|
nak baca yg tuan punya s/ment lak.... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tuhan jadikan fizikal dan DNA kita 99% sama macam beruk ? bukan ke manusia tu lagi mulia dari malaikat ?
mintak ibnur tlg jawapkan
[ Last edited by adi_iskandar at 13-10-2008 02:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #83 adi_iskandar\ catat
editted.....
(sepatutnya beri ruang untuk perbincangan.....)
[ Last edited by ussopp at 13-10-2008 03:36 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mejik at 11-10-2008 06:16 AM
cume nak minta pendapat... adakah apa yg kita bincangkan ini boleh dikira sebagai ijtihad individu? jika diiktiraf kerna berdasarkan pengetahuan dan pembacaan... maka yg salah dapat 1 pahala dan yg tepat dapat 2 pahala Insya Allah.
Pada pendapat saya apa yang dibincangkan TIDAK boleh dikategorikan sebagai ijtiha individu. Ini kerana ia boleh melibatkan soal Aqidah, bukannya cabang Fiqh.
Teori Darwin ada disebutkan pasal Tuhan yang Menciptakan? Kalau ada kat mana? Kalau saya salah tolong betulkan.
Sedangkan dalam AL Quran dan Hadith jelas menceritakan penciptaan manusia.
-Manusia diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian
-Manusia diciptakan dengan *Tangan Allah (bagaimana WAllahu a'lam)
*(sebagai satu keistimewaan, sedangkan Allah menciptakan makhluk lain dengan cukup dengan 'jadi' maka jadilah ia)*
-Manusia diciptakan asalnya dari tanah.
(Banyak kelebihan mineral sebagai khasiat)
-Manusia diciptakan bermula dari Nutfah
-Peringkat2 kejadian manusia disebut dalam Al Quran dan Hadith
Maka dengan ini jelas dalam Islam bahawa Allah menciptakan manusia seperti yang termaktub dalam Al Quran dan Hadith. Tiada ijtihad dalam soal ini.
Berkenaan evolusi, itu adalah teori yang mana ia mungkin berlaku pada makhluk tertentu. Itu juga kuasa Allah jika ia benar berlaku (perlukan bukti yang kukuh). Namun kalau manusia tu berevolusi dari makhluk lain, tentulah ia bertentangan dengan Al Quran dan Hadith.
Jadi perbincangan ini hanya sekadar nak tahu betul tak teori Darwin tu? Dan mana2 teori evolusi yang boleh dibuktikan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah benar DNA beruk tu hampir sama dengan DNA manusia, kita juga boleh buat kesimpulan beruk tu asalnya dari manusia, bukannya manusia tu dari beruk. Ada hadith pasal manusia jadi beruk.
Walaupun kejadian manusia tu disebutkan sebaik-baik kejadian dalam Al Quran, darjat manusia boleh jadi lebih mulia dari malaikat boleh jadi lebih hina dari binatang. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #79 Nazrulism\ catat
Ak suka post reply nazrulism
kenapa umat Islam tak menerima teori ni, tapi dalam masa yg sama, korang sandarkan ia kepada Allah jua akhirnya?yg mana yg tak compatible, maka tinggalkanlah..
macam In dan Ibnur ckpkan, memang jelas dlm al-Qur'an tentang kejadian manusia dr adam
tp berkenaan dgn haiwan laen, tak ada penjelasan drpd Islam yg muktamad tentang hakikat kejadian binatang |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #86 mnm77\ catat
rasanya pembuka thread ni tidak mahu menafikan Tuhan sebagai pencipta, cuma ingin mencari ruang tentang bagaimana teori darwin dari pandangan Islam.....pda masa yg sama mengakui Tuhan yg menciptakan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #88 ussopp\ catat
yea, begitula...majoriti yahudi (kecuali golongan hassidim) berpegang dgn konsep theistic evolution
ramai golongan hassidim (yg lazim digelar ultra orthodox) menolaknya oleh sebab ignorance kerana mereka melarang mengkaji sesetengah teori sains yg menidakkan ketuhanan |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #89 migdal_bavel\ catat
jadi maknanya, selamatlah bab akidah......kerna Tuhan tetap wujud mutlak.
cuma adakah berdosa dari sisi Islam jika percaya manusia itu berasal dari beruk....
hmmm...sebenarnya persoalan berasal ni tak penting pun....kerana yg penting manusia pertama yg sempurna ialah Adam....
yg beruk2 sebelum tu lantaklah....depa bukan tau apa2 pun....itu pun kalo teori evulusi ni disokong....
samada teori evulusi ni disokong atau tidak, manusia pertama tetaplah Adam.....maka lain2 tu biarlah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 13-10-2008 05:10 PM
tp berkenaan dgn haiwan laen, tak ada penjelasan drpd Islam yg muktamad tentang hakikat kejadian binatang
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) said: The Messenger of Allah (PBUH) took hold of my hand and said, "Allah, the Exalted and Glorious, created the earth on Saturday, the mountains on Sunday, the trees on Monday, the things entailing labour on Tuesday, light on Wednesday, He spread out animals of all kinds on Thursday, and created Adam in the afternoon on Friday, and it was the last hour of Friday between the afternoon and the night.''
[Muslim].
Hadith ni jelas menunjukkan Adam dicipta waktu lain, dan binatang dicipta waktu lain.
Saya bukannya nak halang orang lain mencari ilmu2 berkaitan teori evolusi ni, saya CUMA nak BUKTI tentang sejauh mana keberanan teori evolusi ni. Bidang saya adalah 'Research in Science and Technology' |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #91 mnm77\ catat
wooo....go..go...bro...
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #92 ussopp's post
yup abg mnm... abg sop pun.... nk tunggu abg ib lak....
In suka tred neh....perkembangan ilmu dlm posting2 penuh ilmiah...
cuma kecewa dgn tuan umah posting sambil lewa n tak bersungguh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #91 mnm77\ catat
ayat tu macam summary kepada kisah kejadian dalam kitab Taurat
Torah:Beresheit:1:20-25
1:20 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah dalam air berkeriapan makhluk yang hidup, dan hendaklah burung berterbangan di atas bumi merentangi langit"
1:21 Maka Allah menciptakan binatang-binatang laut yang besar dan segala jenis makhluk hidup yang bergerak, yang berkeriapan dalam air, dan segala jenis burung yang bersayap. Allah melihat bahwa semuanya itu baik.
1:22 Lalu Allah memberkati semuanya itu, firman-Nya: "Berkembangbiaklah dan bertambah banyaklah serta penuhilah air dalam laut, dan hendaklah burung-burung di bumi bertambah banyak."
1:23 Jadilah petang dan jadilah pagi, itulah hari kelima.
1:24 Berfirmanlah Allah: "Hendaklah bumi mengeluarkan segala jenis makhluk yang hidup, ternak dan binatang melata dan segala jenis binatang liar." Dan jadilah demikian.
1:25 Allah menjadikan segala jenis binatang liar dan segala jenis ternak dan segala jenis binatang melata di muka bumi. Allah melihat bahawa semuanya itu baik.
Midrash (Tafsir) bagi Taurat tidak mengambil perkataan Yom (Hari) sebagai suatu yang literal, ia adalah menunjukkan suatu jangka masa yg hanya Tuhan yang mengetahuinya
diceritakan pada "Hari Ke-5", Allah menciptakan binatang di laut terlebih dahulu, kemudian burung, kemudian barulah binatang di darat itu keluar
di sini, bukanlah bermaksud kesemua binatang itu diciptakan sekaligus dalam masa satu hari atau satu waktu
maka ia tidak menidakkan kebarangkalian berlakunya evolusi pada binatang
hidupan bermula dalam air, kemudian burung dikatakan berevolusi drpd dinasour (binatang besar) yg terlebih dahulu berevolusi drpd binatang di laut |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by migdal_bavel at 13-10-2008 05:10 PM
Ak suka post reply nazrulism
kenapa umat Islam tak menerima teori ni, tapi dalam masa yg sama, korang sandarkan ia kepada Allah jua akhirnya?yg mana yg tak compatible, maka tinggalkanlah..
...
In da paste ayat Quran tentang kejadian binatang....
sekali lagi In letak mig...
Maksud dari surah Al Anbiya : 30
21 : 30 : Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air,tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
Dan maksud surah An Nuur : 45
24 : 45 : Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air;maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Balas #91 mnm77\ catat
En. MNM
Evolusi itu, boleh jadi merupakan mutasi yang terjadi kepada makhluk2 Allah.Makhluk berubah mengikut keadaan. Sebagai contoh, haiwan berbulu seperti harimau, serigala dan sebagainya, bila kat tempat panas, dia jadi warna sebenarnya, tapi pada ketika berada dalam winter, berubah warna bulunya kepada warna putih dan bulunya menjadi lebih panjang...kenapa?. Supaya boleh beradaptasi dengan keadaan.
Mengenai manusia berasal dari binatang monyet, saya rasa tak mungkin... manusia dengan binatang nih...kalau kata manusia berasal dari binatang ni, adalah silap...tapi kalau kata ada sikit-sikit persamaan, itu benar. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tuhan jadikan fizikal dan DNA kita 99% sama macam beruk ? bukan ke manusia tu lagi mulia dari malaikat ?
mintak ibnur tlg jawapkan
aku pulok mesti nak jawab? Kalau Tuhan nak buat 100% sama pun apa masalahnya? Tapi hok 99% fizikal dan DNA tu macam misleading ajer.
Yang aku ingat 99.4% critical DNA sites dalam gene chimpanzee dan manusia adalah sama. Aku pun tak faham apo maksud dia, jadi aku tak berani nak explain panjang lebar. Bukan 99% fizikal dan DNA sama antara manusia dan beruk, kalau betul 99% samai, maka tak payah ler susah nak cari organ donor. Bela ajer beruk berjuta-juta, gerenti dapat organ donor. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hashimsamsul at 13-10-2008 09:43 PM
En. MNM
Evolusi itu, boleh jadi merupakan mutasi yang terjadi kepada makhluk2 Allah.Makhluk berubah mengikut keadaan. Sebagai contoh, haiwan berbulu seperti harimau, serigala dan sebagainya, ...
sebenarnya bukan haiwan tu berubah mengikut persekitaran. tapi persekitarannya sendiri yang menentukan survival spesis tersebut. ni kena belajar teori natural selection dulu ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|