|
Pyan: Shahir Bekas Ahli Nasyid Saujana12-Mar-2010 | Oleh: Razif Rosdi
![](http://media.mit.net.my/photo/59/3112010_shahirsaujana%28a%29.jpg)
Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 12 MAC 2010: Penyertaan Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 sebagai pelajar AkademiFantasia 8 (AF8) menimbulkan kejutan bagi peminat muzik nasyid tempatankerana pelajar kelahiran Perak itu didakwa pernah menganggotai kumpulannasyid Saujana yang popular dengan lagu Keluarga Bahagia.
Bagimendapatkan kepastian tersebut, murai.com.my terus menghubungi ketuakumpulan Saujana iaitu Suffian Amrin atau Pyan, 29 untuk mendapatkankesahihan tentang persoalan tersebut.
"Ya, Shahir pernahmenjadi ahli kumpulan Saujana. Tapi sekarang ni tidak lagi. Senangcakap, dia adalah ahli Saujana saja. Sebenarnya, kami dah setahun takmenghubungi Shahir dan agak terkejut juga bila mendapat tahu penyertaanShahir sebagai pelajar AF8," ujar Pyan.
Meneruskan perbualan,Pyan menyatakan bahawa Shahir hanya sempat menjadi ahli Saujana selama2 tahun saja iaitu pada 2007 dan 2008. Namun, pada awal 2009, Shahirmeminta izin untuk dilepaskan kerana mahu menyelesaikan masalahpengajian.
"Sewaktu Shahir ada, dia memang banyak membantu.Lagipun, Shahir seorang yang pandai bertarranum. Malah, Shahir ni jugasangat gila bola.
"Seperti yang saya katakan tadi, Shahirkeluar Saujana sebab ada masalah dengan pengajian . Penyertaan Shahirdi dalam Saujana yang pada awalnya tidak diketahui oleh keluargaShahir. Jadi, tidak timbulah isu kami bergaduh atau tidak sebulu.Sebenarnya, saya sendiri yang mengajak Shahir joined kumpulan kami.
"Waktuitu, kami memang memerlukan ahli baru setelah beberapa ahli lamabekerja secara profesional sebagai doktor dan jurueta. Oleh itu, sayapun cuba dapatkan maklumat siapakah pelajar UIA yang pakar dan pandaimenyanyikan lagu nasyid. Jadi, adik saya yang kebetulan belajar di sanatelah mencadangkan nama Shahir," jelasnya.
Dalam pada itu, Pyanakui pernah memujuk Shahir untuk kembali bersama Saujana. Namun,pujukan itu tiada jawapan sehinggalah mereka dapat tahu dia sudahmenyertai AF8.
"Kalau boleh kami memang mahu Shahir terlibatdalam album terbaru Saujana bertajuk Nota Cinta. Tapi, apa boleh buat.Memang sudah tidak ada rezeki kami bersama dia lagi agaknya, Walaupunkami terkejut dengan penyertaan Shahir namun kami menganggap ia sebagaisatu penyertaan yang cukup positif.
"Apa yang dipilih Shahiradalah kehendak peribadi. Kami tak halang dan kami doakan yang terbaikbuat Shahir. Kami harap Shahir jangan lupakan Saujana. Ini kerana,dengan Saujana...Shahir kenal industri muzik tempatan. Paling utama,janganlah Shahir lupa daratan," kata Pyan mengakhiri perbualan. ga007 |
|