CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: holmes

☼ MASJID-MASJID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ☼

[Copy link]
 Author| Post time 21-3-2008 12:31 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG PENAPAR


Masjid Kampong Penapar terletak kira-kira 10km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada awal tahun 1990 di atas tapak tanah seluas 3 ekar dan siap pada tahun yang sama dengan perbelanjaan sebanyak $400,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam , pada hari Jumaat, 14hb. Muharram, 1412 bersamaan dengan 26hb. Julai, 1991.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2008 12:34 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG LAYONG


Masjid Kampong Layong terletak kira-kira 16km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 14hb. April, 1988 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dan siap pada 9hb. Jun, 1989 dengan perbelanjaan sebanyak $500,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Ratna diraja Dato Seri Utama Dr. Ustaz Haji Awang Mohd. Zain bin Haji Serudin, Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, pada hari Jumaat 27hb. Zulhijjah, 1410 bersamaan dengan 20hb. Julai, 1990 bersempena dengan ulang tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-44 tahun.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 300 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:36 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG MENENGAH


Masjid Kampong Menengah terletak kira-kira 24km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 25hb. September, 1988 di atas tapak tanah seluas 4 ekar dan siap pembinaannya sebanyak $500,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Dimuliakan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, pada hari Jumaat, 5hb. Muharram, 1411 bersamaan dengan 27hb. Julai, 1990. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 230 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:40 AM | Show all posts
MASJID KAMPONG LAMUNIN


Masjid Kampong Lamunin terletak kira-kira 23km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1977 di atas tapak tanah seluas 0.25 ekar wakaf daripada Awang Haji Sulaiman bin Haji Abd. Rahman dan siap pada 8hb. Ogos, 1978.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Amat Mulia Pengiran Pekerma Setia Diraja Sahibul Bandar Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Mohd. Daud pada hari Jumaat, 10hb Muharram, 1400 bersamaan dengan 30hb. November, 1979 bersempena dengan kedatangan awal kurun ke-15 Hijrah.

Bangunan masjid ini telah diperbesarkan dan diubahsuai pada bulan Oktober 1991 sehingga boleh menampung 250 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:44 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG BENUTAN


Masjid Kampong Binutan terletak kira-kira 39km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 4hb. Jun, 1996 di atas tapak tanah seluas 0.62 ekar dan siap pada 31hb. Oktober, 1996 dengan perbelanjaan sebanyak $375,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 oranag jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 12:47 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG BUKIT


Masjid Kampong Bukit terletak kira-kira 30km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada 31hb. Mei, 1997 dan siap pada bulan Oktober 1997 dengan perbelanjaan sebanyak $300,000.00.

Masjid ini mula digunakan pada 29hb. Disember, 1997. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-3-2008 12:54 AM | Show all posts


MASJID KAMPONG BANG DALAM


Masjid kampong Bang Dalam terletak kira-kira 30km dari Pekan Tutong. Masjid ini dibina pada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 0.734 ekar dan siap pada hujung tahun 1989. Masjid ini dibina hasil kutipan derma orang ramai.

Masjid ini mula digunakan pada bulan Mac 1990. Kapasiti masjid ini boleh menampung 80 orang jemaah.

Pada tahun 1998, sebuah masjid telah dibina berdekatan dengan balai ibadat tersebut. Masjid ini dibina pada bulan Januari 1998. Masjid ini mula digunakan pada hari Rabu, 28hb. Ramadhan, 1420 bersamaan dengan 5hb. Januari, 2000. Perbelanjaan pembinaan masjid ini sebanyak $456,000.00 dan adalah wakaf daripada seorang hamba Allah.

Pembinaan masjid baru ini adalah untuk mengganti Balai Ibadat Bang Dalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2008 02:12 AM | Show all posts
sowie ekk all the photos posted tu are from tenet.... the quality tak brpa bagus lak tu

tak pe kalo hom amek sendirik nanti tepek kat sini...to be continued...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2008 12:16 AM | Show all posts
Originally posted by holmes at 20-3-2008 11:09 PM
http://i23.photobucket.com/albums/b351/holmes15/BN/masjid/MasjidKampongPudak.jpg

MASJID KAMPONG PUDAK

Masjid Kampong Pudak terletak kira-kira 6km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibin ...



Masjid Kampung Pudak and Masjid Kampung Sungai Bunga

apsal atas air eh?

Holmes ke sapa2 rumah dekat ngan mesjid2 atas air ni ambik ah gambo baru2 tampal sini..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 01:25 AM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 31-3-2008 12:16 AM



Masjid Kampung Pudak and Masjid Kampung Sungai Bunga

apsal atas air eh?

Holmes ke sapa2 rumah dekat ngan mesjid2 atas air ni ambik ah gambo baru2 tampal sini..


pasal both masjid... kat Kampung Air

A ah memang hom ada niat nak amek bbrpa gambar terbaru ... tapi hom nak tunggu kamera baru

most of the pics ni gambar2 lama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2008 12:31 PM | Show all posts

latest pic...

Masjid Perumahan Lambak Kanan diwaktu malam...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 10:43 AM | Show all posts

Masjid Lambak di waktu malam...



Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 11:15 AM | Show all posts
Holmes,

InsyaAllah akan ku cuba jejaki mesjid2 yang chantek di Brunei ning...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2008 12:17 PM | Show all posts

Reply #93 maxxsa's post

Alhamdulillah... tengkiu maxx... para pengunjung sentiasa alu-alukan...

prioriti - Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ngan masjid Jame Asr tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 02:35 PM | Show all posts
Originally posted by holmes at 20-3-2008 10:02 PM


MASJID AL-MUHTADEE BILLAH

Masjid Al-Muhtadee Billah terletak di Kampong Sungai Kebun di pinggir Sungai Brunei ...


   

                 Masjid Kampong Tamoi , terletak di pinggir sg. Brunei,di kg Tamoi.. Kg Air                                             


updated: Masjid Kampong Tamoi kini dikenali dgn nama Masjid PG Muda Mahkota Pg Muda Al-Muhtadee Billah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2008 02:43 PM | Show all posts
opss sori ...

nak buat penjelasan sikit..
Masjid yg atas tu, dinamakan sempena Crown Prince sebelum menjadi Crown Prince
masjid kat bawah, setelah menjadi crown prince...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2008 04:08 PM | Show all posts
Originally posted by reddots at 11-11-2008 02:43 PM
opss sori ...

nak buat penjelasan sikit..
Masjid yg atas tu, dinamakan sempena Crown Prince sebelum menjadi Crown Prince
masjid kat bawah, setelah menjadi crown prince...


tengkiu for the information update cubby...:handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2008 11:35 AM | Show all posts


From my view and collection...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2008 12:41 PM | Show all posts

Reply #98 DugongKota's post

Dk...

very nicely taken.... hom ada bbrpa gambar Jame ni gak... senang2 hom letak sini..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2008 10:47 AM | Show all posts
wah...cantek2 seni binaan masjid kat brunei...
bila ntah nak sampai brunie ni......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.269284 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list