|
[Jenayah]
Mayat tanpa kepala sah Cikgu Istiqomah, yang hilang lapan bulan lalu
[Copy link]
|
|
Hal melibatkan duit ni paling bahaya..kalau x hilang duit, hilang kepala
So stay away dr pelaburan dgn individu waima kawan atau sedara sendiri..individu mcm ni kita x tahu niat sebenar dia, once pegang duit wpun seribu terus gelap hati..sbb tu diorg ni sanggup berhenti kerja hakiki sbb tamak nak jadi billionaire cepat walau x cerdik dlm pelaburan..yg pasti ramai skillnya menipu je
Kalau deal direct dgn bank atau institusi pelaburan yg legal, diorg xde motif nak scam atau bunuh kau pun so hati2 lah
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun fikir ini more to ajaran sesat. Takat rugi forex, paling hebat orang report polis je
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_jeangrey replied at 12-8-2024 06:35 PM
Hal melibatkan duit ni paling bahaya..kalau x hilang duit, hilang kepala
So stay away dr pelaburan ...
Melabur benda mengarut dengan keluarga lagi bahaya. Kita tak tergamak nak buat laporan polis kerana dia keluarga kita. |
|
|
|
|
|
|
|
Org melayu kita ni senang gelap mata...br td kwn iolss wasap ajak invest ape tah..invest rm500 dpt untung rm15k..idok la iolss join..nampak benau penipu nye..kwn iolss dah excited nak join.. iolss ckp tu scammer..x tau la dia dah join ke x... Setahu iolss org kalo dah excited sgt bukan nk dgr nasihat kita...bl dah terkena mula la...
Tuk x off topik ni kes mcm mn...arwah ni yg jd mangsa scammer..atau dia yg ajak kwn psikopat dia join investment tu...kot la kawan tu nak balik duit dia..x dpt2 panas ati..tu yg di kerat2 nye..bab duit ni bahaya oooo |
|
|
|
|
|
|
|
uihh gilerr la..
suspek tu tak hidup dalam ketakutan ke for 8 months?
senang je bunuh orang ea..
mana dapat idea letak dlm tong sampah & campak tepi jalan..
finally dapat juga tangkap..
apa perasaan time bunuh, kerat, letak dalam tong sampah, pastu campak kepala dan kaki tangan kat tempat lain?
sedih nye mayat smpai macam tu skali kena..
pastu dari meninggal smpai la sekarang baru boleh dikebumikan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa Kes plk ni main kerat2. Nak bunuh, bunuh je la samdol. Ko pg kerat2 x ke menyusahkan diri namanya tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
hanamunir replied at 12-8-2024 08:34 PM
uihh gilerr la..
suspek tu tak hidup dalam ketakutan ke for 8 months?
senang je bunuh orang ea..
Kerat tu 1 hal.
Mungkin la untuk mudah disposed, agaknya.
Tapi, letak dlm tong sampah?
Takde cover2.
Tepi jalan pulak tu.
Mcm dendam kesumat bertahun atau, ada ritual ilmu hitam? |
|
|
|
|
|
|
|
Wanita ini ibu kepada 3 orang anak.
Wanita ini isteri orang.
Wanita ini dibunuh dengan kejam.
Wanita ini masib belum mendapat keadilan.
Wanita ini difitnah dan diaibkan.
Berbulan suami dan anaknya tunggu kepulangannya. Lapan bulan keluarga tiada jawapan kehilangan.
Akhirnya mayat yang tidak berkepala dan tangan dipotong disahkan ibu anak-anak ini dan isteri lelaki ini.
Penantian berakhir dengan berita duka. Tidak cukup itu, penantian jua disulami dengan fitnah, aib dan syak wasangka.
Bayangkan emosi keluarga hendak menerima bayangan saat akhir mangsa, berhadapan pula reaksi masyarakat dengan wajah syak wasangka.
Kerana ingin tajuk yang 'clickbait', kerana ingin jadi berita paling sensasi dan kerana masing-masing berlumba-lumba untuk berita yang paling 'juicy' dan mendapat perhatian.
Kerana kalau berita 'juicy' baru jadi topik perbualan seantero manusia. Baru berduyun-duyun orang mengikuti muatnaik atau 'page' paling awal melaporkan dan tidak berpaling pada page yang lain kerana orang suka page 'terpaling tahu'.
Waktu saya baca berita awal, guru ini ditemukan angkara bekas kekasih. Tak patut, dilaporkan begitu. Apa tujuan isu itu dimasukkan. Mengundang banyak persepsi. Cemburu? Tidak 'move on'? Hubungan? Walhal isunya duit dan ketamakan manusia.
Hanya dengan satu tajuk dan isi kandungan yang perlu juga diletakkan "bekas teman kekasih di Universiti". Apa perlunya kisah-kisah tabloid begini untuk melaporkan kes bunuh? Apa-apa fakta sekalipun, tunggu dahulu.
Kalau pun hendak paling sensasi, dapatkan fakta dulu. Hormat orang. Hormat keluarga.
Bila saya baca dia ada tiga anak dan bersuami dan pelaku pula bekas teman lelaki, cukup membawa fitnah dan aib. Jadi bahan sembang-sembang.
Saya bayangkan orang mulalah dengan gosip "Entah-entah..". Apa yang difikirkan wartawan yang bila melaporkan berita mangsa.
Fokus pada mangsa. Ini bukan cerita tabloid selebriti. Fokus pada keadilan mangsa. Bukan tentang hal siapa jual cerita paling cepat. Langsung tak hormat.
Saya berharap sangat jangan ada lagi mangsa yang dimangsakan begini. Dia memang adalah mangsa dan tambah lagi teruk dia dimangsakan untuk memenuhi kehendak orang lain. Orang begini perlu minta maaf dan perlu betulkan keadaan.
Kasihan lihat video si suami, dia betul-betul kesal. Ada dalam link komen. Dia terangkan, setelah turun naik ke balai dan mengesahkan pula DNA mangsa.
"Dia telah dibunuh dengan kejam. Saya dapat info dari polis sendiri, daripada ASP Norehan dari IPD Alor Gajah menyatakan bukan kes skandal, ini kes business. Kenalan-kenalan dia ajak masuk business tapi orang rumah tak nak, paksa orang rumah masuk business".
Cerita suaminya, kerana dia taknak, dia dipaksa dan disuruh mengadai barang kemas. Dia dibunuh dengan kejam hari yang sama.
Si suami tanya polis, "Puan adakah ini kes skandal?". Mungkin suaminya juga terkesan sehingga perlu dapatkan pengesahan pegawai penyiasat.
Cerita suami, polis jawab "Tak de unsur, ini kes business. Jangan percaya cakap orang lain tu. Saya yang siasat, saya yang settle kes ni. Tak perlu dengar cakap orang lain. Ini dari mulut sendiri, saya yang siasat kes ni". Pesan polis.
Si suami sambung "Itulah, saya terkilanlah. Tiba-tiba keluar macam ni. Awak tak jumpa saya, tak tanya saya. Terus direct hentam macam ni. Orang tu dah takde. Tenang dekat sana. Tapi awak lagi mengeruhkan keadaan. Pandangankan balik, apa yang awak post macam ni".
Sedihkan kalau kita berada ditempat dia? Kecewakan dengan sikap manusia?
Semoga kematian kita semua dijauhkan dari fitnah dan aib. Semoga kita tidak dimangsakan menjadi bahan sensasi fitnah orang dalam apa jua keadaan sekalipun.
Semoga mangsa ditempatkan dikalangan orang beriman. Takziah buat ahli keluarga.
Oleh Nor Zabetha |
|
|
|
|
|
|
|
asfaz replied at 12-8-2024 06:21 PM
Check location ni,kena kebenaran tuan punya hp ke?
Ai pernah buat tau dlu,asben balik kerja dia ge ...
husband aii mmg dia yg letak sendiri kat phone aii suruh aii monitor dia bila dia outstation..tp aii xrajin pun nk monitor..find my device ni owner phone taktau pun kita track location dia kecuali kita pin phone dia baru akan ringing.
Tp kalau owner phone off location tak boleh trace jugak. Mcm ank aii ni senyap2 bawak kluaq phone p rumah OpahAtok lepas tu dia tertinggai..aii saja pin..berbunyi phone dia kat rumah OpahAtok dia..opah kol bgtau kata dia tertinggai phone |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 12-8-2024 12:56 PM
baca kat atas tu katanya sbb pelaburan. maybe suspek scam duit mangsa kot. tu yg bunuh. mesti mcm ...
Xde perasaan la kot. Kalau ada perasaan, mesti x buat sampai level ni |
|
|
|
|
|
|
|
Tok laki nya kata, dia pemurohhh.
Cemana ni chuols??
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
sk8er: Knp lambat sangat baru nak bua ...
Ikut turn la kot..msti masa tu kes org hilang ramai..sementara nk sampai giliran arwah msti dibuat ujian dna kat org lain dulu yg hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Allahuakbar luluh hati baca berita macam nie.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 12-8-2024 02:18 PM
Pengajaran, sentiasa update map pada spouse. Ada 1 apps tu, lupa pulak saya apa nama nya.
Sekarang ...
kalo guna iphone, subscribe icloud family. so boleh trace semua phone yg da share dlm icloud sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia zaman skrg ni asl ea macam ni ? Gila ke bunuh org ? malaysia dah tak aman ke ? |
|
|
|
|
|
|
|
Bru baca ni pun dah ngeri . Gila lah . Ingt potong ayam ke ? [em:8:] |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 12-8-2024 12:20 PM
Orang Islam suma yang terlibat kan?
Makan babi pun tak, tapi syaitonirojim sangat perangai.
Ada qorin. |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 12-8-2024 11:24 PM
Tok laki nya kata, dia pemurohhh.
Cemana ni chuols??
Kepelikey di situ. Pitih RM19k tu elok kasi tok laki je le pinje.. Baru molek.
Aku bace part tu je aku pon dah hmmmmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
tumpanglalu74 replied at 13-8-2024 02:04 AM
Kepelikey di situ. Pitih RM19k tu elok kasi tok laki je le pinje.. Baru molek.
Aku bace part tu ...
Something not tally ek? Ke duit tu untuk forex and laki dia memang tau. Kadang2 news portal suka laaa campor segala infor ni. Sampai kita salah faham.
Apa apa pon takziah la pada anak-anak. Nampak kecik lagi tu. Tapi old enough to read news. |
|
|
|
|
|
|
| |
|