CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chatreyo

tolong..please......urgent.........

[Copy link]
Post time 23-11-2008 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by ctredzuan at 23-11-2008 05:54 AM
satu saja pendapat saya, awak doa kepada Allah minta tunjuk sungguh2kebenaran, kalau awak was2 dengan agama yg sedang awak anuti,sampai kemati, susah nak tentukan apa agama yg di anuti

kalau tak kat iman jangan pergi ke tempat2 berdebat2 kat forum sekalipun


Sungguh mencari kebenaran tu susah, tapi nak mempertahankan kepercayaan kepada kebenaran yang dah dapat lagi susah.Nanti bila dugaan datang, setinggi mana pun iman, mesti akan bersoal jawab pasal takdir Tuhan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2008 01:47 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 23-11-2008 03:54 AM


Berbalik kepada isu thread ini, contohnya Bible, ada banyak versicerita yang mana memang ada percanggahan antara satu yang lain. Bahkanbukan versi cerita saja, versi Bible pun ada banyak, jadi yang manasatu yang betul?

Al Quran pula ada satu saja yang diterima umat Islam seluruh dunia,sampai Tilawah Antarabangsa pun tak kira lah dari Iran ka, dari Afrika,Malaysia atau China semua pakai satu versi saja.


Yang ini saya sangat2 setuju.Macam saya cakap, pasal perbincangan saya dengan budak Sarawak tu, jadi tergantung sebab dia pakai Bible versi Indonsia dan saya Bible versi Melayu. Ada ayat-ayat ditarik keluar dari Bible...atau ada ayat-ayat yang ditambah ke dalam Bible saya. Tapi, mereka menerima dengan hati yang terbutka dengan kesilapan itu. Bagi mereka itu bukan kesilapan..As long as they have faith to Jesus, they will not perish and they will have everlasting life.

"For God so loved the world...He sent His only begotten son, those who believe in him, should not perish, and have an everlasting life" (Yohannes 3:16)
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:09 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 22-11-2008 12:17 AM

Saya ulang sekali lagi. Undang2 berzina datangnya pada zaman Nabi Musa. Selagi undang-undang larangan tak turun, macam mana Grave boleh kata yang orang-orang sebelum itu telah berdosa kerana melakukan zina?.


Undang2 berzina bukannya bermula daripada zaman nabi Musa lagi tapi sudah lama sejak manusia bertamaddun dan mewujudkan institusi sistem kekeluargaan yang ada peraturan2 termasuk sistem perkahwinan. Maka dari itu adanya hukum2 yang melarang perzinaan dan ini terdapat dalam budaya dan tamadun termasuk juga dari kepercayaan Hindu dan dalam tamaddun Cina.

Adalah suatu yang malang apabila ada orang Islam yang mempercayai bahawa cerita2 dari bible atau kitab terdahulu dijadikan sandaran. Berzina tetap haram dan keturunan Rasul bukan dari hasil zina kerana beliau tetap terpelihara daripada kekotoran zina ini. Bukankah Nabi Musa AS atau Nabi Muhammad SAAW itu berasal daripada Nabi Ibrahim AS? Sejak Nabi Ibrahim lagi sudah ada risalah yang disampaikan agar manusia menjauhi kejahatan termasuk dosa2 besar seperti zina,judi,arak dsbnya sebagaimana ada ayat dalam quran..."Sesungguhnya, Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuh kepada Allah lagi hanif... (Surat an-Nahl: 120)". Risalah nabi Ibrahim inilah yang dikenali juga sebagai agama Hanif telah terus wujud sehingga ke zaman melahirkan manusia agung Nabi Muhammad saaw dan ahlul-baitnya.

Sebagai seorang Islam kenalah berhati-hati apabila mengambil cerita2 daripada bible ataupun kitab2 terdahulu kerana telah banyak pencemaran berlaku sehingga tidak disedari bahawa orang islam turut menghina kepercayaannya sendiri. Sebenarnya, dalam al-Quran ada banyak kisah-kisah silam yang dimuatkan. Namun al-Quran bukanlah sebuah buku cerita yang semata-mata untuk bercerita tanpa arah tuju yang jelas.
揝esungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita, tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah yang menyebut peristiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisah al-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawa pengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yang sesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatan dan kesudahan hidayah. Ianya menerangkan apa yang ditentang oleh para nabi dan seluruh para penyeru kebenaran di belakang mereka. Ianya kisah-kisah untuk pengajaran dari peristiwa-peristiwa yang berlaku, bukan untuk sekadar sedap didengari dan bacaan semata. Untuk itu Allah ta`ala berfirman pada akhir kisah Nabi Allah Yusuf a.s. (Surah Yusuf, ayat 111) yang bermaksud:
揝esungguhnya pada kisah-kisah mereka (rasul-rasul) itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang berakal. Ia (Al Quran) bukanlah cerita-cerita dongeng tetapi ia membenarkan kitab-kitab yang terdahulu, dan juga penjelasan tentang segala sesuatu, dan rahmat kepada orang-orang yang beriman.擺/color]

Read only from the al-quran ...."THE FINAL TESTAMENT"


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:33 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 24-11-2008 11:09 PM


Undang2 berzina bukannya bermula daripada zamannabi Musa lagi tapi sudah lama sejak manusia bertamaddun dan mewujudkaninstitusi sistem kekeluargaan yang ada peraturan2 termasuk sistemperkahwinan. Maka dari itu adanya hukum2 yang melarang perzinaan danini terdapat dalam budaya dan tamadun termasuk juga dari kepercayaanHindu dan dalam tamaddun Cina.  


Dalam kitab Gita, ada banyak cerita zina. Malah lebih teruk, zina tersebut dilakukan oleh Tuhan mereka. Tapi, bagi mereka, apa salahnya Tuhan berzina, sebab dah memang Tuhan boleh lakukan apa sahaja yang Dia mahu. Tapi, kalau nak fikirkan, takkan le Tuhan nak buat macam tu, sedangkan Dia sendiri menyeru manusia supaya jangan berzina. Ada banyak kejadian sumbang mahram dalam kitab Gita kalau Grave nak tahu.

http://www.barossa-region.org/Australia/INCEST-IN-HINDUISM---HINDU-ABUSE-OF-WOMEN.html



Adalah suatu yang malang apabila ada orang Islamyang mempercayai bahawa cerita2 dari bible atau kitab terdahuludijadikan sandaran. Berzina tetap haram dan keturunan Rasul bukan darihasil zina kerana beliau tetap terpelihara daripada kekotoran zina ini.Bukankah Nabi Musa AS atau Nabi Muhammad SAAW itu berasal daripada NabiIbrahim AS? Sejak Nabi Ibrahim lagi sudah ada risalah yang disampaikanagar manusia menjauhi kejahatan termasuk dosa2 besar sepertizina,judi,arak dsbnya sebagaimana ada ayat dalam quran..."Sesungguhnya,Ibrahim adalah seorang imam yang dapat dijadikan teladan lagi patuhkepada Allah lagi hanif... (Surat an-Nahl: 120)". Risalah nabi Ibrahiminilah yang dikenali juga sebagai agama Hanif telah terus wujudsehingga ke zaman melahirkan manusia agung Nabi Muhammad saaw danahlul-baitnya.  


Kenapa perlu risau. Tak kisahlah ia dibuktikan dalam sumber mana pun, yang penting kesucian Nabi Muhammad S.A.W masih terpelihara, betul tak?. Begitu juga kesucian Nabi - Nabi lain. Saya tidak rasa pun ditakdirkan benar pun apa yang Nabi Ibrahim lakukan dalam Bible itu sebagai satu penghinaan bagi dia. Memandangkan undang-undang itu turun kepada orang Yahudi pada zaman Nabi Musa. Maka kalau ya pun ia terjadi, maka ia bukan satu ketidaksucian, memandangkan larangan masih belum sampai kepada umat itu.

Ye ke larangan minum arak disampaikan pada zaman Nabi Ibrahim?. Habis tu, kenapa pada zaman Rasulullah, arak masih lagi dibenarkan?. Cuma apabila arak mengganggu konsentrasi dalam beribadah, maka barulah larangan tersebut turun. Nabi Ibrahim Allah dah anggap dia sebagai kekasihnya, dan dalam Bible juga menyatakan Allah menganggap Nabi Ibrahim sebagai kawannya (bererti rapat) dan Allah merahmati keturunan Nabi Ibrahim.



Sebagai seorang Islam kenalah berhati-hatiapabila mengambil cerita2 daripada bible ataupun kitab2 terdahulukerana telah banyak pencemaran berlaku sehingga tidak disedari bahawaorang islam turut menghina kepercayaannya sendiri. Sebenarnya, dalamal-Quran ada banyak kisah-kisah silam yang dimuatkan. Namun al-Quranbukanlah sebuah buku cerita yang semata-mata untuk bercerita tanpa arahtuju yang jelas.
揝esungguh al-Quran bukanlah sebuah buku cerita,tidak juga seperti riwayat-riwayat kisah yang menyebutperistiwa-peristiwa khayal atau sebenar. Sebaliknya, kisah-kisahal-Quran adalah kisah peristiwa-peristiwa yang benar, yang membawapengajaran, memberikan bandingan, menjelaskan tempat golongan yangsesat dan kedudukan golongan yang mendapat pertunjuk, akibat kesesatandan kesudahan hidayah.  


Memang benar, kena berhati-hati, saya bersetuju, terutamanya yang berkaitan dengan status ketuhanan. Kalau nak diikutkan memang banyak cerita-cerita yang terjadi banyak pencemaran padanya. Walau bagaimanapun, ini saya bagi pada pandangan Kristian (boleh digunakan untuk menerangkan kepada umat Kristian, juga menguatkan kepercayaan umat Islam). Dengan pembuktian dari Bible, maka umat Islam akan menarik nafas lega kerana Bible sendiri pun gagal nak mengakibatkan kesucian Nabi Muhammad terhakis. Umat Islam juga akan berasa lega bila mengetahui bahawa,kalau benar pun apa tuduhan-tuduhan orang Yahudi terhadap Nabi2 dalam kitab mereka, ia bukanlah disebabkan kebodohan mereka sebagai para Nabi, sebaliknya ia adalah kerana mengikut pada peredaran masa dan penurunan undang-undang yang berperingkat-peringkat.

Memandangkan Quran adalah kitab yang terakhir, maka dia memperbetulkan semua sekali dan dia kumpulkan baik buruk yang pernah terjadi. Tapi, kalau kita nak mempertahankan kesucian Nabi-Nabi kita, mengikut pandangan mata Kristian, inilah caranya, kerana mereka tidak percaya dengan apa yang kita ada dalam tangan kita

[ Last edited by  eastrun at 24-11-2008 11:47 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 23-11-2008 03:54 AM

Adalah benar Ahlul bait Nabi mereka adalah manusia yang mulia dan benar. Isu di sini adalah kesahihan, sebabnya tak kira lah kalau Nabi sendiri, ahlul baitnya atau sahabat Nabi sendiri yang menyampaikan pada kita namun didapati ada sifulan yang guna nama2 mereka atas alasan2 tertentu maka dengan itu tertolaklah riwayat itu (Palsu), bukannya kita tolak Ahlul Bait....


Setuju....maka dari inilah pencinta kebenaran tidak harus berhenti mencari kebenaran dan sanggup pula menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sekarang kita lihat percanggahan yang abang Grave bawa ini:


QUOTE:
Ini belum lagi kisah2 kehidupannya yang berasal daripada seorang yang dikatakan sebagai ahli suffah yang miskin dimana kemudian menjadi kaya raya setelah dilantik Umar sebagai gabenor di Bahrain.


QUOTE:
tapi kisah2 pertikaian mereka berdua berlanjutan sehingga hinggalah Umar menjadi khalifah sendiri. Malahan umar mempertikaikan bagaimana Abu Hurairah ini boleh menjadi kaya raya dan Umar sendiri melarang beliau meriwayatkan hadis2 di zamannya dan menuduh beliau sebagai musuh Allah.


Bagaimana satu riwayat yang bro ambil mengatakan Umar tidak mempercayai Abu Hurairah, sedangkan satu riwayat yang lain mengatakan Umar mempercayainya pula dan melantik Abu Hurairah sebagai Gabenor? Maka dengan itu adalah penting riwayat2 ini diteliti kesahihannya sebelum mengambil cerita itu sebagai benar.


Jika di teliti pada sejarah maka peristiwa2 tersebut tidak ada percanggahannya.
Abu Hurairah datang kepada rasulullah saaw pada bulan safar tahun 7 hijrah- Jun628 M setelah perang Khaibar. Ia kemudian tinggal di Masjid Shuffah Madinah sehingga bulan Zulkaedah tahun 8 Hijrah - Mac 630M kerana pada bulan tersebut ia telah dihantar ke Bahrain oleh Rasulullah saaw menemani al-'Ala' al-Hadhrami sebagai muazzin. (dari ini jugalah ia cuma tinggal dan berjumpa dengan Rasulullah selama 1 tahun 9 bulan saja). Ia terus menetap di Bahrain sehingga Umar menjadi khalifah dan tentu saja akan melantik Abu Hurairah yang telah lama menetap di sana. Umar kemudian telah memecatnya dari menjadi gabenur setelah mendengar penipuan2 yang dilakukan oleh Abu Hurairah.... (panjanglah pulak cerita ni..) sehingga Umar pernah memukul Abu Hurairah sehingga berdarah dan akhirnya Abu Hurairah telah minta keampunan daripada beliau.
So dari sekelumit kisah ini menyatakan bahawa Umar sama sekali tidak mempercayai Abu Hurairah malah dikalangan sahabat besar nabi pun ada juga yang tidak mempercayai Abu Hurairah melainkan Muawiyyah yang banyak memperalatkan beliau dalam memerangi Imam Ali AS.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:43 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 24-11-2008 11:33 PM


Dalam kitab Gita, ada banyak cerita zina. Malah lebih teruk, zina tersebut dilakukan oleh Tuhan mereka. Tapi, bagi mereka, apa salahnya Tuhan berzina, sebab dah memang Tuhan boleh lakukan apa ...


Kita bukan bercakap tentang tuhan mereka tapi merujuk kepada peraturan2 hidup mereka dan perzinaan adalah menjadi satu kesalahan dalam kehidupan mereka. Kalau tuhan mereka yang lakukan mungkin tak salah pada mereka agaknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2008 11:44 PM | Show all posts
err.. where is this thread heading to?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:48 PM | Show all posts

Balas #86 Gravedigger\ catat

Grave, saya dah kumpul semua jawapan dalam satu post...saya jawab guna quote...

Tiba-tiba awak reply lakz...jadi dah terpecah ke bawah...tapi tak apa lah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2008 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 24-11-2008 11:33 PM

Ye ke larangan minum arak disampaikan pada zaman Nabi Ibrahim?. Habis tu, kenapa pada zaman Rasulullah, arak masih lagi dibenarkan?. Cuma apabila arak mengganggu konsentrasi dalam beribadah, maka barulah larangan tersebut turun. Nabi Ibrahim Allah dah anggap dia sebagai kekasihnya, dan dalam Bible juga menyatakan Allah menganggap Nabi Ibrahim sebagai kawannya (bererti rapat) dan Allah merahmati keturunan Nabi Ibrahim.


MasyaAllah...arak itu tetap saja hukumnya haram sebelum Nabi Muhammad lagi dan ada dikalangan pengikut agama Hanif ajaran Nabi Ibrahim yang mematuhinya. Malah penganut Keristian pun ketika itu telah mematuhi larangan2 meminum arak.
Yang meminum arak sebelum Nabi Muhammad adalah dikalangan masyarakat Jahilliyah saja yang telah melupai ajaran kebenaran dan kembali kepada noda dan dosa seperti riba,zina,judi,bunuh anak dsbnya. Ini tidak bermakna apabila belum lagi ada larangan tersebut maka ia adalah perbuatan yang halal.
Pengharaman arak adalah penuh berhikmah kerana nak menghapuskan budaya mungkar yang telah sebati dalam kehidupan mereka tentu memerlukan masa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:54 PM | Show all posts

Balas #89 Gravedigger\ catat

grave jawab habis dulu..nanti je la saya reply. Biar saya kumpul dalam satu post.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2008 11:55 PM | Show all posts
Originally posted by antiQue at 24-11-2008 11:44 PM
err.. where is this thread heading to?


Sekadar nak membetulkan pencemaran cerita2 dari bible atau kitab dahulu yang orang Islam lebih mempercayainya daripada sumber2 Islam sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 12:01 AM | Show all posts
Originally posted by eastrun at 24-11-2008 11:54 PM
grave jawab habis dulu..nanti je la saya reply. Biar saya kumpul dalam satu post.


No problem...anyway gotta go now 'cause still feelin' too tired after back from fishin'. My mind jest could'nt work no more.
See ya tomorrow.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2008 12:03 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 24-11-2008 11:55 PM


Sekadar nak membetulkan pencemaran cerita2 dari bible atau kitab dahulu yang orang Islam lebih mempercayainya daripada sumber2 Islam sendiri.


Bukan begitu. Ia sebagai satu pembuktian dari Bible, bahawa apa yang dikatakan oleh umat Kristian ke atas ketidaksucian Nabi Muhammad nyata salah. Jadi, mereka dah tak boleh nak kutuk Nabi Muhammad lagi dah sekalipun dengan menggunakan Bible.

Kita bukan bercakap tentang tuhan mereka tapimerujuk kepada peraturan2 hidup mereka dan perzinaan adalah menjadisatu kesalahan dalam kehidupan mereka. Kalau tuhan mereka yang lakukan mungkin tak salah pada mereka agaknya.


Memang betul, bagi mereka incest tak salah sebab Tuhan mereka tidak melarang. Malah Tuhan mereka sendiri buat benda tu

MasyaAllah...arak itu tetap saja hukumnya haramsebelum Nabi Muhammad lagi dan ada dikalangan pengikut agama Hanifajaran Nabi Ibrahim yang mematuhinya. Malah penganut Keristian punketika itu telah mematuhi larangan2 meminum arak.
Yang meminum arak sebelum Nabi Muhammad adalahdikalangan masyarakat Jahilliyah saja yang telah melupai ajarankebenaran dan kembali kepada noda dan dosa seperti riba,zina,judi,bunuhanak dsbnya. Ini tidak bermakna apabila belum lagi ada larangantersebut maka ia adalah perbuatan yang halal.
Pengharaman arak adalah penuh berhikmah kerananak menghapuskan budaya mungkar yang telah sebati dalam kehidupanmereka tentu memerlukan masa.  


Pengharaman arak adalah berlaku berperingkat-peringkat. Pada awalnya, ia tidak diharamkan, tapi ia diingat bahawa tidak elok untuk melakukannya, kerana ia boleh mengakibatkan dosa, selain memberikan manfaat:

"Dan mereka bertanya kepada engkau (hai Muhammad) berkenaan dengan judidan arak, katakanlah, bahawa kedua-duanya itu adalah dosa besar, dan iaada memberi manfaat kepada manusia. Namun dosanya lebih besar daripadamanfaatnya." (Surah Al-Baqarah 2:219)

Ayat ini hanyalah sebagai memberikan ingatan dan sindiran kepada mereka yang suka minum arak dan berjudi.Tidak ada pengharaman tetap pada masa itu.

Pada fasa ke-2, dalam Surah An-Nisa' ayat 43, Allah berfirman supaya jangan meminum arak sebab ia mengganggu konsentrasi untuk beribadah kepadaNya. Pada waktu ni, tidak ada pengharaman, cuma sebagai sindiran dan tegahan sahaja. Pada ketika ini, ahli ibadah pun masih minum arak, kalau tidak minum arak, macammana diorang nak rasa ketidak khusyukan dalam solat kerana arak??

Pada fasa ketiga, barulah pengharaman itu turun bila Allah berfirman dalam Surah Al Maidah ayat 90 dimana Allah berfirman bahawa meminum arak, menilik nasib dan menyembah berhala adalah kerja syaitan dan dengan menjauhinya, akan sejahtera.

Pengharaman arak tidak kuat dalam Bible. Ia adalah satu optional. Sama macam hukum memakai tudung bagi para wanita Kristian. Nak pakai pakailah, tak nak pakai, silakan jangan pakai. Arak lak, nak minum minum la, tak nak minum, jangan minum






[ Last edited by  eastrun at 25-11-2008 12:15 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2008 05:52 PM | Show all posts
  erm..memg besh korg debate 2org..mOre infO pliz...batman..tq k..erm..yusof este tu sape??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051762 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list