|
Reply #80 ibnur's post
ak tak faham, saudara mahukan ak ni bunuh diri jika benar? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 migdal_bavel's post
tak suruh bunuh diri. kata-kata tu Allah menyuruh Nabi Muhamad s.a.w. katakan kepada Bani Israel. Fahamkan. Jadi 1400 tahun selepas itu saya sampaikan kepada migdal. Apakah reaksi migdal? Jangan bunuh diri pulak. Kat situ tak suruh pun bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
okay sambungan ayat ....
95. Dan sekali-kali mereka tidak akan mengingini kematian itu selama-lamanya, karena kesalahan-kesalahan yang telah diperbuat oleh tangan mereka (sendiri), dan Allah Maha Mengetahui siapa orang-orang yang aniaya.
96. Dan sungguh kamu akan mendapati mereka, manusia yang paling loba kepada kehidupan (di dunia), bahkan (lebih loba lagi) dari orang-orang musyrik. Masing-masing mereka ingin agar diberi umur seribu tahun, padahal umur panjang itu sekali-kali tidak akan menjauhkannya daripada siksa. Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
[ Last edited by ibnur at 11-5-2008 12:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 & 83 ibnur's posts
terus terang ak katakan, bahawa walaupun ak ada penyakit dan hidup ak memang tak lama, ak masih belum mahu mati sebab banyak perkara yang belum ak buat...
dan ak baru sahaja menjadi Ba'al Teshuvah (Master of Repentance) 2 tahun lepas, selepas tamat persekolahan.
soal kami inginkan umur yang panjang itu, itu adalah benar tetapi bukanlah ia menurut nafsu kami..ini adalah menurut mitzvah (suruhan) dalam Judaism sendiri bagi umat Yahudi..
sebagai contoh, memberi tzedaqah (sedekah) akan dibalas dengan tambahan umur,
mendoakan umur yang panjang semasa bar mitzvah,
mengucapkan le chayim (demi kehidupan) semasa minum
berzikir dengan nama Allah HaChay (Yang Maha Hidup) untuk mendapatkan umur yang panjang
etc |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 migdal_bavel's post
terus terang ak katakan, bahawa walaupun ak ada penyakit dan hidup ak memang tak lama, ak masih belum mahu mati sebab banyak perkara yang belum ak buat...
actually maksud ayat tu, kalau kau tak panjang umur pun kau akan redha dan tak peduli apa yang kau belum buat. sebab kau dah dijamin syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
aku muslim... nak tanya skit..ALLAH tu untuk ORANG ISLAM SAHAJA ke??? semua manusia ni sape yg BUAT @ JADI ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 ibnur's post
bukan semua yahudi masuk syurga
org2 yg fasik dan tak melakukan suruhan serta tak meninggalkan larangan Allah akn masuk ke dlm Gehinnom (Jahannam) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 migdal_bavel's post
org2 yg fasik dan tak melakukan suruhan serta tak meninggalkan larangan Allah akn masuk ke dlm Gehinnom (Jahannam)
jadi apa pula perjanjian yang dibuat. Bukan ke setiap yang dilahirkan sebagai yahudi adalah yang berikut....
Semasa di alam roh, setiap roh diminta membuat penyaksian untuk menjadi Yahudi di hadapan Allah di Gunung Sinai. Dan hanya mereka yang menerima tanggung jawab tersebut akan diletakkan ke dalam rahim ibu Yahudi sedangkan yang tidak menerima, mereka diletakkan di dalam rahim ibu bukan Yahudi
Kalau Yahudi itu fasik, adakah mereka kekal di dalam Gehinnom atau hanya sebentar sahaja setimpal dengan apa yang mereka lakukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 kay230977's post
alahai, ... boleh rujuk page pertama. perbincangan dah advance. harap maaf. |
|
|
|
|
|
|
|
buat saudara migdal
jika betul luh-luh suci dan taurat diperolehi musa selepas firaun mati dilemaskan
jadi apa yg musa perdengarkan depan firaun dan kaum dimesir???
adakah ianya mengikut agama yaakub
iaitu dr agama Abraham??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #88 ibnur's post
Menjadi seorang Yahudi ada tanggungjawabnya, maka sesiapa yang tidak menjalankan tanggungjawabnya, akan terimalah balasan pada Yom HaDin nanti.
Orang Yahudi yang membesar tanpa mempelajari Judaism atau tidak, dia bertanggungjawab untuk menuntut ilmu dan menjadi seorang Yahudi yang taat.
Sebab itulah orang-orang bukan Yahudi dilarang menganut Judaism.
Roh mereka lemah untuk menanggung tanggungjawab sebagai seorang Yahudi sebab sejak di alam roh lagi mereka menolak untuk menerima perjanjian.
Ada 613 Mitzvot (Perintah). Maka, mereka yang telah convert kepada Judaism, jika mereka sambil lewa dan tidak menjadi penganut yang taat, hukuman yang berat akan dikenakan ke atas mereka jika mereka mati dalam keadaan fasik.
"...Kita adalah anak-anak bagi leluhur yang satu tidak kiralah golongan pemberontak (Reshayim yakni Yahudi yang memerangi Yahudi), penjenayah, pembidaah (Meshumadim-yang mencipta ajaran-ajaran baru seperti komunis/liberalism), yang teraniaya (Anusim-yahudi yang dipaksa memeluk ajaran lain seperti Kristianiti dn Islam), Mualaf (Gerim-mereka yang memeluk agama yahudi walhal dahulunya beragama lain dan bukan berketurunan Yahudi), atheis (Minim), murtad (Apikorsim), kesemuanya tertakluk kepada ahlul bait Ya'akov. Kesemuanya adalah bangsa Israel. Walaupun mereka menjauhi Allah ataupun menidakkan kewujudan-Nya, atau melanggari undang-undang-Nya, sesungguhnya taklifan dan tanggungjawab hukum Taurat itu tetap terbeban selama-lamanya di atas bahu mereka dan tidak sesekali dipindahkan atau dihilangkan daripada mereka sepanjang zaman sama ada mereka menyedari akannya atau tidak." (Rabbi She'adyah Ibnu Danan: Chemdah Genuzah)
Maka, golongan Yahudi sekular, yang tidak percaya kepada Allah, yang menganut ajaran lain, yang jahat dan fasik, akan dihukum ke Gehinnom atas kelalaian mereka dalam menunjukkan ketaatan terhadap Allah jika mereka mati dalam keadaan masih belum beriman dan belum bertaubat.
Hal ini terkecuali ke atas Tinok She Nishbah (Anak Yang Tertawan) yakni merujuk kepada anak Yahudi yang sejak kecil terjaga oleh orang-orang bukan Yahudi sebagai anak angkat kerana ketiadaan ibu bapa dan dia sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya adalah berketurunan Yahudi.
Jika dia mengetahui, dia wajib mencari kebenaran di dalam Judaism sebab status Tinok She Nishbah telah terlucut ketika dia mengetahui tentang keyahudiannya.
Setiap orang ada dua bahagian, satu bahagian di Gehinnom dan satu bahagian di Gan Eden. Bagaimanapun, pada saat kematian, bahagian Gehinnom bagi orang yang Tzadik (beriman) akan berpindah sehingga dia mempunyai dua bahagian penuh di Gan Eden. Manakala bahagian Gan Eden bagi orang yang Chote (fasik) akan berpindah sehingga dia mempunyai dua bahagian penuh di Gehinnom.(Hagigah:15:alef)
Jadi, status keimanan seseorang adalah terpenting di waktu kematiannya sebab itulah saat bahagian di neraka dan syurga berubah.
Maka, tidak semetinya mereka yang beriman sudah pasti akan ke Gan Eden (Syurga Adnan) dan yang fasik akan ke Gehinnom.
Sabda Rabbi Yohanan Ben Zakkai: "Aku akan senantiasa meratapi di saat-saat kematianku hampir kerana aku tidak mengetahui sama ada nasibku semasa Olam Habbah (Alam Akhirat) ialah di Gan Eden ataupun di Gehinnom." (Berachot:28:beth)
Kalau Yahudi itu fasik, adakah mereka kekal di dalam Gehinnom atau hanya sebentar sahaja setimpal dengan apa yang mereka lakukan?
Mereka (Yahudi) yang menolak agama (Yahudi, yakni murtad ataupun atheis) akan merasai azab di Gehinnom dan mereka kekal di dalamnya. (Teshuvah:3:6)
Golongan Chotim (fasik) akan mendapat balasan di Gehinnom sehinggalah mereka bersih daripada segenap dosa dan ia selalunya dalam masa setahun. (Shabbat:33:alef)
tentang nasib bukan Yahudi, nanti ak sambungkan...
[ Last edited by migdal_bavel at 11-5-2008 04:56 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum & salam sejahtera,
Kembali ke topik asal.
Kalau tak silap saya, golongan Arab Nasara (Kristian Ortodoks Koptik) yg bertebaran di Mesir, Syria, Lebanon & Iraq menggunakan perkataan Allah bagi ganti nama God dlm versi Bible Arab mrk.
Tp ini khusus utk versi Bible Arab Ortodoks jer. Taktau lak bagi versi Bible Protestan / Katolik vesi Arab.
Tp, Bible dari Indonesia mmg gemar guna 'Yg Esa, Ilahi, Kudus, Allah'. Bible Indonesia ni bersepah kat Sabah & Sarawak, terutama kat kawasan pedalaman org2 Iban &org Ulu, serta masayarakat KadazanDusun. |
|
|
|
|
|
|
|
Mereka (Yahudi) yang menolak agama (Yahudi, yakni murtad ataupun atheis) akan merasai azab di Gehinnom dan mereka kekal di dalamnya. (Teshuvah:3:6)
Kalau macam tu maknanya saya masuk neraka la macam ni? macamana pulak nasib Ger Tzadik
Golongan Chotim (fasik) akan mendapat balasan di Gehinnom sehinggalah mereka bersih daripada segenap dosa dan ia selalunya dalam masa setahun. (Shabbat:33:alef)
[2.79] Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
[2.80] Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
[2.81] (Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar), sesungguhnya sesiapa yang berbuat kejahatan dan ia diliputi (ditenggelamkan) oleh kesalahannya itu, maka merekalah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[3.23] Tidakkah engkau pelik memikirkan (wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang (Yahudi) yang telah diberikan sebahagian dari Kitab Taurat, mereka diseru kepada Kitab Allah supaya Kitab itu dijadikan hakim (mengenai perkara-perkara yang timbul) di antara mereka. Ahli-ahli satu puak dari mereka berpaling ingkar sambil menolak (seruan dan hukum Kitab Allah itu).
[3.24] Yang demikian ialah disebabkan mereka (mendakwa dengan) berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka melainkan beberapa hari sahaja yang boleh dihitung". Mereka (sebenarnya) telah diperdayakan dalam ugama mereka, oleh dakwaan-dakwaan dusta yang mereka telah ada-adakan.
[3.25] Oleh itu, bagaimana pula (hal keadaan mereka) ketika Kami himpunkan mereka pada hari (kiamat), yang tidak ada syak padanya; dan (pada hari itu juga) disempurnakan kepada tiap-tiap seorang, balasan apa yang ia telah usahakan, sedang mereka masing-masing tidak akan dianiaya. |
|
|
|
|
|
|
|
salam
maaf kena naikkan balik thread nii
terbenam kat page 2
semoga ada pelajaran kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #94 orangbesi's post
takpe.. sbb tajuk pon menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Org Islam jangan takut dgn mereka2 ni sebenarnya mereka2 ni yg takut yg teramat sangat dgn perkembangan Agama Islam ni. sebenarnya pengikut2 mereka ni dah hampir hancur luluh dah atas muka bumi ini, tinggal beberapa kerat yg maseh tegar je lagi, mereka ini lah duk putar belit kelirukan orang ramai, dgn macam2 helah kepintaran mereka dalam ilmu dunia ni. sedangkan byk pengikut mereka sendiri yg tak paham2 ngan ajaren agama mereka ....ni kan pula kita yg duk lihat dari luar.....sasungguhnyer byk belit dari benarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #98 Sly's post
Janganlah engkau pergi ke sana ke mari menyebarkan fitnah di antara manusia dan janganlah engkau mengancam nyawa sesama manusia. Sesungghunya, Akulah YHVH (VaYiqra:19:16)
"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan." (AL- Baqarah: 191)
Ayat Taurat itu meletakkan hukum larangan fitnah terlebih dahulu daripada hukum larangan mengancam nyawa manusia (bunuh) sebab lashon hara yoter grua' mi harigah (lidah keji itu lebih buruk daripada pembunuhan)-Chofetz Chaim:Shemirat Halashon)
Janganlah ingat ini thread dan board orang muslim, ko boleh sesuka hati berbuat fitnah terhadap orang-orang Yahudi.
Ko tak pernah menghadiri Tefillat Minyan (solat berjemaah) semasa Yom Kippor (Hari Kaffarah), tidak pernah menghadiri Qeriat Torah ve Talmud (Tadarrus Torah dan Talmud), tidak pernah mendengar chumrah (khutbah) para Rabbeinu Tam (rabbi2 muktabar), tidak pernah menyaksikan Agudat Yisroel (muktamar ulama israel), tidak pernah berhalaqah Chedrat Yeshivah (berusrah membincangkan hal ehwal keagamaan) etc etc etc
jangan sedikitpun ko berani menghukum hanya beberapa kerat saja umat Yahudi yang taat di dunia ini.
Lo shkach Kol Yisroel et millataha (Tidaklah sesekali Seluruh Israel akan melupakan agamanya) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #98 Sly's post
lihatlah sendiri tahap keagamaan umatmu di negara ni jika kamu di pihak orang2 benar, hanyalah umpama buih di lautan (borrowing ur prophet's word) :re: :re: :re: |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #100 migdal_bavel's post
aku taklah menyokong mana2 pihak..
tapi kali nih, aku setuju dengan migdal pnye statement, sbb kat sini dier hormat kita, dan kita sepatutnye menghormat dier, betul tak?
dan yahudi berbeza dengan zionist.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|