CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Denise_Najwa

Faizah Elai make up buruk dlm melodi semalam

  [Copy link]
Post time 21-12-2010 05:46 PM | Show all posts
biodata nyer

Nama: Noor Faezah Elai
Panggilan: Faezah
Tempat Lahir: Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh Lahir: 16 Ogos 1982
Umur: 28 tahun
Status: Bujang
Adik-beradik: Anak sulung daripada tiga beradik
Pendidikan: Diploma Fesyen, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Mendengar muzik
Kerjaya: Pelakon, pengacara dan model
Filem: Otai, Adik Manja Returns, Cun, Tolong Awekku Pontianak, Senjakala dan Mantera.
Drama: Cinta & Keadilan, Enigma, Cempaka Berbunga, Sitkom Puteri, Sutera Maya, Hartamas, Anak Mamak Menantu Mami, Dendam Kesumat, Miah Oh Miah dan Asmara.
Iklan: ****x, Canon, Milo, Radox, Vanish dan Celcom
Pengacara: Mango TV (8TV), TV Trivia (TV3), Inspirasi Comel (RTM), Gegar U (Astro), Hypermarket Saga (TV9) dan Seri (TV3)
Pencapaian: Best TV Look Elite Model Search 2006 sempena KL Fashion Week dan 50 Gorgeous People majalah Female.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 05:46 PM | Show all posts
gegeh bercerita dalam melayu kini

DI saat namanya memuncak dan mula menjadi sebutan, tiba-tiba timbul cerita kurang enak membabitkan Noor Faezah Elai.

Heboh kini Faezah, 28, dikatakan menjadi punca keretakan rumah tangga pengarah Heykal Hanifah, 37, dengan isterinya, gara-gara dituduh terjebak dengan skandal. Bukan itu saja, pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Otai itu dikatakan turut diserang isteri Heykal, Rosmanizawani Nadzir atau Jaja, 37, yang juga warga industri muzik.

Ditemui pada sesi fotografi khas bersama Rap, baru-baru ini, Faezah dengan tenang menjelaskan ini pertama kali namanya dipalit kontroversi yang cukup mencengkam sejak tiga tahun bergelar pelakon. Lebih menyedihkan anak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini, mendakwa ia tidak benar sama sekali.



“Saya sudah menjelaskan kepada isteri pengarah itu (Jaja) gosip yang dihebohkan itu tidak benar. Tapi biasalah siapa yang nak percaya dengan cakap saya tapi saya yakin kebenarannya akan terbukti satu hari nanti,” katanya.

Ahad lalu, Melodi TV3 menyiarkan kenyataan pelakon filem Ngangkung, Azad Jazmin, 34, yang mendakwa Faezah cuba berdolak-dalik apabila mengaitkan dirinya dalam gosip itu. Sebelum ini Azad dikatakan menjadi pihak yang membawa mulut atau menyampaikan cerita skandal itu kepada Jaja.

Menjelaskan lebih lanjut, Faezah berkata, dia mendapat tahu daripada sumbernya sendiri Azad yang memaklumkan gosip itu kepada Jaja.

“Tak sangka pula cerita ini jadi besar sehingga saya pula sekarang dikatakan tergila-gilakan Azad! Saya masih simpan semua mesej yang diberikan Azad kepada saya termasuk mesej cinta, tapi saya tak pernah layan semua itu. Niat saya hanyalah hendak bantu Azad mencipta nama dalam dunia lakonan kerana kami sama-sama berasal dari Pulau Pinang. Itu saja. Memang benar saya juga pernah membuat laporan polis pada 2009 kerana dulu banyak ugutan saya terima daripada Azad termasuk membabitkan maruah keluarga saya.

“Malah Heykal juga menjelaskan kepada saya isterinya sendiri beritahu Azad yang menceritakan kononnya kami ada skandal. Malah sewaktu kami berjumpa di rumah seorang penyampai TV, ramai lagi orang ada menjadi saksi. Saya dituduh datang berdua sedangkan ayah saya yang hantar ke rumah itu,” jelasnya.

Faezah turut menegaskan dia jadi keliru dengan isu yang ditimbulkan itu kerana apabila dia bertanya sendiri kepada Azad (yang kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Eira Syazira), Azad mula memutarbelitkan fakta.

Faezah juga mendakwa, Azad yang sebenarnya ada masalah peribadi dengan Heykal menyebabkan terbitnya cerita yang tidak benar. Bagi Faezah, isu itu seolah-olah berkait-kait.

“Terus terang, saya tak mahu lagi ambil pusing mengenai gosip yang diperkatakan itu kerana ia jadi semakin rumit dan berbelit. Namun, saya percaya, kontroversi seperti ini akan datang dan pergi. Tak lama lagi kalau orang dah tahu cerita sebenar, ia akan hilang dengan sendiri,” katanya.

Bercerita lanjut, Faezah tidak menafikan gosip mengatakan dia cuba merampas suami orang, sedikit sebanyak membuatkan dirinya kecewa dengan industri sehingga pernah terlintas di hati untuk mengundur diri.

“Bagaimanapun, keluarga saya minta saya bersabar. Mereka menasihatkan saya supaya menjadi lebih kuat dan faham semua ini adalah asam garam dunia artis. Mendengarkan kata-kata keluarga, saya kembali semangat.

“Bayangkan saya tinggal dengan ibu bapa. Bukan itu saja, ke mana saya pergi pasti ada ahli keluarga menemani. Saya jarang keluar berseorangan. Apabila habis penggambaran saya akan terus pulang ke rumah. Jadi bila pula masanya saya pulang pagi dan menghabiskan masa dengan pengarah terbabit. Cerita seperti ini sangat memalukan,” katanya.

Faezah menegaskan, gosip membabitkan hal peribadi seperti itu bagaimanapun tidak boleh menandingi ‘kata penghinaan’ yang diluahkan seorang wartawan hiburan kepadanya pada awal pembabitan dalam lakonan.

“Sewaktu membintangi filem Otai, selepas majlis majlis previu, seorang wartawan datang kepada saya dan berkata kemunculan saya merosakkan filem itu. Mendengarkan kata-katanya membuatkan saya rasa sangat sedih dan geram.

Malah kenyataannya membuatkan saya trauma sehingga enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

“Saya akui pada awal kemunculan di layar filem lakonan saya memang teruk. Tapi saya mahu buktikan kepada diri sendiri bahawa saya boleh berubah dan maju ke depan,” katanya.

Akibat daripada ‘kata penghinaan’ itu, Faezah hanya menumpukan perhatian kepada kerjaya sebagai pengacara. Malah banyak tawaran berlakon filem diterima waktu itu, tetapi ditolak.

Untuk memulihkan kembali keyakinan, Faezah kembali memulakan karier lakonan dari bawah dengan membintangi drama sebagai watak pembantu dan bekerja dengan pengarah berkaliber, antaranya Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Kabir Bhatia. Dia turut mencuba pelbagai watak termasuk antagonis dalam siri Asmara dan Tomboy dalam slot Sutera Maya.

Paling meninggalkan kesan di hati penonton apabila dia menjadi anak yang dianiaya ibu sendiri dalam telemovie Miah Oh! Miah. Lebih membanggakan apabila drama arahan Pierre Andre itu turut dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung 24 Disember ini.

“Saya bersyukur apabila segala susah payah yang dilalui berbaloi. Syukur kerana bakat saya sudah mula mendapat perhatian. Mungkin inilah kesan daripada ‘kata penghinaan’ itu. Saya banyak belajar. Setiap ilmu yang saya peroleh dalam lokasi penggambaran saya kutip dan belajar daripada pengarah dan pelakon senior.

“Waktu sama saya bersyukur kerana keluarga juga menjadi pengkritik setia agar melakukan lebih baik dalam setiap drama mahupun filem yang dibintangi. Ibu saya bertindak sebagai ‘badan penapis’ dan menentukan skrip mana yang bagus dan tidak. Berkat sokongan keluarga dan tunjuk ajar pengarah yang pernah saya bekerja sebelum ini membolehkan saya terus maju dalam bidang lakonan. Terima kasih juga kepada wartawan yang pernah menegur saya. Kalau tidak, saya masih berada di takuk lama,” katanya Walaupun sudah membintangi banyak drama dan filem, ada satu impian Faezah yang belum lagi tertunai. Bintang utama filem Tolong Awekku Pontianak itu mahu berlakon teater suatu hari kelak.
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 05:51 PM | Show all posts
Reply 80# jejakamiang

hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 06:35 PM | Show all posts
biler makeup lawa....kalau tak makeup cam biase jerr.....anak mami pinang yerk die nihh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 06:48 PM | Show all posts
tadi ada tgk ulangan..pink karer gituh....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:27 PM | Show all posts
hampehhhh...........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2010 07:50 PM | Show all posts
nape la seksi sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2010 07:51 PM | Show all posts
aku terkujat tengok aksi Azad balas statement pergg piyau!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2010 08:23 PM | Show all posts
ni yg aku tgk gadoh2 kt melodi hr 2..poning pale la tgk artis gadoh2 ni..aiyaa...cube la hidup ngn aman sejahtera
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:21 AM | Show all posts
bukan mekap dia yg teruk
tapi sbb dia punya kulit muka kan bermasalah
tu yg kena mekap tebal kay pipi
dia ni cantik tapi syg kulit muka tak bersih
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:30 AM | Show all posts
masa kat melodi tu asben aku cakap 'pasal apa la dia ni pakai baju smpai nak nmpk kopek.....untung wartawan tu leh tengok free'........hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:46 AM | Show all posts
hish .. tak bercinta .. teman p klinik sakit puan jah!!! teringat kes saper btau ader reti ...
samshik Post at 20-12-2010 04:55 PM



    SAPEKAH RETIS TU?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:48 AM | Show all posts
kulit muka dia yang teruk ...... aku tengok mengerutu je sebelah pipi dia ..... so dia kenalah mekap cam tu nak tampal lubang-lubang kat muka dia .... tapi baju dia pakai ..... dah macam porn star dah ......... tapi tak pa lah sbb direstui oleh bapa dia kat sebelah .... gigih promosi keseksian anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:49 AM | Show all posts
baru2 ni ada tgk citer ntah apa tajuk dia b'lakon..pakai baju ketat, sekali dia duduk,..selambak perut mcm org dh beranak 4..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:19 PM | Show all posts
Reply 93# cruisekeanu

Alah boleh sterika!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 12:43 PM | Show all posts
Aku suka die ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2010 02:04 PM | Show all posts
pizah..pizah..awat hang jd lagu ni??wakakakka...seksi seksa tu kira trend laa nak laku cepat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 03:08 PM | Show all posts
masa dalam melodi hari tu...nampak kulit dia gelap....
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 09:23 PM | Show all posts
org secantik dia xkan jadi bughok hanya gara2 salah make up...yg cantik tetap cantik....xde aku kisahkan punnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.......................
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2010 11:01 PM | Show all posts
Faezah ni ckp bermotifkan Bukti...
tp Azad...........??? haram kejedah.....cakap je lebih!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.262890 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list