidak pernah mewujudkan jurang pemisah antaranya dengan teman-teman.
Apabila ditanya perkembangan terbarunya sejak menjuarai Raja Lawak musim kedua, secara spontan Nabil menjawab dia belum dapat duit dan kereta yang dimenanginya.
"Jangan marah ya, saya bergurau saja. Sebenarnya buat masa ini saya baru menjayakan beberapa persembahan sebagai pengacara. Antaranya, Malam Gala P Ramlee yang diadakan di Pentas Lanai Seni selain persembahan tertutup bersama Mawi.
"Tidak lama lagi saya bersama finalis Raja Lawak 2, Cham dan XN3 serta beberapa peserta lagi akan menjayakan program 13 episod, The Best Of Gelanggang Raja Lawak 2.
"Walaupun baru bertatih membina nama, saya kira dengan peluang yang diberikan satu petanda baik untuk orang baru seperti saya. Apatah lagi, bukan mudah mendapat kepercayaan orang," katanya.
Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, Pahang, malam tadi turut melakar kenangan indah buat Nabil apabila menggalas tanggungjawab sebagai penyampai anugerah. Nabil digandingkan dengan dua artis terkenal, Zul Yahya dan Sharifah Shahira.
Nabil mengakui sejak dulu dia sentiasa mengikuti perkembangan industri hiburan tanah air dan ABPBH antara majlis anugerah yang sering ditontonnya.
"Keseronokan menjadi sebahagian daripada anugerah ini mula saya rasai sejak menjayakan destinasi akhir jelajah ABPBH07 di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Ahad lalu.
"Saya dapat berkenalan dengan ramai artis popular yang sebelum ini hanya dapat saya lihat di kaca televisyen. Itu juga pertama kali saya rasakan betul-betul punya ramai peminat.
"Paling saya tidak sangka semua artis melayan saya dengan baik lebih-lebih lagi abang Zul Yahya. Dia memang otak gila-gila sampaikan saya terpaksa mengaku kalah bila berlawak dengan dia.
"Apabila sekali lagi digandingkan dengan Zul Yahya dan Sharifah Shahira sebagai penyampai anugerah, ia satu penghormatan besar buat saya," katanya.
Mengimbas kemenangannya dalam Juara Lawak, Nabil mendapat 77 peratus undi penonton menerusi SMS menewaskan dua peserta lain, kumpulan Cham dan XN3. Kemenangan itu melayakkannya membawa pulang RM10,000 serta kereta Nissan Latio Sedan 1.8 Auto dan trofi.
Kata Nabil, sewaktu menghadiri uji bakat Raja Lawak yang diadakan di pusat beli-belah Subang Parade, Subang Jaya, itu adalah kali kedua dia naik pentas.
"Kawan-kawan yang desak saya menyertai uji bakat ini sebab mereka nampak saya boleh berlawak dan mahu saya ketengahkan kebolehan. Saya pula rasa kecut sebab kali terakhir buat persembahan sewaktu di tadika.
"Isu yang saya ketengahkan waktu itu mengenai program realiti Betul Ke Lu Boleh Nyanyi. Saya membawakan lima watak iaitu pengacara, peserta bernama Mr Tong Sampah dan tiga juri.
"Lebih kurang sembilan atau 10 peserta yang hadir tetapi hanya saya seorang berjaya ke peringkat seterusnya. Peringkat saringan kedua pula kami sudah diberi tanggungjawab mengembangkan cerita berdasarkan teks yang diberikan juri.
"Saya dapat cerita mengenai lelaki terperangkap dalam lif bersama seseorang yang tidak dikenali dan bayangkan saya sedang sakit perut yang teramat sangat waktu itu. Berdasarkan idea cerita ini, saya kembangkan kepada kisah kentut. Tidak sangka pula ia diterima waktu itu," katanya.
Menjadikan Jerry Seinfeld sebagai idolanya, Nabil yang diberi jolokan 'pelawak brilliant' kerana kemampuannya mengolah isu semasa sebagai bahan jenakanya mengakui keputusannya mengetengahkan konsep 'stand up comedy' adalah sangat sukar.
"Selepas dinilai, saya rasa jiwa saya lebih kepada gaya lawak bersifat `stand up comedy. Dengan cara itu, saya bebas menjadi diri sendiri melalui variasi penceritaan.
"Saya suka melihat persembahan Jerry Seinfeld termasuk pelakon pujaan saya Afdlin Shauki. Bagi saya, pelawak harus lakukan banyak kajian selain membawa gelagat kehidupan sekeliling sebagai bahan jenaka kerana ia mampu memberi kita banyak idea.
"Pun begitu, selepas mengambil keputusan serius menceburi bidang hiburan, saya tidak hanya mahu dikenali sebagai pelawak tetapi juga pelakon serba boleh. Tapi saya tidak boleh menyanyi. Kalau hendak hujan selalu turun, ambillah Nabil sebagai artis rakaman," katanya.
Jika tidak menyertai Raja Lawak pun, Nabil mengakui dia tetap popular kerana kerjanya sebagai Mat Despatch menjadikannya cukup dikenali di kalangan rakan-rakan.
"Sebenarnya masa mula-mula uji bakat, saya sekadar mencuba tapi tak sangka pula menang dalam pertandingan itu. Kalau tak masuk Raja Lawak pun, kerja sebagai Mat Despatch dah cukup popular sebab hampir satu taman dan mukim kenal saya," katanya.
Profil
# Nama: Ahmad Nabil Ahmad
# Adik-beradik: Anak ketiga daripada tujuh beradik
# Umur: 25 tahun
# Asal: Mambau, Seremban, Negeri Sembilan
# Idola: Jerry Seinfeld dan Afdlin Shauki
# Program kegemaran: Jerry Seinfeld Show, Raja Lawak
# e-mel: [email protected]
[ Last edited by tirasha at 2-4-2008 09:56 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih share kat sini tirasha |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 tirasha's post
thanks tira..
banggg bill....keep up the work yoo.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 nabila26's post
untung2 nabil leh tersangkut skali ngan secretary kt situ.......
klo nabil terpikat, lg elok klo dgn yg bertudung....ye bang bil |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #98 eyllaz's post
wahhh,cayalah bang bil...
skateboarder ghupenyer bang bil nih...
:pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
tingge bang bil |
|
|
|
|
|
|
| |
|