CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: indah1285

BUNIAN, JIN DAN SIHIR

[Copy link]
 Author| Post time 10-2-2008 02:43 PM | Show all posts

Reply #80 pipi's post

hmmm..... menarik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 02:08 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 10-2-2008 10:56 AM
yup... sama dgn In selain dr ayat kursi dan pengulangan 7x ayat akhirnya.... cam dalam satu hadis kisah seorang pemuda pergi di sebuah rumah berhantu yg mana semua penghuni rmh tu mati kena cekik ...


Syaitan boleh cekik manusia sampai mati ?
Yang abg ingat pasal cerita tuh ... lelaki tersebut diganggu ifrit .. lalu dia membaca ayat kursi dan ifrit itu menjadi arang ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 04:04 AM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 10-2-2008 07:18 AM
bukankah sihir itu dr jin.....


Sihir tu selalunya dari manusia yang menggunakan perantaraan Jin untuk mempercepatkan kesannya.

Jin tiada ilmu sihir, melainkan syaitan2 dan Jin atasan (In sendiri dah post #76). Mereka tiada upaya untuk menyihir manusia, tapi manusia lah yang menyihir manusia lain dari bisikan syaitan2

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 03:00 PM | Show all posts
salam kepada semua...

Saya difahamkan bahawa jin belaan manusia tidak berupaya utk membunuh manusia secara langsung/terus.
Cuma kesan atau bekas yg ditinggalkan itu saja memudaratkan.
Tapi apabila kesan yg mudarat ini tidak dirawat, ianya akan menjadi berbagai2 penyakit atau kepincangan fungsi organ akan berlaku, yg boleh di kesan oleh perubatan moden.
Saya percaya ada diantara kita disini pernah melihat, mengalami malah pernah mengubati sendiri orang yg terkena sihir. Lazimnya mangsa akan mengalami sakit yg berpanjangan, bukan mati mengejut. Melainkan dengan izin Allah.

Berkenaan nama2 hantu ni, masyarakat sesuatu tempat itu yg menggelarkannya. Sebagai contoh melayu ada nama2 hantu mereka, cina, india malah orang barat juga.
Seperti manusia, ada yg islam dan kafir, berbagai bangsa....sama halnya juga dengan jin, mereka ini hidup bermasyarakat, ada yg islam dan kafir, ada berjenis2. Tapi mereka ini tetap jin. Cuma kita masyarakat manusia saja yg menggelarkan mereka nama itu dan nama begini.

Bekenaan dengan berkawan dengan jin islam, pada pendapat saya adalah lebih baik jika dapat dielakkan kerana......
bolehkah kita percaya kepada diri kita sendiri, yg mudah mengagumi sesuatu perkara yg ghaib..?? Manusia ada nafsu, senang taksub dengan hal2 sebegini terutama masyarakat kita melayu. Dikhuatiri akan menyimpang dari matlamat asal.

Kalau alasan kita sekadar nak belajar ugama dengan jin islam, tak cukupkah bilangan para ahli ugama yg bijak2 di kalangan manusia sampai kita nak berguru dengan jin pula..? ye tak..?

Daripada alasan diatas sahaja sudah menunjukkan bukti kita sebagai manusia memang ada sifat mudah tertarik kepada perkara2 yg tak terlihat mata aka benda ghaib.

Satu seperkara lagi,...ia boleh mendatangkan fitnah, bila kita bercakap sorang2 dlm rumah atau keluar sorang2 masuk hutan orang kampung kata kita berguru dengan setan pulak. Gawat satu kampung nanti....heeheee.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 03:38 PM | Show all posts
Jin Islam yang benar-benar beriman tidak akan mengganggu urusan manusia. Manusia tidak menuntut ilmu ugama dengan golongan jin, sebaliknya golongan jin yang menuntut ilmu ugama dari manusia.  Ada riwayat menyatakan golongan jin yang tidak boleh dilihat hadir datang ke majlis-majlis ilmu anjuran manusia.  Para sahabat pernah kehilangan Rasulullah s.a.w pada suatu malam kerana Rasulullah s.a.w. telah dipanggil berdakwah kepada golongan jin di satu kawasan padang pasir.  Ulamak berbeza pendapat tentang ada atau tidaknya para Nabi atau Rasul yang diutus terdiri dari bangsa jin...

Msi jin dan syaitan:-

1.   Menyesat dan memaesongkan aqidah manusia.
2.   Menyakitakan manusia dengan pelbagai penyakit melalui jalan sihir dan lain-lain.
3.   Membunuh manusia (mereka jarang berjaya dengan misi yang ini).

Berwaspadalah sesiapa yang dalam mimpinya didatangi oleh makhluk yang mengaku kononnya aulia atau wali-wali dan mengajar pelbagai ilmu .

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2008 03:44 PM | Show all posts
In ada terbaca satu artikel mengatakan BUNIAN adalah perkahwinan antara JIN dan MANUSIA.. maka lahirlah bunian...

betui ke idak neh......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2008 04:16 PM | Show all posts

Reply #86 indah1285's post

scientifically susah lah...

pasal manusia mmg secara zahir roh plus jasad...maknanya nya, kalau nak menghasilkan
baka manusia-jin, agak tricky lah, pasal kita tak tau camne cara pembiakan jin...sekali pun jin mmg dikhabarkan beranak pinak, still jugak kita tak tahu cam mana derang beranak pindak, e.g betelur ke, belahan dedua ke, conventional sexual reproduction mcm manusia ke (sperma+ovum)...sbb kedua2 specis nie mmg ditakdirkan utk TIDAK hidup bersama....apa nak dikata dah takdir camtue kan?

okay let say manusia (laki) plus jin (ompuan)...camne agaknya sperma tue nnti? dr segi scientific sperma nie pasang dier ovum....so kalau species jin xde ovum, mmg xleh nak ada baka manusia-jin...okay let say jin ada ovum, then camne lak compatibility antara sperma manusia plus ovum jin? kang ovum jin tue bertanduk, segan lak sperma nak masuk meminang....contoh lah kan...begitu gak ngan manusia (ompuan) ngan jin (laki)...

haku setuju dgn pendapat bahawa jin tue idup berkomuniti, e.g ada macam2 bangsa jin, n macam2 agama (ade kafir n ade yg islam)...haku pnh baca somewhere kt forum nie yg jin jugak ade kerajaan n system politik derang sendiri...secara x langsung, kalau ikut demography, jin nie maybe ade hubungan-diplomatik ngn jin2 dr tempt lain...thats why jarang (maybe xde) kita dgr citer omputih nampak hantu lampir kat tmpt derang coz kalau jin dr tmpt lain nak gi situ, maybe derang kene apply visa ke, passport ala2 jin ke, lepas kastam...u know
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 04:38 PM | Show all posts
Banyak riwayat dan dalil-dalil berlaku hubungan seks antara Jin dan Manusia, tetapi khabar yang menyatakan sehingga melahirkan zuriat tidak dijumpai dan tidak dapat dipastikan... wallahu'alam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2008 04:41 PM | Show all posts
salam

apa beza antara jin dan manusia
sameee jeee
kebanyakan adalah ahli neraka
kecuali.....
mereka yang beriman dan beramal soleh

*salahkah perkahwinan jin dan manusia???
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 05:20 PM | Show all posts
Dua unsur yg berbeza. Kahwin mungkin bole, nak ada anak takleh kot.

Macam sperma manusia bubuh dlm rahim binatang le, mesti tak jadi punya sebab lain genetik.
Sorry sebab tak mahir sains.
Apatah lagi kalu sperma manusia campur ngan jin yg kita tak tau sifat biologinya.
Allah maha berkehendak dan maha mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2008 10:56 PM | Show all posts

Reply #86 indah1285's post

riwayat p ramlee kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 07:31 AM | Show all posts
Originally posted by kupia at 11-2-2008 04:38 PM
Banyak riwayat dan dalil-dalil berlaku hubungan seks antara Jin dan Manusia, tetapi khabar yang menyatakan sehingga melahirkan zuriat tidak dijumpai dan tidak dapat dipastikan... wallahu'alam...


adakah perlakuan ini dengan perkahwinan...?

syarat sah nikah salah satunya lelaki dan perempuan dan mestilah dari jenis manusia sendiri...  

adakah ada riwayat lain yg mengatakan Jin termaktub dalam syarat sah nikah ...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 07:32 AM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 11-2-2008 10:56 PM
riwayat p ramlee kot?


boleh jadi...

tp artikel tu cm serius... bila masuk bab neh, In tergelak lak sorang2... adeehh... betapa besar peranan bunian dalam masyarakat melayu jawa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 08:00 AM | Show all posts

Reply #90 airfilterkotor's post

kawin boleh...? adakah sifat/fizikal jin menyamai manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 08:31 AM | Show all posts
Imam Malik r.a. ketika disoal mengenai seorang jin laki-laki yang melamar wa-nita manusia, beliau menja-wab, "Tidak mengapa (boleh), tetapi aku tidak suka kalau ada wanita hamil, bila ditanya siapa suaminya, maka jawabnya adalah jin. Kalau keadaan ini dibiarkan maka rosaklah masyarakat Islam."

Para ulama telah s e p a k a t bahawa perkahwinan antara jin dengan manusia tidak akan menyebab-kan keha-milan di-sebabkan unsur keja-diannya yang sangat berbeza. Ulama yang melarang perkahwinan antara jin dengan manusia adalah berdasarkan:

* Kerana lain jenisnya
* Kerana tidak dap at menghasilkan keturunan
* Kerana tidak ada dalil di dalam Al-Qur'an yang membolehkan perkahwinan tersebut.

Firman Allah s.w.t.:

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. " (Ar-Rum: 21).

"(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan." (Asy-Syura: 11;.

Oleh itu Allah tidak menjadikan kita berpasangan dengan jin kerana kita tidak akan beroleh ketenangan apabila kahwin dengan jin di samping tidak akan mempe-rolehi keturunan.

Pada suatu hari di Madinah terjadi kebakaran besar. Berita itu didengar oleh Rasulullah s.a.w. Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya api itu adalah musuhmu, maka bila kamu akan tidur, matikan padamkan) dahulu api itu. " Bila api itu musuh kita, maka makhluk yang dicipta-kan daripadanya pasti mengi-kuti api itu, kerana cabang dan ranting itu pasti berasal dari pokoknya.

Dengan itu maka syara' tidak membolehkan perkahwinan antara manusia dengan jin walaupun kes-kes seumpa-ma ini mungkin masih ber-laku terutama di kala-ngan orang-orang jahil ataupun tukang-tukang sihir yang mengamalkan ilmu hitam.

Abu Said Usman bin Said Ad-Darami menjelaskan di dalam kitabnya Ittiba'us Sunan wal Akhbar:
"Ada satu riwayat yang menjelaskan bahawa ada jin laki-laki yang tertarik pada seorang gadis. Jin itu pergi ke rumah orang tua gadis itu untuk melamarnya. Selepas pernikahan, pada suatu hari jin menam-pakkan diri dan berca-kap-cakap dengan ke-luarga wanita itu:
Manusia'. Siapakah kamu sebenar-nya?
Jin: Saya adalah umat seperti kamu juga.
Manusia: Apakah kamu juga bermazhab?
Jin: Ya, di antaranya Qa-dariyah, Syi'ah dan Murji'ah.
Manusia: Dari golongan mana kamu?
Jin: Kami dari mazhab Murji'ah.

Ada riwayat lain daripada Abu Mu'awiyah dari Al-A'masy katanya:
"Ada jin laki-laki yang menikah dengan seorang wanita di kalangan keluarga saya. Pada suatu hari saya bertanya kepada jin itu, "Makanan apakah yang kamu suka?" Jawabnya, "Nasi." Saya pun menghidangkan beserta lauknya. Saya merasa hairan kerana nasi itu sedikit demi sedikit bergerak ke atas tanpa ada sesiapa pun yang mengangkatnya. Kemudian saya bertanya kepada jin itu, "Apakah di kalangan kamu juga ada mazhab-mazhab?" Jawabnya, "Ya, ada juga." Saya bertanya lagi, "Menurut pendapat kamu Rafidhah itu kaum yang bagaimana?" Ja-wab jin itu, "Kaum Rafidhah adalah kaum yang paling buruk di kalangan kami."

Kisah-kisah tersebut menunjukkan bahawa jin ada yang berkahwin dengan manusia, makan dan minum bersama-sama manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 08:33 AM | Show all posts
Imam Al-Hakam, Qata-dah dan Hasan ketika ditanya mengenai perkahwinan antara jin dengan manusia, maka mereka menjawab dengan jawaban yang menunjukkan tidak senang. Para tabi'in pun tidak menyukai perkahwinan antara jin dengan manusia.
Uqbah bin Abdullah meriwayatkan ada seorang laki-laki datang ke tempat Al-Hasan Basri dengan berkata, "Hai Abu Said, sungguh ada seorang laki-laki dari golo-ngan jin yang melamar seorang gadis dari golongan manusia."

Maka Al-Hasan menjawab, "Jangan engkau nikah-kan dan janganlah engkau menghormatinya."
Kemudian laki-laki itu datang kepada Qatadah sambil bertanya dengan pertanyaan serupa yang telah diajukannya kepada Hasan Basri. Jawab Qatadah:

"Janganlah engkau kah-winkan dia, tetapi apabila jin j itu datang katakan kepada-nya, "kami akan keluar ; menghadapi kamu (jin), bila. kamu benar-benar Muslim, kamu pasti tidak akan me-ninggalkan kami dan tidak akan mengganggu kami."
Apabila hari telah malam, datanglah jin yang ingin melamar gadis tadi sambil berkata, "Hai keluarga gadis j manis, kamu telah datang kepada Al-Hasan dan kamu tanyakan masalah pernikahan dengan wanitamu, kamu datang pula kepada Qatadah
bertanya masalah yang sama."

Keluarga gadis itu terus cepat menjawabnya sebagai-mana yang diajarkan Qatadah. Maka jin itu segera pergi dan tidak mengganggu keluarga gadis itu lagi.

Seorang ulama bernama Harb bertanya kepada Ishak, "Ada seorang laki-laki pergi dengan mengharung lautan, tetapi tiba-tiba perahunya pecah dan tenggelam sedangkan dia diselamatkan oleh jin wanita sehingga dia terus kahwin dengan jin itu."
Maka Ishak menjawab, "Nikah dengan jin hukumnya adalah makruh."
Syeikh Jamaluddin As-Sajastani, seorang ulama mazhab Hanafi berpendapat di dalam kitabnya Munyatul Mufti: "Pernikahan antara manusia dengan jin hukumnya tidak boleh, sebab jenisnya berlainan."
Pernikahan antara jin dengan manusia nampaknya sudah raenjadi realiti melalui beberapa kisah benar. Bagaimanapun terdapat dua pendapat mengenai pernikahan antara jin dan manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2008 08:35 AM | Show all posts
Disebutkan di dalam kitab Al-Fatawa Dhahirah bahawa ada seorang wanita yang mendakwa disetubuhi oleh jin beberapa kali. Wanita itu juga mengakui merasakan-nya sebagaimana yang ia rasakan semasa melakukan hubungan jimak dengan suaminya. Maka segolongan ulama ada yang mengatakan, "Wanita itu tidak wajib mandi."
Abul Ma'ali juga pernah bercerita di dalam kitab Syarah Al-Hidayah karangan Ibnul Khattab Al-Hambali, iaitu satu soalan yang dita-nyakan oleh seorang wanita kepadanya. Wanita itu ber-tanya, "Ada jin laki-laki yang bersetubuh dengan saya dan saya- merasakannya sebagaimana melakukannya dengan suami saya. Apakah yang demikian juga mewajibkan mandi?"

Abul Ma'ali menjawab, "Sebahagian ulama Hana-fiyah berpendapat hubungan jimak antara manusia dan jin tidak mewajibkan mandi."
Abul Ma'ali memberi alasan, kerana tidak ada sebab yang mewajibkan mandi. Sebab tidak ada "ilaj" (memasukkan zakar ke dalam vagina), ia hanya serupa mimpi saja.
Syeikh Badruddin bin Abdullah Asy-Syibli pula berpendapat bahawa alasan yang dikemukakan oleh Abul Ma'ali masih perlu mendapat penjelasan lebih lanjut. Kerana, apabila wanita tersebut benar-benar didatangi oleh jin dalam keadaan menyerupai suatu makhluk dan dengan cara memasukkan zakar ke dalam vaginanya (bukan mimpi) maka, menurut Asy-Syibli, telah terjadi hubungan jimak antara manusia dan jin, maka yang lebih dekat kepada kebenaran adalah "wajib mandi." *
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:38 AM | Show all posts

Reply #97 zerozone's post

TQ di atas info2 yg diberi. Menarik!
. Kerana, apabila wanita tersebut benar-benar didatangi oleh jin dalam keadaan menyerupai suatu makhluk dan dengan cara memasukkan zakar ke dalam vaginanya (bukan mimpi) maka, menurut Asy-Syibli, telah terjadi hubungan jimak antara manusia dan jin, maka yang lebih dekat kepada kebenaran adalah "wajib mandi." *


Nak tanya tp rasa mcm malu, tapi tanya jugak lah!
Kalau perempuan yg didatangi secara zahir aka berupa makhluk ni, adalah virgin, adakah akan akan hilang virginity nye?
Kalau kita ke klinik2 perubatan Islam/alternatif nih, byk sungguh kisah2 disetubuhi jin nih.   
Kalau benar boleh hilang, takut ramai pulak menggunakan alasan ini utk "cover" diri mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 10:42 AM | Show all posts
Baru-baru ni seorang isteri mengadu dia didatangi dan diganggu jin asyik, datang melakukan hubungan seks dan dia tidak berdaya melawan.  Gangguan datang ketika suaminya tiada di rumah. Yang malangnya kata dia, dia sudah mula tidak berminat melayan suaminya kerana lebih puas dengan pasangan yang tidak kelihatan tu...  (adakah jin lebih hebat dari manusia di atas ranjang?)...

JIN ASYIK, bahaya jika dibiarkan, mangsa akan jadi kurus kering, rumah tangga tonggang langgang tidak terurus lagi, akan berlaku pendarahan yang banyak pada wanita...  

Kes macam ini masih banyak berlaku sampai sekarang, harus diberi bantuan dan diusahakan rawatannya oleh ahli keluarga terdekat...

[ Last edited by  kupia at 12-2-2008 10:44 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-2-2008 11:09 AM | Show all posts

Reply #99 kupia's post

  takutnyaaaaa........



biar betul....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067494 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list