|
lepas neh mesti kena kutuk lcw sebab kalah mudah.. |
|
|
|
|
|
|
|
lindan xpenat pon.. tima kasih ler chen jin sebab bg menang mudah kat lindan semi aritu.. |
|
|
|
|
|
|
|
LCW tewas 8-12
tp x pe lah...LCW dah wat y t'baik...
presure tue....penyokong cina bapak bising
tp npe rtm x call LCW or misbun...
time LCW mnang ngan Sony d koncuro tue bkn main semangat telefon live bagai
ini dah kalah x nk telefon hape dah
at least bg la penghargaan LCW satu2 nye y bagi pingat untuk malaysia... |
|
|
|
|
|
|
|
BAM Atur Persediaan Awal Untuk Hadapi Olimpik London 2012
BERNAMA - 17 Ogos, 2008 18:59 PM
BEIJING, 17 Ogos (Bernama) –- Sebaik berakhirnya pertarungan skuad badminton negara dalam kejohanan Olimpik Beijing hari ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) tidak berlengh-lengah lagi untuk menyediakan landasan persediaan bagi mengharungi pula kejohanan Olimpik di London empat tahun dari sekarang.
"Kita perlu bersiap-sedia," kata Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh semasa makan tengah hari bersama wakil media sebelum Lee Chong Wei turun menentang Lin Dan dari China dalam perlawanaan akhir badminton perseorangan malam ini.
Kecuali bagi pasangan beregu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong dan mungkin juga Chong Wei sendiri, pemain lain seperti Choon Hann, Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah mungkin bermain buat kali terakhir pada Olimpik Beijing ini.
Perkara yang perlu diberi perhatian segera bagi BAM, ialah berhubung masa depan ketua jurulatih Yap Kim Hock yang kontraknya akan berakhir hujung tahun ini, begutu juga dengan nasib jurulatih beregu, Rexy Mainaky yang kontraknya pula bakal tamat pertengahan tahun depan.
"Mereka masih berpeluang, BAM akan duduk berbincang dan bercakap dengan jurulatih terlebih dahulu. Ia akan terbuka dan telus," kata Nadzmi.
Banyak spekulasi timbul berhubung masa depan Kim Hock selepas beliau diketepikan dari mengiringi skuad badminton ke sini.
Beliau terpaksa membeli tiket untuk menyaksikan anak didiknya bermain dari bangku tempat duduk awam.
Nadzmi berkata Malaysia tidak seperti China yang mempunyai pemain yang ramai, ia terpaksa memastikan untuk terus dominan sebagai kuasa badminton dunia.
"Kita terpaksa memastikan kita tidak kekeringan pemain. Namun kita masih mempunyai ruang untuk meningtkat termasuk dalam pengurusan sukan, yang secara jujur boleh dikatakan sebagai masih ketinggalan," kata beliau.
Ditanya sama ada unsur politik yang menjadi penghalang, Nadzmi menjawab: "Akan selalu berlaku politiking tetapi ia mesti dikurangkan di samping tidak mengenepikan objektif sebenar persatuan."
Badmintonlah yang selama ini memberi empat pingat Olimpik kepada Malaysia sejak acara tersebut diperkenalkan pada Olimpik Barcelona 1992. |
|
|
|
|
|
|
|
Chong Wei gagal raih pingat emas
UTUSAN MALAYSIA - 17/08/2008 9:40pm
BEIJING 17 Ogos - Harapan negara untuk memenangi pingat emas pertama berkubur selepas Lee Chong Wei tewas straight set kepada pemain tuan rumah, Lin Dan 21-12, 21-8 dalam perlawanan akhir badminton perseora ngan lelaki Sukan Olimpik.
Chong Wei hanya berjaya meraih pingat perak selepas tidak mampu memberi tentangan kepada pemain nombor satu dunia itu yang begitu bersemangat beraksi di hadapan penyokong sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
sejak pertemuan mereka berdua dari tahun 2004, lcw tak pernah menang lawan lindan kat negera china dan hong kong.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|