CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AdamLoveAin

RTM1 X SIARKAN PERLAWANAN BRAZIL VS KOREA UTARA??

[Copy link]
Post time 17-6-2010 03:33 PM | Show all posts
aku yg harap kan parabola pun ,syarikat sattelite block siaran free yg ada bola.Nak kena pasang antena yg lebih kuat bagi menangkap siaran siam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2010 09:57 PM | Show all posts
harap rtm ,hampeh.langgan Astro ,tu dah beri kemenangan kepada Astro.Berjayalah Astro dgn strateginya.Aku takkan langgan Astro.Masa akan dtg aku akan pasang matrix soccer receiver untuk tangkap siaran bola.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 10:03 PM | Show all posts
sayap, mana nak dapat receiver tu? channel from where? pakai satellite mana
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 10:11 PM | Show all posts
Pihak Skkmm nak ambil tindakkan pun,silakan.Aku tahu sangat kauorang pencacai angkat najis Ananda.Larat ke kauorang nak tangkap ratusan penduduk kampung.Siaran luar negara lagi sopan dari siaran dlm negara yg asyik iklan tuala wanita.Tadi kat berita nasional jurucakap rtm jawab tentang rungutan org ramai.Bagi alasan nak membodohkan org.Ngapa tv luar negara boleh tayang penuh.Hebat sangat kah tv Siam berbanding Rtm yg selalu mengaku hebat.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 10:35 PM | Show all posts
reply st yeepi  :Receiver matrix bola belum ada kat black market Malaysia.Kalau kat Indonesia dah ada.Harga kat sana 700000rupiah bersamaan rm250 lebih kurang.Receiver ni khas untuk menangkap siaran tv luar negeri yg tayang bola tetapi di sekat oleh pihak penyiar.Kalau receiver biasa ,bergantung samaada disekat atau tidak.Semasa euro 2008 siaran tak disekat.Begitu juga wc2006.Cuba rujuk www.lyngsat.com untuk memahami cara tv sattelite berfungsi.Siaran tv seluruh dunia pun bleh rujuk kat situ yg mana free dan yg berbayar.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2010 10:37 PM | Show all posts
reply st yeepi  :Receiver matrix bola belum ada kat black market Malaysia.Kalau kat Indonesia dah ad ...
sayapghaib Post at 17-6-2010 22:35

Tu yang aku risau, takut kalau invest beli nanti, tup tup encryption tukar, tak kan naya tu. Remember astro clone card?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2010 10:43 PM | Show all posts
RTM ni standard Gomen la....cakap meletup berapi-api...service mcm taik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2010 11:09 PM | Show all posts
TGK LA CAM TD....MATCH ARGENTINA VS SOUTH KOREA PON XDE LIVE KAT RTM...NASIB BEK AKU SEMPAT TGK KAT ASTERUK.............BENGANG TOL NGAN RTM1..BEK XYAH ADA HAK PENYIARAN...HAMPEH!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2010 12:33 AM | Show all posts
rtm mmg hampes... penyiar rasmi konon... eiii piiiiiiirahhhhh!!!!~~
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 12:58 AM | Show all posts
Kesian pakcik2 yg takda Astro kena berhempas pulas g umah jiran la, kedai mamak la, rukun tetangga la nak tgk WC...

Dah la WC tak tayang, SUKMA pun tak tayang mcm dulu2...memang ancur la RTM skrg...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 01:20 AM | Show all posts
tu la... dh la tak tayang... heboh mcmkan tayang semua... penyiar rasmi, penyiar rasmi... heboh kt radio... astero pun tak heboh
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 02:05 AM | Show all posts
kenapa siaran langsung rtm tidak menyeluruh, sakit hati bila menunggu siaran hingga lewat pagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 03:54 AM | Show all posts
Siaran World cup 2010 ni lah siaran terburuk dalam sejarah sejak 28 tahun yg lalu.Tahniah RTM kerana memperdaya rakyat Malaysia dgn iklan iklan gah dan kenyataan kenyataan Pak Menteri  Penerangan yg hanya pandai bersastera indah tapi kenyataannya zero.Ingat kitorang tak tahu betapa kamcingnya RTM dgn ASTERUK.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 11:14 AM | Show all posts

Tak bohong kaki bola

Oleh Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
2010/06/18

MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen penyiaran terulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali mendapat perhatian.

JADI TUMPUAN...peminat bola sepak Piala Dunia tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan di skrin besar.
Bagaimanapun selepas seminggu Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan.

Ramai menghantar kiriman emel kepada Arena Metro menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap RTM berikutan kegagalan menyiarkan semua perlawanan Piala Dunia secara langsung.

“RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik,” kata seorang pembaca.

Seorang lagi pengirim berkata: “Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong.” Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.

“RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan,” kata Ibrahim.

“Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.

“Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. “Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan,” katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia.

Menurut beliau, RTM memperoleh dua juta penonton pada upacara pembukaan dan perlawanan pertama, manakala aksi yang disiarkan pada hari kedua pula ditonton hampir 600,000 orang.

Dalam pada itu, Penerbit Penyelaras Piala Dunia RTM, Kamal Roslin meminta peminat melayari laman web www.rtm.gov.my/pialaduniafifa2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual siaran perlawanan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 12:24 PM | Show all posts
download torrent je..... semua game, highlight boleh tengok....
tu pun tak sempat tengok semua lagi.... cuti hujung minggu ni baru nak khatam... {:1_125:}
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 02:27 PM | Show all posts
kenapa siaran langsung rtm tidak menyeluruh, sakit hati bila menunggu siaran hingga lewat pagi
cmf_Strawberry Post at 18-6-2010 02:05

Nasib baik haku ada Astro sejak 2003 lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2010 02:31 PM | Show all posts
Oleh Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
2010/06/18

MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen ...
hayrin86 Post at 18-6-2010 11:14


diorg nih dah ambik 35 matches je tak pyh le nk kecoh2 penyiar rasmi ngalahkan astro... mana idak kena maki hamun ngan org...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 02:55 PM | Show all posts
aku dah tau lama dah memang dorang tak siar semua game..... dorang tak tau.... world cup seblom nih pon team yg cikai2 jerk selalunya dorang amik... mungkin lagik murah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2010 03:32 PM | Show all posts
tu la pasal.. nampak sangat nak suruh rakyat pasang astro jer.. sedangkan sebagai tv rasmi negara, rtm kena faham la, benda-benda macam ni pun boleh mengugat keamanan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2010 04:01 PM | Show all posts
Oleh Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
2010/06/18

MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen ...
hayrin86 Post at 18-6-2010 11:14



    HUH...........KATE ORG RAMAI XTAU PERKEMBANGAN.....KALO GTU,BEK RTM IKLAN HARI2.."KAMI CUMA MENAYANGKAN 35 PERLAWANAN LIVE"..NI TAK,PROMO WC KAT RTM1 BAGAI NAK RAK..TAPI,HAMPEH!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.063355 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list