CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Jenayah] KEMAS KINI - Kes bunuh Nur Farah Kartini: Lans Koperal Alif Monjani didakwa bunuh Nur Farah.

[Copy link]
Post time 16-7-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik arwah ni. Muka dan senyuman ada iras2 marissa anak abby.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 15-7-2024 11:17 PM
i teringat kes bini askar yang kena bunuh dengan jiran sendiri.
jiran dia tu penjawat awam tapi le ...

Kat johor....masa dia balik lunch kannn....
Pastu si musibat tu masa polis kecoh kat rmh sbb mangsa dah mati, dia pun sama dtg situ.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 07:45 AM | Show all posts
confirm lepas macam kes ini...


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya lahaii... mcm takde ape je nilai nyawa seorg manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
drivethru replied at 16-7-2024 07:24 AM
Cantik arwah ni. Muka dan senyuman ada iras2 marissa anak abby.

aah..sdp tgk muka dia..nk ckp lawa sgt sgt tu tak la tp mcm menarik utk ditengok kn..ada org mcmtu..bila i tgknvideo video dia tu mmg dia menarikk..

kwn dia ckp dia mmg akan dpt attention lebih dr kelaki banding kwn dia
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:16 AM | Show all posts
baru konvo, n 1 step lg nk jd cikgu... jahatnya yg bunuh ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2024 09:23 AM | Show all posts
drivethru replied at 16-7-2024 07:24 AM
Cantik arwah ni. Muka dan senyuman ada iras2 marissa anak abby.

tgk video kawan dia post..cara arwah senyum mcm adira sikit2
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
cari.shaz replied at 15-7-2024 11:09 PM
lelaki 26 y/o. penjawat awam. adoi berdebar lah. penjawat awam ni boleh jadi jururawat, unit berunif ...

Boleh jadi drebar mana2 kementerian juga sissy.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2024 09:51 AM | Show all posts
orang kata : anggota polis, sudah berkahwin dan bekeluarga, PJJ dgn bini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 09:53 AM | Show all posts
Innalillahi wa inna ilahi rojiun. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 16-7-2024 09:02 AM
aah..sdp tgk muka dia..nk ckp lawa sgt sgt tu tak la tp mcm menarik utk ditengok kn..ada org mcmtu ...

Kan.. Jenis air muka lembut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 10:30 AM | Show all posts
TERKINI

[VIDEO] Kekasih Nur Farah Kartini tiba di mahkamah untuk proses reman

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

16 Julai 2024, 9:09 am



Suspek berkait kes pembunuhan Nur Farah Kartini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!


HULU SELANGOR – Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini bagi permohonan reman.

Suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini tersebut tiba kira-kira pukul 8.53 pagi dengan menaiki kenderaan polis.


Permohonan reman dijangka dibuat di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... untuk-proses-reman/
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 16-7-2024 09:02 AM
aah..sdp tgk muka dia..nk ckp lawa sgt sgt tu tak la tp mcm menarik utk ditengok kn..ada org mcmtu ...

Sedap mata memandang, memang ada perempuan macam ni, lawa sangat tu tidakla, ada lagi yg lebih lawa tapi entah kenapa kita suka tengok muka dia tak jemu memandang dan selalunya yg jenis macam ni ramai yg suka bantu, tolong, bagi perhatian lebih compare yg lebih lawa lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 10:33 AM | Show all posts

  


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 10:38 AM | Show all posts
TERKINI

Kekasih Nur Farah Kartini direman tujuh hari

Oleh MOHD YUNUS YAKKUB

16 Julai 2024, 9:57 am



Suspek dibawa anggota polis selepas proses reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu, hari ini. - Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!


HULU SELANGOR – Seorang lelaki dipercayai teman lelaki Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun yang merupakan penjawat awam dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.


Siasatan ke atas suspek dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Ads by Kiosked
Difahamkan, suspek ditangkap di Balai Polis Gedangsa, di sini.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap polis tiba kira-kira pukul 8.53 pagi di Mahkamah Kuala Kubu Bharu dengan menaiki kenderaan polis.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... direman-tujuh-hari/
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 10:38 AM | Show all posts
Polis sendiri yg membuatkan kita susah nak respect kerjaya kepolisan tu
Senang sgt buat onar tanpa fikir dan jaga imej pakaian seragam mereka tu.
Dah terlalu byk kes polis ni dah membarah dari atas sampailah ke bawah
Betul lah iman tu tak dpt dijual beli. Tanpa iman yang lain akan turut binasa bukan soal integriti lagi dah tapi semua keperibadian terjejas teruk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-7-2024 10:55 AM | Show all posts
UTAMA

Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis sahkan suspek adalah teman lelaki

Oleh Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]



SEORANG penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu. FOTO Asyraf Hamzah


Kuala Lumpur: Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa.


"Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

"Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.


Suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

Semalam, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dan dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan

• Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam dibawa mahkamah untuk proses reman

• Kes bunuh Nur Farah Kartini: Suspek penjawat awam direman esok

• Abang Nur Farah Kartini ke lokasi penemuan mayat

• 'Pulanglah, semua orang tunggu Farah...'

• Polis mohon bantuan kesan Nur Farah Kartini

Disiarkan pada: July 16, 2024 @ 10:05am


https://www.hmetro.com.my/utama/ ... adalah-teman-lelaki
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2024 10:56 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
iraizz replied at 16-7-2024 10:31 AM
Sedap mata memandang, memang ada perempuan macam ni, lawa sangat tu tidakla, ada lagi yg lebih law ...

aah betul...mcm ada aura gitu..
kdg org yg lawa tp kita tgk xmenarik mcm bosan je..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2024 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
kinakoyuki replied at 16-7-2024 10:10 AM
Kan.. Jenis air muka lembut..

aah..
muka lembu lt xjemu org  tgk..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.064908 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list