CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Prestasi Athletes Malaysia - Update - Kontinjen M'sia Capai Sasaran?

[Copy link]
Post time 21-8-2008 01:21 PM | Show all posts
satu medal cukup lah...ok sume atlet msia leh balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2008 02:40 PM | Show all posts
Yu Fang gagal tamatkan perlumbaan.

Buang masa je lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 04:23 PM | Show all posts
Bryan Lomas akan start tanding Jumaat ni kan? Hope a miracle from him..Emas dan Perak hampir pasti milik China, so Gangsa jer la yang menjadi rebutan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 07:23 PM | Show all posts
Anyway, Phillipines still x de medal lagi kan?Padan muka para pinoy2 yang suka berlagak tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2008 09:09 PM | Show all posts
Elaine Out, Only Chew Chan Left In Taekwondo

By Tham Choy Lin

BEIJING, Aug 21 (Bernama) - Malaysia's taekwondo challenge in the Olympics has whittled down to Che Chew Chan after Elaine Teo was beaten in the repechage of the below 57kg class Thursday where a bronze medal was at stake.

Teo's exit leaves Chew Chan as the only and final glimmer of hope left for the Malaysian contingent which has produced a silver medal from shuttler Lee Chong Wei thus far.

Chew Chan is in the above 67kg contest that will be determined on Saturday, also at the Beijing Science and Technology University gymnasium.

Teo was shown the door in the first round in the morning, outscored 7-4 by former European champion Azize Tanrikulu of Turkey.

Thanks to Azize who made her way into the final, the Malaysian gained a second chance, after waiting for seven hours, to fight in the repechage where two bronze medals were at stake.

Losers to the finalists from all stages make it into the repechage.

But former world champion Diana Lopez of the United States, who is a head taller and with longer reach, beat Teo 3-0 in the first round of the repechage. Lopez was ousted 5-3 by Azize in the semifinals.

"I was satisfied despite losing in the bout in the morning but not in the repechage because I could not strike back at Lopez. I was waiting for her to attack me but she used the same strategy," said Teo.

"If I move in first, she will attack me easily," said the Malaysian who could not land any kicks on the American who had beaten her 5-0 in their previous meeting during the Olympic test event at the same venue.

If she had won, Teo would have made it into the bronze medal match against Italy's Veronica Calabrese.

Her second Olympics bid was a mismatch from the start.

Due to a mistake in her entry form for the Asian qualifying tournament, Teo was marked for the higher class and she had to put on four more kilogrammes to go into her contest here.

"I am fighting two classes above my usual. After this, I will have to reduce weight to get back to the 51kg class," said Teo who lost in the first round of the 47kg category in Athens.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2008 09:16 PM | Show all posts
Mesia buleh! Chew Can buleh !
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2008 02:00 PM | Show all posts
go byan!!!
praying 4 you!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2008 02:02 PM | Show all posts
go byan!!!
praying 4 you!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2008 04:14 PM | Show all posts
dia bakal dapat DATUK kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 12:35 AM | Show all posts
Bryan hampeh and hampas....
corotnyer..!!!!
26...????!!!!!WTF...!!!
4 tahu dulu jauh lagi baik la.....!!
Aku da malas tgk atlet malaysai nih...
aku rase x de seko yang macam Nicol David...
Aku rase Nicol adalah Atlet yang terulung pernah Malaysia lahirkan....
Dah la blaja pandai,sukan pon no. 1..
Kenapa x de pon nak ikot dier...!!
Aku rase atlet malaysia ske masok je, x de semgat nak menang.....
Siket2 'ok la tu, at least cuba'...
memang la bagus cuba tapi x nampak usahanye kat mane..??!!!
Eeeee
Jijik tgk la.....
Semuanya lemah psikologi.....
Patut psikologi tuh kasi up, bukan stamina je semata-mata....
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 07:39 AM | Show all posts

Diving: Malaysia gagal lagi ke semi final

Setelah melihat Leong Mun Yee, Elizabeth Jimie dan Pandalela Rinong ketiga-tiganya kecundang untuk mara ke semi-final acara diving, Malaysia meletakkan harapan tinggi pada diver Bryan Nickson Lomas untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan seterusnya. Beliau mencatat 407 mata di Athens dan di kedudukan nombor 19. Usianya ketika itu cuma 14. Kali ini beliau sudah tentunya lebih matang, berpengalaman dan pada usia 19, dijangka memperbaiki pungutan matanya di Athens. Namun, kecundang dengan hanya memungut jumlah mata 384 mata. Punguntan mata diver yg ke18 418. Agak jauh juga bezanya.

Mula-mula aku tgk dia terjun, dia dpt 72 markah, not bad, mmg bagus. Terjunan kedua, markah agak tinggi sekitar 8 dan 8.5, tetapi dive difficultynya rendah jadi jumlah mata lebih kurang 68 sahaja. Masih baik. Commentator pun ckp, "he is 19 this year, should be a veteran by now" Alas! Terjunan ketiga disaster...kurang daripada 50 mata... entry ke dlm air teruk. Tak apa, ingat dia boleh perbaiki kedudukannya dlm terjunan keempat tapi disaster lagi! Sekali lagi jumlah markah kurang daripada 50. At that point aku dah tau, tiada harapan lagi utk ke semi final. Kedudukannya yg pada awalnya agak memuaskan terus jatuh ke kedudukan ke-26, jauh lebih teruk daripada pencapaian beliau di Athens.

Hmm, mengapa atlet kita kalau berhadapan dengan tekanan atau harapan/expectation yg tinggi terus kecundang? Lee Chong Wei, para pemanah kita, Nicol David pun dulu kalah di suka Komanwel. Adakah sebab kurang training? Kurang motivasi? Atau kurang fokus? Kalau kurang fokus, apa masalahnya? Untuk "veteran" seperti Bryan, bukannya tidak berpengalaman. Kalau Pandalela fahamlah, sebab baru kali pertama bertanding di sukan besar-besaran seperti ini.

edit: dlm round 5 and 6, beliau berjaya mendapat markah 74.4 dan 74.8 (aku tak tgk lepas round 4, sumber info markah dari bernama). If only he was consistent, ada peluang ke semi final. Bryan patutnya dah tambah lagi atau naikkan lagi difficultynya dlm terjunan keduanya (difficulty level only 2.7) sebab dah jadi "veteran." Commentator pun ada sebut "he should have added that (dive yg lebih rumit) to his repertoire by now"

[ Last edited by  Paradox11 at 23-8-2008 07:53 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 07:46 AM | Show all posts

Reply #1 Paradox11's post

alasan = mengantuk (acara lewat malam)
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 08:17 AM | Show all posts


hhmmm.....sikitnya markah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2008 08:22 AM | Show all posts
23 Ogos, 2008

Malaysia Raih Dua Gangsa Dari Wushu


Oleh Tham Choy Lin

BEIJING, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia merangkul gangsa, pingat pertama dalam Pertandingan Wushu Beijing 2008 menerusi Pui Fook Chien dan Diana Bong malam ini.


Fook Chien menduduki tempat ketiga dalam gabungan nanquan dan nangun lelaki dengan jumlah 19.34 mata, di belakang peserta Taiwan Peng Wei Hua yang meraih perak dengan 19.39 mata.

Willy Wang dari Filipina yang menguasai kedua-dua rutin nanquan dan nangun, merangkul emas dengan 19.44 mata.

Bong meraih pingat dalam acara gabungan nandao dan nanquan wanita dengan jumlah 19.04 mata.

Merangkul emas keempat untuk China ialah Lin Fan dengan 19.65 mata dan gangsa jatuh kepada Erika kojima dari Jepun dengan mata 0.12 di hadapan peserta Malaysia.

Sejumlah 10 pingat emas dipertaruhkan di kejohanan itu. Pingat-pingat ini bagaimanapun tidak diambil kira dalam penjumlahan pingat Olimpik.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 09:04 AM | Show all posts

Reply #90 nameloo's post

tapi kalau Nicol masuk olimpik tak tentu lagi menang emas. kalau squash jadi sukan olimpik, sudah tentu bnyk lagi negara lain akan lahirkan jaguh mereka sendiri yg mampu mencabar kedudukan Nicol. masalah sukan kita ialah sukan dicampurkan dgn satu perencah yg tidak diperlukan, politik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2008 09:20 AM | Show all posts
[font=comic sans msChew Chan galas cabaran terakhir



CHEW CHAN akan menentang Karimova pada
pusingan pembukaan kelas lebih 67kg hari ini.


BEIJING - Atlet terakhir Malaysia untuk meraih pingat, Che Chew Chan daripada acara taekwondo bersedia untuk beraksi secara agresif dalam perjuangannya pada Sukan Olimpik XXIX hari ini.

Dia akan berhadapan seteru lamanya, Evgeniya Karimova dari Uzbekistan dalam pusingan pembukaan kelas lebih 67kg. Chew Chan pernah mengalahkan wakil Uzbekistan itu 8-5 bagi mendahului pusingan kelayakan Asia pada Disember lepas.

"Saya akan menggunakan strategi sama ke atasnya. Dia akan merasai tekanan. Saya memang sudah bersedia," kata atlet berusia 25 tahun itu mengenai perlawanan berkenaan yang dijadual berlangsung pagi ini di gimnasium Pusat Sukan Olimpik.

"Saya tidak mahu ambil mudah. Dalam kategori yang berat ini, kebanyakan lawan akan bertindak defensif tetapi saya mahu lebih bertenaga dan agresif."

Kedua-dua peserta itu bersaing pada Kejohanan Asia di China tahun ini dalam kategori berat yang berlainan.

Pada kejohanan itu Chew Chan menduduki tempat kedua dalam kelas middleweight manakala Karimova pula di tempat kelima dalam kategori heavyweight.

Jika menang, wakil Malaysia itu yang ketika ini menduduki ranking kedua Asia bagi ketegori middleweight akan mara ke pusingan suku akhir untuk menentang sama ada Nina Solheim dari Norway atau Noha Abd Rabo dari Mesir. Dari segi ketinggian dan berat, Chew Chan dengan ketinggian 1.8m, lebih unggul berbanding mereka.

Solheim pada masa ini adalah juara middleweight dan menduduki ranking ketiga Eropah.

Noha berada di tempat ke-17 dalam kelas middleweight pada Kejohanan Dunia tahun lepas.

Sekiranya Chew Chan tersungkur dalam pusingan pembukaan atau suku akhir, dia perlu menunggu dengan penuh debaran untuk melihat sama ada pemenang ke atasnya berjaya melangkah ke pusingan akhir.

Ini akan memberikan tempat kepadanya dalam repechage untuk bertarung bagi pingat gangsa.

Dua pingat gangsa dipertaruhkan. Peserta yang kalah daripada semua peringkat akan bersaing dalam repechage.

Ketika taekwondo merupakan sukan pertunjukan pada Sukan Olimpik, M. Vasugi dan Hii King Hung pulang dengan pingat gangsa masing-masing dari Olimpik Seoul 1988 dan Barcelona 1992.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2008 12:13 PM | Show all posts
Malaysia CHE Chew Chan (MAS) defeated Uzbekistan KARIMOVA Evgeniya (UZB)
Won by Final Score  5:4

qualify to quarterfinals :pompom:  3.00 petang ni lawan SOLHEIM Nina from Norway

[ Last edited by  fahmein at 23-8-2008 12:17 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #97 fahmein's post

bek aku tgk synchronise swimming
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 03:16 PM | Show all posts
Norway SOLHEIM Nina (NOR) defeated Malaysia CHE Chew Chan (MAS)

Won by Final Score  3:1



Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #99 fahmein's post

aiyarkk
hbs dah ker cabarannye

xlayak repecharge ker
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.110263 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list