|
Orang-orang Kristian di sabah dan sarawak telah menggunakan 'Allah' sejak dahulu tidak boleh dijadikan asas untuk membenarkan penggunaan 'Allah'. Siasatan dan kajian mesti dibuat untuk mengetahui mengapa mereka menggunakan 'Allah' sedangkan mereka menggunakan bible bahasa melayu yang diterjemahkan daripada bahasa Inggeris. Adalah aneh bila bible Inggeris tidak menggunakan 'Allah' tetapi bible Melayu menggunakan 'Allah'. Lainlah kalau bible yang asal itu ialah dalam bahasa Melayu atau Arab. Mungkin mereka silap terjemah, dan, adakah terjemahan mereka itu mendapat restu dari pihak berkuasa kristian di vatican. Restu dari vatican rasanya perlu kerana orang kristian di barat menganggap 'Allah' adalah 'moon God' dan menuduh orang Islam menyembah 'moon God'. Apakah orang kristian di sabah sarawak tidak tahu bahawa kristian di barat menganggap 'Allah' sebagai moon god, jadi tidak waras untuk mereka mahu mengambil 'Allah' sebagai Tuhan mereka. Kristian sabah dan sarawak, sebagai penerima lewat agama kristian sepatutnya mengikut tradisi barat iaitu menganggap 'Allah' adalah moon god dan tidak menggunakan Allah sebagai nama Tuhan kristian. |
|
|
|
|
|
|
|
Terdapat banyak ayat dalam Quran yang menunjukkan bahawa 'Allah' ialah nama khusus (Proper/specific noun) bukannya nama am (general noun). Jika kita terjemahkan 'Allah' sebagai 'Tuhan' (nama am), maka terjemahan akan mengelirukan dan tidak akan terbentuk struktur bahasa yang baik malah boleh ketawa dibuanya. Tetapi jika 'Allah' di sebut sebagai nama khusus, maka terjemahan itu membentuk struktur bahasa yang baik dan kemas. Dalam Quran juga, Quran menggunakan 'Rabb' sebagai nama am dan 'allah' sebagai nama khusus.
Kita orang Islam melalui Quran mempunyai frasa "Dengan nama Tuhan' . Apakah nama Tuhan itu ? Allah. Orang Kristian, dalam bible mereka tidaka ada frasa sedemikian, sebab itu orang kristian percaya bahawa Tuhan tidak mempunyai nama khusus. kalau kita ikut anggapan mereka, maka kita orang Islam juga menganggap bahawa Tuhan tidak mempunyai nama khusus. Nauzubillah.
Kita tahu adanya 99 names of Allah. Sebenarnya 99 'names' itu bukan nama khusus, tetapi ialah 'ciri-ciri' yang di miliki oleh Allah. Adalah merbahaya kalau orang Islam terikut-ikut menganggap bahawa Allah ada 99 nama. Sepatrutnya JAKIM mengharamkan istilah "99 nama-nama Allah" sebab ia mengelirukan. Ia dah jadi macam orang Yahudi atau Kristian yang menganggap Tuhan ada banyak nama, sedangkan yang sebenarnya Tuhan ada SATU nama, dan yang 99 itu ialah sifat-sifat atau ciru-ciri Allah yang dikumpulkan oleh para akademik hasil dari penelitian atas Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba kita lihat terjemahan-terjemakan berikut, kita bandingkan kalau 'Allah' di terjemah sebagai nama khusus (Allah) dan jika Allah diterjemah sebagai nama am (Tuhan) :
Ayat 40 Al-Mukmin : "Zaali-kumullah-rabbukum..."
Itulah 'Allah' Tuhanmu
Itulah 'Tuhan' Tuhanmu
(Disini Quran menggunakan Rabb sebagai nama am (Tuhan) dan Allah sebagai nama khusus).
Ayat 64 Az-Zukhruf : "InnAllah-huwa-Rabbi-wa-rabbukum"
"Sesungguhnya 'Allah ' ialah Tuhanku dan Tuhanmu
"Sesungguhnya 'Tuhan' ialah Tuhanku dan Tuhanmu
(Disini Quran juga menggunakan Rabb sebagai nama am (Tuhan) dan Allah sebagai nama khusus).
baynak lagi ayat-ayat yang sedemikian.
Sebab itu Allah menyuruh kita kalau ada kekeliruan, rujuk Quran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #82 Oreng's post
saya setuju dgn hujjah yg pertama yaitu mengenai kekhususan nama ALLAH SWT yakni BUKAN NAMA AM ...
tapi, saya x setuju dgn pengharaman istilah 99 nama ALLAH SWT , kerana istilah itu dtg dari ALQURAN jua ...
firman ALLAH SWT :
" hanya bagi ALLAH asmaa ul husna* , maka bermohonlah kpd NYA dgn menyebut asmaa ul husna itu dan tinggalkanlah org2 yg menyimpang dari kebenaran di dlm ( menyebut ) nama2 NYA . nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yg mereka kerjakan ".
surah al a'roof ayat 180 .
" katakanlah : serulah ALLAH atau serulah AR ROHMAN. dgn nama yg mana saja kamu seru maka bagi NYA asmaa ul husna* ... "
surah al isroo' ayat 110 .
* asmaa ul husna = nama2 ALLAH yg baik yg berjumlah 99 dan setengah para ulamak ada yg berpendapat lebih dari 99 waLLAHU a'lam ...
namun saya setuju dgn huraian anda tentang nama2 ALLAH yg merujuk kpd SIFAT2NYA ...
WALLAHU A'LAM ... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Tuan Shalom. Berikut adalah balasan saya. Semua yang anda utarakan ada penjelasannya. Supaya kita tidak tersasar bicara, sama-sama kita mengingatkan yang isu utama kita ialah penggunaan 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
PERTAMA (SHALOM MENULIS):
Nahjran, negeri Kristian dimana kumpulan pertama Islam berhijrah dan mendapat perlindungan dari pemerintah Kristian. Mereka sembah Yesus..
PENJELASAN:
Perkara pokok- hujah yang anda sertakan ini tidak membuktikan pun yang orang-orang Najran menyebut 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KEDUA (SHALOM MENULIS):
Berkenaan hadist itu, maafkan saya, bukan hadist tapi dari penulis Islam. Al-Azraqi dalam Martin Ling:
"On the day of the conquest of Mecca the Prophet entered the House (=the Kaaba; my comment) and sent al-Fadl ibn al-Abbas ibn Abdalmuttalibto get water from the well of Zemzem. He ordered to bring pieces ofcloth and to imbue them with water and then he commanded to wash offthese pictures, as it was done. He stretched his arms, however, overthe picture of Jesus, the son of Mary, and of his mother and said:'Wash off all except what is under my hands!' But eventually he tookaway his hands away from Jesus, the son of Mary, and his mother."(al-Azraqi p. 111, cf. p. 76)
(Martin Lings, "Muhammad: His Life Based on the Earliest Sources"p.300, ref: al-Waqidi, Kitab al-Maghazi 834, and Azraqi, Akhbar Makkahvol. 1, p. 107)
Memandangkan kesuntukan masa, saya rangkumkan semua jawapan saya terhadap soalan PasarMalam.
PENJELASAN:
Al-Waqidi hidup lebih 150 tahun (lebih kurang) selepas pembukaan Kota Mekah manakala Al-Azraqi hidup 200 tahun (lebih kurang) selepas pembukaan Kota Mekah. Mereka hidup jauh daripada zaman kisah itu berlaku dan mereka tidak pula menyatakan siapa yang menceritakannnya kepada mereka. Mereka tidak menyertakan sanad-sanad kisah yang mereka tulis itu. Imam Syafie menyifatkan kitab sejarah Al-Waqidi banyak berisi pembohongan. Banyak cendekiawan Muslim menolaknya kerana sering tidak berpijak kepada bukti-bukti. Jadi sandaran kepada kenyataan al-Waqidi kita tolak.
Tentang al-Azraqi, sangat menghairankan mengapa hanya dia seorang yang mengatakan di Kaabah ada gambar Jesus dan ibunya. Anda perlu memahami konsep kesahihan yang sangat dipentingkan dalam Islam. Kita ambil contoh hadis dan Bible.
Contohnya Nabi Muhammad berkata 揃ermusafirlah kamu ke tiga masjid.... |
|
|
|
|
|
|
|
KETIGA (SHALOM MENULIS):
Sejak bilakah penggunaan Allah oleh orang Kristian di Tanah Arab? Menurut Alkitab, penggunaan Allah oleh orang Kristian bermula dengan Para Rasul lagi. Rujuk Kisah Para Rasul 2:1-13. Semasa Pentakosta, Para Rasul dan pengikut Kristian awal setelah turunnya Roh Kudus, memuji-muji Elohim/Theos dalam dalam pelbagai bahasa. Perbuatan umat Kristian tersebut telah mengejutkan pengunjung, termasuklah peniaga-peniaga dari Arab. Kerana mereka mendengar, umat Kristian itu memuji - muji Elohim/Theos dalam pelbagai bahasa termasuk Arab! Sudah pasti dalam bahasa Arab Elohim/Theos adalah Allah! Tak, el Tuhan
PENJELASAN
Jadi, mengapa umat Kristian Trinity tidak tidak menggunakan perkataan Elohim/ Theos saja? Mengapa mesti menggunakan sembahan umat Islam iaitu 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KEEMPAT (SALOM MENULIS):
Berdasarkan inkripsi Kristian pre-Islam, penggunaan Allah oleh orang Kristian memang telah meluas. Salah satunya adalah inkripsi Kristian, Zabad,bertarikh 512AD yang ditulis dalam tiga bahasa iaitu Arab, Greek danSyria. Allah dieja الاه.Ini juga benar dengan Bism Rahmanan (salah satu daripada nama Allah),juga dijumpai dalam inkirpsi Kristian pre-Islam iaitu Himyarites .
PENJELASAN
揑lah |
|
|
|
|
|
|
|
KELIMA (SHALOM MENULIS):
Mana-mana ensiklopedia dan kajian-kajian, termasuk dari Islam memberitahu kita Yahudi dan Kristian hanya menggunakan Allah untuk Elohim/Theos diTanah Arab sejak pre-Islam.
PENJELASAN
Ensiklopedia mana? Kajian Islam yang mana? Sekadar dakwaan kosong, siapa-siapa pun boleh berkata begitu wahai tuan. Yang kita mahu sekarang ialah hujah semua Ensiklopedia itu dan hujah para pengkaji Islam itu. Kita bukan mahu lihat KEPUTUSAN, tetapi mahu menilai HUJAH-HUJAH MEREKA DALAM MEMBENTUK KEPUTUSAN ITU. Kadang-kadang kajian itu tidak ada sandaran kukuh tetapi dikeluarkan juga hasilnya. Setelah dinilai semula, ternyata kajian itu sangat lemah lagi penuh sandaran-sandaran palsu.
Contoh: Amerika keluarkan KEPUTUSAN berdasarkan kajian mereka bahawa Iraq ada senjata nuklear. Maka serangan pun dibuat. Tetapi setelah dikaji kemudiannya, ternyata tidak ada senjata nuklear di Iraq. Jadi dalam hal ini sebaiknya kita sama-sama melihat dulu apa sandaran-sandaran mereka dalam mengeluarkan keputusan tersebut.
Tugas kita sekarang, keluarkan hujah-hujah ensiklopedia itu, juga hujah-hujah para pengkaji Islam itu untuk sama-sama kita nilai. Mana boleh kita bergantung kepada KEPUTUSAN SEBUAH ENSIKLOPEDIA tanpa menilai terlebih dahulu sandaran-sandaran mereka. Bagaimana jika mereka menipu ataupun tersilap fakta?
Nabi Muhammad tidak menghalang orang musyrikin Arab di sekelilingnya menggunakan 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KEENAM
Saudara Usopp bertanya, sehingga sekarang tiada terdapat manuskirp Injil yang ditemui yang bertarikh pre-Islam. Memang diakui, susah hendak menjumpai. Saya rasa, tidak perlu untuk saya menjawap soalan ini(sebab ada unsur-unsur sensitiviti). Walaubagaimanapun menurut Kenneth J. Thomas dalam“Allah in Translations of the Bible,” TechnicalPapers from the Bible Translator52, no.3 (July 2001), journal rasmi terbitan the United BibleSociety.
“ ‖theArabs used the word Allah for the supreme being before the time ofMuhammad. Inscriptions with Allah have been discovered in Northernand Southern Arabia from as early as the fifth century b.c. Christians have used the word Allah from pre-Islamic times, and Allahhas been used continuously in Arabic translations of the Bible fromthe earliest known versions in the eighth century to this day. OneArabic translation of the New Testament using the word may even bepre-Islamic.”
PENJELASAN
Seperti yang selalu saya tegaskan, jika penuduk Arab menggunakan 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KETUJUH
Tradisi Kristian memberitahu kita, bahawa WaraqahIbn Nawfal dari Mekah telah memeluk Kristian menjadi rahib dan membaca Alkitab dalam bahasa Arab semasa menyebarkan agama Kristian di sekitar Arab. Begitu juga dengan Bahira (Sergius Bahira atau Georgius Bahira), rahib, yang dikatakan pernah menjadi guru kepada Muhammad.
PENJELASAN
Tidak ada bukti sahih mengatakan dia PASTI beragama Kristian kerana asalnya dia beragama Hanif, cuma dia rajin belajar Bible, itu pun bukan keseluruhan Bible. Jadi saya lebih cenderung mengatakan dia seorang beragama Hanif tetapi banyak pengetahuan tentang agama-agama lain.
Jika dia beragama Kristian pun, jelas bukan Trinity kerana dia percaya Nabi Muhammad bakal menjadi Rasul Terakhir sedangkan golongan Trinity tidak percaya hal itu.
Di mana bukti mengatakan dia membaca Bible dalam bahasa Arab? Anda tahu berapa tebal Bible jika ditulis pada zaman dahulu dengan tulisan tangan yang besar-besar dan kertasnya pula tebal-tebal? Boleh kita percayakah Waraqah ada senaskah Bible setebal 5 kaki di rumahnya? Boleh jadi dia hanya membaca bebeberapa helai manuskrip TERJEMAHAN.
Antara sandaran yang saya ada ialah:
揚endeta Waraqah menulis kitab Ibrani. Ia menulis dari Injil Ibrani apa yg diinginkan Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
KELAPAN
Alkitab (kedua-dua OT dan NT) dalam bahasa Syria telah diterjemahkan sebelum kelahiran Muhammad lagi, dimana Alaha telah digunakan untuk menterjemahkan elohim dan theos.
PENJELASAN
Kita sekadar mengagak-agak sahaja kononnya 揂laha |
|
|
|
|
|
|
|
KESEMBILAN (SHALOM MENULIS):
Siapakah Kristian Arab? Adakah mereka unitarian dan trinity? Malahan sr. Pasarmalam sendiri mengakui maklumat tentang unitarian di Arab adalah terbatas.Sebenarnya tidak terbatas pon.Menurut ibn Ishaq, sejarahwan Islam,Najran merupakan komuniti Kristian pertama di south arabia. Semasa peperangan komuniti Najran dengan Yahudi sekitar 524 AD, Kristian Nazjran lebih rela mati martir dari keluar Kristian. Salah satu surat, memori bagi kaum Nazran adalah surat dari Bishop Beth Arsham, di mana beliau menulis :
"our parents and brothers and sisters who have died for the sake of Christ our lord".
Begitu juga dalam ingatan, akan kata-kata Ruhm, seorang wanita Kristian Najran, datang kepada Raja Himyarite dan berkata :
"Cut off our heads, so that we may go join our brothers and my daughter's father."
Kematian-kematain martir masyrakat Najran ini telah dimasukkan dalam kalender Rome, Melkisedek, Arab sendiri (yang sah-sah sembah Yesus).
PENJELASAN:
Tentang Najran, sudah kita sentuh. Di sana berlaku pertelagahan antara kaum Unitarian dengan Trinitarian. Raja Negus sendiri seorang Unitary dan kemudiannya memeluk agama Islam. Sebab itu Nabi Muhammad menyembahyangkan jenazahnya, padahal orang Islam tidak boleh solat jenazahkan orang bukan Islam sekalipun yang Unitarian.
Cerita-cerita kesyahidan penduduk Najran itu bukan bukti mereka menyebut 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KESEPULUH
Malahan,dikatakan Surah Buruj ayat 4-8 ditujukan kepada Kristian Nazjran. Komuniti Nazjran merupakan terdiri daripada aliran Nestorian. Nestorian percaya bahawa Yesus adalah Tuhan, Cuma pandangan mereka tentang kemanusiaan dan ketuhanan Yesus berbeza.Menurut perumusan Kristian ortodox, kemanusiaan dan ketuhanan Yesus adalah bersatu. Tetapi menurut Nestorian, kemanusiaan dan ketuhanan Yesus berpisah.Tapi seperti orthodox, mereka percaya Yesus adalah Tuhan.
PENJELASAN
Baiklah. Kita lihat ayat-ayatnya:
4- Celakalah kaum yang menggali parit.
5- (Parit) api yang penuh dengan bahan bakaran.
6- Ketika mereka duduk di sekelilingnya.
7- Sambil mereka melihat apa yang mereka lakukan kepada orang-orang beriman.
8- Dan mereka tidak marah dan menyeksakan orang-orang beriman itu melainkan kerana orang-orang itu BERIMAN KEPADA ALLAH, YANG MAHA BERKUASA, lagi Maha Terpuji.
9- Tuhan yang MENGUASAI ALAM LANGIT DAN BUMI. Dan, Allah SENTIASA MENYAKSIKAN SEGALA SESUATU.
Dan...
16- Yang berkuasa melakukan segala MENGIKUT KEHENDAKNYA.
Kita lihat betul-betul 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KESEBELAS (SHALOM MENULIS):
Lagipun sehingga, sekarang baik dari Quran, hadist, catatan sejarah interaksi Kristian-Islam, belum ada kita menemukan terdapat orang Kristian yang hanya percaya Yesus adalah nabi.Quran pon tidak berkata apa-apa. Kebanyakan hanya berdasarkan tafsiran-tafsiran, seperti yang dibuat oleh PasarMalam.Kalau ada segi fakta sejarah, maklumkan kepada saya.
PENJELASAN:
Silalah kaji bukti-bukti berikut sebelum membuat dakwaan di atas:
Sumber Al-Quran: 揇ia (Nabi Isa) menjawab: 揝esungguhnya aku ini HAMBA ALLAH (bukan Allah/ Bapa), Dia (Allah/Bapa) telah memberikan kepadaku kitab (Injil), dan Dia (Tuhan/ Bapa) telah menjadikan aku SEORANG NABI. |
|
|
|
|
|
|
|
KEDUA BELAS (SHALOM MENULIS):
Menurut sr. Pasar Malam lagi, Golongan Unitarian yang sesuai dengan Islam ialah yang mengakui Bapa saja sebagai Allah/ Tuhan (yakni sudah sedia ada sejak azali) manakala selainnya ialah makhluk (yakni baru ada selepas adanya Bapa, iaitu LEBIH MUDA daripada Bapa).
Saya amat bingung dengan keyataaan ini. Selain unitarian yang liberal,semua unitarian lain percaya Yesus adalah mempunyai kuasa ilahi, cuma second class. Atau bak kata Arius, Bapa ambik Yesus, menjadi anakNYa kemudian memberi kuasa ilahi kepada Yesus. Itukah Kristian yang dikatakan sesuai dengan ajaran Islam? Tetapi perlu diingat, kecualian unitarian liberal, unitarian lain seperti Arius percaya Yesus disalib dan tebus dosa manusia.
PENJELASAN
Baiklah.
Jesus dikatakan mempunyai kuasa Ilahi (iaitu kuasa Tuhan Sebenar/ Bapa)?
Samakah kuasa Jesus dengan kuasa Tuhan Sebenar? Jika sama 100%, barulah boleh dikatakan dia mempunyai kuasa Ilahi. Tapi jika kuasa Jesus tidak setara 100% dengan kuasa Tuhan, maka dia tidak boleh dikatakan mempunyai kuasa Ilahi. Jadi, Jesus bukan Tuhan, bukan Allah sekalipun dia diletakkan 搒econd class |
|
|
|
|
|
|
|
KETIGA BELAS (SHALOM MENULIS):
Didalam penjelasan sr. PasarMalam terhadap isu surah 5:72.Menurut Sr. PasarMalam ayat tersebut :
揂yat ini bercerita tentang orang-orang yang MENGATAKAN Jesus ialah Allah. Ayat ini tidak bercerita tentang orang-orang yang MENYEMBAH Jesus sebagai Allah. Maksudnya, sesiapa saja yang MENYEBUT Jesus itu揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KE-14 (SHALOM MENULIS):
Memang benar, Yesus bercakap dalam bahasa aramic, greek, latin dan Hebrew dan bukannya arab. Tetapi ada persoalan disini.
Quran, yang ditulis dalam bahasa arab, mengunakan Allah untuk ucapan orang Kristian bagi Elohim, Theos, Deus, Eli/Eloi.
Jadi secara tidak lansung, tidakkah Quran iktiraf terjemahan yang dibuat oleh orang Kristian?
PENJELASAN:
Tentu saja boleh jika mereka tidak nisbahkan kepada Jesus ataupun Roh Kudus tetapi kepada Tuhan Sebenar. Masalah di sini, ayat mana yang anda maksudkan? Tunjukkan ayatnya, maka kita akan sama-sama teliti konteks ayat itu. Ada banyak ayat, tapi ayat yang mana? Betulkah ayat itu membenarkan penggunaan 揂llah |
|
|
|
|
|
|
|
KE-15
Menurutsr. PasalMalam, Allah mengkafirkan Kristian kerana menisbahkan Allah dengan Yesus. Quran tidak bantah penggunaan Allah oleh org Kristian.
PENJELASAN:
Memang Quran tak bantah orang kristian hendak gunakan 揂llah |
|
|
|
|
|
|
| |
|