|
77# nazihamrun
Uiks...4 february....umah NurKasih...cukup 1 year..:pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
80# nazihamrun
amboi......buat tak tahu pulak...apa ada kat umah no 4 tu...... |
|
|
|
|
|
|
|
ak
Post Last Edit by letizia at 2-2-2010 23:26
ala..., kura2 dlm perahu, pura2 tidak tahu apa yg ada kat rumah no4 tu hahahaaa.........ep fevret suraya tu...malas lah nk tulis ep berapa.....sudah geharu cendana pula.....sambung2..... ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
80# nazihamrun
kannnnnn... nasib bek cik momod tak marah, thread baru dbuka wpun crita dah abis.
hihi. :pompom:![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waah..leh smbut aniversary...:pompom::pompom:
pelakon2 asal harus dikekalkan tuk Filem bru BEST ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
waah..leh smbut aniversary...:pompom::pompom:
pelakon2 asal harus dikekalkan tuk Filem bru BEST ![](static/image/smiley/default/shy.gif)
irsuzie Post at 3-2-2010 02:02 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
ye betul........setuju.............. |
|
|
|
|
|
|
|
wah......ade rumah baru lagi
tahniah korang:pompom:
agk2 NK the film camne jalan citenya ek?
pelakon2nya?lokasinya? |
|
|
|
|
|
|
|
nk the movies musti ada adam & nur yg laen xkesah !!!!!!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
89# atie_leo
lokasi kampung janganlah di lupakan wahai encik khabir...hehehe...
lokasi lain2..aku yakin produksi bijak memilih. huhuhu... |
|
|
|
|
|
|
|
89# atie_leo
lokasi kampung janganlah di lupakan wahai encik khabir...hehehe...
lokasi lain2..aku yakin produksi bijak memilih. huhuhu...
nazihamrun Post at 3-2-2010 15:47 ![](http://mforum5.cari.com.my/images/common/back.gif)
betul tu izan...lagi2 part "kereta".........hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by orang_kampong at 3-2-2010 16:55
Saingan sengit dalam kategori pelakon TV
MASUK minggu kedua undian Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang bermula sejak 22 Januari lalu, jelas menunjukkan saingan yang begitu sengit dalam kategori Pelakon TV Lelaki dan Wanita serta Pelakon Filem Lelaki sementara kategori yang langsung tidak menunjukkan saingan adalah dalam kategori Penyanyi Wanita Popular.
Datuk Siti Nurhaliza yang sudah memegang trofi itu selama 12 tahun jelas masih mengungguli kategori Penyanyi Wanita Popular. Penyanyi yang terkenal dengan gelaran The Dancing Queen, Stacy pula langsung tidak menjadi saingan kepada Siti. Malah, undian yang diterima Stacy sangat jauh berbanding undian untuk Siti. Tidak juga Yuna yang baru saja menduduki tempat kedua dalam Anugerah Juara Lagu baru-baru ini ataupun si kecil molek Mila dan penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor. Jika peminat Stacy, Yuna, Mila
atau Jaclyn masih mengambil sikap tunggu dan lihat, maka jelas sekali gelaran Penyanyi Wanita Popular tetap menjadi milik Siti.
Bangkitlah peminat Faizal Tahir dan Aizat kerana setakat ini, undian tidak langsung memberangsangkan bagi kedua-dua penyanyi berbakat besar ini. Undian ternyata berpihak kepada Mawi, Akim dan Adam, penyanyi yang lahir daripada program Akademi Fantasia. Jika trend undian adalah seperti ini sehingga tarikh akhir penghantaran borang pada 19 Mac, trofi mungkin menjadi milik protege Datin Seri Tiara Jacquelina, Akim ataupun terus kekal di tangan Mawi yang mengungguli kategori itu selama empat tahun berturut-turut.
Bagaimanapun, bagi kategori Pelakon Filem, dua calon yang sudah pun bergelar bapa iaitu Aaron Aziz dan Que Haidar masing-masing mendapat undian tinggi berbanding calon lain. Tahun lalu Que Haidar menjadi pilihan pembaca Berita Harian untuk kategori ini. Namun kedudukan itu boleh berubah jika peminat Afdlin Shauki, Farid Kamil dan Zul Huzaimy mengambil inisiatif untuk terus mengundi.
Dalam kategori Pelakon TV Lelaki pula, saingan yang hebat adalah daripada ‘adik beradik’ popular, Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Impak drama bersiri Nur Kasih arahan Kabir Bhatia yang mencatat rating 5 juta penonton memberi kelebihan kepada kedua-dua pelakon kacak ini. Bagaimanapun jangan menidakkan kelebihan tiga lagi calon - Aaron Aziz, Fahrin Ahmad dan juga Fizo Omar. Fahrin misalnya, undian mungkin bertambah kerana isu 'menangis' gara-gara Linda Onn membuatkan peminatnya bersimpati.
Dalam kategori Pelakon TV dan Filem Popular Wanita, saingan begitu sengit sehingga sukar untuk menentukan siapakah akhirnya yang akan mengungguli dua kategori ini. Calon yang barangkali berpeluang menggenggam trofi bagi Pelakon TV Wanita adalah Fasha Sandha yang tahun lalu bukan calon pilihan. Impak populariti Tiz Zaqyah melalui drama bersiri Nur Kasih tidak menjadi dalam ABPBH2009. Nampak gayanya, undian ‘benci Fasha Sandha’ yang diwujudkan sesetengah pihak dalam Facebook tidak menyekat kemaraan artis jelita ini. Bangkitlah peminat Tiz dan Scha Alyahya!
Manakala bagi filem pula, populariti Maya Karin belum terjejas. Tetapi undian untuk Liyana Jasmay semakin mencurah masuk. Mana perginya peminat Sharifah Amani, Diana Danielle dan yang memeranjatkan Lisa Surihani?
Sesuatu yang mengejutkan juga berlaku dalam undian kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, di mana undian lebih berpihak kepada Aznil Nawawi (Era) sedangkan tahun lalu kategori itu adalah milik Faizal Ismail (Hot FM). Begitu juga bagi penyampai radio wanita, Fara Fauzana (Hot FM) ketinggalan di belakang Linda Onn (yang sebelum ini bertanding atas tiket Sinar FM tetapi kini di Suria FM). Barangkali kontroversi Fahrin-Linda, memberikan undi simpati kepadanya. Bagi kategori Pengacara TV Lelaki Popular pula, sekali lagi Aznil terus mengungguli sementara bagi wanitanya pula, Fara Fauzana terus menjadi pilihan setakat ini. Tetapi jangan menafikan kemaraan Sarimah Ibrahim kerana ketika analisis ini ditulis, undian untuknya semakin bertambah.
Saingan sengit juga wujud dalam kategori Artis Baru Lelaki dan Wanita Popular tetapi undi lebih berpihak kepada juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Hafiz diikuti oleh Akim dan Black, juara program realiti Mentor terbitan TV3. Mengikut tradisi tiga, empat tahun kebelakangan ini, kategori ini selalunya menjadi milik juara AF. Tetapi tidak mustahil ia menjadi milik Black kerana kejayaannya dinobatkan sebagai Vokal Terbaik dalam AJL baru-baru ini memberi satu kelebihan kepadanya. Sementara itu, bagi kategori wanitanya pula, setakat ini menyaksikan saingan hebat dua calon iaitu Tiz Zaqyah dan penyanyi Yang Sebenarnya, Yuna.
Dalam kategori Pelakon Komedi Lelaki, nasib tidak lagi menyebelahi Nabil setakat ini. Jika pola pengundian tidak berubah, tidak mustahil Bintang Paling Popular ABPBH2008 ini tidak lagi menjadi pilihan peminat. Kehadiran Saiful Apek dan AC Mizal dalam dunia hiburan terus mendapat perhatian khalayak peminat hiburan tanah air. Kehadiran Zizan, hos sebuah lagi program popular Raja Lawak terbitan Astro, juga semakin mendapat tempat di hati peminat. Bagi wanita pula, undian untuk Kenchana Dewi semakin meningkat meninggalkan calon lain iaitu Didie Alias, Enot, Nik Sayiddah dan paling memeranjatkan Noorkhiriah yang menang dalam kategori ini tahun lalu kurang mendapat undian.
Kategori nasyid? Ya... seperti tahun-tahun sebelumnya ia masih lagi diungguli kumpulan Rabbani. Jika anda mahukan memberi peluang kepada kumpulan lain untuk menggenggam trofi itu, undilah calon lain. Sementara itu, bagi kategori penyanyi kumpulan/duo popular, saingan sengit di antara Bunkface dan gandingan mantap Adam & Stacy. Ke mana perginya peminat Hujan, Meet Uncle Hussain dan 6ixth Sense?
Begitulah analisis undian awal dalam tempoh dua minggu ini. Keputusan undian boleh berubah bila-bila masa bergantung kepada kehendak pembaca dan peminat. Gunakanlah mandat yang sudah diberikan kepada anda itu untuk memilih artis pilihan anda sendiri dan bukan pilihan majoriti kerana pilihan pemenang BUKAN PILIHAN TEPAT. Undi jangan tak undi! |
|
|
|
|
|
|
|
92# cloudnine_mm
hahahaha...kalau dalam filem banyak lari konti..tak tau la nak cakap apa dah..ades! kuciwa.. ![](static/image/smiley/default/dizzy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
93# orang_kampong
hepppssss...baru dua minggu undian dah cakap tak menjadi. cit..statement macam dah lepas event kat genting lak. ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
94# nazihamrun
leh tanye tak... lari konti tu aper maknenyer?? rasenyer remy penah cakap 'term' ni.. tapi tak paham lak haku..![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
97# mnaa
katanya lari continuity..lari kesinambungan...lari berganti2...lari keliling padang.. ha camtu ler kot. saya pun baru belajar benda ni, maksud saya baru belajar semula..yg dulu2 saya dah tak ingat dah.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|