|
Adibah dulu seorang PENGETUA di sekolah berasrama penuh. Kalau tak silap, memula Sekolah Tun Fatimah, kemudian Sekolah Menengah Kolam Air . At 37, dia berhenti dan masuk bekerja di NSTP, itu sebab sekarang dia tak dapat menikmati pencennya. Dia merupakan salah seorang perempuan Melayu yang graduat dari Universiti Singapura dalam tahun 50han. Saya amat kagum dengan cara penulisan Adibah dan banyak belajar kaedah penulisan kreatif daripada komen-komennya. Dia berjaya membuat orang ketawa sambil mengalirkan air mata ketika membaca tulisannya. Ini bukanlah sesuatu yang mudah. Takda penulis samada seangkatan atau yang lebih muda apalagi penulis-penulis muda zaman ini, yang mampu buat begini, termasuk juga semua Sasterawan Negara. Kenapa kerajaan tak anugerah Adibah Sasterawan Negara dan gelaran Dato'? Adakah mahu menunggu bila dia sudah meninggal dunia...... |
|