CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Mentor 4 [TAKZIAH kpd MOHD krn baru kehilangan bonda tercinta]

[Copy link]
 Author| Post time 25-6-2010 12:03 PM | Show all posts
Dengarnya: Lebih 2 peserta layak ke final Mentor?


2010/06/24
DUA minggu lagi program realiti Mentor bakal melabuhkan tirainya. Cik Normah kecewa sangat kerana tidak dapat menghadiri konsert final Mentor sebab Cik Normah dan rakan-rakan akan ke Jogjakarta. Padahal sebulan sebelum Mentor berakhir, Cik Normah sudah pun terfikir untuk meminta pereka fesyen menyiapkan baju untuk Cik Normah, sebab segala rekaan dan gaya semua sudah ada dalam kepala Cik Normah. Tup-tup, ada pula agenda lain yang tidak kurang pentingnya.

Nasib baik ada Catch Up TV, bolehlah Cik Normah tengok kembali peserta kegemaran Cik Normah si Adi beraksi. Harap-harap Adi berjaya melangkah ke peringkat akhir sebab sekarang ini Cik Normah dapat tahu, Mohd sedang berada di tangga teratas.

Setakat ini hanya dua peserta yang akan layak ke peringkat akhir. Tetapi keputusan itu belum tetap, maknanya kemungkinan besar ada kejutan pada Ahad ini. Maknanya juga, jika tidak tiga peserta yang layak ke akhir, mungkin keempat-empat mereka iaitu Mohd, Adi, Ila dan Nani akan berentap pada final.

Isyyy... Berdebar-debar jantung Cik Normah dibuatnya. Cik Normah ni bimbangkan Adi. Kalau Adi tak berjaya melangkah ke final ‘frust’ menonggeng jawabnya. Iyalah, dah beratus-ratus ringgit Cik Normah habiskan gara-gara mengundi Adi. Bil telefon Cik Normah sejak dua tiga bulan ini memang melambung gila-gila membuatkan suami Cik Normah yang tak banyak cakap itu mula membebel.

Mujur Cik Normah pandai ‘ayat’, kalau tak alamat berhari-hari suami Cik Normah berleter. Lagi pun Cik Normah katakan kepadanya, bukan selalu buat begini. Dek kerana aura Si Adi dengan rakan-rakannya yang semuanya meletup itu juga, Cik Normah dapat tahu jumlah penonton Mentor meningkat saban minggu. Setiap minggu, lebih kurang tiga juta orang menonton program itu. Wah!hebatnya. Jangan propa saja sudahlah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2010 09:48 PM | Show all posts
wow! final 4 mmg semua best. skang duk ulang2 performance solo adi - mencintaimu dan duet ila+joe. mohd pun best. hopefully adi, ila & mohd. dapat ke final.
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 10:34 PM | Show all posts
WTH!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 11:05 PM | Show all posts
WTH!!!!!!
Nara_Gaara Post at 27-6-2010 22:34


pesal..aku x dpt tengok mentor...huhuh..layan german ngan england nih...
saper layak ke final?
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 11:17 PM | Show all posts
pesal..aku x dpt tengok mentor...huhuh..layan german ngan england nih...
saper layak ke final?
d_anne04 Post at 27-6-2010 23:05


mohd, nani, adi...
ila terkeluar...
tv3 decide nak buat final ada 3 protege bertanding...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2010 11:21 PM | Show all posts
mohd, nani, adi...
ila terkeluar...
tv3 decide nak buat final ada 3 protege bertanding...
lavender_aqua Post at 27-6-2010 23:17



ayoooo..ammaa..
ku mengharapkan ila jd juara mentor kali ni...huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2010 12:10 AM | Show all posts
aku pon sedey ila damia terkuar..!!!

btw, td mase ila peluk dgn adi.. hahha.
mak ayah aku tatau citer. derang pon komen aa.
"isk isk.. budak zaman skang.
main peluk2 je tak kire jantan betina.."  
aku pon ckp aa derang adik bradik.. baru parents aku senyap.

p.s: apesal mekap nani tu tepung gomak sgt. makin bulat lak muka die.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 02:57 AM | Show all posts
kt mana bole refer bio adi n ila ni eik
nak tau lagi lanjut pasal background diorang
blaja mana ..umo smua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 08:24 AM | Show all posts
patutnya ila masuk final...huhuhu
lisa pun suka dia....
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 08:26 AM | Show all posts
JOM MASUK KUIZ FINAL MENTOR 4

KLIK SINI


TERIMA KASIH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2010 10:08 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 28-6-2010 10:10
wow! final 4 mmg semua best. skang duk ulang2 performance solo adi - mencintaimu dan duet ila+joe. m ...
Nara_Gaara Post at 25-6-2010 21:48


Mentor 4: Ila Tersingkir     
Oleh AU YEONG HOW  
                     

      
Ila Damiaa Johar akur dengan keputusan malam tadi walaupun beria-ia beraksi pada final Mentor 4 minggu depan. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI



SHAH ALAM: Protege Joe Flizzow, Ila Damiaa Johar gagal meneruskan cabaran ke final Mentor 4 pada minggu depan selepas memperoleh markah terendah iaitu 42 markah pada separuh akhir sesi kedua pertandingan tersebut di sini malam tadi.

Adi Hamiz Johar (Adi) yang juga abang kepada Ila pula memperolehi 44 markah; Nurhadzwani Salleh (Nani), 55 markah manakala Mohd Izwan Mohd Nor (Mohd), 59 markah.

Dengan itu, Adi, Nani dan Mohd berjaya melangkah ke acara final yang akan berlangsung di Auditorium MBSA 4 Julai nanti.

Malam tadi, protégé Ziana Zain iaitu Mohd menyampaikan medley lagu Kau Ilhamku, Srikandi Cintaku dan Ibukota Cinta melengkapkan genre lagu yang dipilih dengan menumpukan kepada kekuatan vokal.

Manakala, Nani (Azmeer) memberi tumpuan kepada vokal dan persembahan dengan lagu-lagu nota tinggi dan rancak seperti Its Gonna Be Me, Fighter dan Setelah Aku Kau Miliki.

Ila (Joe) pula mendendangkan lagu Cinta di Akhir Garisan dan Asmaradana. Persembahan tarian Ila mendapat pujian juri undangan, Datuk Sheila Majid yang terhibur dengan koreografi seni tarinya.

        
Persembahan tarian Ila mendapat pujian juri undangan, Datuk Sheila Majid yang terhibur dengan koreografi seni tarinya.


Adi (Dayang Nurfaizah) membawakan lagu Inilah Cinta dan Tapi Bukan Aku yang menumpukan kepada persembahan bertenaga.

Dalam sidang akhbar setelah selesai pertandingan itu, Joe berkata,dia akur dengan keputusan malam itu dan menyifatkan protegenya mungkin tidak mempunyai rezeki dalam Mentor 4.

"Pastinya perjalanannya tidak akan berhenti kerana saya akan cuba menjadikannya sebagai bintang suatu hari nanti.

"Lagi dua minggu, saya akan mengeluarkan single Ku Ingin dan saya akan menampilkan Ila dalam single saya," katanya.

Sementara itu, Ila yang kelihatan berlinangan air mata tidak dapat membendung perasaan kecewanya.

"Saya memang kecewa kerana selangkah lagi, saya akan dapat memasuki final. Setiap kali saya membuat persembahan, pasti ada ruang untuk kemajuan lagi.. Itulah yang saya sedih sangat kerana tidak berpeluang untuk berbuat demikian lagi," katanya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif/ Pengarah Mentor 4, Mohd Sufian Isa berkata, pihaknya mengambil keputusan untuk menyingkirkan seorang peserta sahaja pada malam tadi dan bukannya dua orang bagi memastikan persaingan di peringkat akhir kelak akan menjadi lebih hebat dan menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:41 AM | Show all posts
illa akhirnya yang di keluarkan dr mentor..
mmg x sangka n terkejut,adi plak yang dpt...
kepada illa tabahkan hati n jgn putus harapan,masih ada byk lg ragam hidup yang
perlu illa hadapi....
sama2 kt sokong mohd jd juara untuk mentor 4......
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 08:42 PM | Show all posts
Meh pakat sokong Adi! The next Anuar Zain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 09:34 AM | Show all posts
Gelaran Mentor 4 milik Ziana?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


Hebat... Tiga pasangan mentor dan protege yang berjaya ke peringkat akhir Mentor 4 yang akan berlangsung Ahad ini.

SEDARI awal lagi, apabila pihak TV3 meletakkan penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain sebagai salah seorang mentor dalam Mentor musim keempat, ramai yang berpendapat gelaran juara akan menjadi milik mutlak penyanyi itu.

Betapa tidak, dengan populariti yang dimiliki oleh Ziana, memang tidak mustahil untuk peminat fanatiknya bertungkus-lumus mengundi protegenya, Mohd. Izwan Mohd. Nor atau Mohd.

Walaupun ada kata-kata sinis yang mengatakan pengundi yang mengundi Mohd. adalah kerana pengaruh Ziana, tetapi ia bukanlah satu perkara biasa.

Kata-kata itu dikuatkan lagi apabila Ziana dan Mohd. berjaya melangkah ke peringkat akhir program realiti itu yang bakal berlangsung pada 4 Julai ini.

Selain mereka, penyanyi Dayang Nurfaizah dan anak didiknya, Adi Hamiz Johar (Adi) serta komposer Azmeer bersama protegenya, Nurhadzwani Salleh (Nani) turut mara ke pentas akhir yang akan diadakan di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor itu.

Sewaktu bertemu dengan Ziana dalam sidang akhbar yang berlangsung sejurus separuh akhir kedua di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam Ahad lalu, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang soal kemenangan.

Bagi Ziana, dia cukup sedar apabila melibatkan diri dalam sebarang pertandingan, kadang-kala apa yang diramalkan tidak semestinya akan menjadi kenyataan.

Dalam erti kata lain, sebarang kemungkinan boleh berlaku dan kerana itu, Ziana seboleh-bolehnya mahu mengambil sikap positif serta tidak mahu memberikan sebarang tekanan pada dirinya mahupun Mohd.

"Pertandingan seperti ini semuanya bergantung kepada nasib dan orang di luar sana boleh berkata apa sahaja.

"Apa yang penting bagi saya sekarang adalah untuk memberi tumpuan dan fokus kepada Mohd. agar dia dapat memberikan persembahan terbaik di peringkat akhir nanti.

"Secara peribadi, apabila berjaya ke peringkat akhir ini, bukan bermakna saya puas hati dengan persembahan Mohd. kerana banyak lagi yang perlu diperbaikinya," luah Ziana penuh jujur.

Untuk menempatkan diri ke peringkat akhir, Ziana dan Mohd. berjaya mendapat markah tertinggi iaitu 59 manakala Azmeer dan Nani pula menang tipis dengan 55 markah.

Sementara itu, Dayang dan Adi pula hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga apabila memperolehi sebanyak 44 markah.

Kesemua peserta diadili menerusi tiga bahagian iaitu juri profesional yang merangkumi 50 peratus, juri awam (20 peratus) dan selebihnya daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Untuk persembahan pada malam separuh akhir kedua itu, juri profesional yang diundang untuk menilai persembahan peserta ialah komposer unggul, Adnan Abu Hassan dan penghibur terkemuka negara, Datuk Sheila Majid.

Apa yang dikatakan Ziana itu ada benarnya kerana sebelum ini pun dalam sejarah penganjuran Mentor, pernah terjadi perkara sedemikian rupa.

Kalau ada yang masih ingat pada tahun 2006, ramai yang meramalkan juara akan berpihak kepada Datuk Siti Nurhaliza dan protegenya, Kat kerana populariti luar biasa yang dimiliki oleh Siti.

Tetapi, semuanya meleset apabila kedua-duanya hanya mampu menduduki tempat ketiga apabila juaranya menjadi miliki ikon rock negara, Amy dan protegenya, Fiq.

Dalam masa yang sama juga, pelantun lagu Dingin dan Puncak Kasih itu menyifatkan senario yang sedang diperkatakan ramai itu lebih kepada situasi menang-menang.

"Sekalipun mentornya seorang bintang besar tetapi protege tidak boleh menyanyi dengan bagus, tidak akan ke mana juga.

"Senario pertandingan realiti kini juga sudah berubah apabila peminat serta masyarakat semakin bijak menilai dan tahu apa yang terbaik," kata Ziana meluahkan pandangan peribadinya.

Jelas ibu kepada empat cahaya mata itu lagi, penglibatannya dalam Mentor adalah kerana minatnya yang mendalam terhadap dunia nyanyian untuk membentuk artis baru.

Apatah lagi dengan pengalamannya selama hampir dua dekad dalam bidang seni, Ziana mahu mencurahkan segala ilmu yang diperolehinya sepanjang tempoh itu untuk anak didiknya.

Kerana itu, dia sudah mengatur strategi terbaik untuk Mohd. memberikan persembahan yang akan dapat diingati oleh peminat dan penonton Mentor 4 pada malam akhir nanti.

"Banyak kelemahan yang perlu Mohd. perbaiki terutama aspek penghayatan dalam setiap lagu yang disampaikannya.

"Bukan itu sahaja, saya juga akan memastikan pemilihan lagu-lagu terbaik dan sesuai dengan Mohd. yang akan dipersembahkan pada malam itu nanti," ujarnya penuh optimis.

Untuk persembahan akhir, ketiga-tiga protege akan menyampaikan sebuah lagu baru serta berduet dengan artis undangan selain menyanyikan sebuah lagu lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 09:35 AM | Show all posts



baju adi - mcm boria
baju mohd - mcm plkn
baju nani - mcm penyanyi kelab malam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 10:19 AM | Show all posts
Isnin Julai 5, 2010
Mohd Juara Mentor Keempat

Oleh KEMALIA OTHMAN


Mohd berjaya merangkul gelaran juara program realiti Mentor musim keempat kali ini

SHAH ALAM: Persembahan hebat disamping memiliki bakat yang tersendiri menyakinkan pihak juri dan peminat untuk menobatkan Mohd sebagai juara program realiti terbitan TV3, Mentor musim keempat yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam ini.

Sememangnya keputusan yang sudah dijangka itu turut memperlihatkan persaingan sengit dengan ketiga-tiga finalis mempunyai kekuatan tersendiri. Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan mohd Nor mengungguli dengan jumlah markah keseluruhan sebanyak 71 melayakkannya membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM 100,000 dan kontrak rakaman bersama Monkey Bone manakala mentornya Ziana Zain turut membawa pulang RM100 000.

Mentor yang kali pertama diperkenalkan pada tahun 2005 itu menyaksikan Pija sebagai juara pertamanya manakala Fiq pula menggenggam gelaran itu pada musim kedua setahun selepas itu, manakala Black menempatkan namanya untuk musim ketiga.

Dalam konsert akhir itu, Mohd telah memberikan persembahan yang cukup menarik menerusi lagu baru ciptaan komposer baru, Aswandy yang berjudul Cinta. Bukan itu sahaja, anak kelahiran Johor Bahru itu juga berjaya memukau hadirin apabila berduet dengan Fiq menerusi lagu 3 Malam Tanpa Binta dan Bujang Senang. Tempat kedua dimenangi oleh Adi HamizJohar atau Adi hanya mampu berpuas hati apabila menyandang gelaran naib juara dengan markah sebanyak 62 peratus meskipun mempamerkan persembahan mantap terutama apabila berduet dengan Aizat.

Adi dan mentornya Dayang Nurfaizah masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000. Sementara itu, Nani atau nama sebenar Nurhadzwani Salleh dan mentornya, Azmeer pula terpaksa akur dengan keputusan apabila meraih tempat ketiga dengan jumlah markah keseluruhan 51 peratus.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-7-2010 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2010 09:36 AM | Show all posts
keh keh keh

WOKAY.......MASANYA??? CER TERHANGIT MINGGU INI??? 'JUARA KENDURI KAWIN' ! AYOOO......MAK TAKUT NYAHHH????? BILA JUARA MENTOR 4 FINAL INI...TERUS DI HENTAM PUAK PUAK YANG TAK KOSER DENGAN ZIANA ZAIN !!!

KENAPA NI DIK DIK NUN???? JOM LAYANNNN.....MESEJ BERTALU MASUK KE TWITTER DIVA AZWAN ALI ....MAHUPUN CALL.....MAHUPUN SMS !!! HAMBIK KO....

PEMINAT ANTI ZIANA 1

'CONPIRMED JUARA KENDURI KAWIN !!! HARAPKAN PENANGAN MENTOR YANG BONTOT MANTAP TU JER! SI PROTEGE? HAUS DI AIDILFITRI ! PAKEJ OUT SESUWEI UNTUK MAJLIS KENDURI KAWIN DALAM KHEMAH YANG NAK ROBOH.....! MENANG PUN TAK BERGUNA SI MAMAT PARANG TAJAM TU ! BUAT KENA SUMPAH!
ALA....KO MENANG PUN SEBAB AURA ZIANA ZAIN JER !!!'

PEMINAT ANTI ZIANA 2

'HELLO MAK HAYAM.....SAPA LAH KUWEK MAIN MAK ESAH NI??? MACAM MANA LAH SI HAUS MAMAT PARANG TAJAM TU BOLEH MENANG??? KUWEKKK PROMOSI RIBENA YA??? INGAT MAK TAK TAHU???? LEPAS TU ....BERLONGGOK STAFF TV3 JADI JURI JURI AWAM ??? APA KES??? APA MOTIF???? INGAT KITA TAK KENAL KER STAFF TV3? '

PEMINAT ANTI ZIANA 3

'NOKK.....MAK NAIK HANGINNNN.....ADI BOLEH KALAH !!! ADI TU VERY THE !!! LAYAK DI BAWAK KE TARAF WORLD U ALLZ!!! HE GOT THE CLASS !!! TAPI SI ACIS TU...ASYIK HENTAM ADI ??? APA KES??? EH HELLO...MENTANG MENTANG BINI KO...CEMOLOT DENGAN ZIANA ZAIN KER??? TOLONG LAH....!!! PAS TU NOK....SI MAMAT PARANG TAJAM TU....CERDIK NOK !!! BILA DUET DENGAN FIQ??? PART YANG TARIK....SEMUA DIA PASS KAT FIQ !!! KALAU BAGUS SANGAT??? Y TAK TRY TARIK???? NAMPAK SANGAT YANG HADO???? MAMAT TU BUKAN BAGUS MANA PUN...50 -50 JER ! '

PEMINAT ANTI ZIANA 4

'BRO...AKU NAK KO CARUT DALAM BLOG NGETOP KO WOKAY??? KALAU SI MAMAT PARANG TAJAM TU....CANNOT SURVIVE DALAM DUNIA SENI SELEPAS NI....TANPA BANTUAN ZIANA ZAIN??? AKU NAK JURI JURI HAMPEH PEMINAT FANATIK ZIANA ZAIN TU....TOLONG TAMPIL KE DEPAN DAN JAWAB !!! AKU BAGI SI MAMAT TU...5 TAHUN JER WOKAY??? BOLEH PEGI TAK BOLEH PEGI??? LAGI PUN....WAHAI TV3...INI UNDIAN MENTOR KER...UNDIAN PROTEGE??? '

PEMINAT ANTI ZIANA 5

'NYAH....BEKAS BINI TAK JADI KO MENANG BESAR NYAH !!! PAS TU...SIAP BUAT 13 EPISOD DRAMA SEMBILU ATAS STAGE !!! SEDEYYY SANGAT KER??? KO PATUT HAPPY LAH YANG KO DAH MENANG SEMATA MATA SOKONGAN KELAB FANATIK KO YANG TAK KEMANA TU??? YANG NAK MEREBEH MERABAN....APA HAL??? PAS TU NYAH....DIVA AZWAN ALI TERUK KENA HENTAM DALAM BLOG FANS FANATIK ZIANA ZAIN !!! FANS FANATIK ZIANA KECAM DIVA AZWAN ALI KOW KOW PUNYA SEBAB BANTAI ISU SKIRT MAUTTT ZIANA ZAIN !!! '

PEMINAT ANTI ZIANA 6

'AKU MENYAMPAH TENGOK SEKOR JURI PROFESSIONAL DARI SEBERANG NI !!! DOK BUAT STATEMENT MAUT....KONON ZIANA ZAIN IKON DIA SEJAK KECIK !!! EH HAMPEH??? ORANG ANGKUT KO DARI SEBERANG SURUH NILAI SI PROTEGE...YANG KO DOK STIM KAT ZIANA ZAIN TU APA KE JADAH??? BANGANG SUNGGUH ! '

KOMEN HAMBA ALLAH SWT AZWAN ALI...

KEH KEH KEH !!! PADANKAN MUKA DIVA AZWAN ALI !!! HAMBIK KO !!! PEMINAT FANATIK AKAK ZIANA ZAIN DAH MENGAMUK !!! KASI MAKI HAMUN DIVA AZWAN ALI KOW KOW YA???

EH HELLO??? SELONGGOK PEMINAT PEMINAT FANATIK ZZ YANG BODOS TAK BOLEH DI AJAR ....CERDIK TAK BOLEH DI IKUT??? TERUSKAN LAH HENTAM DIVA AZWAN ALI YA??? BESAR HAMA PUN AKU TAK HERAN !!! AKU TAK SAMAN KORANG DAH CUKUP BAIK !!! TERBUKTI KALIAN YANG DOK CARUT DIVA AZWAN ALI....ADALAH PUAK PUAK MELAYU HAMPEHH YANG TAK BOLEH DITEGUR UNTUK KEBAIKAN !!! MAK HAYAM BESAR NEGARA....BESAR HAMA PUN TAK RUGI DIK DIK NUN !!!

BUAT AKAK KU...ZIANA ZAIN ??? DIVA AZWAN ALI MOHON SEJUTA MAAF ANDAI PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN KEMENANGAN ZIANA ZAIN YANG DI PERTIKAIKAN INI TERUS MENERUS JADI BAHAN CARUTAN BLOG NO 1 NEGARA NI YA??? ADA AKU KISAH??? SEBAB DIVA AZWAN ALI GOT ALL HIS MERITS...BEFORE NAK BELASAH ZIANA ZAIN MAHUPUN??? SI PROTEGE KONTROVERSI NYA TU ....SI MAMAT PARANG TAJAM ! TIAP KOMEN....BACA BETUL BETUL.....BUKAK BIJIK MATA TU...SEBELUM NAK SENTAP TAK PASAL PASAL !!!

DIVA AZWAN ALI HAVE NOTHING AGAINST THE DIVA ZIANA ZAIN !!! BENDA KENYATAAN YANG ORANG HARUK...DIVA AZWAN ALI CUMA BERSETUJU!!! SALAH KER? YANG KO NAK SENTAP DAN MENGAMUK....APA KES???

SEKALIPUN...ZIANA ZAIN MAHUPUN MAMAT PARANG TAJAM....MERASAKAN APA JUGAK YANG DITULIS OLEH DIVA AZWAN ALI SEBAGAI BAHAN PEMBUNUH KARIER MEREKA??? TEPUK DADA TANYA SELERA !!! TERPULANG DIK DIK NUN....SEBAB INGAT KAK KAK NAM SEMUA??? ATAS DUNIA NI...JANGAN INGAT KITA MENANG SORAK??? SEDANGKAN....DALAM DIAM??? KAMPUNG KITA TERUS TERGADAI....

JANGAN INGAT MENANG SAMPAI RM100,000 TU....KITA DAH HEBAT SANGAT??? TOLONG LAH !!! BERINGAT SEBELUM KENA YA??? KALAU BELUM BAGUS MANA??? TERIMA JER KENYATAAN !!! TIAP TEGURAN ADA MESEJ MESEJ MENDALAM NYA ! DAN DIVA AZWAN ALI....AMAT TERTARIK DENGAN KOMEN BETAPA ....' KALAU SI MAMAT PARANG TAJAM NI...CANNOT SURVIVE DALAM DUNIA SENI SELEPAS INI TANPA BANTUAN ZIANA ZAIN...JURI JURI AWAM PEMINAT FANATIK ZIANA....TOLONG LAH TAMPIL KE DEPAN DAN JAWAB !!! '

HA...SUDAH TERANG LAGI BERSULUH !!! KES MAWI DI BOOO....TAKUT AKAN BERULANG KAT SI MAMAT PARANG TAJAM NI YA??? KESIAN SUNGGUH ....SO MAMAT? BUKTIKAN PADA DUNIA....YANG KO MEMANG LAYAK MENANG SEKALIPUN??? SATU DUNIA TAHU....UNDIAN KO NAIK SEBAB??? AURA ZIANA ZAIN SEMATA MATA.....!!! YANG KO??? HAUSSS........

ANYWAY....KEPADA DIVA AZWAN ALI...ZIANA ZAIN STILL ONE OF THE BEST DIVA IN MALAYSIAN MUSIC INDUSTRY !!! TIADA DUA NYA....ZIANA ZAIN !!! WALAUPON!!!!

BUAT TV3....TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH !!! TV3 MEMANG HEBAT BIKIN DRAMA DRAMA PENUH DEBARAN INI !!! CUMA KALAU BENAR....STAFF TV3...TERLIBAT DALAM UNDIAN JURI JURI AWAM MENTOR FINAL 4??? INI AMAT LAH DI KESALI !!!

HAI...DAH HABIS UMAT KER DALAM DUNIA NI...SAMPAI TV3...SANGGUP SUMBAT STAFF STAFF SENDIRI SEBAGAI JURI JURI AWAM??? KALAU LAH BENAR DAKWAAN INI??? MEMANG SEDIKIT SEBANYAK REPUTASI TV3....TELAH TER JEJAS !!! SORRY TV3....MAK CAKAP YANG BENAR BELAKA......

LAIN LAIN ISU MENTOR FINAL 4??? MAK TAK AKAN KOMEN....CUMA AL QAIDANYA??? TV3 BERJAYA UJUDKAN DEMAM MENTOR FINAL 4 !!! TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH ABANG SUFFIAN KU ....PENERBIT MACHO MENTOR FINAL 4 TU !!! SURE LEPAS NI....AKAN LEMAS DALAM PELUKAN ....KEKASIH AWAL & AKHIRNYA INTAN SURAYA !!! OH TIDAK....MAK HAYAM JELES NYAHHHH !!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 05:16 PM | Show all posts
tahniah mohd & ziana...

tahniah jugak kepada my favourite finalist ADI....luv the new song....tafsirkan cinta...{:1_147:}
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2010 12:32 AM | Show all posts
apa2pun congrats k.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.091339 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list