CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

About Sifu M Nasir - Update : Konsert Di Stadium Negara 25/7 (P4)

[Copy link]
Post time 4-3-2009 01:25 PM | Show all posts

Reply #80 mendonan's post

tp baju yg die pakai utk first set tu serabut ah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2009 07:14 AM | Show all posts
Di sebalik Konsert Alam M. Nasir

Oleh WANDA IDRIS
Foto WAHIDAH ZAINAL



SIFU ini mengakui segmen world beat yang kebanyakan himpunan
lagu-lagu daripada album Phoenix Bangkit memberinya satu kepuasan.


PUAS! Itu kenyataan tepat bagi menggambarkan keseluruhan pementasan Konsert Alam Muzik M. Nasir yang berlangsung tiga malam bermula 27 Februari hingga 1 Mac di Panggung Sari, Istana Budaya.


Puas bagi penonton yang hampir sedekad menantikan kemunculan semula M. Nasir di pentas besar dan gah. Puas juga bagi sifu itu kerana dapat beraksi untuk para penggemarnya yang selama ini menantikan sebuah konsert besar daripadanya.

Lega, begitu kata M. Nasir saat ditemui selepas tiga hari konsert itu berakhir. Di pejabatnya, Luncai Emas Sdn. Bhd., Sungai Buloh, Selangor, M. Nasir masih kelihatan lesu tetapi tetap meneruskan kerja-kerja studionya.

"Selepas dua bulan fokus di situ, mesti ada rasa, 'Eh! Dah habis?'. Tapi saya juga sebenarnya tak sabar untuk buat persembahan lagi," katanya dengan nada teruja.

Memang ramai berkata M. Nasir patut beraksi di tempat lebih besar, lebih lapang dan lebih terbuka agar setiap generasi yang mahu menikmatinya mampu menikmati karyanya dengan cara tersendiri.

Mungkin kalau sebahagian besar peminatnya berdiri, menari dan bertepuk, ada pula sebilangan kecil yang lebih enak duduk untuk menikmati irama dan lagu lontarannya

Pada saat ditebak apakah akan ada satu konsert lagi daripada M. Nasir dalam tempoh terdekat ini di Kuala Lumpur, dia mengangguk. Secara spontan saya katakan kepadanya, kalau begitu buat persembahan empat jam terus dan nyanyikan semua lagu-lagunya. Kata M. Nasir dengan selamba, 'tak kisah!'

Ya, para penggemar Mohd. Nasir Mohamed, nantikan kemunculannya beraksi lagi kerana sudah ada pihak yang menaruh minat yang tinggi untuk menganjurkan konsertnya.

Sudah tentu peminat akan dapat menyaksikan persembahan M. Nasir di tempat yang lebih besar dan lebih bebas. "Kepada mereka yang tak dapat menikmati atau terlepas Konsert Alam," tambahnya yang turut merancang sebuah konsert seperti Konsert Alam M. Nasir di Singapura pada penghujung tahun ini.

Bukan itu sahaja, Nasir juga bercadang untuk bertemu peminat dalam bentuk persembahan berskala kecil (black box) yang lebih intim dan dalam beberapa malam yang juga akan dilangsungkan dalam tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun depan.

"Ada masa kita mahu menghibur di dewan, ada masa di tempat lebih besar tapi saya juga sangat suka menghibur di tempat kecil. Di mana sahaja saya menghibur, ia adalah pengalaman menyeronokkan. Sebab perasaannya berbeza-beza," katanya yang gemarkan persembahan artistik dan teaterikal.

Realiti muzik

Menyaksikan Konsert Alam M. Nasir baru-baru ini, sebenarnya itulah realiti muzik kita yang sepatutnya membuka mata dan pemikiran sempit para penaja tempatan. Tetapi Nasir tidak melihat itu satu masalah yang besar kerana baginya yang menaja konsertnya adalah para peminat setia yang sanggup membeli tiket menyaksikan persembahannya.

"Tetapi sumbangan dan sokongan pihak penaja diperlukan," tegasnya.

Mampu berdiri atas namanya sendiri bagi menarik audiens menonton namun Nasir bertegas, kualiti sesebuah konsert turut menjadi tuntunan tinggi kalangan khalayak. Kerana itu, katanya, konsert memerlukan visual, persembahan yang istimewa, tersendiri yang boleh menarik dan memberi impak kepada penonton.

Namun untuk menjayakan konsert besar memerlukan belanja yang besar. Dianggarkan belanja bagi menjayakan konsert terkininya itu berjumlah RM500,000 dan ia tidak termasuk kos promosi.

"Tak ramai yang nampak itu," ujar Nasir.

Sedangkan, katanya, bermula daripada idea untuk melakukan sebuah konsert itu sendiri sudah mampu menjana ekonomi kerana ia memberi pendapatan kepada banyak pihak termasuk pemuzik dan pekerja di belakang tabir.

Kuasa Phoenix


Bagai sakti, M. Nasir khususnya lagu-lagu dalam album Phoenix Bangkit yang sejak dipasarkan tidak dapat dipersembahkan secara langsung di pentas besar untuk penggemarnya. Lalu tiga malam penuh pada segmen persembahan himpunan lagu-lagu daripada album kedua terakhirnya itu memberikan impak luar biasa buat peminat setianya.

Malah M. Nasir sendiri mengakui amat menyukai segmen world beat yang dianggapnya mencipta gelombang dan getaran tersendiri. Sesungguhnya, tiada siapa yang tidak mahu menari atau sekurang-kurangnya bertepuk tangan sambil mulut mengikut melodi lagu yang dipersembahkan.

Apalagi melihat M. Nasir sendiri begitu teruja menyampaikan karya-karyanya daripada album yang dianggap antara yang terbaik pernah dilahirkan seniman bergelar sifu ini.

Pun begitu, bagi lelaki ini secara keseluruhan persembahan mencipta satu kepuasan kerana pada setiap lagu yang didendangkan pada setiap malam adalah lagu-lagu terpilih.

Diselenggarakan oleh pengarah muzik, Aznan Alias dengan iringan pemuzik profesional seperti Jay Jay untuk bes, Ujang (deram), Zul Mahat (piano), Eddie Slam (keyboard kedua), Nafi Spider (gitar kedua), Mohar (seruling), Ahmad Firdaus (keyboard pertama), Pa'ang (perkusi pertama) dan Hamzah (perkusi kedua).

Sempat juga Nasir melayan perasaan dengan gitar solonya. Berlagu Suatu Masa yang meriuh rendahkan dewan, juga lagu Getaran Jiwa oleh P. Ramlee serta Perjalanan Hidup daripada Ramli Sarip yang turut menonton pada persembahan malam terakhir serta Langgam Pak Dogo dalam loghat Kelatan.

Namun lagu-lagu Sahabat Gua, Mentera Semerah Padi, Raikan Cinta, Phoenix Bangkit Dari Abu, Ada, Keroncong Nostradamus sesungguh menyuntik semangat dan memberikan satu kegilaan kepada audiens untuk terus bertepuk dan menari.

Juga lagu-lagu berentak perlahan Falsafah Cinta yang jarang dilagukan di pentas besar, Keroncong untuk Ana, Hijab Kekasih, juga lagu Hati Emas dengan suntikan lagu Ekspres Rakyat pada pengenalannya.

Mendendangkan 25 lagu, Nasir memulakan persembahan dengan lagu Di Balik Cermin Mimpi dan menutup persembahan selama hampir tiga jam itu dengan lagu Sentuhan Listrikmu yang dianggapnya mempunyai tarikan elektrik buat pasangan bercinta sebelum diakhiri dengan Juwita... Citra Terindah yang didedikasikan kepada isterinya, Marlia Musa.

Cantik aturan lagunya. Bak kata Nasir, ia aturan mengikut emosi - dari rentak perlahan kepada funky hinggalah kepada kemuncaknya.

"Graf konsert umpama drama. Kalau tidak, orang nak dengar lagu hits sahaja yang kebanyakannya adalah sama."

Seperti kebiasaan konsert yang mempunyai falsafahnya tersendiri, konsert ini sebahagiannya adalah perjalanan seninya yang dipersembahkan menerusi lagu.

"Tapi pemilihan lagu-lagunya adalah alam saya. Lagunya memberi makna dalam setiap perjalanan kehidupan dan saya," jelas Nasir lagi.

Sempat juga saya bertanya apakah pada malam-malam persembahan dia terkenangkan arwah Loloq yang selama ini sentiasa berada di belakangnya? Atau mungkin mengharapkan dia ada bersama-sama di konsert itu, lambat dia menjawab.

"Ada... Rasa macam ada. Sebab kebanyakannya pun lagunya. Kalau dia ada dia pasti akan terlibat sama terutama daripada skrip," kata Nasir.


**********************************************************************************

patut juga la - buat kat singapore... kat situ dia start bertapak jadi artist and whatnot -
untung orang singapore... dapat tengok concert m nasir nanti -
sebab -- memang fantastic -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 07:24 AM | Show all posts
M. Nasir ke Stadium Negara

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL




M. NASIR ternyata teruja dan gembira apabila dapat beraksi
sekali lagi di pentas Stadium Negara selepas 15 tahun.


BERDASARKAN sambutan hangat dan kecemerlangan Konsert Alam M. Nasir yang berlangsung selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada Februari lalu sememangnya membawa tuah kepada M. Nasir.

Masakan tidak, selepas lima bulan konsert itu melabuhkan tirainya dengan dihadiri oleh 5,000 penonton sepanjang tiga malam berlangsung, anak jati Singapura itu akan kembali beraksi di atas pentas tetapi kali ini dalam skala yang lebih besar.

Bakal berlangsung di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 25 Julai depan, konsert yang diberi nama Konsert Satu Wajah M. Nasir itu juga menyaksikan seniman unggul itu kembali ke pentas yang sama selepas 15 tahun.

Ketika itu, dia beraksi dalam Konsert Canggung M. Nasir yang telah mendapat sambutan yang cukup hangat dan menggalakkan apabila dibanjiri hampir 7,000 penonton.

Kali ini, menerusi Konsert Satu Wajah M. Nasir, ia akan memperlihatkan dimensi lain seniman unggul ini dalam menterjemahkan karya-karyanya.

Tujuannya hanya satu iaitu mahu menghiburkan penonton dan peminat serta memastikan apa sahaja karya yang dilagukan pada malam itu nanti akan sampai tepat ke dalam lubuk hati mereka yang menikmatinya.

Berdasarkan trek rekod cemerlang Nasir pada konsert yang diadakan di IB itu ternyata sudah cukup menyakinkan Maya Axis Cerative Sdn. Bhd. (MACSB) selaku pihak penganjur untuk menganjurkan sebuah konsert oleh penghibur serba boleh ini.

Biarpun berdepan dengan kekangan dari segi penajaan dan kewangan, namun ia bukanlah satu halangan untuk MACSB dan Nasir sendiri sebagai penghibur dalam memberikan persembahan yang menarik.

Sudah pasti nama dan kehebatan seorang bernama M. Nasir mampu menarik perhatian penonton untuk hadir menikmati interpretasi seni Nasir menerusi karya-karya hebatnya.

Bertemu dengan komposer prolifik ini seusai majlis sidang akhbar konsertnya di Restoran Rebung, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Nasir menjelaskan persembahannya dalam konsert selama dua jam itu akan berbeza dengan apa yang telah dilakukannya di IB.

Ini termasuklah aspek visual, set dan juga susunan muzik yang lebih segar dan baru seiring dengan pentas yang agak besar kali ini.

Tambahnya, apa yang dimahukannya adalah untuk peminat menikmati lagu-lagu dendangannya dan menyelami serta mendalami Satu Wajah yang diangkat sebagai tema konsert kali ini.

"Cuma saya bimbang jika tidak berupaya untuk mendapatkan barisan pemuzik yang terdiri daripada 10 orang yang sama terlibat dalam konsert di IB. Maklumlah, mereka juga sibuk dengan persembahan lain.

"Tetapi, saya akan berusaha untuk mendapatkan mereka yang sama mengiringi saya di IB untuk konsert ini kerana mereka sudah tahu muzik dan apa yang saya mahukan dalam persembahan saya," jelas Nasir atau nama penuhnya, Mohd. Nasir Mohamed ini yang masih mengekalkan Aznan Alias sebagai pemain gitar dan pengarah muzik konsertnya kali ini.

Sidang media tersebut turut menyaksikan kehadiran Pengarah Urusan MACSB, Samirah Hambali dan Pengurus Besar Beyond DDB, Amin Hussen.

Malah, stesenradio nombor dua negara, Sinar FM juga akan menjadi radio rasmi untuk Konsert Satu Wajah M. Nasir.

Kata anak seni berusia 52 tahun ini lagi, dia mahu memberi satu persembahan yang baru dan seboleh-bolehnya dia tidak mahu apa yang sudah ditampilkan di IB sebelum ini dikitar semula dari semua segi.

Untuk Konsert Satu Wajah M. Nasir ini, penonton dan peminat setia Nasir akan dapat menikmati rangkaian lagu-lagu yang dipetik daripda albumnya sewaktu bersama kumpulan Kembara sehinggalah dia menjadi penyanyi solo.

Sudah pasti lagu-lagu seperti Hati Emas, Gerhana, Mustika, Mentera Semerah Padi, Bonda, Tanya Sama Itu Hud Hud, Kias Fansuri, Andalusia, Anak-Anak Kita, Kepadamu Kekasih, Ada, Raikan Cinta dan Juwita...Citra Terindah akan berkumandang di pentas penuh keramat itu.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Kembara Seniman Jalanan dan Selubung ini juga akan mempersembahkan lagu-lagu hasil ciptaannya yang dinyanyikan oleh penyanyi lain sebelum ini.

Bapa kepada enam orang anak ini juga melahirkan rasa syukur dan gembiranya apabila ada pihak yang sudi tampil untuk menganjurkan sebuah konsert yang boleh dianggap sebagai mega itu.

Apatah lagi, setelah sekian lama masyarakat tempatan sudah dilambakkan dengan persembahan dan konsert percuma yang sedikit sebanyak mengikis nilai eksklusif artis itu sendiri.

"Apabila orang datang membayar tiket untuk menonton persembahan kita, ia adalah satu penghargaan dan kita sebagai karyawan sudah pasti mahu memberikan hasil yang terbaik agar setanding dengan wang yang mereka laburkan itu," katanya dengan maksud yang mendalam.

Dalam perkembangan lai,suami kepada aktivis teater, Marlia Musa ini juga memberitahu dia juga sedang sibuk merencana projek filem terbarunya.

Begitu juga dengan penghasilan lagu terbarunya yang akan dimainkan di corong radio sebelum beberapa minggu sebelum berlangsungnya konsertnya nanti.

Bercerita tentang filem Aduh Saliha yang sehingga kini masih samar untuk disiapkan, Nasir menjelaskan perkara itu akan dirungkai tidak lama lagi.

"Tunggulah nanti. Apa yang pasti, ia akan disiapkan juga," ujarnya ringkas.

Sementara itu, jika ada pihak yang berminat untuk menaja konsert ini, bolehlah menghubungi Samirah di talian 03-8076 9873.



*******************************************************************************************

...judging from konsert alam hari tu - rasanya kali ni punya concert pun
mesti best.. - tapi tak sure dapat pergi 25 julai tu - kalau free insyaallah -
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 09:47 AM | Show all posts
tiket konsert ni, masuk arini genap seminggu dijual...
ahad lepas aku check, tiket harga RM53 & RM83 dah SOLD OUT!
i was like, whatttt???
terkejut gile aku, sebab aku ingat nak beli tiket maybe seminggu dua lagi
baru 5 hari tiket yg murah2 dah sold out, padahal konsert lagi sebulan setengah
kalo dibiarkan lagi seminggu tiket RM153 pun sold out, hujung bulan ni, yg RM253 pun sold out
so aku belila tiket ahad lepas
travel agency yg jadik ejen ticket access tu kata, people simply don't care recession ke tak recession, konsert m.nasir orang tetap tengok  
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 11:55 AM | Show all posts

Balas #84 iscol_klang\ catat

WHAT????
dah abesss?biar betik!gilerr..
travel agency maner yg jadik ejen tuh?nak check katner?wuisshh kene terjah neh
konsert kali neh confirm aku pegi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 02:08 PM | Show all posts

Reply #85 alesandra's post

kalo untuk kite personally beli online, memang dah abis
tapi rasa2 aku kaunter2 ejen ni, ada lagi kot, mcm kat istana budaya, etc, maybe sebab kuota tiket diorang belum abis lagi...
cuma aku beli kat klcc aritu kebetulan lalu kat situ, ada travel agency kat level 4 suria klcc
pape pun nak beli, beli cepat2la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-6-2009 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 16-6-2009 07:24
M. Nasir ke Stadium Negara

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL




M. NASIR ternyata teruja dan gembira apabila dapat be...


ala tomeynya gambo nie...bajet kiut
untuk kesekian kalinya masih gagal untuk ke konsert m.nasir.
layan cd konsert phoenix bangkit je la...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 10:56 PM | Show all posts
aku jangka, kalu konsert ini jugak sukses seperti konsert alam ari tu....kita akan lihat kembali beberapa artis lain turut akan buat konsert besar selapas ini...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2009 12:00 PM | Show all posts

Reply #86 iscol_klang's post

owhh....kat klcc tuh yg triways ke hape  namanya kan.
esok lusa nak try tiket 153 kat online dulu.mintak2 ade la lagi...
sbb gaji pon belum masok lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 03:38 AM | Show all posts
Satu wajah M. Nasir



Sebuah konsert lagi dalam tempoh setahun. Jika pada Februari lalu, peminat menikmati konsert M. Nasir secara eksklusif di kerusi empuk di Istana Budaya, kini Stadium Negara bakal menjadi pentas untuk mereka melompat dan menari bersama-sama sifu nyanyian itu.

Konsert Satu Wajah M. Nasir bakal dilaksanakan pada 25 Julai ini bagi mengembalikan nostalgia 15 tahun lalu. Ketika itu, M. Nasir bercanggung mendonan di sana dengan disaksikan 7,000 penonton.

"Saya berikan nama konsert ini Satu Wajah dengan maksud dalam pelbagai hal pun, akhirnya kita kembali kepada Yang Satu terutama dalam aspek kehidupan," ujarnya.

Konsert itu dibawakan oleh Maya Axis Creative Sdn. Bhd. (MACSB) selaku pihak penganjur.

"Sekarang saya sedang menentukan hal-hal teknikal dan reka bentuk," sambungnya. Dia membayangkan lebih 25 lagu akan dinyanyikan pada malam itu.

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:38 AM | Show all posts
100 tiket percuma Konsert 1Wajah M. Nasir





M. NASIR

KUALA LUMPUR - Ada berita gembira buat pembaca setia akhbar Kosmo!. Penganjur Konsert 1Wajah M. Nasir bakal menghadiahkan tiket percuma kepada pembaca bertuah akhbar ini.

Selepas lebih 20 tahun tidak muncul dalam konsert berskala besar, Konsert 1Wajah M. Nasir bakal berlangsung di Stadium Negara di sini pada 25 Julai ini.

Sebanyak 100 tiket percuma konsert hebat M. Nasir yang bernilai hampir RM100 setiap satu menanti pembaca bertuah akhbar Kosmo!.

Konsert anjuran Maya Axis Creative itu bakal menampilkan persembahan paling hebat M. Nasir yang menyambut 30 tahun penglibatannya dalam dunia seni.

M. Nasir juga bakal membawa konsep retrospektif dalam konsert yang dijangka dihadiri lebih 10,000 penonton.

Beliau dijangka mempersembahkan 29 lagu terbaik pelbagai genre ciptaan beliau yang menjangkau 500 buah lagu, termasuk lagu popularnya bersama kumpulan Kembara.

Untuk memenangi tiket berkenaan pembaca Kosmo! hanya perlu mengumpul lima keratan iklan Konsert 1Wajah M. Nasir yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! bermula hari ini sehingga 7 Julai ini untuk ditukarkan dengan satu tiket konsert.

Tiket-tiket konsert berharga RM383, RM253, RM153, RM83 dan RM53 setiap satu boleh didapati daripada Ticket Hotline di www.tickethotline.com.my atau dengan menghubungi talian 03-7725 1177/ 1166 dan 03-8076 9872/73.



member aku book dah utk konsert nih... nak tengok first nite kalu bley...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 07:10 PM | Show all posts
91# amazed

mcm siot jer.aku dah beli tiket baru nak bagi tiket free.
apasal bagi tiket free byk2 tuh?tak laku ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 03:03 AM | Show all posts
92# alesandra


setakat seratos nak bagi free tu wokeyyyy ler.. aku pun member beli.. tak pun tunggu free tuh....  tiket dia ni aku jamin soldout nanti nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 03:04 AM | Show all posts
Konsert skala besar M. Nasir

Oleh HARYATI KARIM


KEYAKINAN penganjur, Maya Axis Creative adalah satu
peluang keemasan untuk sifu berusia 52 tahun ini.



NAMPAKNYA tahun 2009 merupakan tahun gemilang buat penyanyi dan komposer terkenal M.Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir Mohamad, anak kelahiran Singapura.

Mana tidaknya dalam tahun yang sama penyanyi ini mengadakan dua buah konsert solo. Meskipun negara dilanda kegawatan ekonomi, tiada apa yang dapat menghalang kemaraannya yang turut digelar sifu oleh penggiat muzik tanah air.

Selepas mendapat sambutan hangat pada konsert pertamanya Alam Muzik M. Nasir di Panggung Sari di Istana Budaya, kini M.Nasir kembali lagi dengan Konsert 1Wajah M.Nasir yang disifatkan berskala lebih besar.

Apa yang lebih manis, konsert keduanya berlangsung saat usianya genap mencecah angka 52 tahun pada hari ini (4 Julai).

Namun, jiwanya terhadap seni sentiasa muda dan keghairahannya mempersembahkan seni terhadap peminat tidak pernah padam. Tambahan kini dia telah mencipta hampir 500 buah lagu yang boleh dikatakan mempunyai karakter yang tersendiri.

Satu angka yang cukup besar bagi seorang anak seni tetapi bagi M.Nasir yang turut bergelar seorang pelakon menerusi beberapa buah filem seperti Puteri Gunung Ledang dan Kembara Seniman Jalanan selagi nyawa dikandung badan selagi itulah dia akan mengabdikan dirinya dalam bidang seni.

Mungkin kerana semangat dan mutu lagu-lagunya setiap kali menjayakan konsert atau persembahan, pastinya peminat berduyun-duyun setia beratur memberi tiket.

Meskipun ada yang merungut kerana tidak sempat menonton konsert di Istana Budaya sebelum ini, konsert keduanya pasti tiada sebarang rungutan mengenai hal yang sama kerana 1Wajah M. Nasir bakal diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Berdasarkan kritikan dan pujian yang diterima semasa mengadakan konsert di Istana Budaya, kata pihak penganjur Maya Axis Creative, konsert M.Nasir kali ini lebih baik daripada segala segi.

Bukan sahaja soal pemilihan lagu tetapi juga soal teknikal yang dikatakan bakal memberi lebih kepuasan kerana krew, pemuzik iringan dan semua yang terlibat dipilih antara yang terbaik.

Buat peminat M.Nasir jangan lupa menyaksikan sebuah persembahan bertaraf antarabangsa yang penuh keunikan dari music extraordinaire di Konsert 1Wajah M.Nasir pada 25hb Julai di Stadium Negara. Percayalah, ini adalah sebuah persembahan yang mesti ditonton oleh semua peminat muzik.

Tiket-tiket berharga RM383, RM253, RM153, RM83 dan RM53 boleh didapati daripada tiket Hotline di www.tickethotline. com.my atau hubungi talian 03-77251177/1166 dan 03-80769872/73.

Menariknya buat pelajar yang ingin menonton konsert ini, potongan sebanyak 10 peratus daripada harga asal akan diberikan dengan menunjukkan kad pelajar sebagai bukti ketika membeli tiket.
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 04:27 AM | Show all posts
Tiket terhangat di pasaran - Konsert 1Wajah M.Nasir raih sambutan memberangsangkan

Oleh HARYATI KARIM



TINGGAL 19 hari sahaja lagi Stadium Negara bakal digegarkan dengan Konsert 1Wajah M. Nasir yang berlangsung pada 25 Julai depan.

Khabarnya jualan tiket untuk konsert tersebut meraih sambutan hebat sejak ia mula dijual sebulan yang lalu.

Pengarah Urusan Maya Axis Creative Sdn. Bhd., Samirah Hambali yang merupakan penganjur konsert ini memberitahu, semakin hari semakin hebat sambutan yang diterima.

"Setakat hari ini, jualan tiket menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Ini belum termasuk yang telah menempah secara on-line.

"Tetapi masih ada lagi tiket untuk peminat M. Nasir kerana lokasi konsert kali ini lebih besar dan boleh memuatkan sehingga 6,000 orang dalam satu-satu masa," ujarnya.

Tambah Samirah lagi, dia yakin jualan tiket semakin bertambah apabila tarikh konsert semakin hampir kerana sudah menjadi tradisi warga Malaysia sememangnya gemar membeli tiket pada saat-saat akhir.

"Berdasarkan pengalaman, memang orang Malaysia suka beli tiket pada saat-saat akhir dan semakin bertambah terutama dua tiga hari sebelum konsert dan ramai juga yang beli pada hari konsert berlangsung.

"Tetapi setakat ini kami berpuas hati terhadap sambutan yang diberikan oleh peminat M. Nasir," katanya lagi.

Selain tiket persiapan terakhir kini sedang giat dijalankan terutama daripada segi teknikal oleh krew-krew profesional dan sesi latihan akan dimulakan pada minggu hadapan

Produksi untuk konsert ini juga jauh lebih besar daripada Konsert Alam di Istana Budaya yang berlangsung pada Februari lalu kerana Kosmo! difahamkan pentasnya juga jauh lebih besar daripada konsert biasa.

Tambahnya, M. Nasir juga banyak memberi idea terhadap perjalanan konsert selain dia juga meminta props tertentu untuk konsert tersebut.

"M. Nasir sendiri yang menentukan pengarahan seni konsert ini apabila dia meminta props untuk mencantikkan lagi pentas, kami kena ikut segala kemahuannya.

"Kiranya apa yang akan dipertontonkan pada 25 Julai nanti merupakan wajah serta isi hati M. Nasir sendiri," terangnya.

Apa ditunggu lagi, buat peminat setia M. Nasir yang ingin menyaksikan magis sifu industri muzik Malaysia di pentas Konsert 1Wajah M. Nasir jangan lupa dapatkan segera tiket sebelum terlambat.

Anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM383, RM253, RM153, RM83 dan RM53 daripada tiket di www.tickethotline.com.my atau hubungi talian 03-7725 1177/1166 dan 03-8076 9872/73.

Istimewa buat para pelajar, potongan sebanyak 10 peratus akan diberikan dengan menunjukkan kad pelajar sebagai bukti ketika pembelian tiket dibuat.



ada 10% diskaun tu..mmg baguh sgt ler...  2 worang anak menakan aku dapat ler murah sket  rega tiket!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 04:53 AM | Show all posts
Konsert retrospektif M. Nasir

Oleh ABD. AZIZ ITAR

PADA suatu sidang media di Kuala Lumpur tidak lama dulu, M. Nasir pernah berkata: "Setiap penyanyi atau pemuzik yang tulen, mereka tentunya mengimpikan konsert sendiri. Begitu jugalah dengan saya".

Beliau melampiaskan ungkapan penuh makna itu sebagai menggambarkan betapa pentingnya konsert sebagai salah satu tanda kesinambungan serta kepuasan seseorang penyanyi atau pemuzik dalam kerjaya mereka.

Justeru, tidak hairanlah penyanyi berusia 52 tahun ini sentiasa berusaha mencari peluang mengadakan konsert biarpun dia adakalanya menghadapi kesulitan untuk mendapatkan penaja.

Konsert 1 Wajah M. Nasir merupakan interpretasi daripada hasrat beliau itu di mana konsert anjuran Maya Axis Creative Sdn. Bhd. (MACSB) itu akan diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 25 Julai ini pukul 8.45 malam.

Pengarah Promosi MACSB, Rohani Ismail berkata, konsert itu yang berkonsepkan retrospektif dijangka akan berlangsung selama dua jam 30 minit.

"Konsert terbaru M. Nasir itu akan mengetengahkan konsep retrospektif di mana ia menggabungkan lagu-lagu ciptaan beliau sejak dari mula berkecimpung dalam bidang muzik pada tahun 1970-an sehinggalah kini.

"M. Nasir dijangka mempersembahkan hampir 29 buah lagu terbaik daripada pelbagai genre muzik di mana kesemuanya merupakan lagu-lagu ciptaannya sendiri. Setakat ini beliau sudah mencipta hampir 500 buah lagu," katanya.

Tambah menarik kata Rohani, konsert itu bukan setakat menampilkan segmen nyanyian semata-mata, sebaliknya para penonton akan diimbau nostalgia mereka dengan paparan gambar-gambar peribadi daripada koleksi penyanyi terbabit.

Katanya, penambahan elemen itu termasuklah dengan membariskan para pemuzik profesional dan penyanyi latar di mana ia mampu untuk mencernakan lagi penghayatan konsert itu ke tahap yang lebih tinggi.

"Bukan setakat gambar, tetapi pada konsert itu nanti, para penonton juga akan ditayangkan dengan sedutan temuramah M. Nasir dengan stesen-stesen televisyen dan juga keratan-keratan akhbar tentang kerjaya beliau.

"Persembahan video yang akan dipersembahkan itu sedikit sebanyak dapat menggambarkan tentang sejarah perjalanan karier M. Nasir dalam bidang seni. Ia termasuklah pencapaian dan anugerah yang pernah diterimanya sepanjang 30 tahun pembabitannya itu," ujarnya.

Konsert 1 Wajah M. Nasir itu dianjurkan selepas penyanyi kelahiran Singapura itu berjaya menganjurkan konsertnya sendiri iaitu Konsert Alam di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur, pada 27 Februari lalu.

Bagi merancakkan lagi promosi konsert itu, MACSB akan mengadakan beberapa sesi bertemu para peminat M. Nasir misalnya di Gloria Jean's Coffee, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 11 Julai ini.

"Selain itu, promosi dan sesi bertemu peminat juga akan diadakan di Gloria Jean's Coffee, Sunway Pyramid pada 18 Julai ini pukul 5 petang. Peminat yang datang akan diberi diskaun pembelian tiket sebanyak 10 peratus.

"Potongan 10 peratus juga akan diberi kepada para pelajar kolej dan universiti dengan menunjukkan kad pelajar mereka sebagai bukti di premis-premis jualan tiket di Kompleks Pertama dan Istana Budaya. Semua lokasi ini terletak di Kuala Lumpur," katanya lagi.

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert 1 Wajah M. Nasir berharga RM383, RM253, RM153, RM83 dan RM53. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-77251177 dan 03-80769872 atau layari laman sesawang www.tickethotline.com.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2009 01:43 PM | Show all posts
Minat M.Nasir tapi xpi la konsert dia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 07:33 AM | Show all posts
Tetap beraksi
di tarikh baru

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA & SHAZRYN MOHD. FAIZAL


KATA M. Nasir konsert Satu Wajah M. Nasir merupakan
interpretasi beliau dalam menterjemahkan karya-karya seninya.


MAHU atau tidak, M. Nasir harus akur bahawa konsert solo yang dicanang beliau akan berlangsung pada hari Sabtu ini terpaksa ditunda.

Mujur ditunda, kalau dibatalkan terus barangkali seniman berjiwa besar itu akan terus meratapi kekecewaan itu.

Kecewa bukannya apa, semua persiapan sudah dilakukan. Barisan pemuzik yang diketuai oleh Aznan Alias juga sudah tidak sabar untuk beraksi di venue yang sangat didambakan ramai iaitu stadium keramat, Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Begitu juga dengan persediaan tuan punya tubuh sendiri untuk menghiburkan pemuja-pemujanya dengan lebih 30 buah lagu sudah cukup persiapannya.

Sayang sekali, M. Nasir harus akur, konsert Satu Wajah beliau pada hari Sabtu ini ditunda sehingga satu tarikh baru yang akan diumumkan minggu depan.

"Apa boleh buat. Kalau sudah terpaksa tunda tarikhnya saya terpaksa akur. Keputusan ini sangat mengecewakan saya," kata M. Nasir dalam reaksinya kepada Hits ketika dihubungi baru-baru ini.

Berita penundaan itu dikhabarkan oleh penganjur, Maya Axis Creative Sdn. Bhd. kepada media kelmarin.

Tiada apa yang mampu dilakukan oleh M. Nasir selain daripada memenuhi permintaan penganjur yang berminat mengadakan konsert itu selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Memetik kata-kata Pengarah Promosi Maya Axis Creative, Rohani Ismail, konsert berkenaan terpaksa ditunda berikutan permintaan penaja yang memerlukan masa untuk mengatur semula strategi penajaan dan pemasaran konsert solo penyanyi itu.

"Insya-Allah dengan ikrar yang diberikan oleh penaja, kami optimis konsert solo M. Nasir akan menjadi lebih gah dan lebih bermakna buat beliau," itu pula janji yang dilafazkan oleh Rohani kepada Hits.

Dan M. Nasir biarpun terpaksa menelan kepahitan itu bagaimanapun berjanji akan terus beraksi di konsert yang sudah lama dirancang itu pada tarikh baru yang akan diumumkan kelak.

M. Nasir serta permuzik serta krew produksi yang lain mengakui, mereka begitu bersemangat dan sudah tidak sabar untuk beraksi di stadium keramat itu.

"Saya berjanji kepada semua peminat khususnya mereka yang telah membeli tiket bahawa saya akan tetap beraksi pada tarikh baru yang akan diumumkan minggu depan," jelas M. Nasir dalam nada suara yang berbaur sedih.

Sementara itu, seminggu sebelum penundaan tarikh konsert dibuat, sifu kelahiran Kota Singa itu dalam temu bual dengan Hits berbicara panjang lebar mengenai perjalanan konsep konsert Satu Wajah M. Nasir itu.

Sebagai seniman tersohor, beraksi dalam sebuah konsert berskala besar sepetri di Stadium Negara, Kuala Lumpur merupakan satu penghormatan baginya.

Melihat sokongan hebat masyarakat sejak kebelakangan ini terhadap konsert artis tempatan membuatkan M. Nasir berkongsi rasa gembira dengan perkembangan itu.

Katanya, bukan mudah karyawan muzik tempatan diberi peluang membuat persembahan dalam konsert bersakal besar.

Bukan untuk konsert M. Nasir sahaja, tetapi konsert-konsert sebelum ini yang dijayakan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dan Anuar Zain serta kumpulan Search juga menerima respons yang positif.

Justeru, apabila ada pihak yang mahu menganjur dan ditambah dengan komitmen penaja, perkhabaran gembira itu memberi satu signal bahawa industri muzik kembali bernafas apabila konsert oleh artis tempatan kembali mendapat tempat.

Sekali gus ia membuktikan bahawa masih ada lagi segelintir peminat dan masyarakat yang menghargai karya anak seni tempatan apabila mereka tidak lokek untuk mengeluarkan wang bagi menyaksikan sebuah konsert.

Dan kerana itu, penghibur ini ada sebab untuk bergembira dengan perkembangan positif apabila pencinta seni tanah air tidak lagi hanya mendambakan muzik percuma.

Budaya

Namun begitu, pemilik nama penuh Mohd. Nasir Mohamed ini menjelaskan, budaya itu masih belum 'dianuti' sedalam-dalamnya meskipun sambutan yang diberikan terhadap konsert tempatan semakin memberangsangkan.

"Kita harus sedar dan tahu bahawa kebanyakan orang Melayu khususnya bekerja dan memakan gaji setiap bulan. Mereka harus memikirkan tentang kewangan mereka sebelum dilaburkan untuk menonton konsert.

"Mereka juga harus memikirkan faktor lain kerana mengeluarkan belanja yang besar untuk menonton persembahan artis dalam sebuah konsert bukan mudah dan pastinya, mereka harus memilih artis yang terbaik untuk memastikan duit mereka benar-benar berbaloi.

"Jadi, di sinilah terletaknya peranan artis itu sendiri bagaimana untuk membentuk diri mereka menjadi seorang penghibur agar penonton benar-benar terhibur dan puas dengan persembahan mereka," katanya panjang lebar.

Dari kaca mata beliau, M. Nasir menjelaskan, definisi penghibur merujuk kepada satu perkara yang subjektif bergantung dari sudut dan perspektif yang berbeza.

Malah, ujarnya, apa yang penting ialah seseorang artis itu tidak boleh menterjemahkan diri mereka dengan imej yang terlalu murah di atas pentas.

Bahkan, lebih jelek lagi apabila ada sebilangan artis yang terpaksa bekerja keras menampilkan gimik yang memaksa penonton terhibur dengan persembahan mereka.

"Apabila menjadi seorang penyanyi, dia haruslah menjadi penyanyi yang bagus sekali dan daripada situ, ia mampu dikembangkan menjadi seorang penghibur.

"Seorang artis itu akan berasa puas apabila penonton yang menyaksikan persembahan mereka akan berasa puas hati dan terhibur. Banyak perkara yang perlu dilakukan dalam memastikan semua itu berjaya mengikut apa yang telah dirancangkan," kata suami kepada aktivis teater, Marlia Musa ini dengan maksud yang mendalam.

Perlu berani

Menyambung bicara, bapa kepada enam cahaya mata ini memberitahu, untuk menjadi seorang penghibur yang berjaya, ia memerlukan keaslian dan kreativiti untuk memikat hati masyarakat negara ini.

Dengan memberikan contoh bintang pop terkenal Korea, Rain yang berupaya merentas sempadan bangsa dan budaya sehingga mampu mencipta nama sebagai seorang superstar.

"Bukannya saya suruh artis kita menjadi seperti Rain tetapi lihat sahaja bagaimana dia membentuk dirinya sehingga menjadi kegilaan ramai wanita bukan di negaranya sahaja, tetap juga di negara ini.

"Dalam erti kata lain, artis kita juga harus berani dan tidak perlu takut dengan apa yang diperkatakan orang sekeliling kepada mereka. Berani bukan dalam konteks mendedahkan aurat tetapi kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara itu

"Jika semua itu ada dalam diri masing-masing, nescaya dalam persembahan mereka, jiwa itu dapat sampai kepada penonton yang akan berasa puas dengan apa yang dipersembahkan kepada mereka," tuturnya dalam nada tegas penuh berhemah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059429 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list