CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: alahai

[Merged] sambut Valentine's Day

[Copy link]
Post time 14-2-2007 10:02 AM | Show all posts
Originally posted by H猷L鰃頧 at 12-2-2004 10:03 AM
Sambutan agama lain untuk menghormati & menjaga hati jiran, kawan, & mak ayah yg bukan Islam adalah HARUS.

Manakala Valentino pula kempen besar2an pergaulan seks bebas yg memang salah pon,


tp kene tgk batasan dan had sambutan jgak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2007 10:04 AM | Show all posts
Originally posted by Presa1200 at 14-2-2007 09:42 AM


Salam,

sy sndiri org cina tp selepas peluk islam sy pantang meraikan CNY. sbb perayaan nih berkaitan ngan ketuhanan cina, sejarah CNY jugak berkaitan ngan kepercayaan tahyul masyarakat cin ...



PRESA, aku doakan semuga hidayah dan taufik Allah SWT akan sentiasa mengiringi kehidupanmu....aku terharu dengan keteguhan hati kau dalam memahami dan menghayati islam..

Aku sentiasa rasa terharu dan kagum apabila melihat org2 seperti kau yg diberi kesedaran utk kembali ke agama yg benar ini, malah aku sentiasa rasa betapa kerdilnya aku di sisi org2 seperti kamu sebab walaupun aku dilahirkan di dalam islam, aku tidak mampu menjadi org islam yg baik dan hambaAllah yg baik....padahal Allah sudah beri aku peluang dan anugerah yg sgt bernilai pada aku kerana dilahirkan sbg seorg islam...

Tolong doakan aku yg masih terkapai2 utk belajar menjadi seorg islam yg baik dlm erti kata sebenarnya...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 10:15 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 14-2-2007 10:04 AM



PRESA, aku doakan semuga hidayah dan taufik Allah SWT akan sentiasa mengiringi kehidupanmu....aku terharu dengan keteguhan hati kau dalam memahami dan menghayati islam..

Aku sentiasa r ...


trima kasih lah byk atas keikhlasan hati kau. Amin dan semoga doa2 kita dimakbulkan oleh Allah.

jgn ckp begitu terhadap diri kau tuh sbb aku sendiri pun tak jamin sebaik mane. aku sering buat dosa dan jahat, lalai dan lupe.... aku pun terharu dgr ckp2 kau tuh yg sekurang2 ada niat utk memperbaiki diri sama2. nih pun jauh lebih baik drpd org lain yg tidak pernah memikirkan utk bertaubat langsung. kita sentiasa diingatkan pintu taubat Allah terbuka slalu selagi kita dpt bernafas.

tak kiralah, baru peluk islam ke, lahir dlm islam ke.... kedua2nya sama aje. kalo yg baru peluk islam lama2 dah lalai dan lupa terhadap Allah, tiada beza gak. yg penting kene saling memberi peringatan utk meningkatkan keimanan.

Allah memberi peringatan kpd stiap manusia pd stiap hari. kematian binatang, keguguran sehelai daun, kematian jiran, kemalangan...semua nih mengingatkan diri kita terhadap kematian yg kekal dan tiada jalan pusingan kembali.

[ Last edited by  Presa1200 at 14-2-2007 10:17 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 11:29 AM | Show all posts
Originally posted by paranormal_85 at 12-2-2007 09:18 PM
NABI Muhammad s.a.w. merupakan Rasulullah yang bertanggungjawab menyebar Islam kepada umatnya setelah melalui pelbagai keperitan dan kejerihan. Paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi  ...



Sejak bila pula st. Valentine ini dikaitkan dengan siri perang Islam -Kristian...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 06:32 PM | Show all posts

Cari hari lain laa...

setiap pasangan yg sah(berdaftar) boleh lah pilih satu hari special untuk mereka sendiri...tak payah tunggu vltine day....
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2007 07:53 AM | Show all posts
Originally posted by ussopp at 14-2-2007 06:32 PM
setiap pasangan yg sah(berdaftar) boleh lah pilih satu hari special untuk mereka sendiri...tak payah tunggu vltine day....


dan boleh bagi nama lain...iaitu ovaltine day....huhuhuhu....

tgh lapar nak pi breakfast.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2007 06:29 PM | Show all posts

Reply #86 rainbows's post

hoho...

okey ovaltine day

sesape ade cadangan lain...hehe
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 15-2-2007 09:37 PM | Show all posts

Reply #69 Syd's post

Tiada kebenaran cerita tu. Sekadar fitnah dan untuk melenyapkan nilai kebaikan sebenar di sebalik sejarah yg sebenar dan nawaitu di parayaan hari kekasih. Rujuk sumber yg betul utk merumuskan perkara yg betul.

Belajar mendapat maklumat yg tepat utk buah fikiran yg lebih berwibawa.
Salam valentine untuk mereka yg bercinta. Salam damai bagi mereka yg cintakan permusuhan dunia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 01:13 AM | Show all posts
Originally posted by tiM at 15-2-2007 09:37 PM
Tiada kebenaran cerita tu. Sekadar fitnah dan untuk melenyapkan nilai kebaikan sebenar di sebalik sejarah yg sebenar dan nawaitu di parayaan hari kekasih. Rujuk sumber yg betul utk merumuskan per ...


oohhhh yea ke... senang jer dia dtg menyampuk nih...

ucapan2 kau tuh sesuai ditujukan kpd org2 barat terutama yahudi dan amerika...bukan sini. sini umat islam ade cara hidup sendiri.
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 16-2-2007 08:58 AM | Show all posts
mari kita sama2 war2kan utk anak didik kita juga teman2 sperjuangan kita....
apalah jadahnya valentine's day ni... masih ramai di kalangan kita tdk mengingati hri2 bersejarah dlm bulan kita sendiri... th baru hijrah pun sambutannya hambar saja  berbanding sambutan th baru masehi,, penuh meriah dan warna-warni... alahaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:15 AM | Show all posts

Reply #89 Presa1200's post

Menasihatkan anak cucu dan sr. seiman kita supaya tidak terpengaruh dengan kebudayaan dan perayaan agama dan bangsa lain, adalah sesuatu yang baik,terutamanya ia melibatkan isu-isu akidah.

AKAN TETAPI  mengaitkan perayaan orang lain sebagai penghinaan terhadap agama anda, secara tidak lansung dan tidak sengaja anda juga telah mengeluarkan kenyataan berbau penghinaan terhadap orang lain.

Doing unto others as you would others do unto you

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by shalom at 16-2-2007 09:15 AM
Menasihatkan anak cucu dan sr. seiman kita supaya tidak terpengaruh dengan kebudayaan dan perayaan agama dan bangsa lain, adalah sesuatu yang baik,terutamanya ia melibatkan isu-isu akidah.

AKA ...


perayaan orang lain tu aper yg dimaksudkan?...valentine days?...huhuhuhu....

aku rasa tk salah, ia bukan mnghina tetapi itu TAGGUNGJAWAB yg dituntut oleh setiiap agama utk menasihati antara satu sama lain tentang2 hal2 yg salah di sisi agama yg mereka anuti...

ambil contoh, jika ada penganut agama lain, minum arak, tidak salah org  islam menasihati sesama mereka untuk tidak minum arak kerana arak itu haram di sisi islam, adakah itu satu PENGHINAAN kepada org2 agama lain yg minum arak???????

ambil contoh, penganut hindu dan jewish yg vegetarian, adakah kerana itu mereka juga turut menghina agama2 lain yg membenarkan makan daging?....

so, aku harap kau tk yah ler nk bermati2an sokong valentine day tuh...kau nak sokong dan rayakan, kau rayakanlah...jgn nak kondem org lain lak....sampai masuk bab hina menghina agama lak ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:44 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 16-2-2007 09:26 AM


perayaan orang lain tu aper yg dimaksudkan?...valentine days?...huhuhuhu....

aku rasa tk salah, ia bukan mnghina tetapi itu TAGGUNGJAWAB yg dituntut oleh setiiap agama utk menasihati ant ...


saya tidak pernahpun meminta anda dan orang Islam untuk merayakaan mana-mana perayaan keagamaan orang lain.

Posting saya lebih merujuk kepada kenyataan sr. preso sendiri yang melihat perayaan valentine sebagai penghinaan kepada orang Islam. Bahagian ini yang saya lansung tidak paham. Apatah lagi mengaitkan St. Valentine dengan siri peperangan Kristian-Islam.Tidakkah ia menghinaan perayaan agama lain.

Kalau ikut logik, orang Kristian sepatutnya lebhi terasa terhina. Kenapa perayaan keagamaan mereka telah dirogol dan dirosakkan oleh sama ada orang Kristian sendiri dan juga oleh orang bukan  Kristian.

Sr. terlalu menekan hari Valentine sebagai perayaan seks bebas, mabuk dan sebagainya. Tetapi pada peringkat paling asas, perayaan Valentine bukan bertujuan sedemikian, tetapi ia telah dirosakkan oleh kapitalis. Valentine sepertiman yang difikir oleh anda adalah hasil adunan kapitalis.Kemudian produk kapitalis ini anda kaitkan dengan agama Kristian pulak, kemudian dikaitkan pula dengan agenda anti Islam dan seterusnya....

Mana-mana orang Kristian yang masih menghayati makna sebenar Harti Valentine itu, mereka tidak akan berbuat perkara-perkara sumbang.

Ya, saya sokong valentine, sebab ia merupakan perayaan dalam agama saya, tetapi saya tidak pernah menyokong penyimpangan hari valentine itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by shalom at 16-2-2007 09:44 AM


saya tidak pernahpun meminta anda dan orang Islam untuk merayakaan mana-mana perayaan keagamaan orang lain.

Posting saya lebih merujuk kepada kenyataan sr. preso sendiri yang melihat pera ...



so klau cam tuh, habislah criterkan....

kami tk halang kau nak sambut valentine, sambutlah sesuka hati kau cam ner nak sambut...

aku dan yg tk mahu sokong/sambut valentine, ikut sesukahati kami ler sebb tk mau sambut....

kenapa presa bagi reason, itu alasan/dalil dia nak bagi hujah dan membantu sesama islam utk ketahui mengapa valentine itu tdk boleh diraikan...itu tgjawab dier utk menyedarkan sesama islam....tetapi maaf ler klau kau terasa sebb ini kat siber...mana ler tau ader org yg agama lainpun turut baca pasal saranan presa tuh....aku tk rasa presa sengaja nak kecilkan hati sesaper...

apa2pun, aku hormati pendapat kau,....engkau dgn agama engkau, dan aku dgn agama aku...sama2 kita hormat antara satu sama lain...
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 16-2-2007 07:50 PM | Show all posts

Reply #94 rainbows's post

Saya fikir fakta yg jelas oleh Shalom adalah jgn fitnah valentine itu secara rambang. Mungkin anda patut fokuskan nasihat anda itu kepada umat islam yg merayakan hari itu tanpa tahu etikanya berasaskan agama kristian. Maka muadah! Kalau ada nasihat yg jelas dalam Quran atau hadith yg menghalang merayakan Valentine, boleh kemukakan. Menghina tu sangat jelas apabila kalian dengan terang mengubah fakta yg berunsur kebaikan dlm sejarah asal itu kepada seirta yg bukan2 dan bersandarkan itu kalian kempen macam anti Chistian jadinya!

Bukankah muhamad meminta umatnya utk mengasihi seperti mana umat Yesus?...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 09:49 PM | Show all posts
Originally posted by tiM at 16-2-2007 07:50 PM
Saya fikir fakta yg jelas oleh Shalom adalah jgn fitnah valentine itu secara rambang. Mungkin anda patut fokuskan nasihat anda itu kepada umat islam yg merayakan hari itu tanpa tahu etikanya bera ...


RSAW sangat mengajar kasih sayang kepada umat-umatnya, alhamdulillah...

tetapi tidak pernah suruh umatnya mengadaikan agama dan akidah hanya kerana dengan alasan utk menghormati agama lain...sudah terang di dalam hukum hakam berlandaskan wahyu bahwa merayakan perayaan agama lain yg tujuannya utk agama dan kepercayaan mereka adalah diharamkan diraikan oleh orang Islam.

Tidak ada fitnah yg disebarkan melalui valentine kerana itu adalah sejarah yg telah tercipta dan termktub dalam buku2 sejarah....jangan menyangkal secara prejudis sebegitu....aku tahu apa maksud kau org di sini....jgn anggap semua org tidak tahu maksud dan tujuan kau org, ....

bagi ku agamaku, bagimu agamamu...

dan perlu aku mahu ingatkan kamu....di dalam ISLAM tidak ada hari istimewa utk menyatakan kasihsyg dan bagi penganut islam yg benar2 tahu agamanya, KERANA tiap2 hari adalah hari utk berkasihsyg, pertama2nya dengan Tuhan yg maha Agung dan seterusnya kepada semua makhluk Tuhan yg ada di serata bumi ini.....begitulah cantiknya ISLAM....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2007 11:26 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 16-2-2007 09:49 PM


RSAW sangat mengajar kasih sayang kepada umat-umatnya, alhamdulillah...

tetapi tidak pernah suruh umatnya mengadaikan agama dan akidah hanya kerana dengan alasan utk menghormati agama lai ...


:setuju:  Cinta Tuhan cinta Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2007 02:11 PM | Show all posts
  Wah perkataan yang berbahaya, murtad? Allahu a'lam. Agaknya lebih baik bertanya dan merujuk kepada pendapat ulama besar dunia, karena memurtadkan seorang muslim itu berbahaya. Sesuai hadith Nabi jike kita mengkafirkan seorang muslim, jika benar maka benar adanya, tapi jika ijtihad kita salah (akan kekafiran orang tersebut) maka perkataan "kafir" itu balik kepadanya.
Dan secara logik, tak mungkinlah kita hukumi saudara-saudara kita yang merayakan valentin itu langsung murtad, karena kebanyakan mereka tidak tahu hukumnya. Setahu ana, hukum merayakan valentine itu haram, sesuai hadith yang telah dibawakan di atas. ("Barang siapa menyerupai suatu kaum........"). Tapi pelakunya tidak murtad. Karena kemurtadan/kekafiran itu adalah akibat dari perbuatan syirik atau perlawanan kepada syariat secara terang-terangan dan jelas setelah mereka sudah dijelaskan.
Tapi ana setuju Valentine enyah dari negara muslim especialy Malaysia
Reply

Use magic Report

elliesha This user has been deleted
Post time 18-2-2007 07:18 AM | Show all posts

Reply #23 Jukebox's post

asalamualaikum,
in saudi, watu solat, semua kedai kena tutup and some small shops akan tutup dari zohor hingga ke asar. Kalau ada orang berurusan jual beli waktu solat, muta'ah akan datang "sound" kat kedai dan pembelinya sekali. Although things are done differently as to compare in Malaysia, economy masih berjalan (walaupun yang berdagang kebanyakkan bukan Islam atau dari negara Arab sendiri - kebanyakkan nya India dan Filipina)
Reply

Use magic Report

tiM This user has been deleted
Post time 18-2-2007 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 16-2-2007 08:49 PM


dan perlu aku mahu ingatkan kamu (umat2 islam)....di dalam ISLAM tidak ada hari istimewa utk menyatakan kasihsyg dan bagi penganut islam yg benar2 tahu agamanya, KERANA tiap2 hari adalah hari utk berkasihsyg, pertama2nya dengan Tuhan yg maha Agung dan seterusnya kepada semua makhluk Tuhan yg ada di serata bumi ini.....begitulah cantiknya ISLAM....

itulah yg terbaik. Dipersilahkan tanpa memfitnah. Ayat itu mudah! ISlam tidak perlu hari khusus utk kasih sayang. Islam juga tidak perlukan hari valentine.

Kalau boleh anda ambil petikan dlm Quran atau hadith utk menyokong hujah anda. Adakah ayat itu spesifik pada hari valentine atau apa2 hari peringatan yg membawa kebaikan oleh agama lain?... Senang umat islam boleh mendapat ajaran yg betul tanpa bersandarkan bandingan nilai (fitnah) dgn agama lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 07:00 AM GMT+8 , Processed in 0.782458 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list