|
saja gatai boh lagu kurdish skit... depa ni jenis Irani ropanya. raja Kedah mola2 skali orang kata keturunan Kurdish... memang ada orang keturunan Farsi yg nganut agama Indu. Orang sebelah kerajaan Pallava di India Selatan, depa cakap basa Farsi Pallavi, bukan basa Tamil. serpih2 depa terlepas gak sampai Asia Tenggara especially belah semenanjung ni. Orang Suryani punya lambang totem nak sama dengan lambang totem Indu (dewa Vishnu), Garuda (Helang).
|
|
|
|
|
|
|
|
Garuda Suryani
Garuda Aryan Indu (India)
ni style Siam (Buddo-Brahman)...
ok, ni garuda style India (Indu)... dia jadi tunggangan dewa Visnu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 15-3-2010 16:08
Garuda musoh dengan Naga (Ulaq Besarq).... dalam legend Indu pon ada cerita.
mungkin ada metafora kowt leh tafsirkan......
|
|
|
|
|
|
|
|
saja gatai boh lagu kurdish skit... depa ni jenis Irani ropanya. raja Kedah mola2 skali orang kata keturunan Kurdish... memang ada orang keturunan Farsi yg nganut agama Indu. Orang sebelah kerajaan Pa ...
genot Post at 15-3-2010 15:36
Raja Kedah yg mula maybe keturunan Persian dari Gambron ,manakala ramai penduduk Kedah pula masa tu pula ada suku Kalahar dari Kurdistan. |
|
|
|
|
|
|
|
79# nanat87
oopss! my bad. Kat fikiran ingatkan yaakob. Ishaq ada 2 anak jah! Yaakob dan Aish. Mereka kembar tp idok le teman tahu seiras ke tak seiras. Cer tanya migdal. |
|
|
|
|
|
|
|
77# genot
Mengikut ulama al-Ansab, asal-usul keturunan terbahagi kepada 5 cabang yang disebut syu’ub (bangsa) yang semuanya bertemu pada Sam b. Noh. Lima bangsa tersebut ialah Banu (keturunan) Ad, Banu Thamud, Banu Madyan, Banu Qahtan dan Banu Adnan. Kaum Ad tinggal di al-Ahqaf iaitu di satu kawasan antara Yaman dan Oman. Nabi yang diutuskan kepada mereka ialah Nabi Hud a.s. Manakala Thamud pula tinggal di al-Hijr dan Wadi al-Qura iaitu kawasan antara Hijaz dan Syam. Nabi Saleh a.s merupakan utusan Allah yang diutuskan kepada mereka.
Adapun yang ketiga ialah kaum Madyan. Mereka tinggal berdekatan dengan Ma’an di Jordan di kawasan pinggir Syam menuju ke Hijaz. Nabi yang diutuskan untuk berdakwah kepada mereka ialah Nabi Syuaib a.s. Ketiga-tiga bangsa ini telah lenyap dan langsung tidak meninggalkan keturunan mereka. Mereka ini disebut juga denganh nama al-Arab al-Aribah atau al-Arab al-Baidah (Bangsa Arab yang pupus).
Manakala dua bangsa Arab yang masih kekal dan digelar dengan nama al-Arab al-Baqiah (Bangsa Arab yang kekal) ialah semuanya daripada Qahtan dan Adnan. Adnan merupakan daripada anak Nabi Ismail a.s dan secara umumnya mereka ini mendiami kawasan tengah semenanjung Arab dan bahagia utaranya. Qahtan plak secara umumnya mendiami kawasan selatan semenanjung Arab. |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai bahasa Arab, ada yg mengatakan Hud as adalah org pertama yg berbicara menggunakan bahasa Arab. Wahab bin Munabbih mendakwa bapa Hud adalah org pertama menggunakan loghat Arab. Ada juga yg berpendapat Nuh as org pertama menggunakan bahasa arab. Dan ada juga pendpt bahasa Arab digunakan oleh nabi adam as.
Dikatakan juga loghat arab yg ada sebelum Ismail as adalah Arab Aribah. Mereka terdiri dr pelbagai kabilah spt Aad, Tsamud, Jurhum, Thasam, Jadiis, Umaim, Madyan, Amaleeq, Jaasem, Qahtan dan Yaqthan. Anak cucu Ismail as pula membentuk etnik Arab Musta’ribah. Ismail as adalah org pertama menuturkan bahasa arab secara fasih dan jelas. Org2 Arab yg mendiami sekitar tanah Haran bercakap bahasa Arab yg dututurkan oleh Hajar, ibu Ismail as.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
Kita lihat apa kata Quran mengenai genrasi manusia aka bangsa:
As-Saffat:77
Dan Kami jadikan anak cucunya (sebagai generasi) yg melanjutkan keturunan
Keterangan:
Generasi manusia masa kini berasal dr Nabi Nuh as. Keturunan dr nabi Adam dan selepasnya tlh terhapus akibat banjir besar zaman Nabi Nuh as . Jadi, segala umat manusia yg tinggal di muka bumi bernasab pd anak2 Nuh as. Anak2 Nabi Nuh adalah Saam, Haam dan Yaafits. Mereka bertiga ini shj yg hidup krn mereka tidak engkar dgn perintah Allah. Anak2 yg lain bernama Aabir tp mati sebelum berlaku banjir. Ran’aan mati ditenggelami banjir.
Imam Ahmad mengatakan riwayat yg diterima dr Abdul Wahab dr Sa’id dr Qatadah, dr Al Hassan dr Samurah, bhw Nabi saw bersabda, “Saam adalah bapa bangsa Arab, Haam bapa bangsa Habsyah(negro) dan Yaafits bapa bangsa Roma”
Dlm riwayat lain mengatakan Roma ini merujuk kpd bangsa romawi kuno iaitu Yunani. Yunani dikatakan berasal dr nama Rumiy bin Labthiy bin Yunan bin Yaafits bin Nuh as
Satu lg hadis mengatakan ketiga2 anak2 Nuh as ini mmpunyai 33 org anak setiap satu. Saam menurunkan bangsa arab,Parsi dan Romawi. Yaafits menurunkan bangsa Turki, Scolaby,Ya’juj dn M’juj. Haam pula menurunkan bangsa Qibthi (negro), Sudan dan Barbar. Hadis riwayat Ibnu Sa’ad dlm Tabaqat Al-Kubra
Berdasarkan dr riwayat israeliyat, yg berdasarkan Taurat, Haam dikatakan melakukan hubungan seksual dgn isterinya dlm kapal. Bila mengetahui hal ini, Nuh as menjadi marah dan mendoakan anak hasil hubungan itu menjadi buruk. Ini benar terjadi dan anak yg lahir kulitnya hitam. Anak ini diberi nama Kan’aan bin Haam. Kemungkinan anak ini menjadi bangsa Sudan. Kata Sudan diambil dari saudun yg bererti hitam
Wallahualam
Satu lagi riwayat Isreliyat mengenai kepelbagaian bangsa dan bahasa ni ialah apabila air tlh surut, kapal mendarat di gunung judi. Nuh as membuka perkampungan yg bernama Tsamaneen. Pd suatu hari tiba2 je lisan mereka jadi kacau. Bahasa mereka terpecah menjadi 8. Nabi Nuh as menjadi penterjemah bahasa mereka.
Maknanya tiba2 jek wujud bahasa yg berlainan. Migdal pun pernah tulis pasal ni dulu rasanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak quote posting yg terdahulu
Bangsa Rum, merujuk bangsa Parsi. Berasal dr Bani Ishaq. Nama anak dia Rum bin Aish bin Ishaq.
Dan yg ini
Dlm riwayat lain mengatakan Roma ini merujuk kpd bangsa romawi kuno iaitu Yunani. Yunani dikatakan berasal dr nama Rumiy bin Labthiy bin Yunan bin Yaafits bin Nuh as
Sebenarnya akak agak keliru skit antara bangsa parsi dan rom. Nama mcm nak sama. Ada yg bleh bg pencerahan?
Ke wujud bangsa rom dulu pastu baru persia/parsi?
Ikut sejarah persia dan rom sering berperang. |
|
|
|
|
|
|
|
80# genot
Panggilan Arab bg Esau adalah Al Aish. Mmg dia ada byk bulu. Ishaq as suka kat Aish sebab dia yg abg. Isteri dia lak suka kat Yaakob sebab yg bongsu. Ada riwayat kata Aish mewujudkan bangsa romawi (sebab dia byk bulu2 merah) manakala yaakob mewujudkan bangsa Israel. Kalau ikutkan adik beradik aka sedara mara jah. Mcm genot kata beza dr segi etnik. Agaknya sebab tu Quran sebut bani/banu.
Ada satu kesah israeliyat mengenai aish dan yaakob. Masa Ishaq as dah tua, mata dia x berapa nampak. Satu hari Ishaq as suruh aish pergi berburu sesuatu sebab teringin nak makan. Dah dpt, masak nanti Ishaq akan doakan aish. Masa aish pergi memburu, maknya suruh yaakob sembelih anak kambing yg paling bagus dan masak spt yg ishaq as nak. Dah siap masak, yaakob pun pakai baju aish dan letak bulu kambing kat bhg lengan dan leher. Ishaq Tanya siapa ni? Yaakob kata dia aish. Ishaq dgr suara mcm yaakob tp bila dia rasa kat leher dan tangan, ada byk bulu. So kompem lah katanye itu aish. Dah habis makan ishaq as pun doalah spy anak yg disangkanya aish tu spy mempunyai persaudaraan yg lebih kuat. Suara mereka didengari oleh bangsa2 sesudahnya, semuga murah rezeki dan keturunan. As sebab doa nil ah yaakob dpt byk anak... 12 org!
Wokeh, berbalik pula kisah aish, bila dah siap masak, dia pun bawaklah pd nabi Ishaq as. Terkejutlah bapanya sebab td dah makan. Bila aish tahu, marahlah sgt dia pd yaakob sampai kata nak bunuh yaakob bila ishaq as meninggal. Mcm mana pun aish mintak juga bapa dia doa utk dia. So nabi ishaq as pun doalah semuga anak cucu aish jadik bangsa yg kuat di muka bumi, byk rezeki dan buah2an melimpah. Bila mak depa dgr aish dah mengamuk, dia pun suruh yaakob lari gi tinggal dgn makcik dia kat wilayah Hirron/hurran. Jgn balik selagi abg dia masih marah. So ishaq as pun dok la dgn makcik dia tlg jaga ternakan.
Mcm genot kata, aish ni petani manakala yaakob plak nomad aka badwi. Bangsa parsi dr keturunan aish ni jadik bangsa yg kuat. Mereka ni bakal membentuk pasukan panji hitam dr timur! |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa2 Europa yg ada ms zaman SM di kawasan Europa yg ada tamadun mcm bangsa Romawi, bangsa Yunani (Greek), n Gaul. Bangsa Gaul kena halau sampai ke Britain hari ini, depa lani jadik orang Wales, Ireland, Scotland, British (dah kena hijack jadi English).
Roma yang kat Italia sana ikot lagenda, orang yg bukak negri tu memang nama dia Romulous. Romulous hijrah ke Roma sekarang ini dr Greece sama2 dgn adik dia Remous. Askar2 Romulous culik pompuan2 negri jiran depa di Sabini. Tok wan Romulous dalam petitih Plutarch nama dia Numidor keturunan Aeneas, pelarian dari negara kota Troy, agaknya dalam kawasan Turki skang kowt.
Sbelom wujud Roma, Greece wujod dolu. Sblom Greece, Farsi ada dah. Sblom Farsi wujod, orang2 belah Timor Tengah ada dolu. Masa yg sama ngan Farsi, puak2 kulit cerah masok gak dalam India dr barat daya. ada org Indu x leh terima, pasal dlm dewa2 depa pon ada yg bukan orang2 kulit cerah ni punya dewa, tp dewa org mata sepet (tibet-burmo) iaitu dewa siva. |
|
|
|
|
|
|
|
Asal Usul Bangsa
Menurut agama Yahudi, umat manusia asalnya adalah satu umat yang beriman sejak nabi Adam. Setelah beberapa generasi berlalu, pada zaman Nabi Nuh, manusia mula menyembah berhala dan lupa kepada Pencipta sebenar akibat fitnah Iblis. Oleh itu, Tuhan mengutuskan Nabi Nuh untuk berdakwah kepada mereka. Setelah bertahun-tahun, tidak ramai yang menyahut seruan Nuh. Maka Tuhan telah menurunkan Banjir Besar di mana, hanya sebahagian keluarga Nuh yang beriman terselamat di atas bahteranya.
Keturunan Nabi Nuh yang terselamat ini berkembang biak dan terpecah kepada tiga golongan berdasarkan tiga anak Nabi Nuh:
1. Shem - Bapa bangsa-bangsa Semitik (Tanah Arab & Mediterranean)
dan sebahagian Eropah (Eropah Selatan)
2. Yafet - Bapa bangsa-bangsa Asia (Asia Tengah & Asia Timur) dan sebahagian Kaukasian (Eropah Timur & Barat Asia Tengah)
3. Ham - Bapa bangsa-bangsa Afrika
Ketiga-tiga kumpulan besar ini telah bercampur-gaul sehingga muncul bangsa-bangsa lain pula. Selepas sepuluh generasi berlalu, ada seorang Ibrani bernama Ibrahim yang telah mendapat wahyu Tuhan di zaman di mana tiada seorangpun yang beriman lagi dengan warisan ajaran Nabi Nuh.
Nabi Ibrahim telah membuat perjanjian dengan Tuhan iaitu Brit Millah (Perjanjian Millah) di mana, sebahagian keturunan Ibrahim akan dilantik sebagai Am Segulah (Umat Pilihan Tuhan) yang akan menjadi Orim la Goyim (Cahaya Segala Bangsa) dan tanah Kan'an diberikan kepada umat ini.
Bermula saat tersebut, umat manusia terpecah kepada dua iaitu Bani Nuh (merujuk kepada Goyim iaitu bangsa-bangsa di dunia ini) dan Am Segulah yang akan memimpin mereka kembali beriman kepada Tuhan bapa mereka iaitu Nuh. Siapakah Umat Pilihan Tuhan ini? Merekalah Bani Israel yang kini dikenali sebagai Yahudi
Susur Galur Yahudi
Inilah Susur galur Yahudi yang mewarisi takhta 'Am Segulah (Umat Pilihan) menurut Taurat:
1. Adam - manusia pertama diciptakan
2. Shet - generasi ke-2 yakni anak Adam (Qabel dan Habel terkeluar dari takhta)
3. Nuh - generasi ke-10 Adam dari jurai Shet. Merupakan Bapa atau Adam ke-2 umat Manusia apabila keturunan lain semua dimusnahkan dalam peristiwa Banjir Besar.
4. Shem - generasi ke-11 Adam yakni anak Nuh dan Bapa kepada kaum Semitik (Ham dan Yafit serta keturunannya terkeluar)
5. Eber - generasi ke-14 Adam dari jurai Shem iaitu Bapa kaum Ibrani (bangsa-bangsa Semitik lain terkeluar)
6. Ibrahim - generasi ke-20 Adam dari jurai Eber. Baginda membuat Perjanjian dengan Tuhan untuk mewarisi Am Segulah. Merupakan Bapa kepada Bani Ismael (Leluhur kaum Arab Hijaz Ismaelites), Bani Israel (Leluhur kaum Yahudi) dan Bani Edom/Esau (Leluhur kaum Romawi dan Yunani)
7. Ishak - generasi ke-21 Adam iaitu anak Ibrahim. Bapa kepada dua anak kembar iaitu Esau (Edom) dan Ya'akub (Israel). Baginda meneruskan Perjanjian bapanya dengan Tuhan mewarisi takhta Am Segulah (Ismael, anak-anak Ibrahim yang lain serta keturunan mereka terkeluar)
8. Ya'akub aka Israel - generasi ke-22 Adam iaitu anak kepada Ishak. Bapa kepada Bani Israel yang mewarisi takhta Am Segulah (Esau dan keturunannya terkeluar)
6. Al-Asbat - generasi ke-23 Adam iaitu anak-anak Ya'akub. Merekalah 12 Leluhur Bani Israel iaitu:
1. Re'uven - Bapa suku Reuvinim yang panas baran (suku gasar)
2. Shim'on - Bapa suku Shim'onim yang gagah perkasa (suku para pahlawan)
3. Levi - Bapa suku Levim (suku para nabi) dan suku Kohanim (para imam)
4. Yehudah - Bapa suku Yehudim (suku raja-raja)
5. Dan - Bapa suku Dayanim (suku para hakim)
6. Naftali - Bapa suku Naftalim (suku pelari handal)
7. Gad - Bapa suku Gadim yang kurang penyabar dan tamak (suku penakluk)
8. Asher - Bapa suku Asherim yang kaya dan pemilik kawasan tanaman yang subur (suku petani)
9. Yissachar - Bapa suku Yissachrim yang mencatat wahyu yang mengandungi sejarah dan hukum-hakam Bani Israel (suku penulis wahyu)
10. Zevulun - Bapa suku Zevulonim yang mengawal keamanan wilayah (suku para marshal dan tentera)
11. Yosef - Bapa suku Menashim dan suku Efrayimim yang memimpin Bani Israel secara ketenteraan selepas kewafatan Nabi Musa dan sebelum zaman kepimpinan para Hakim.
12. Benyamin - Bapa suku Benyaminim yang licik (suku para elit/cendekiawan) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by migdal_bavel at 16-3-2010 21:23
Perjanjian Tuhan dengan Ibrahim (Brit Millah)
Menurut Perjanjian Millah Ibrahim dengan Tuhan, Am Segulah hanya diwariskan kepada anak sulung dan keturunannya. Akan tetapi Ishak bukanlah anak sulung. Oleh itu, ibunya Sarah telah meminta Ibrahim menjauhkan Ismael dan ibunya Hajar kerana perselisihan dan Ismael pula suka membuli Ishak. Dikatakan inilah sebabnya keturunan Ismael (simbolik kepada Umat Islam) selalu bersengketa dengan keturunan Ishak (simbolik kepada Umat Yahudi dan Umat Kristian) sehingga ke hari ini.
Penghalauan Ismael itu telah menghilangkan hak pewarisan terhadap takhta Am Segulah. Maka Ishak dianggap sebagai anak Ibrahim yang tunggal. Sebagai simboliknya, Ibrahim diuji untuk menyembelih anaknya Ishak dan peristiwa ini dinamakan Akeidat Yitzhak (Ikatan atau Akidah Ishak) yang membuktikan Ishak mewarisi Perjanjian Millah Ibrahim itu. Kefahaman umat Islam ialah yang sebenarnya disembelih ialah Ismael, bukannya Ishak. Hal ini kita serahkan kepada Allah untuk mengadilinya.
Setelah Ishak dewasa, dia berkahwin dengan sepupunya Rivkah dan dikurniakan dua orang anak kembar iaitu Esau dan Ya'akob. Esau (digelar Edom kerana kulitnya kemerah-merahan) adalah anak sulung kerana beliau telah keluar dahulu. Dikatakan dalam Taurat, kedua beradik kembar ini masing-masing bergumul untuk bertanding siapa keluar dulu bagi merebut takhta Am Segulah. Ishak sangat sayangkan Esau kerana ia adalah anak sulung tapi Rivkah pula sayangkan Ya'akub yang lemah lembut, tidak seperti Esau yang kasar orangnya.
Dengan bantuan ibunya, Ya'akub telah menyamar sebagai abangnya Esau ketika Ishak hendak merahmati Esau bagi mewariskan hak dalam Perjanjian Millah Ibrahim itu. Oleh itu, secara langsungnya Ya'akublah pewaris yang sah. Esau sangat berdendam dengan Ya'akub berkenaan hal tersebut dan memutuskan persaudaraan tetapi akhirnya setelah bapa mereka wafat, mereka kembali berbaik semula. Dikatakan inilah sebabnya keturunan Esau (simbolik bagi Umat Kristian) akan bersengketa dengan keturunan Ya'akub (simbolik bagi Umat Yahudi) tapi akhirnya mereka akan berdamai juga.
Judaism menjelaskan ini semua adalah rencana Tuhan dalam menjadikan keturunan Ya'akub sebagai Am Segulah. Ya'akub berkahwin dengan dua orang adik-beradik bernama Leah dan Rakhel. Masing-masing menghadiahkan jariah mereka iaitu Zilfah dan Bilhah kepada Ya'akub. Mereka dikurniakan 12 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan (namanya Dinah yang akhirnya mati dirogol dan dibunuh kaum Philistines).
Ringkasan Kisah Bani Israel
Walaupun pada asalnya Ya'akub dan anak-anaknya tinggal di Kana'an, Bani Israel berkembang biak di Mesir setelah Yusuf (yang dibuang dahulu akibat komplot abang-abangnya) menjemput keluarganya tinggal di sana. Setelah bertahun-tahun di Mesir, mereka menjadi umat yang ramai sehingga Firaun yang menaiki takhta ketika itu mula khuatir lalu bertindak memperhambakan Bani Israel dan mengecilkan angka mereka secara sistematik.
Bani Israel akhirnya dibawa keluar oleh Nabi Musa dari Mesir menuju ke Kan'an tempat leluhur mereka, yakni Tanah yang Dijanjikan melalui Perjanjian Millah Ibrahim. Oleh sebab mereka engkar kerana takutkan musuh, tidak sempat Nabi Musa memimpin mereka lagi kerana baginda telah wafat sedangkan Bani Israel masih melarat di tengah-tengah padang pasir selama 40 tahun. Kemudian, anak muridnya, Nabi Yehoshua (Yusha' ) dari suku Efrayimim memimpin Bani Israel menentang kaum gasar Philistines di Kan'an.
Setelah mereka berjaya, mereka diagih-agihkan kawasan di Kan'an mengikut suku masing-masing yakni 12 suku. Kaum Levi tidak diberi tanah tetapi bertebaran ke semua kawasan suku (sebagai pendeta) manakala suku Efrayim dan Menasheh pula telah menjadi dua suku besar dan merekapun masing-masing diberi wilayah tersendiri.
Meskipun mereka telah berjaya memasuki Tanah Suci dan mendudukinya, kaum-kaum gasar di Kan'an tersebut masih berkubu dan mereka sering melakukan serangan. Setelah kewafatan Nabi Yusha' yang memimpin secara militan, Bani Israel mula semakin lemah dan lupa kepada Tuhan. Maka bermulalah era kepimpinan para Hakim. Terdapat 12 orang Hakim yang telah memimpin Bani Israel secara silih berganti untuk mengembalikan kepercayaan dan semangat mereka.
Zaman para Hakim berakhir apabila Nabi Shemuel diutuskan oleh Tuhan untuk menguatkan keimanan mereka sehinggalah pada suatu hari, mereka meminta untuk melantik seorang raja dari kalangan mereka. Tuhan telah memilih Shaul (Talut) dari suku Benyaminim untuk menjadi raja kepada Bani Israel. Di bawah pimpinan Shaul yang mengerahkan bala tentera untuk mengusir kaum Philistin, seorang anak muda bernama Daud telah membunuh raja mereka iaitu Raja Goliat (Jalut). Kematian raja mereka menyebabkan kaum Philistin patah semangat dan mereka menyerah kalah. Sejak itu, tanah Kan'an diberi nama negara Kesatuan Israel dan inilah permulaan era pemerintahan beraja.
Nabi Daud dari suku Yehudim menggantikan Raja Shaul untuk merajai Bani Israel setelah mengahwini anak perempuan Raja Shaul. Di bawah pemerintahan Daud dan anaknya Sulaiman, Empayar Israel berkembang luas dan dihormati sekalian bangsa dari setiap makhluk - Jin, Manusia dan Haiwan
Setelah Raja Sulaiman wafat, empayarnya terpecah kepada dua iaitu di bahagian utara (didiami 10 suku) yang dipimpin oleh Raja Yerav'am dengan nama Negara Samaria dan di bahagian selatan (didiami 3 suku - Yehudim, Benyaminim dan Levim) yang dipimpin oleh Raja Rechav'am (anak kepada Sulaiman) dengan nama Negara Yehudah (sempena nama dinasti yang memerintah iaitu suku Yehudim).
Raja-raja yang memerintah selepas itu banyak melakukan kesyirikan dan kejahatan menyebabkan Tuhan mengutuskan Nabi Eliyahu (Nabi Eliyas) dan anak angkatnya Elisha' (Nabi Elyasa' ) kepada mereka. Nabi Eliyahu meramalkan keruntuhan kerajaan Samaria dan kerajaan Yehudah suatu masa nanti dan Penghalauan Umat Israel ke serata dunia akibat dosa mereka. Nabi Eliyahu kemudiannya dinaikkan ke langit oleh Tuhan dan diramalkan akan turun ke Bumi semula dengan meniupkan Shofar (Sangkakala) sebagai tanda ketibaan Mashiach (Penyelamat Agung) yang akan menyatukan kembali keseluruhan umat Israel di tanah air mereka.
Setelah beratus tahun, kerajaan utara Israel dimusnahkan oleh Assyria pada tahun 722 SM dan penduduknya yang terdiri daripada 10 suku dihapuskan secara sistematik dan sebahagiannya dijadikan hamba lalu terasimilasi dengan kaum lain di serata dunia. Ada yang sempat melarikan diri ke Negara Yehudah.
Manakala kerajaan Yehudah di selatan Israel diserang Babylonia pada 607 SM. Haikal Sulaiman mereka dimusnahkan dan kitab-kitab suci dibakar. Saki-baki Bani Israel di negara ini (majoriti suku keturunan Yehudah, Benyamin, Levi dan sebahagian kecil suku keturunan lain yang sempat melarikan diri ketika serangan Assyria dahulu seperti suku keturunan Efrayim, Menasheh, dan Shim'on) dibawa keluar dari negara mereka untuk dijadikan hamba abdi di Babylonia. Maka, lengkaplah nubuat Nabi Eliyahu dahulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bermulanya Kisah Kaum Yahudi
Di Babylonia, saki baki Bani Israel yang masih hidup keseluruhannya digelar kaum Yehudi oleh orang Babylonia sempena nama asal negara mereka iaitu Negara Yehudah. Inilah permulaannya saat Bani Israel digelar Yahudi kerana institusi kesukuan sudah kabur (dahulu mereka menjaga kesukuan masing-masing) akibat kemusnahan sebahagian besar Bani Israel semasa peperangan. Mereka yang tinggal berkahwin sesama sendiri untuk membentuk identiti baru yakni kaum Yahudi.
Kaum Yahudi dibenarkan pulang semula ke tanah air mereka untuk membina kembali Haikal Sulaiman yang ke-2 setelah Koresh HaGadol aka Iskandar Zulkarnain menawan kerajaan Babylonia yang kafir itu. Kesannya, umat Yahudi di bawah pimpinan Nabi Haggai dan Nabi Zechariah (bukan Nabi Zakaria bapa kepada Nabi Yahya dalam Injil dan al-Qur'an) telah berjaya membina kembali Haikal yang runtuh itu. Sementara itu, Nabi Ezra (Nabi Uzair) dikatakan satu-satunya orang yang masih menghafaz keseluruhan Taurat dan baginda menulis kembali Taurat agar ia tidak lagi luput dalam ingatan kaum Yahudi. Dialah nabi terakhir umat Yahudi (menurut agama Yahudi). Menurut kefahaman Islam, saat inilah Taurat dan kitab para anbiya' telah terubah semasa proses penulisan semula.
Bagaimanapun, tidak ramai yang pulang ke Yerusalem kerana Mashiach (Penyelamat) belumpun muncul lagi untuk memimpin seluruh Yahudi. Mulai saat itu, komuniti kaum Yahudi terpecah kepada dua iaitu di Israel dan di Babylonia. Itulah sebabnya ada dua versi Talmud yang dibukukan selepas itu yakni Kitab Talmud Bavli (Talmud Babylonia) dan Talmud Yerushalmi (Talmud Yerusalem).
Tahun demi tahun, tibalah zaman penjajahan Roma selepas penjajahan Yunani, iaitu sezaman dengan Isa dan selepas kematiannya (era perkembangan Kristianiti), kaum Yahudi telah ketiadaan para Anbiya' untuk memimpin mereka. Maka di saat ini, mereka telahpun terpecah kepada 5 golongan:
1. Perushim (Farisi) - Golongan akademik atau bijak-pandai agamawan yang mewarisi ajaran para Anbiya', Mereka percaya terhadap Taurat Lisan (Talmud) dan Taurat Bertulis (al-Kitab) dan Para Ulama yang digelar Rabbi. Terdiri daripada para pendeta dan pelajar-pelajar Taurat yang teguh mempelajari warisan ajaran sebenar para Anbiya'. Mereka sangat mementingkan Halachah (Syariah atau Fiqh Yahudi).
2. Tzaddokim (Sadduki) - Berkebudayaan Hellenistik (Yunani-Rom) dan terdiri daripada bangsawan dan paderi/imam yang tunduk kepada kekuasaan Rom sebagai boneka. Mereka tidak beriman kepada "hadis-hadis" yakni Taurat Lisan. Oleh itu, mereka kufur kepada sesetengah perkara yang termaktub dalam Taurat Lisan seperti Hari Kebangkitan, Syurga dan Neraka.
3. Isiyyim (Esseni) - Golongan miskin yang mengasingkan diri dengan berteraskan Kabbalah (Tasawuf) lantaran kecewa dengan golongan bangsawan pemerintah (Tzaddokim) dan ulama (Perushim) yang bersengketa sesama sendiri. Merekalah kaum di mana Isa dan Hawariyun berasal dan juga leluhur kepada pengikut awal ajaran Kristianiti. Mereka akhirnya menganggap Yeshua' (Isa) sebagai Penyelamat yang ditunggu-tunggu manakala sepupunya, Yochanan HaMatbil (Yahya Si Pembabtis) itu sebenarnya adalah Nabi Eliyahu (Nabi Eliyas) yang telah kembali seperti dalam ramalan.
4. Shomerim (Samaritani) - Kaum yang berasal daripada campuran Bani Israel dengan kaum penjajah daripada Assyria dan Babylonia tapi masih menetap di Israel. Mereka hanya beriman dengan Taurat Bertulis yang diterima Nabi Musa dan menolak kitab para Nabi lain dan juga Talmud kerana mereka telah terpisah daripada kaum Yahudi yang dibawa ke Babylonia semasa peperangan dahulu (yang ketika itu masih ada nabi-nabi diutuskan). Mereka paling rapat dengan kaum Kristiani tapi sangat dibenci oleh kaum Perushim dan Tzaddokim.
5. Qanna'im (Zealots) - Golongan yang asalnya daripada Perushim tetapi berteraskan nasionalisme dan religiousme. Mereka menentang Rom atas dasar jihad untuk membebaskan Tanah Suci. Dalam Zionism, mereka adalah pengasas kepada konsep kebangsaan+keagamaan+kenegaraan (Ahavat Yisrael/bangsa Israel, Torat Yisrael/agama Israel dan Eretz Yisrael/tanah Israel) bagi umat Yahudi |
|
|
|
|
|
|
|
Hala Tuju Kaum Yahudi
Setelah Roma memeluk Kristianiti, empayar itu mula melakukan penganiayaan terhadap kaum Yahudi yang dianggap sebagai pembunuh Isa yakni al-Masih mereka. Pada 70 Masihi, Roma melakukan serangan terhadap Yerusalem sehingga menghapuskan kesemua puak di atas melainkan saki-baki Perushim dan Shomerim.
Perushim adalah leluhur bagi kaum Yahudi moden kini di mana merekalah yang telah dihalau sehingga bertebaran ke seluruh dunia. Mereka mengasaskan konsep Rabbaniyah dan pengajian Taurat serta ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan umat Yahudi.
Manakala Shomerim masih tinggal di Tanah Suci sehingga ke hari ini tanpa apa-apa halangan dari Roma. Hal ini kerana ihsan Kristian Romawi kepada mereka atas dasar ajaran Injil yang menyuruh mencontohi orang Shomeri (Samaritan) yang luhur hatinya dan menyuruh mengutuk orang Perushi (Farisi) yang dikatakan munafiq.
Kaum Yahudi keturunan Perushim yang bertebaran terbahagi kepada 3 golongan:
1. Ashkenazim (Eropah Timur dan Barat; Amerika Utara, Australia)
2. Sefaradim (Eropah Selatan, Afrika Utara, Amerika Selatan dan Latin)
3. Mizrachim (Tanah Arab, Asia Tengah, Selatan dan Timur)
Dari segi agama, ketiga-tiga golongan di atas bermazhab Rabbanim (Rabbinikal) yang beriman kepada Taurat Bertulis dan Taurat Lisan sepertimana leluhur mereka Perushim.
Bagaimanapun, berlaku perpecahan dalam beragama apabila muncul mazhab Qara'im (Karaism) pada kurun ke-9 yang hanya percayakan Taurat Bertulis (al-Kitab) dan menolak Taurat Lisan (Talmud). Mereka mendakwa susur galur kepercayaan mereka berasal daripada kaum Tzaddokim yang telah pupus.
Mazhab Rabbanim lebih utuh dan berpengikut yang lebih ramai. Kaum Sefaradim dan Mizrachim melahirkan ramai ulama muktabar dalam mazhab ini kerana kehampiran mereka dengan Tanah Suci dan kebebasan yang diberikan oleh empayar Khilafah Islamiyah. Institusi pengajian Yahudi (Yeshivah) tumbuh bagai cendawan di serata wilayah, sehingga melahirkan saintis dan cendekiawan dalam pelbagai ilmu di samping ilmu agama. Inilah zaman keemasan Islam-Yahudi yakni pada Abad Pertengahan.
Kaum Ashkenazim pula mengalami tekanan dan diskriminasi yang teruk oleh kerajaan-kerajaan Kristiani di Eropah dan Russia. Penyembelihan, pengusiran, penafian hak dan paksaan dalam pelbagai bentuk memaksa mereka mendalami Kabbalah, iaitu ilmu Tasawuf Yahudi yang memberikan kekuatan ruhaniah kepada mereka untuk terus berharap kepada kehadiran Mashiach (Penyelamat Agung) yang akan mengembalikan mereka kepada kegemilangan Kerajaan Israel.
Oleh itu muncullah dua pecahan dalam kepercayaan Rabbanim di kalangan Ashkenazim:
1. Chassidim (Hassidik) - Fahaman yang berorientasikan Kabbalah di samping Halachah (Syariah) dan Aggadah (Aqidah). Mereka digelar Yahudi Sufi atau Yahudi Mistik. Mereka terpecah kepada pelbagai jemaah tarekat masing-masing. Mereka mendakwa, dalam beragama, kita tidak boleh hanya menumpukan kepada soal tersurat sahaja (Fiqh), tetapi juga soal tersirat (Tasawuf)
2. Yeshivim (Yeshivish) - Fahaman asal Rabbanim yang diimani sepertimana kaum Sefaradim dan Mizrachim iaitu berorientasikan Halachah dan Aggadah di samping sedikit Kabbalah. Mereka digelar Yahudi Fiqh atau Yahudi Akademik. Mereka terus sabar dalam menguatkan pembelajaran Taurat dan ilmu pengetahuan sebagai tunjang kehidupan seorang Yahudi, sehingga ramai dari keturunan ini menjadi cendekiawan dan saintis di Eropah.
Kedua-dua puak ini sentiasa bertelagah kerana Yeshivim menganggap unsur Kabbalah yang difahami oleh Chassidim agak melampau dan boleh jatuh syirik, ditambahkan lagi dengan pujaan melampau terhadap ulama mereka sehinggakan mimpi-mimpi ulama pun dijadikan hujah agama. Sedangkan Chassidim menganggap kaum Yeshivim hanya berhukum tanpa membersihkan jiwa mereka terlebih dahulu, sebab itulah hati mereka terhijab daripada ilham Tuhan yang boleh didapati melalui mimpi dan perantaraan lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Off Topic: Pecahan dalam Mazhab Rabbanim bagi Kaum Yahudi Ashkenazi
Pada kurun ke-18, Eropah menyaksikan Zaman Haskalah (Age of Enlightenment) di mana, agama Kristian tidak lagi menjadi penyekat kebebasan rakyat. Kuasa gereja yang dahulunya banyak menindas Yahudi (sehingga ramai Yahudi sanggup murtad untuk memeluk Kristianiti dan berasimilasi agar diterima masyarakat setempat) telahpun dihadkan.
Sebelum itu, hal murtad ini juga menimbulkan kebimbangan terhadap beberapa cendekiawan Yahudi. Merekapun mencipta mazhab baru dipanggil Reform yang mirip Kristian Protestan, iaitu agama yang tidak menyekat kehidupan seseorang. Agama Yahudi asalnya adalah Orach Chayim (The Way of Life) yang mempunyai hukum-hakam untuk setiap aspek dalam kehidupan. Ini menyukarkan mereka untuk bercampur gaul dengan orang-orang Kristian Protestan yang menerajui masa depan Eropah.
Agar orang-orang Yahudi tidak lagi perlu menukar agama semata-mata untuk mendapat kehidupan yang lebih baik, mazhab Reform diasaskan. Maka terjadilah lagi pecahan dalam kalangan Yahudi Ashkenazim. Ramai yang memeluk mazhab baru ini manakala mereka yang menentang dan tidak mahu menerimanya dianggap sebagai Yahudi Orthodoks.
Justeru, nama itu kekal sehingga kini dalam dunia Ashkenazi untuk mereka yang mengamalkan agama Yahudi yang asal. Golongan Chassidim dan Yeshivim yang dahulunya bersengketa bergabung untuk menyekat pengaruh liberalisasi dalam beragama yang dibawa oleh Yahudi Reform. Mereka tidak pernah mengiktiraf gelaran Orthodoks yang dinisbahkan kepada mereka kerana Judaism adalah satu cara hidup. Oleh itu, mereka menggelarkan diri mereka sebagai Charedim yang bererti Orang-Orang Bertakwa (yang takutkan Tuhan).
Perselisihan yang wujud di Eropah ini berterusan sehingga ke Amerika Syarikat setelah Perang Dunia ke-2 di mana, ramai Yahudi Ashkenazi di Eropah berhijrah ke sana dan secara tidak langsung membawa fahaman masing-masing. Persengketaan antara golongan Reform dan Charedim menimbulkan perasaan tidak senang hati dan bersalah dalam sesetengah golongan Reform. Mereka bimbang jika kesatuan Yahudi akan rapuh apabila timbul soal kafir mengkafir dan saling tidak mengiktiraf keyahudian.
Maka satu lagi mazhab yang baru iaitu mazhab Konservatif diasaskan oleh mereka yang bersifat sederhana ini demi merapatkan jurang antara kedua ekstrim. Mazhab ini mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua golongan, maka ia seperti "orang tengah" dalam menyelesaikan permasalahan agama yang kontroversi. Sidang-sidang dan muktamar para rabbi dari setiap mazhab dibuat agar mereka menyampaikan pendapat masing-masing untuk mencapai kata sepakat.
Mazhab Konservatif walaupun mengiktiraf autoriti Halachah (Syariah Yahudi), tapi ia membuka ruang kepada sedikit adaptasi untuk menyesuaikan diri dengan dunia moden yang liberal agar seseorang Yahudi masih boleh mengamalkan gaya hidup sebagai Yahudi tulen di tengah-tengah masyarakat liberal. Mereka tidak seperti golongan Charedim aka Orthodoks yang hidup terasing dalam komuniti tersendiri.
Arus shift-to-the-right ini terus menerus mempengaruhi mazhab Konservatif dan juga Reform sehingga pada hari ini, pendekatan terhadap Halachah semakin diambil berat. Reform kini menggalakkan seseorang itu mengikuti hukum-hakam yang asal selagimana seseorang itu boleh dengan penekanan bahawa tiada paksaanpun untuk melaksanakan sesuatu hukum.
Mazhab Rekonstruktif lahir daripada arus shift-to-the-right dalam mazhab Konservatif ini tapi ia dicemari dengan pandangan yang lebih liberal daripada mazhab Reform dari aspek Akidah menyebabkan ada sesetengah jemaah tidak lagi mengiktiraf kewujudan Tuhan tetapi menganggap Judaism sebagai cara hidup dan sosiobudaya bagi umat Yahudi. Rekonstruktif menganggap seorang Yahudi wajib mengamalkan Syariah Yahudi atas dasar tradisi dan warisan semata-mata, bukannya disebabkan wahyu Tuhan. Ia menjadikan Taurat dan Talmud sebagai sumber peradaban tradisi dan budaya Yahudi yang perlu diamalkan oleh mereka yang berketurunan Yahudi.
Dalam kalangan Charedim pula, timbul arus shift-to-the-left akibat perhubungan dengan mazhab-mazhab di atas. Mazhab yang baru ini mengambil pendekatan yang lebih efektif dari mazhab Konservatif untuk berhubung dengan dunia luar tetapi dalam masa yang sama, masih mengekalkan keseluruhan agama Judaism tanpa sebarang unsur liberalisasi. Mereka yang bermazhab ini dikenali sebagai Chadishim atau dunia luar memanggil mereka sebagai Ortodoks Moden. Mereka hidup sepertimana orang lain dan bergaul secara biasa dengan dunia bukan Yahudi tetapi Akidah, Syariah dan Tasawuf Yahudi mereka sama sepertimana golongan Charedim.
Sejak daripada itu, golongan Charedim dikenali pula sebagai Ultra-Orthodoks sementara Chadishim dikenali sebagai Moden-Ortodoks. Yang mujurnya, tiada persengketaan antara Charedim dengan Chadishim. Di Amerika Syarikat, kedua-dua golongan saling berinteraksi secara damai tanpa ada sebarang masalah. Malah, perbezaan mereka kadang-kadang agak kabur kerana anak-anak orang Charedim yang keluar tinggal berjauhan daripada komuniti mereka mengambil pendekatan gaya hidup Chadishim manakala orang-orang Chadishim pula menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama yang bertempat di komuniti Charedim yang mana para gurunya adalah Charedim.
Keadaan ini tidak sebegitu bagi Israel kerana Modern-Orthodoxy yang dianuti rakyat awam Israel telah mendokong Zionism sebagai tajdid terhadap kehidupan umat Yahudi ke arah zaman para leluhur di bawah Mashiach. Hal ini tidak diiktiraf oleh Ultra-Orthodoxy yang non-Zionis dan anti-Zionis berdiam diri di Yerusalem. Diharapkan usaha-usaha yang berterusan dalam perhubungan akan menjadikan keadaan seperti di AS itu sebagai suatu kenormalan di Israel ini |
|
|
|
|
|
|
|
Yup, itu betol. Versi kitab kami dalam peristiwa Qurban tu, Isma'el yg disembelih n kejadian berlaku semasa Ibrahim melawat Hajar n Isma'el. Kami sembelih haiwan2 smua bg memperingati kejadian ini, org2 Krist non-semites x ada idea pasal ini n kita x salahkan mereka. selain tu lain2 peristiwa kami peringatinya dalam ritual Haji di Tanah Suci Mekah sana n ia terkandung dalam perayaan 'aidil adh'ha.
Versi orang Israel, Ishaq yg disembelih aku pernah dengarnya. ya, rasanya ini bukan masalah besar n serahkan pd-Nya sahaja, lagipon kami beriman juga dgn smua nabi2 yg lampau.
berkenaan doa n perjanjian nabi Ibrahim (as), juga ada dalam Quran, rsnya dh ada tp sahaja kita letakkan terjemahannya lagi untuk tatapan bersama pembaca beragama Islam sb yg dibaca dalam solat mungkin tidak difahami oleh stengah orang kerana berbeza bahasa.
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yg kami sembunyikan dan apa yg kami zahirkan, dan x ada suatu pon yg tersembunyi bg Allah, baik di bumi mau pon di langit 38 Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada aku di hari tua aku Isma'il n Ishaq. Sesunggohnya Tuhanku Maha Mendengar (Memberi perkenan) doa 39 Tuhanku, jadikanlah aku orang yg mendirikan solat n juga zuriat2ku. Tuhan kami, perkenankanlah doaku 40 Tuhan kami ampunkanlah aku dan kedua ibu bapa aku serta bagi orang2 beriman pada hari terjadinya perhitungan (kebangkitan) 41
(terjemahan surah Ibrahim ayat 38-41)
Owh, lagik satu perkataan Brith Millah... menarik tu, aku x perasan perkataan yg sama kita gunakan... ahahahahaa, thanks Migdal tolong highlight-kan perkataan tu, aku mmg x perasan walopon benda yg sama rupanya kitorang pon ada sebut benda ni dalam do'a kitorang, aku x perasan jika di masjid2 Melayu ada bc tp kitorang mmg bc ini.
Biasa kitorang akan bc doa ini semasa pagi2 solat fajar (suboh) n waktu petang nak tenggelam mentari solat maghreb (matahri ke Barat). kalo pagi doanya bunyi:
asbahna wa asbahalmolko lillahi walhamdulillahi laa ilaaha illallah wahdaho laa shariika lah.
(berpagi kami dan menyucikan al'Molk (nama-Nya) dan segala puji bagi-Nya x ada tuhan selain Allah, Satu-Nya Dia x ada sekutu bagi-Nya.)
asbahna 3ala fitratil'islaam, wa 3ala kalimatel'ikhlaas, wa3ala millati abiina Ibraahim haneefan musliman wa maa kaana minal'mushrikeen.
(berpagi kami atas fitrah (abad) Islam, dan atas kalimah ikhlas, dan atas millah (agama) bapak kami Ibrahim, lurus tiada cabang2 orang yg bertenang dan bukanlah dia dari kalangan orang yg mempersekutukan Tuhan.)
hahaha, sorry, lawak la pulak, pakai tulisan rumi wat aku rs pelik bila tulis doa2 n ayat dr Quran. kitorang jarang rumikan benda2 ni kalo petang berubah la perkataan asbah tu jadi amsai... maksudnya berpetang dengan berpegang dgn millah itu, ada penafsir Quran yg sebutkan millah sebagai ad'diin (agama, undang2). aku x cek lagik kamus2 bahasa Arab yg lama2. nanti aku cuba bukak balik |
|
|
|
|
|
|
|
@kak hotlips
owh btol arh 'Esau nama Arab dia al'Eish, yg aku penah dengar anak Ishaq (as) pon ada dua orang tu sahaja lah.... aku pon dh terlupa... lama sangat x rewind Qisaasol'anbiyaa'... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sure lak asal usul bangsa nih.. tapi mengikut kata fasilitator aku @ BTN, bangsa terbahagi kepada 7. Bangsa Arab, Keling, Eropah, Melayu, Afrika, American latin, satu lagi aku tak ingat.. Yahudi tu asal usulnya dari bangsa arab. |
|
|
|
|
|
|
|
Owh, lagik satu perkataan Brith Millah... menarik tu, aku x perasan perkataan yg sama kita gunakan... ahahahahaa, thanks Migdal tolong highlight-kan perkataan tu, aku mmg x perasan walopon benda yg sama rupanya kitorang pon ada sebut benda ni dalam do'a kitorang, aku x perasan jika di masjid2 Melayu ada bc tp kitorang mmg bc ini.
asbahna 3ala fitratil'islaam, wa 3ala kalimatel'ikhlaas, wa3ala millati abiina Ibraahim haneefan musliman wa maa kaana minal'mushrikeen.
(berpagi kami atas fitrah (abad) Islam, dan atas kalimah ikhlas, dan atas millah (agama) bapak kami Ibrahim, lurus tiada cabang2 orang yg bertenang dan bukanlah dia dari kalangan orang yg mempersekutukan Tuhan.)
Ak tahu ma3thour ini. Tak salah untuk berdoa atas hak Millah Ibrahim kerana ia adalah leluhur kita dan darinya muncul para Anbiya dan Kitab.
Ibrahim adalah titik persamaan bagi setiap agama Monotheist. Di AS, banyak program atau organisasi yang menganjurkan persefahaman dan kesatuan antara Yahudi-Kristian-Muslim atas dasar Millah Ibrahim. Mereka namakan sebagai Congregation of Bnei Avraham atau Unity of Abrahamic Religions
hahaha, sorry, lawak la pulak, pakai tulisan rumi wat aku rs pelik bila tulis doa2 n ayat dr Quran. kitorang jarang rumikan benda2 ni kalo petang berubah la perkataan asbah tu jadi amsai... maksudnya berpetang dengan berpegang dgn millah itu, ada penafsir Quran yg sebutkan millah sebagai ad'diin (agama, undang2). aku x cek lagik kamus2 bahasa Arab yg lama2. nanti aku cuba bukak balik
Millah dalam bahasa Ibrani kuno juga bermaksud agama atau harafiahnya kata-kata Tuhan ataupun tanda. Sebab itu ia juga menjadi perkataan bagi upacara berkhatan kerana melalui perjanjian Millah inilah Tuhan telah mensyariatkan Khatan sebagai "tanda" termeterainya perjanjian tersebut.
Orang yang mula-mula berkhatan adalah Ibrahim dan Ismael. Ak mahu bertanya, kenapakah umat Islam di nusantara berkhatan lewat? Adakah kerana mereka mengikuti Ishmael yang berumur 13 tahun ketika itu? Ketika umur akil baligh? Sedangkan tradisi Ibrahim ialah pada 8 hari kelahiran. Bagi orang Arab juga rasanya mereka lakukan ketika bayi juga, bukan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|