CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[R-TV] Imam Muda S1 - [ ASYRAF Juara!!]

[Copy link]
 Author| Post time 24-7-2010 02:51 PM | Show all posts
Aran, Taufek tersingkir
Oleh Ridzuan Abdul Rahman
[email protected]
2010/07/24


PELBAGAI cabaran dan ujian sudah dilalui sepanjang lapan minggu berada dalam program realiti dakwah Imam Muda. Prestasi mereka adakalanya di atas dan ada kalanya di bawah.
Bagaimanapun, Ahmad Hazran Ahmad Kamal atau Aran, 26, dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program yang mempunyai ramai peminat itu. Mereka puashati perjuangan hanya sampai setakat minggu kesembilan.


Episod sembilan yang disiarkan di Astro Oasis, jam 9 malam tadi, menyaksikan Hizbur Rahman Omar Zuhdi dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan layak meneruskan perjuangan ke peringkat akhir yang akan berlangsung di Dewan Muktamar, Pusat Islam pada 30 Julai ini.


Ibarat perlawanan bola sepak Piala Dunia baru-baru ini, nasib Aran dan Taufek seperti Jerman dan Uruguay apabila tersingkir pada saingan separuh akhir. Hanya selangkah kaki saja lagi untuk ke akhir, namun terpaksa menerima hakikat yang ditetapkan. Aran yang ditemui selepas penyingkirannya berkata, dia tetap bersyukur berjaya sampai ke tahap ini.


"Mula-mulanya saya sendiri tak percaya boleh sampai ke tahap ini. Berada pada kedudukan top 4 sudah bagus kerana semua peserta hebat-hebat belaka. Sepanjang berada dalam program ini banyak ilmu yang saya kutip terutama daripada pengetua, mentor dan ramai lagi.


"Saya rasa kehilangan apabila seorang demi seorang kawan tersingkir dari program ini kerana kami saling melengkapi dan sering membantu antara satu sama lain. Tersingkir daripada Imam Muda adalah ujian yang sangat kecil pada saya kerana yang paling saya risaukan bila keluar, masyarakat inginkan individu yang boleh pimpin mereka sedangkan kami banyak kekurangan.


"Sebaik tamat program ini saya akan balik rumah dan berbincang dengan keluarga mengenai perancangan masa depan. Majikan, Bank Islam, mengalu-alukan saya kembali bekerja dengan mereka setelah ambil cuti, tapi semuanya kena bincang dengan keluarga terlebih dulu.


"Kontrak dengan Astro sampai hujung tahun ini. Namun, tak dinafikan ada banyak lagi tawaran lain yang datang kepada saya sekarang. Semuanya harus dipertimbangkan dengan sebaik mungkin," katanya mengakui kelemahan sebelum ini yang kurang mengambil berat keadaan sekeliling sebelum menyertai Imam Muda.


Taufik turut menerima penyingkirannya dengan dada terbuka. Kata perunding motivasi itu, cabaran itu biasa dan jika tidak mampu menghadapinya dia takkan menyertai Imam Muda.


"Saya bersyukur dan bertuah sampai ke tahap ini serta tak berharap nak menjuarai program Imam Muda. Saya bukan kejar kemenangan, tapi ilmu yang dikutip sepanjang terbabit dalam program ini tak ternilai harganya.


"Semasa minggu kesembilan ini, ada dua rasa yang bermain di fikiran saya sama ada semua masuk final ataupun dua akan terkeluar. Hizbur dan Asyraf hafaz al-Quran, sedangkan saya tak pandai. Jadi mampu sampai ke tahap ini ialah satu kejayaan buat saya. "Sepanjang sembilan minggu pelbagai cabaran saya lalui, tapi cabaran minggu pertama memang menguji kerana kami perlu uruskan jenazah sebenar yang tak sempurna serta sudah tiga bulan tak dituntut. Inilah pengalaman berharga saya. Sebagai pakar motivasi saya tiada masalah untuk tampil berkongsi ilmu dengan masyarakat. "Imam Muda adalah platform untuk saya berdakwah dan memberi intipati agama kepada masyarakat. Saya mengakui ada beberapa tawaran daripada majlis agama yang mahukan saya jadi imam untuk masjid, tapi ia bukan secara rasmi. Saya akan sambung belajar bagi memantapkan ilmu agama supaya dapat beri yang terbaik lagi kepada masyarakat," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2010 02:55 PM | Show all posts
ai suka laa tengok si asyraf tu...
tatkala dia tengah lakukan tugasan, mmg nampak mcm orang yang dah besar2

bila diluar tugasan, dia mcm orang biasa yang humble...
dia nehh nampak cerdik laa
fikiran cerdas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2010 03:29 PM | Show all posts
sedih laa ai tengok pengetua imam muda umumkan sape kuar
dia pung sebak..adehhhh.....terus auto air mata ai pung gugur katanya (kekekeke)

aduhhh sedihnyeeee pula
bila pengakhir program
ada makcik nyanyi pasal suka duka hidup bsama anak
tapi akhirnya bodan dilupakan

adehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 04:33 PM | Show all posts
saya pun suka asyraff.....
dari awal program IM mmg suka dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2010 04:51 PM | Show all posts
dia kasik tazkirah mcm otai2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2010 06:07 PM | Show all posts
dia kasik tazkirah mcm otai2
Syd Post at 24-7-2010 16:51



    dia punya intonasi masa bercakap atau beri tazkirah mmg macam otai2......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2010 04:26 PM | Show all posts
Jumaat minggu lepas (23/7/10) Imam Muda ASYRAF membaca khutbah dan mengimamkan solat Jumaat di Masjid Al-Malik Khalid, USM, Pulau Pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2010 09:05 PM | Show all posts
sedey bile tgk aran & taufek kuar..
tp xpela rezeki masing2...
vote for asyraf...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2010 11:06 AM | Show all posts
imam muda asyraf tuh lemah lembut jerrr....suka dgr intonasi suara diee...hizbur tuh awal awal lagi aku dah tau mesti masuk final die nihh....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2010 12:29 PM | Show all posts
Reply 88# Yen_Aireena

datu pengetua tu pung
masa nak umumkan tu
sebak suara dia
terkucil menahan tangis dan sedih
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 03:32 PM | Show all posts
Reply 89# choolakaw


    ramai yg memuji asyraf masa baca khutbah kt masjid usm
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2010 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by choolakaw at 27-7-2010 16:29
Reply  choolakaw


    ramai yg memuji asyraf masa baca khutbah kt masjid usm
ufal Post at 27-7-2010 15:32

ooo..yer kerr...alhamdullilahh....tgk kat imam muda minggu lps die bagi tazkirah....sgt best dan menyakinkan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2010 07:47 AM | Show all posts
Imam Muda bukan cari glamor

Oleh SHOLINA OSMAN
[email protected]

KUALA LUMPUR 27 Julai - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menepis dakwaan bahawa program realiti, Imam Muda yang diilhamkan pihaknya itu bertujuan untuk melahirkan imam muda yang glamor.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali berkata, Jawi tidak ambil peduli dengan kritikan tersebut asalkan program yang diterbitkan dengan kerjasama Astro Oasis itu berjaya dilaksanakan mengikut perancangan.

''Jawi berharap Imam Muda dapat mengubah tanggapan masyarakat Islam selama ini bahawa jawatan imam hanya mengetuai solat dan aktiviti ibadat di dalam masjid sahaja,'' katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Che Mat berkata, Jawi sebenarnya ingin melahirkan imam yang boleh bercampur dengan masyarakat menerusi apa sahaja aktiviti untuk kebaikan ummah.

Sehubungan itu, katanya, dalam program Imam Muda ini, para peserta didedahkan dengan tugasan luar supaya dapat bersama-sama dengan masyarakat dalam membanteras kegiatan maksiat termasuk mat rempit.

''Malah Jawi juga telah menyediakan beberapa ujian termasuk memastikan peserta Imam Muda bukan sahaja fasih dalam bahasa Arab malah bahasa Inggeris,'' katanya.

Beliau berharap, program Imam Muda ini akan menjadi perintis kepada program realiti bercorak keagamaan umpamanya mencari bilal atau pendakwah.

''Jawi sedia memberikan kerjasama jika ada pihak yang berminat untuk menerbitkan program realiti bersifat keagamaan selepas ini,'' katanya.

Che Mat berkata, beliau berpuas hati kerana Imam Muda berjaya menarik minat 1,134 anak muda di seluruh negara untuk menjalani sesi uji bakat program ini.

Beliau berkata, hanya dua peserta akan bersaing pada peringkat akhir iaitu Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, dari Pulau Pinang dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dari Baling, Kedah.

''Pada 30 Julai ini akan ditentukan juara sulung rancangan Imam Muda yang akan diadakan di Dewan Pusat Islam dengan kapasiti 1,300 penonton sahaja,'' katanya.

Bagaimanapun, katanya, Jawi akan menyediakan skrin layar besar kepada pengunjung selain penonton boleh menyaksikan siaran secara langsung menerusi Astro Oasis.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2010 11:29 AM | Show all posts
astro tak buat final IM ni live in HD channel macam AF hari tu ka
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 11:22 AM | Show all posts
Keluarga kena tempias populariti
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]
2010/07/29

DEBARAN untuk mengetahui siapakah yang bakal menjuarai program realiti dakwah, Imam Muda musim pertama hampir sampai ke kemuncaknya. Siaran langsung peringkat akhir itu akan diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur, jam 9 malam esok.
Bagaimanapun, dua peserta yang bakal bersaing untuk menjadi juara, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, tidak mahu terlalu memikirkan siapa paling layak bergelar juara kerana bagi mereka, dapat ke peringkat akhir program itu sudah cukup baik buat mereka.


Malah, mereka sendiri terkejut kerana tidak menyangka program itu akan mencetuskan fenomena baru kepada dunia penyiaran tanah air. Ia bukan saja mengejutkan Hizbur dan Ashraf, malah tempiasnya turut terkena pada keluarga masing-masing terutama isteri mereka.


Ketika ditemui di tempat penginapan dan pengajian mereka di Masjid Wilayah Jalan Duta, Kuala Lumpur, Hizbur berkata, dia menyertai Imam Muda dengan hasrat ingin mendalami ilmu agama untuk melengkapkan diri menjadi mukmin sejati dan dapat berbakti kepada bangsa dan agama, tak sangka pula program itu mendapat perhatian seluruh masyarakat dan juga media antarabangsa.


“Terlalu banyak kejutan dalam Imam Muda. Ketika mengetahui terpilih menjadi peserta Imam Muda, saya dan keluarga sudah terkejut kerana antara ratusan orang yang datang ke uji bakat program ini, saya yang terpilih. Emak dan abang saya sekali lagi terkejut apabila kru produksi Imam Muda datang membuat rakaman di rumah. “Manalah keluarga saya biasa dengan keadaan ini semua, namun kami sangat bersyukur dengan pemilihan saya. Rumah saya di Baling, Kedah, Astro pun tiada dan saya dapat tahu mengenai uji bakat daripada kakak yang menetap di Sarawak. “Apapun jua, Alhamdulillah kerana saya berjaya sampai ke peringkat ini, sama ada menang atau kalah, saya tetap gembira kerana banyak ilmu yang saya peroleh daripada program ini,” katanya.


Berhadapan dengan fasa baru kehidupannya kini, bukan saja Hizbur terpaksa menyesuaikan diri dengan suasana baru, malah isteri yang dikahwininya pada, 2007, Liliyana Hasanah Yudi, 23, juga terpaksa membiasakan diri dan selepas ini, hidup mereka berdua akan menjadi perhatian masyarakat.


Hizbur masih belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir dalam jurusan Syariah dan sebelum ini pernah menuntut di Syria. “Sejak berkahwin, kami sering berjauhan kerana saya berulang-alik ke Mesir sementara dia tinggal di kampung saya. Kami berkenalan ketika dia belajar agama di Pondok Lanai, Madrasah Misbah Al-Falah yang diasaskan bapa saya. “Nampaknya selepas ini untuk mengelakkan fitnah dan sebagainya, saya akan membawanya tinggal bersama saya di Kuala Lumpur. Lebih selamat dan selesa jika dia ada bersama. Jika sebelum ini tiada yang mengenali kami, namun sekarang keadaannya sudah berubah dan isteri kenalah faham,” katanya.


Dalam pada itu, Hizbur juga mengakui agak gementar untuk berhadapan dengan dunia luar selepas ini. “Apabila sebut Imam, orang pasti menganggap dirinya sangat hebat serba serbi dan tidak boleh melakukan sebarang kesilapan. Dalam hal ini mereka kena faham kerana saya pun orang biasa dan pengalaman masih cetek. Bagaimanapun, saya akan buat yang terbaik.


“Pengetua Imam Muda, ustaz Hassan (Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz) banyak memberikan nasihat dan pintanya jangan sesekali lupa diri, sebaliknya laksanakan tanggungjawab dengan seikhlas hati,” katanya.


Sepanjang Ramadan ini, Hizbur akan menjadi Imam di Masjid Darul Ehsan, SS15, Subang. Ini kali kelima dia menjadi Imam di sana. “Ada tawaran lain tetapi saya akan terus menjadi Imam di masjid itu kerana tidak bagus saya menolak jadi Imam di sana selepas menyertai Imam Muda. Selepas habis Ramadan ini, saya bersedia berkhidmat di mana saja.


“Di masjid itu nanti, saya akan mengimamkan solat tarawih 20 rakaat dan sepanjang Ramadan ini, saya akan habiskan 30 juzuk al-Quran dengan setiap malam, saya akan habiskan satu juzuk,” katanya.

Seorang lagi finalis, Ashraf pula kini sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana Syariah di Universiti Malaya (UM). Dia juga bersyukur berjaya ke peringkat akhir Imam Muda dan jika menang, dia menganggapnya sebagai bonus.


“Walaupun setiap minggu saya berdoa agar terus bertahan dalam program ini, namun setiap minggu juga hati saya berdebar jika terpaksa meninggalkan program ini kerana saya masih mahu belajar.


“Sekarang tinggal saya berdua dengan Hizbur untuk bertanding ke final, kami tak kisah siapa menang tetapi jika saya menang, ia memang bonus. Dapat sampai ke tahap ini pun, saya sangat bersyukur,” katanya.


Beliau yang berasal dari Pulau Pinang ini juga berkongsi keresahan yang sama dengan Hizbur. Dia juga bimbangkan pandangan dan jangkaan masyarakat terhadapnya.

“Saya juga manusia biasa yang melakukan kesilapan. Pun begitu, saya berjanji akan berhati-hati dalam menyusuri hidup selepas ini. Isteri (Nurhusna Yusof, 23) juga risau, malah dia pernah melarang saya menyertai uji bakat Imam Muda. Dia masih belajar di UM dan saya bimbang juga dia akan berasa tertekan kerana sekarang orang sudah kenal kami. “Saya kena bagi dia faham situasi yang bakal dilaluinya dan selepas ini, dia mesti ada bersama saya selalu. Bukan setakat tingkah laku, saya juga kena menjaga imej diri dan agama. Sebenarnya, isteri saya masih terkejut dan pernah bertanya ‘macam mana ni abang’. “Insya-Allah, saya akan akan berusaha menjadi yang terbaik dan akan memberi lebih tumpuan dalam tugas dakwah. Sebelum menyertai Imam Muda, saya menjadi Imam sambilan di Masjid Desa Petaling. Selepas berakhirnya Imam Muda ini, saya akan ikut perancangan yang disediakan Astro,” katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2010 04:04 PM | Show all posts
Kemuncak Imam Muda Bakal Ditonton Secara Langsung Di Seluruh Dunia

Today at 3:55pm
Peminat Imam Muda yang dihormati,

Atas permintaan ramai, Kemuncak Imam Muda akan dapat ditonton secara langsung di internet. Peminat berpeluang untuk menonton semua episod Ujian, Kapsul, Medan dan Jejak Imam Muda. Mereka hanya perlu mendaftar secara PERCUMA di www.astro.com.my/oasis. Inilah sebuah program terbaik yang mendapat liputan meluas media tempatan dan antarabangsa , kami kongsikan kepada masyarakat seluruh dunia

Lebih menarik lagi, peminat Imam Muda turut boleh mengakses servis yang sama menerusi telefon bimbit. Mereka hanya perlu menaip GET BPLAYER dan hantar ke 26000. Perkhidmatan ini terhad kepada pengguna Maxis 3G dan caj data tertakluk kepada syarat dan terma

Untuk mengelakkan masalah pendaftaran menjelang siaran langsung Kemuncak Imam Muda esok, anda dinasihatkan untuk mendaftar sekarang di www.astro.com.my/oasis. Kepada peminat luar negara, anda boleh mendaftar sebagai public. Sekian

Terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2010 05:13 PM | Show all posts
Kemuncak Imam Muda Bakal Ditonton Secara Langsung Di Seluruh Dunia

Today at 3:55pm
Peminat Imam  ...
Syd Post at 29-7-2010 16:04



    good!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:11 PM | Show all posts
salam


tak kisah siapa menang malam ni
aku rasa macam hizbur jerk menang
tapi kalau ashraf pun, okay jerk

respek semua kat mereka
terharu pun ada  
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:12 PM | Show all posts
press malaysia mana hadap nak tgk rancangan mcm ni?
tak der gosip yang leh ditulis

tahniah h ...
santubung Post at 23-7-2010 23:44



    press malaysia sibuk dgn hiburan2 hedonisme, kisah rogol sana sini jerk :@

aku pilih hizbur
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 07:17 PM | Show all posts
press dari luar dok berduyun dtg psl program ni tapi rasanya press sini takdepun kasi liputan meluas ...
buahcinta Post at 23-7-2010 18:12



    setuju, tak puas hati betul
malaysia ni memang vunguks
kalau pasal hiburan yo yo o jerk
kalau pasal keagamaan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2025 02:00 AM GMT+8 , Processed in 0.328074 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list