CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rotibusuk

Review Tahajjud Cinta

[Copy link]
Post time 13-9-2009 12:47 AM | Show all posts
review aku dh pending smpi 2 ari...ingat nak post ari ni..tp ptg td shopping sakan terbantut laiee..hehhehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2009 01:03 AM | Show all posts
lone nak tulis gak review tapi belum sampai seru lagi nak taip menaip
tapi lone boleh simpulkan yg Tahajjud Cinta is one of the greatest albums from tokti by far
semua lagu dalam album ni mantap2 belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:52 AM | Show all posts
Review simple saya...( Kali pertama dengar )

Asma Ul Husna - Muzik pada awal lagu ini best sekali...Campur dengan vokal CT, jadi lagu yang cukup baik-        8/10

Pintu Rindu - Vokal CT yang jelas menarik perhatian-         7/10

Tahajjud Cinta - Lebih baik daripada apa yang saya ramalkan, suka muzik ini lebih daripada Pintu Rindu-         8/10

Batas Asaku - Lagu ni sepatutnya jadi lagu tema no.1 bagi filem tu. Suka sangat korus dan akhir part-              9/10

Ku Percaya Ada Cinta - Kali pertama karya Audi Mok mendapat review yang sangat positif daripada saya. Hehe, Muziknya mcm dibahagikan kepada 3 bahagian, ini yang buat saya rasa unik dan terasa ingin dengar lagi dan lagi. Akhir 15 saat lagu ini, nice la.-        9/10

Ya Rasulullah - Ok. Agak sempurna walaupun bukan pilihan top saya-     7/10

Ketika Cinta - Walaupun impact tak sehebat Batas Asaku, bahagian belakang amat baik-    8/10

Selawat - Opening macam Bisakah-      7/10

Cover Album 7/10  (Prefer gambar-gambar yang ada dalam in-lay, tapi dah kira baik kalau banding dgn album-album dulu)

In-Lay 9/10  (Bila nampak cover, dah rasa dalam tu pasti cantik)

Keseluruhan (Markah berdasarkan purata markah-markah di atas)
8/10  (7.9)        Gred A

Keke, formula ada copy sikit khyree punya...hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:56 AM | Show all posts
bestnye ramai dah dapatkan album ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 02:14 AM | Show all posts
Review simple saya...( Kali pertama dengar )

Asma Ul Husna - Muzik pada awal lagu ini best sekali...Campur dengan vokal CT, jadi lagu yang cukup baik-        8/10

Pintu Rindu - Vokal CT yang jel ...
i_know_you_wont Post at 13-9-2009 01:52 AM



Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 02:48 AM | Show all posts
hi i know u wont..

betol ke u ni cina? mcm x percaya plak..terharu bila awk pun beli album nie..
saya ada kawan cina dari indonesia pun beli album nie dari sy..semalam dah pos courier kat dia yg berada di jakarta.

i sendiri pun da beli da kat midvalley...

review ringkas:

1. selawat - best giler ( 10/10)
2. tahajjud cinta (10/10)
3. percaya ada cinta (9/10)
4. batasku asaku (9/10)
5. asma ul husna (9/10)
6.pintu rindu (9/10)
7.ya rasulullah (9/10)
8. ketika cinta (8/10)

keseluruhan nya album nie best ...cuma kecewa lagu suara sepi tidak dimuatkan sekali..i rasa suara sepi pun ada unsur kerohanian juga kerana tema lagu ini adalah menentang kezaliman terhadap mangsa palestin dan menyemai sikap kasih dan cinta kepada sesama insan..mmg tidak ada salahnya sekiranya turut muatkan lagu suara sepi.

kerana tiada lagu suara sepi, i bagi 9/10 rating utk album ini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-9-2009 12:07 PM | Show all posts
86# zeey

Sangka anda semua dah tau sejak awal lagi, mungkin orang kat CT Fm tau jer...hehe...anyway I am a great Fan of CT.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:31 PM | Show all posts
Yeahhhh... Kak Rozie da update blog dia....
Suke2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-9-2009 01:55 PM | Show all posts
update?

roti bukak td x update lagi pun?still 1 malaysia jek..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 04:42 PM | Show all posts
best nya baca review korang...
bila la ang nk dpt album ni...
huhuhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2009 10:09 PM | Show all posts
nape aku x dpt tacang pun?
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 12:24 AM | Show all posts
Hehehe…
Selepas 2 kali Ang dengar… Ang nk buat review ringkas:

1. Asma Ul Husna – sangat best….mula2 dengar cam nk nangis je… syahdu sgt… (9/10)
2. Pintu Rindu – yg ni boleh tahan… tp ssh nk melekat kat telinga Ang… (8/10)
3. Tahajjud Cinta -  ni mmg hampir nk nangis… Ya Allah, lirik dia mmg menyentuh…. (9/10)
4. Batasku Asaku – yg ni da pernah dengar kan seblum ni… mmg best… (9/10)
5. Ku Percaya Ada Cinta – muzik tuk lagu ni unik… lain dari yg lain…. (8/10)
6. Ya Rasulullah -  ni cover version kan… best CT bawak lagu ni…(8.5/10)
7. Ketika Cinta – yg ni paling best bagi Ang… (10/10)
8. Selawat - best sgt… mendayu2 je sore CT ( 9/10)

Cover Album 10/10  (cantik sgttttttt….)

In-Lay 10/10  (xtau nk komen ape… hehehhe)

keseluruhan nya album nie mmg best ... rugi kalu x beli… hehehhe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 12:57 AM | Show all posts
Ketenangan Siti menerusi Tahajjud Cinta

Bertepatan tarikh unik, 09.09.09, album kerohanian pertama Datuk Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta telah dipasarkan. Album yang mengekalkan konsep pop serta menampilkan mesej kerohanian ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (SNP) sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepada industri muzik untuk mempelbagaikan lagi konsep album yang terdapat di pasaran masa kini.

Tidak banyak dalam pasaran artis-artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian dan ia hanya tertumpu kepada album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid.

Bersempena kemuliaan bulan Ramadan, Siti merasakan amat bertepatan untuk melancarkan album kerohanian ini dan berharap keberkatan Ramadan melancarkan segalanya.

“Selepas terlibat dengan teater arahan Erma Fatima, Sirah Junjungan, terdetik di hati Siti untuk menghasilkan album yang bercorak kerohanian.

“Kemudian Siti tetapkan untuk memuatkan hanya lapan lagu dalam album ini. Siti pun mula kumpulkan lagu,” jelas Siti mengenai idea untuk menghasilkan album kerohaniannya itu.

Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Tya Subiakto serta Siti sendiri memuatkan lagu Asma Ul Husna, Pintu Rindu, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah Selawat serta dua buah lagu yang pernah manjadi soundtrack filem Perempuan Berkalung Sorban, Batasku Asaku dan Ketika Cinta.

“Bagi Siti, lagu Asma Ul Husna memberikan suatu pengalaman yang menarik ketika proses rakaman kerana lagu tersebut memerlukan Siti untuk menyebut nama-nama Allah dengan tajwid yang betul dan tepat,” terang Siti mengenai pengalamannya sepanjang merakamkan lagu-lagu untuk album Tahajjud Cinta.

Ketika merakamkan lagu Asma Ul Husna, Siti mendapat bimbingan bekas anggota kumpulan nasyid The Brothers bagi memastikan tajwidnya sewaktu menyebut 99 nama Allah dengan betul.

Mengenai pemilihan lagu gubahan Audi Mok, Ku Percaya Ada Cinta sebagai single, Siti menjelaskan lagu tersebut mempunyai muzik dan konsep yang unik di samping genre pop yang senang diterima oleh peminat.

“Lirik yang dibuat oleh Kak Chah (Habsah Hassan) amat mendalam maknanya. Dia amat memahami Siti dan atas sebab itu, lagu ini agak unik untuk diketengahkan.

“Ikhlas Siti katakan, Siti tidak meletakkan sebarang sasaran untuk album ini. Apa yang Siti lakukan ini hanyalah untuk kepuasan diri Siti dan untuk mencari suatu ketenangan serta salah satu daripada tanggungjawab Siti sebagai penyanyi,” jawabnya ketika diajukan soalan mengenai sasaran utamanya apabila menghasilkan album ketuhanan itu.

Menurut Siti lagi, pihak SNP masih menunggu lampu hijau untuk memasuki pasaran Indonesia.

sinar harian
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 01:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by cinta_ungu at 14-9-2009 01:38

Terlewat dapatkan album nie. Dapat kat tangan 13/09/09..takpe laa..biar lambat asalkan dapat ye tak..hehe

Sebelum dengar lagu2 dalam album nie kite dengan rajinnya membelek inlay album nie..
baca lirik2 lagu + kata2 CT di mukasurat akhir tue..

Jangan tak percaya, baca saje tulisan CT di para ke-3 & ke-4 terus rasa sebak dan bergenang air mata.
kata-kata yang dilahirkan terus dari hati yang terdalam..begitu mengesankan..

"Tidak ada syarat untuk berbuat baik, sesiapa saja dengan apa cara, tiada keterbatasan atau tuntutan yang harus dipenuhi.

Kita bebas memberi dan menerima sertaberkongsi apa sahaja. Biarkan kita syahdu dialunkan oleh lagu hinggaairmata menitis merenung kekesalan dan seterusnya bangkit mengenalsiapa kita."

"Terimalah Tahajjud Cinta....teman untuk kita sedar akan nikmat yang telah dikurniakanNya dan juga sahabat waktu kita diberi ujian berat".



Sejuta syukur dipanjatkan kepada Yang Maha Esa kerana memberi ruang & peluang serta membuka pintu hati mereka yang terlibat dalam pembikinan album TC nie..Sebenarnya kata-kata (lirik) yang baik, zikrullah & selawat Nabi ni perlu kerap kita dengar supaya hati kita; manusia yang tak sempurna mana nie yg mana kadang2 lalai & lupa padaNya dapat muhasabah diri masing2..Actually bukannya tak ada lagu2 nasyid yg baik cuma mungkin ada yg x dibukakan pintu hati mendengar nasyid2 yg baik itu (seperti tuan yg menaip ini)..tetapi alhamdulillah terpaut pada alunan zikrullah & selawat2 oleh CT...(termerepek sekejap..tak faham xpe..abaikan saje part nie..) Kesimpulannya...Syabas CT & Produksi Tahajjud Cinta...!~:pompom:


Cover: Sangat simbolik..pokok, awan, langit, rumput, CT dan mimik mukanya semua sangat sesuai..


1. Asma Ul Husna

Music starting ala-ala seram sket..part nie berdebar tggu CT melantunkan suara indah beliau...
Astaghafirullahalazim......Astaghafirullahalazim......Astaghafirullahalazim......
Ya Allah...bile dengar aje suara CT mengalunkan kalimah2 indah nama2 Allah nie terasa sebak tiba2...
bergenang air mata taktau nape...bukannya tak biasa dengar Asma Ul Husna tapi entahlah...
mendengar suara CT menyeru2 nama Dia
ibarat beliau sedang merayu-rayu kepada Sang Kekasih..Subhanallah...
tak arif sangat tentang sebutan arab tapi sebutan CT kedengaran sangat perfect ditelinga ini..
gabungan dengan penyanyi latar pun bagus sangat. Overall lagu nie lain dari yang lain.
Memang tak pernah dengar alunan Asma Ul Husna sebegini...Seriously 5 minit lebih tue macam tak cukup aje.
Rasa macam nak ulang2 selalu...Good Job!~


Rating: 10/10


2. Pintu Rindu


Mula2 tak masuk sangat dengan lagu nie. Dengar macam lagu yang masuk pertandingan nasyid kat sekolah2 dulu. Bile dengar lama2 rasa okey jugak..tapi tak dinafikan lirik lagu nie sungguh mendalam sekali maknanya..
Part "Sungguh ku buta dalam cahaya, Sungguh ku lupa tika bahagia" kalau kita nie yang terkadang lalai & alpa mendengar rasa macam diperli secara halus aje...Tak ade nak komen sangat pasal lagu nie.

Rating: 9/10



3. Tahajjud Cinta

Suka intro lagu nie..Lirik lagu nie best terutama part chorus tue..
se'baek ade part nada tinggi...baru ade klimaks sket..Suara CT dalam lagu nie cambiasa laa..superb!~


Rating: 9.8/10



4. Batasku Asaku

Lagu nie dah tak tau nak review macam mana lagi sebab lagu nie perfect sangat.
Dengar berapa ribu kali pun rasa macam baru je dengar...Lirik pun perfect..
walaupun banyak dah lagu yg bercerita ttg wanita tapi cara penceritaan tentang kisah wanita yg diterjemahkan dalam lagu nie tetap lain dr yang lain...

Rating: 10/10



5. Ku Percaya Ada Cinta

Suka lagu nie part chorus..ade macam berkawad sket kan..hehe
lepas tue ada unsur2 music arab sket..lagu nie pelik sbb flow dia macam x tentu..
tapi tetap seronok nak dengar...

Rating: 9.8/10



6. Ya Rasullullah

Lagu nie ibarat doa dah. Dengar rayu-rayuan macam nie kalau berdoa ramai2 time qiamullail mesti dah meleleh2 air mata.
Suka laa dengar lagu2 macam nie. Macam nak suggest CT buat satu album doa2..


Rating: 10/10



7. Ketika Cinta

Subhanallah...betapa si penulis dianugerahkan Allah swt bakat yang tak ternilai kan...?
Dapat tulis lirik yang kita sendiri tak terfikirkan..asyikkk sangat mendengar lagu nie...Kite bayangkan betapa dalamnya cinta, rindu dan kasih si hamba terhadap Sang Pencipta..lirik & melodi yang hebat..
Paling menarik part "Rindu..Rindu..Rindu Kalbu"....terasa sangat diri ini pun merindui-Nya..syahdunyaa....


Rating: 20/10



8. Selawat

Ya Allah...tak terkata...
rasa nak suruh je sekolah2 agama sume pasang selawat yg CT alunkan nie..
biar anak2 murid semua ikut alunkan selawat dengan sebutan & bacaan yang gemersik mcm CT nie..


Rating: 10/10

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 02:50 AM | Show all posts
review aku akan msk dlm blog aku...tu version panjang..version pendek akan msk kat thread niee...

tggu erkk...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 02:50 AM | Show all posts
95# graxier06

cepatla grax ak nak bace ni...

blog ko ape ye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2009 02:59 AM | Show all posts
blog aku...mistagrax.blogspot.com

tp xsiap laie...kalo ada pun skit jer tu pun skit jer psl aku dh beli TC..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 03:03 AM | Show all posts
97# graxier06

tima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 10:05 AM | Show all posts
finally dapat jugak album ni

Semua lagu best!

Semua track aku bagi 10/10, kecuali asma ul husna...

sebab sebutan/nahu Arab CT x perfect + x smooth...8/10 je..

Fav track: Semua laa hehe...

Aku suke vokal harmoni bekap singer tu..macam dalam lagu Selawat, pintu rindu..

Jangan lupa jadikan lagu2 dalam album TC sebagai ringtone anda..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 10:10 AM | Show all posts
oh ya sebelum terlupa, sape yang edit buku lirik eh? Careless Tertinggal lirikla, silap taipla...suxxx...apa ingat kami dapat album ni free ke? Pengurusan SNP tetap fail...walaupun strategi pemasaran mantap...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.057666 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list