CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: perembes

ERUL 서포터 클럽

   Close [Copy link]
Post time 14-4-2011 09:45 PM | Show all posts
Konsert Tirai Akademi Fantasia 9

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2011 09:49 PM | Show all posts
Konsert Akademi Fantasia Minggu 1

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2011 09:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2011 09:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 12:57 PM | Show all posts
Post Last Edit by auni2011 at 15-4-2011 12:59

af9 | blog kudsia
KK: Erul AF9 Bakal Menggugat, Azri-Amir Watch Out!






APRIL 2011

Assaamualaikum dan selamat kembali! Hmm lebih setahun kita tak bersua kan melalui blog AF, kini Abang Bad and KK are BACK!

Terimakasih MURAI selaku portal rasmi AF kerana sudi mempelawa kami berdua kembali. Saya janji kali ni kalau saya "tembak" si Abang Bad tu nanti mengena! Biasalah...Abang Bad tu you all kenal kan...kadang-kadang emosi yang menentukan kata-katanya.

Walau apa-apa pun, Abang Bad dengan KK ni dah lama kenal, lebih dari 15 tahun tau! So between us, there are no hard feelings! Memang tinggi suara antara kami berdua tu dah biasa dah...talian persahabatan tak tergugat sebab walaupun kadang kala tak ada persefahaman, we agree to disagree.

Minggu ini KK nak cakap sikit pasal "Triple Threat". Dunia seni barat kini sering mengklasifikasikan artis yang boleh a) menyanyi b) menari dan c) berlakon sebagai artis Triple Threat. Antara mereka yang diiktirafkan sebagai artis Triple Threat Amerika Syarikat, contohnya, adalah pemenang-pemenang anugerah Grammy seperti Justin Timberlake, Beyonce dan Christina Aguilera.

Persamaan mereka? Bermula sebagai penyanyi, sambil tu giat belajar menari, lepas tu mula berlakon di layar perak. Di Malaysia dah ada artis Triple Threat - bagi KK Allahyarham Sudirman dulu nyata sekali artis tersebut, dan KK nak tengok AF ke-9 menghasilkan beberapa artis tempatan Triple Threat!

Hidup AF!

OK mari kita teliti persembahan-persembahan pelajar-pelajar AF ke-9!

KK tak minat sangat dengan cara para pelajar memperkenalkan diri mereka minggu pertama ni, nampak macam rekaan dan terlalu "artificial", tapi cara ni mungkin berkesan bagi pengundi remaja.

Pelajar pertama ialah Miza. SO refreshing, she doesn't care about being thin. Go girl! Lagu yang disampaikan adalah lagu "comeback" Kak Nita dulu - Akhirnya Kini Pasti. Bukan senang jadi pelajar pertama yang secara tak langsung akan menjadi bandingan bagi pengundi untuk pelajar-pelajar seterusnya.

Miza cuba melakukan yang terbaik walaupun ada jugak terbabas. Suaranya punyai potensi yang besar cuma harus diberi tunjuk ajar untuk mengeksploitasi apa yang bagus supaya kekurangan terselindung.

Kedua kita punyai Kay dan lagu yang menjadi pengukur bakatnya minggu ini adalah Menyesal. OK, tak senang sebenarnya lagu in dan rangkap pertama kurang jelas didengari. KK tak begitu tertarik dengan persembahan Kay minggu ini, tapi yang pasti, bila Kay mulai lebih konfiden nanti, persembahannya akan lebih mantap. Kaer bekas pelajar AF dulupun macam tu. Mula-mula, macam nak tak nak lepas tu WOW. Mungkin Kay pun akan begitu - tiba-tiba meletup.

Pelajar ketiga minggu pertama AF ke-9 ialah Nera dari Sabah. Teringat pulak dengan Linda Nanuwil dulu. Nera jelita, but let's hope she can really sing! Beliau telah diberikan lagu Aku Lebih Tahu untuk bertarung di arena AF. What do you think? Bolehkah dia bertahan di Akademi? Bagi KK, tak jelas sangat keunikan yang mungkin ada pada suara Nera sebab pernah dengar pelajar-pelajar lain sebelum ni punyai suara yang lebih kurang sama.

Alamak...Nera terus lari ke laut plak, macam tak dengar langsung monitor atas pentas. Possibly - the WORST I've ever heard dalam konsert pertama. BUT - we give her the benefit of the doubt- minggu pertama, dia kata tak dengar monitor, kita terima - untuk minggu ini. Kalau minggu depan ke laut jugak memang susah nak dapat AFUNDI nanti...

Persembahan keempat datang daripada Amir dan minggu ini lagu Bruno Mars dinyanyikan. Nampaknya Amir bulat-bulat diberi imej Bruno Mars. You can sing someone else's song, tapi tak payahlah suruh tiru imej dia habih-habih. Bab ni saya rasa bukan salah Amir tapi mungkin wardrobe AF kena cari kelainan sikit.

Lazimnya, pelajar harus menonjolkan keunikan tersendiri. OK, jom kita dengar dan teliti. Saya suka tone suara Amir. Ada kelainan. Dengar macam Amir telah merakamkan vokal latarnya sendiri. Actually, this guy's voice is GOOD. Dia boleh membuatkan saya lupa bahawa pakaiannya macam Bruno Mars, sebab suaranya adalah UNIK. I hope Amir stays for a long time, tapi showmanship memang kena diperbaiki.

Seterusnya - Eka, yang mirip wajah Syafinaz, dengan lagu Kau Bisu. OK, saya tahu, bukan senang nak buat yang terbaik dari konsert pertama tapi faktanya mereka mendapat latihan dan panduan dari tenaga pengajar selama tiga minggu dan minggu lepas persembahan "pertama" melalui Tirai AF sudah memberi pengalaman persembahan secara "live".

Eka memang ada showmanship, nampaknya beliau cepat tangkap apa yang diajar para cikgu. Suara...kureng sikit...semput rasanya sebab stamina belum lagi di tahap yang perlu. Tapi ada masa lagi untuk Eka memperbaiki persembahannya - asalkan beliau tak disingkirkan awal-awal. Nasihat Adibah Nor bagi Eka memang tepat. Harap-harap Eka dapat lakukan seperti yang diminta.

Keenam minggu ini ialah Azri dan cara beliau membawa lagu Bukan Untuk Dimengerti akan menentukan samada Azri terus kekal di Akademi atau menjadi pelajar pertama yang akan membawa bagasi hitamnya keluar dari Studio 1 dan meninggalkan AF ke-9. Boleh tahan Azri! First week, dah ada harapan. Rasanya Amir dan Azri ni akan bersaing hebat dalam konsert-konsert seterusnya.

# (nota: Abang Bad baru call, katanya masa dia kat Studio 1 dia nampak yang nyanyi suara latar tak lain tak bukan, Kay. Tapi tak enter frame langsung dan bagi penonton di rumah, tak nampak batang hidung dia pun. So, the credit for backup vocal yang sedap I kena bagi kat Kay. However, suara Amir pun sedap tau!)

Laika pula menjadi pelajar seterusnya yang akan cuba menonjolkan bakatnya dan memaut hati pengundi. Guys, one thing we have to remember - this IS a competition. Persembahan sambil lewa dah tak boleh diterima sebab AF ni dah lama bertapak di dunia hiburan tanahair dan konsepnya bukan sesuatu yang baru.

Once you're in, it's do or die. So, bolehkah Laika memastikan beliau lebih baik dari para pelajar lain minggu ini? Lagu - Ku Bahagia. Laika memang bertenaga, suara tidak menyerlah tapi mungkinkah gerak-gerinya dapat cove kekurangan suara? Ada potensi, walaupun terbawah di tangga AFUNDI.

Raqib seterusnya menghiburkan kita minggu ini. Hmmm. Saya tak dapat nak buat keputusan samada saya suka atau tidak dengan suara Raqib. Mungkin lagu ni memang tak dapat nak menonjolkan apa yang mungkin unik bagi vokal Raqib, sebab apa yang saya dengar kat TV agak sengau. Tapi beliau tahu apa yang dapat menghiburkan penonton. Enot plak keluar sebagai Lady Gagah Perkasa @ Gebu, berubah pulak persembahan kepada aksi komedi.

Tiba kita kepada pelajar kesembilan. I like Lena. Bertenaga, and absolutely on key. Boleh lama bertahan di Akademi kalau pandai ambik hati pengundi. Pandai jugak dia jual sarang tikus, ye! Saya setuju dengan pesan Hattan - Lena kena jaga jangan over-excited sangat atas pentas, nanti mengah plak. ON TV Lena has nice skin too!

Kesepuluh - Aida. Wah lagu Shima - Teringin! Such a difficult song, beb! A few keys lower I think, dibandingkan dengan nyanyian asal, mungkin terlalu rendah untuk Aida. Masih teringat, suara Shima macam emas masa lagu tu mula-mula berkumandang. Alamak... nampaknya lagu ni tak sesuai untuk Aida...kalau lagu ni boleh buat KK terpukau, nyanyian Aida yang seolah-olah nervous, jauh sekali dari memukau.

Sayang dia tak dapat nak sustain note terakhir...I wonder, mungkinkah Aida terbelenggu dengan konflik kisah peribadinya sampai mungkin dia tak dapat fokuskan emosinya kepada kesayuan lirik lagu?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2011 01:00 PM | Show all posts
COMMERCIAL BREAK! I pi buat ayak kopi sat nooo....

Next is Afif yang menyanyikan lagu Rahim Maarof, one of my favourite male vocalists! Aduh jauh sekali ye suara Afif waktu bercakap dengan suaranya bila menyanyi! Hmm...susah nak nilai sebab dalam kepala terdengar suara Rahim Maarof plak...WOW Afif dapat tarik note tinggi! Mula-mula saya risau gak - boleh ke dia tarik? Afif memang tidak menghampakan!

Kah Kah Hantu Kak Limah pun demam AF ye siap naik atas pentas...pelakon Delimawati kelakar... terus dia bawak Afif "balik".

Tengok Erul, pelajar seterusnya, teringat imej Diddy dulu, bekas pelajar AF. Terleka pulak tengok penari latar "Korea" sebab body-popping depa best. Saya suka suara Erul...he has power in his voice. Tak sabar nak tengok persembahan- persembahan akan datang. Sure, Ogy tak begitu kagum dengan persembahan Erul tapi saya rasa Erul taklah seteruk yang dikritik.

Erul boleh buat yang jauh lebih baik dalam minggu-minggu akan datang kerana ada potensi. Azri dan Amir- watch out!

Keluarlah pulak Raqib yang kena "make-over" dengan Lady Gagah Perkasa. Memang betul, skaf macam tu memang vogue untuk penyanyi lelaki masakini.

Ada gaya tuh...tak nampak lagi macam peserta Imam Muda.

COMMERCIAL BREAK LAGI! I pi basuh cawan kopi Astro kepunyaan KK. Tadi cuba call abang Bad tapi mamat tu tak angkat plak. Oh dia baru SMS... dia kat Studio 1 kat Astro, patutlah...YAY! Promo Master Chef Malaysia disiarkan dan akan diperkenalkan ke Astro! Tak sabar nak tengok!

I really like the way the students are in red behind Pak Nil. Ada kelainan. Tapi sayang masa imbasan kembali persembahan nama pelajar tak keluar plak kat kaca TV. Production crew please take note! Mungkin ada kesilapan teknikal sebab lazimnya nama-nama pelajar patut akan keluar sebagai "crawler" untuk mengingatkan para pengundi...

OK tiba masa untuk tradisi konsert mingguan AF diteruskan, iaitu persembahan Menuju Puncak, sebelum salah satu pelajar mengusung beg dari atas pentas dan meninggalkan Akademi Fantasia. Selalunya, minggu pertama tak ada yang akan keluar tapi kita tunggu! Hmmm...minggu pertama macam biasa ada yang sumbang-mambang nyanyi lagu ni sebab tak biasa lagi menari sambil menyanyi,but it WILL get better.

Hmm Pak Nil dah sedih sikit sebab bagasi dah naik pentas. Dulu masa KK jadi pengkritik tetap selama tiga tahun waktu inilah yang PALING kami tak gemari. Lepas habih konsert Pak Nil dan KK mesti mengeluh, sedih tak dapat nak melihat lagi persembahan mereka yang tersingkir.

Pak Nil membuat sesuatu yang lain. Yang dikritik diminta kehadapan, yang dipuji kebelakang. Kata Pak Nil, layakkah yang dikritik tu berada di atas pentas? Tensionnya muka-muka mereka yang di hadapan...kesian tengok!

Ooops! Yang dipuji kehadapan, yang dikritik pula kebelakang...dan minggu ini nampaknya pelajar yang dipuji pengkritik - Laika - hanya dapat bertahan selama 3 minggu sahaja. The first student to go...Selamat tinggal Laika. Insyallah kalau ada AFUNDI MASUK nanti mungkin Laika dapat menonjolkan bakat Laika sekali lagi.

OK guys. KK mintak diri ok. Soalan minggu ni - Patutkah Laika menjadi pelajar pertama yang meninggalkan Akademi? Adakah anda rasa pelajar lain yang seharusnya mengusung beg keluar?
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 01:36 PM | Show all posts
erul nyanyi mlm td mmg menusuk hati aku...fuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 02:10 PM | Show all posts
aku cuba nk suker erul... sbb ape aku tak pasti lg...
bukan sbb dia bwk lagu tu... tp aku cuba la nk suka dia
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 03:04 PM | Show all posts
Erul best
btl2 terasa ke kalbu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 03:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 03:50 PM | Show all posts
Tahniah ERUL, mmg best malam tu!
Thnks Auni tepek VT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2011 04:02 PM | Show all posts
Thanks kiriani for all the abv esp pasal diari tu. Mula2 tertarik dgn Erul pasal konsep 'Look East' dia tu mungkin juga ai pun minat tgk cerita dan lagu Korea & Jepun kot wlupunnnn

suka juga suaran lantang dan tambah pula pandai menari verrrrrry de entertaining

essence Post at 11-4-2011 18:07



thx kiriani
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:06 PM | Show all posts
Tahniah ERUL, mmg best malam tu!
Thnks Auni tepek VT
kiriani Post at 17-4-2011 15:50



no prob.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2011 04:47 PM | Show all posts
Setiap kali dia nyanyi part tinggi, mesti terbayang Faizal Tahir. But at least rasa puas bila dengar dia nyanyi tinggi tue. Tak macam pelajar lain, either tak boleh sampai atau tak cukup nafas hold note tue.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.048755 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list