|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
49# Hanni
memang tak perlu beratur ikut que..dulu saya ingat gitu gak..then tanya ust kat rumah ni dia kata sediakan duit je..andalusia i tgk paling murah tk silap 17K ke...kat rumah kami ni pun ada sorang ust buat pakej haji ramai gak yg daftar lambat dgn tabung haji nak ikut ust rosli ni mantan imam masjid putrajaya...dgn dia 19k |
|
|
|
|
|
|
|
Yapeim simpan barang kemas jemaah haji
Oleh Azrina Ahzan
[email protected]
Upah serendah 50 sen bagi setiap RM100 nilai barang
PUTRAJAYA: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menyediakan perkhidmatan penyimpanan barang kemas bagi jemaah haji mengikut ar-Rahnu dengan kadar upah simpan yang minimum.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, berkata barang kemas itu akan disimpan oleh Yapeim sepanjang tempoh jemaah berada di Makkah dengan kadar upah serendah 50 sen sebulan bagi setiap RM100 nilai barang kemas.
Beliau berkata, perkhidmatan itu disediakan di 58 cawangan ar-Rahnu Yapeim di seluruh negara tetapi barang kemas yang disimpan perlu mempunyai piawaian ketulenan yang tidak kurang daripada mutu emas 750 (18 karat) dan boleh dijual beli.
"Jemaah haji yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini hanya perlu membawa surat tawaran menunaikan haji sebagai bukti.
"Berbanding dulu, jemaah haji yang memiliki barang kemas akan menyimpannya di rumah orang yang dipercayai seperti imam dan ketua kampung," katanya kepada media selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Putra, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Muhammad Sheikh Abdul Aziz.
Jamil Khir berkata, Yapeim juga memberi jaminan akan memulangkan semula barang kemas yang hilang mengikut kadar nilaian yang disimpan.
Mengenai suntikan influenza bermusim, Jamil Khir berkata, sebahagian besar jemaah haji musim ini sudah mendapatkan suntikan mengikut peraturan baru yang diwajibkan Kerajaan Arab Saudi bagi mencegah selesema.
Katanya, bagi jemaah haji yang baru menerima surat tawaran daripada Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), mereka boleh mendapatkan suntikan itu di klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara.
Beliau berkata, suntikan itu adalah tambahan kepada suntikan maningitis yang diwajibkan sejak 1988 dan ia perlu untuk mengelakkan jemaah haji berdepan masalah apabila tiba di Makkah.
"Kita tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan vaksin dan segala kos ditanggung oleh Tabung Haji," katanya.
Kumpulan pertama jemaah haji dari negara ini akan berlepas ke Tanah Suci pada 20 Oktober ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum
hanni dah buka rumah baru...
|
|
|
|
|
|
|
|
6# aziefa
Dulu masa umrah 1 lama sangat nak habiskan 100 muka. Mentollica pun entah dah ke mana. Lepas tu rinafarha pulak buka rumah baru. Selepas tu laju je sampai sekarang. Alhamdulillah. Teruskan usaha kalian sekelian. |
|
|
|
|
|
|
|
78# irbudan
Assalamualaikum.. salam jumaat 27Syawal...
Buku travelog haji hanni dah baca, tapi travelog dakwah tu, belum berkesempatan nk beli. Insyallah nnti hanni nk cariklah.. Hanni suka baca tulisan prof Kamil dan buku travelog haji tu.. gaya bahasanya simple dan meninggalkan kesan |
|
|
|
|
|
|
|
77# mimi_19
mimi...mimi tau tak lina amik pakej apa utk pegi haji ni? Hanni x berkesempatan berkenalan dgn lina.. sbb time tu lama hanni x berposting.. hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
80# sunsuria3
alhamdulillah.. sejuk perut kak sun mengandungkan dia. Moga2 dia buat pilihan yg terbaik utk masa depannya |
|
|
|
|
|
|
|
81# sunsuria3
kak sun,
hanni baru je tengok website andalusia utk pakej haji. Paling murah RM16K, utk bilik ber6... ermm macam menarik jugak. tapi nk berkira2 dulu duit simpanan yang ada..hehehe..
Kalo pakej yg lain tu, hanni x tengok lagi..
Kalo sesapa yg ada info berkenaan pakej haji.. mungkin blh dikongsi di sini..
Mungkin ramai lagi yg berminat selain hanni. |
|
|
|
|
|
|
|
83# ustaz
alhamdulillah, kebetulan masa tu hanni ada kelapangan, jadi hanni bukakkanlah umah baru utk semua. Moga2.. makin ramai pengikut dan forummer yg menyertai rumah kita ini.., selain mendapat manfaat dr setiap perbincangan kita. |
|
|
|
|
|
|
|
85# Hanni
Ya betul...
Bila dah start baca tu... tak sabar2 nak habiskan...memang menarik... tambahan pula kadang2 tu "terkena batang hidung sendiri"..
Saya beli kat Popular... mungkin kt kedai buku lain pun ada..
Kalau tak silap MPH ada buat promotion tapi tak sure sampai bila.. |
|
|
|
|
|
|
|
88# Hanni
hari tu ustaz ada bagi link 3 agent tu cuba check ada gak pakej haji nya.....so far my frens 2 orang dah pi haji guna pakej andalusia bagus katanya |
|
|
|
|
|
|
|
49# Hanni
memang tak perlu beratur ikut que..dulu saya ingat gitu gak..then tanya ust kat rumah ni dia kata sediakan duit je..andalusia i tgk paling murah tk silap 17K ke...kat rumah kami ni pun ...
sunsuria3 Post at 15-10-2009 20:59
Assalamualaikum..kalu ikut Ust Rosli..then pergi dgn Rayhar tuh. Depa nyer pakej is one of the best sbb depa pakai mutawwif local. One of them is Ustaz Dzul ASTRO. Saya tgh ikut kursus dgn depa skrg dkt Masjid Al-Falah USJ9. InsyaAllah minggu nih kami buat praktikal. |
|
|
|
|
|
|
|
77# mimi_19
mimi...mimi tau tak lina amik pakej apa utk pegi haji ni? Hanni x berkesempatan berkenalan dgn lina.. sbb time tu lama hanni x berposting.. hehehe
Hanni Post at 16-10-2009 09:00
Yang nih kalu tak silap masa sembang2 dgn dia hari tuh..dia ckp dia amik pakej Fairuz (2 sebilik) TH Travel. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mimi_19 at 16-10-2009 14:20
77# mimi_19
mimi...mimi tau tak lina amik pakej apa utk pegi haji ni? Hanni x berkesempatan berkenalan dgn lina.. sbb time tu lama hanni x berposting.. hehehe
Hanni Post at 16-10-2009 09:00
hanni,
dia amik pakej zamrud kat thts..lina tak masuk forum ni, dia just join gathering kat rumah ibu, mimi ajak dia join skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ayahjoe at 16-10-2009 14:44
Post Last Edit by mimi_19 at 16-10-2009 14:20
hanni,
dia amik pakej zamrud kat thts..lina tak masuk forum ni, dia just join gathering kat rumah ibu, mimi ajak dia join skali..
mimi_19 Post at 16-10-2009 13:41
Wow Zamruh ek mimi...fuh best tu. nih detail pakej dia http://www.thts.com.my/myhajj_webconcept.html. Hotel Zam Zam tuh kat Makkah. Kat Mina, khemah kat area Jamrah. Alhamdulillah tadi sempat berbual seketika dgn Ustaz Dato' Haji Daud Che Ngah selepas Solah Jumaat tadi. Kata beliau, utk musim haji tahun ini, dia akan duduk kat Hotel Royal Sultan. So kalu sesiapa yg ader kemusykilan nak bertanya bole cari Dato' kat situ. Hotel tuh yg saya dgn Hussain duduk masa kami gi umrah Mac lepas. Hotel nih dekat area Ajyad berdepan dgn Hotel Ajyad Makarim. |
|
|
|
|
|
|
|
92# ayahjoe
tak tau dia agent mana yg saya tau dia jiran saya je he he..dia jual madu gak rm150...jiran saya ada gak tgk merancang nak pi dgn dia tahun depan dia yg bagi tau 19k ni..anak sya pulak tu...19k tu byk tu...mesti service tip top ni...mayb saya ikut husband guna agent abu dhabi...husband kata kena dtg sana awal seminggu utk buat visa semua then baru blh pegi..so insyallah next year jugak kut..kalau diizinkan allah...tahun ni cuti husband dah habis he he.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aziefa at 16-10-2009 15:56
Ya...zamrud THTS..
Tuan Guru Nik Aziz dan Dato Shafie Afdal pun ambil Pakej tu..
Sempena Taklimat Haji untuk Pakej Zamrud yang bernilai RM 60 ribu ke atas yang diadakan
di Hotel Equatoroal Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Semua jemaah yang berjumlah 196 orang yang tersenarai di dalam ‘list’ telah dijemput untuk hadir ke Hotel Equatorial sempena taklimat ini. Tetapi yang hadir hanya 140 orang sahaja kerana mereka yang berdaftar dengan pakej ini adalah mereka yang sibuk dan jadual mereka sentiasa penuh.
Termasuk dalam pakej ini ialah Tuan Guru Dato Menteri Besar Kelantan.
Taklimat ini telah diadakan pada 10 Oktober 09 Sabtu lepas.
Semoga haji yang Mabrur dapat kita capai bukan hanya melalui Kursus Haji sahaja,
tetapi juga melalui pemahaman tentang cara bergerak menggunakan bas dan teknik terbaik untuk menghalang kita dari mengeluarkan kata kata nista dan cerca terhadap orang yang berada di sekeliling kita.
Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukan keluar tuduhan semberono.
Sebab kita telah mendengar semua arahan dan cara pihak pengurusan akan menguruskan kita nanti.
Dari makki.blogspot..
Terima kasih Ustaz Rahman..
Sempat berborak dgn Ustaz..
Ustaz Rahman bertugas dgn THTS utk Musim Haji ni..
Akan bertolak 22 Oktober nanti..
Subhanallah...seronoknya menguruskan Tetamu Tetamu Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
91# sunsuria3
calling for ustaz...(or sesiapa saja)
kalo dapat blh x dipastekan semula link2 pakej haji tu? sbb sy kemalasan yg teramat utk mencari dan menyelat muka surat blkg2 tuh.. hehehe
thank you in advance |
|
|
|
|
|
|
|
98# Hanni
kat page 1 je cik adik oii...jgn malas2 he he click je kat kotak no 1 tu kuar lah dia...tadi pi open house neibor..memang betul lah ust rosli tu dari agent rayhar...ada jiran penah pi dgn dia gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua.
dah ada umah baru rupanya...
seronoknya mendengar kisah orang nak gi haji.
jiran ummie pun ada dapat pergi walaupun baru mendaftar tahun ni. dia pergi muasassah je. katanya, TH beritahu semua yg buat rayuan kali kedua dapat tempat. ada org hanya buat rayuan sekali, tak dpt, terus diam. rezeki masing2.
Ummie pergi Haji 1998 dan 2005 semuanya dgn Rayhar. Tahun 1988 tu pertama kali diperkenalkan pakej. RM8K je masa tu. Duduk 20m je dari masjid,seberang jalan...tapi semua dah dirobohkan sekrg. Muasassah pulak RM6K sahaja masa tu. Memang BEST...ustaznya semua dibawa dari Malaysia, ustaz zul(Kalam Suci ASTRO), ustaz Nizam, ustaz Rosli dan ramai lagi. Ustaz Rosli tu skrg pengurus Rayhar cawgn KL. Pengurusan sgt tip top.
Tapi ummi percaya pakej travel lain pun tiptop juga. Cuma ummi dah biasa dgn Rayhar sejak kami duduk Terengganu. Jadi umrah pun dgn dia. Cuma umrah ziarah thn lepas ikut Andalusia. OK juga...cuma ustaznya ramai pelajar dari Indonesia yg menuntut di Mekah/Madinah.
oh ya buat pengemar Nasi Mandy, cubalah....ummie dah cuba ,sedap , takyah ke Saba lagi...
Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah
Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning
Aluminium foil.
Cara penyediaan ayam:
1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.
**suhu oven tak sampai 250'c, jadi bakar suhu 220'c selama 1 jam...kemudian buka bakar bawah grill selama 15-20 minit...tu yg nampak sikit2 hitam....
Nasi Mandhi
Sumber;Blog Resepiraidah
Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.
*tak buat langkah 3 ni sbb tak ada arang.utk dptkan nasi 2 warna gini jgn kacau rata2 sgt nasi.nak nasi masak elok yg biasa buat bila masak nasi minyak dll, bila nasi kering tutup nasi dgn aluminium foil yg lebar,barulah tutup dgn tudung periuk....jadi nasi masak elok sbb wap nasi terperangkap.
Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris-guna cili merah
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus-tak letak
Garam, Gula
Perahan lemon.- guna limau kasturi
Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.
Ulam:
~ Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato serta ulam2 kampung. |
|
|
|
|
|
|
| |
|