|
Nak tau status terkini ASB... ( syariah compliance atau x ) ???
[Copy link]
|
|
anda buat, anda dapat..
selamat beramal... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo nk tau halal/haram, check je Al-Quran n check sndri background ASB/PNB. Knp nk denga mufti²/jakim/mjlis agama negeri bg fatwa utk 'Syariah compliance'?
Ade ayat utk yg slalu bergantung kt 'mufti²/fatwa²' ni:
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan. (At-Taubah 9:31)
Dan utk menjelaskn halal/haram, ni basic die:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqarah 2:275)
p/s: Yg pelik tu...knp ramei yg buat loan utk invest? Kalo ade saving, simpan je or invest ikut amount simpanan yg ade, direct kpd perkongsian (mudarabah). Xperlu guna loan bank kn? |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan....
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
- Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
- Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
- Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
- Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
- Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
yang nak tahu sangat pasal darurat....
''1) Harus melabur dalam skim ASB, ASN dan seumpamanya kerana kedudukan ekonomi orang melayu islam di Negara ini yang disifatkan berada ditahap darurat. Darurat yang dimaksudkan di sini ialah dilihat dari aspek ekonomi ummat secara keseluruhan bukan dari sudut individu.''
- Jemaah Ulama’ Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, 27 Dis 2009 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sorang forummer pm aku...kenapa tak joint bg pendapat dlm thread nie macam apa yg aku contribute dlm thread yg dah di katup dulu...
jawapan aku..
aku malas.....aku akan membuang masa berdebat dgn org yg tak faham maksud "operation cost" versus "riba"..
juga jawapan aku kat forummer yg pm aku tue...
aku dah puas debate ttg hukum islam ttg segala bentuk pelaburan..bg aku, hukumnya jelas dan straightforward iaitu harus...umat islam la nie, terutama ulamak2, ustaz2 yg kononnya bijak pandai dlm berhujah dan mereka yg suka cut n paste forum nie..memutar belit fakta yg jelas jadi berbelit2 cam ekor anakonda hingga mengelirukan org yg jahil...bahkan mereka lah yg jahil sebenornya...
Aku bisa berhujah dgm 10 org cerdik, tp aku ttp akan gagal membuatkan ke sepuluh2 itu faham kerana ada 1 org yg bodoh buta tuli ttpi menyangka dirinya paling pandai |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 90# amirul_nazri
Ada sorang forummer pm aku...kenapa tak joint bg pendapat dlm thread nie macam apa yg aku contribute dlm thread yg dah di katup dulu...
boleh bagi link thread yang dah dikatup tu? thread tu membincangkan isu yang samaker (halal/haram ASB)? |
|
|
|
|
|
|
|
thx for those explanation in this thread, haritu ade dpt durian runtuh, pening pikir nk taruk kat mana... buat jugak kajian pasal halal/haram asb ni but end up masukkan kat tabung haji baru rasa 'secure'.. nk invest kat tempat2 lain masih xberani lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 92# HerSheys
Bijak²...menabung atas niat menunaikan haji? Tu yg plg slamat stakat ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dah lame xreply kat sini..
anyway, soal hukum halal haram mane leh ikut kepercay ...
putrisakura Post at 4-8-2011 21:00
ok lah. tukar ayat.
kepercayaan masing2 = pendirian masing2. hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
...maksud "operation cost" versus "riba"...
amirul_nazri Post at 5-8-2011 03:51
Share info bole...? Atlis yg lain bole phm sket. |
|
|
|
|
|
|
|
jawapan dari Majlis Fatwa Kebangsaan....
Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya
Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut: Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus.
Keterangan/Hujah:
- Hifz al-mal merupakan salah satu masalah daruriyah yang perlu diberi perhatian serius oleh pemerintah. Soal kekukuhan ekonomi umat adalah merupakan salah satu faktor penting kepada penerusan kemajuan umat Islam. Islam menegah umatnya menjerumuskan diri dalam kemudharatan dan kefakiran yang boleh menggugat kekuatan ummah.
- Setiap hukum yang diputuskan perlu memenuhi tuntutan keadilan, maslahah dan menghindar daripada kerosakan dan keruntuhan yang lebih besar. Dalam hal ini, Maybank adalah satu institusi perbankan Islam terbesar di Asia Pasifik. Sekiranya PNB melepaskan pegangan dalam Maybank, ia bukan hanya akan meruntuhkan ekonomi pemegang saham yang majoriti adalah orang Melayu Islam, bahkan ia juga akan memberi kesan besar kepada situasi ekonomi negara dan banyak organisasi berkaitan orang Islam. Begitu juga peluang pekerjaan yang melibatkan 16,531 kakitangan Bumiputera Islam juga akan turut terjejas
- Dalam menentukan hujah keharusan Islam dalam pelaburan ASN dan ASB ini, adalah tidak tepat hujah bersandarkan maslahah ummah ditafsirkan sebagai mengenepikan prinsip-prinsip Islam kerana maslahah juga adalah prinsip Islam yang perlu dipegang dalam penentuan sesuatu hukum.
- Prinsip pensyariatan Islam yang telah digariskan iaitu kewajipan menjaga lima(5) perkara iaitu agama, nyawa, akal, zuriat dan keturunan serta harta benda perlu dipertahankan kerana ia menjadi tunjang kehidupan seluruh umat Islam. Sekiranya terjejas salah satu daripada perkara ini, maka umat Islam akan ditimpa kehinaan yang akan menjejaskan agama dan kehidupan. Dalam hal ini, hukum ke atas pelaburan ASN dan ASB tidak boleh dilihat dari aspek tertentu sahaja, tetapi perlu mengambilkira semua kesan yang akan dihadapi oleh agama dan umat Islam.
- Dalam isu pelaburan yang bercampur antara halal dan haram, telah jelas bahawa PNB tidak melabur dalam sektor yang berkaitan dengan arak dan judi. Percampuran hanya berlaku dalam sektor kewangan di mana 70% pelaburan menepati syariah, hanya 30% sahaja pelaburan dalam Maybank yang dianggap masih tidak comply dengan syariah. Dalam keadaan ini, pelaburan dalam sektor yang halal lebih banyak daripada yang haram. Menurut sebahagian besar fuqaha’ iaitu Hanafi, Maliki, Shafi‘i dan Hanbali, pendekatan untuk mengharuskan masyarakat Islam melabur dalam saham syarikat yang bercampur aktiviti halal dan haram adalah berasas. Ini kerana fuqaha’ muktabar tidak mengharamkan syarikat sedemikian ketika menilai status syarikat yang dikongsi oleh orang Islam dan bukan Islam.
- PNB telah melaksanakan perubahan yang terbaik khususnya dalam aspek pelaburan bagi membolehkan penguasaan umat Islam. Dalam hal ini, maslahah umat Islam adalah penting dan kemudharatan yang lebih besar perlu dielakkan.
...
aarie Post at 5-8-2011 03:42
ada ke lagi para bijak pandai kat sini yg nak memperlekehkan fatwa nie... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmm.the more i read, the more im confused |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by arwien at 7-8-2011 14:47
Reply 93# Dzulqarnain
tu ah...kalu pening2 sgt nk fikir kejap haram kejap harus, menabung jer dlm Tabung Haji..tiap2 tahun ade gak bonusnyer..zakat pun dah siap2 dibayar seblm di kasi bonus. hati pun tenteram..dpt panggilan haji & cukup duit, alhamdulillah.. |
|
|
|
|
|
|
|
m kejap harus, menabung jer dlm Tabung Haji..tiap2 tahun ade gak bonusnyer..zakat pun dah siap2 dibayar seblm Reply 98# arwien
thats what someone pernah bagitahu i.
kalau nak yang betul2 confirm halal, letak dalam tabung haji. yang itu dah SOHIHHH |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang² bila difikirkan...ramai di antara kita akan memilih pelaburan yg dividen/bonusnya 27x ganda berbanding 1x ganda.
Tp realitinya, kita memilih solat bersndirian wlaupun solat berjmaah 27x ganda pahala b'bnding solat sndiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|