View: 19486|Reply: 120
|
Negeri Negeri Melayu Tidak Pernah Dijajah [Merge]
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by winamp05 at 20-9-2011 10:34
Malam tadi Sultan Pahang (dalam berita Buletin Utama) bertitah sewaktu merasmikan "kolokium" sejarah bahawa negeri-negeri Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah...sebenarnya negeri-negeri Melayu hanya "dinaungi" oleh British yang bermaksud negeri-negeri Melayu hanya "berlindung" dibawah British...hanya negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura sahaja yang dijajah secara langsung oleh British.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berikut petikan dalam Berita Minggu hari ni berkenaan majlis tersebut...
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, menasihatkan pelajar memahami dan menghayati pengertian kemerdekaan yang terhasil daripada pengorbanan tokoh pejuang negara dengan memikul tanggungjawab sepenuhnya untuk mengisi kemerdekaan.
Baginda berkata demikian ketika melancarkan Kolokium Kemerdekaan Malaysia ke-50, di Pusat Aktiviti Kebudayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dekat sini, semalam, yang disasarkan kepada pelajar untuk membentuk jati diri dan menerapkan semangat kemerdekaan.
Pelancaran dihadiri lebih 2,000 peserta itu diselitkan dengan sorotan sejarah mengenai tokoh kemerdekaan negara dan sejarah perjuangan mereka.
Kolokium anjuran Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu terbahagi kepada empat sesi yang membincangkan mengenai penyertaan golongan muda dalam mengisi kemerdekaan, dimensi intelek dalam mengisi kemerdekaan, peranan wanita dan ekonomi pasca merdeka dengan diakhiri ulasan ahli panel.
Antara yang dijemput sebagai penceramah dan ahli panel adalah Presiden UIAM, Tan Sri Sanusi Junid; Pengerusi BNBBC, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Omar; Rektor Kolej Yayasan Melaka, Datuk Dr Ramlah Adam; Tokoh Akademik, Prof Emiritus Datuk Dr Khoo Kay Kim, Datin Paduka Sharifah Mazlina dan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tongkatali's post
Dalam berita surat khabar takde pulak petikan ucapan sultan Pahang masa perasmian seperti yang dilapor dalam Buletin Utama malam tadi |
|
|
|
|
|
|
|
Negeri Naugan Macam Johor.... |
|
|
|
|
|
|
|
forgive me if i'm wrong, tapi aku konpius sket. kalau semua keputusan dibuat oleh Inggeris, Inggeris yang menentukan segala dasar (Residen)..tu bukan jajahan dah ke? kalau naungan tu, cam setakat Penasihat aje ler..cam kat Johor. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 Vvenus's post
btol...
macam johor..
ngeri2 lain.. suma di jajah..
kalo macam 2..
malaya neh dlu bernaung aja la..
bukan di jajah..
kalo kita di naungi.. napa kita panggil dorang penjajah..
panggil r dorang tuh penaung..
|
|
|
|
|
|
|
|
Putrajaya kut... |
|
|
|
|
|
|
|
Sort of...negeri-negeri melayu bersekutu masih diperintah pemerintah tempatan (sultan) - walaupun lebihkurang boneka sahaja, British tidak menguasai 100%. Negeri melayu x bersekutu seperti Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula lebih kepada 'protectorate' (naungan?) British. Manakala Melaka dan Pulau Pinang adalah 100% koloni (tanah jajahan) Inggeris. Sabah pula diperintah syarikat manakala Sarawak diperintah orang perseorangan yang tiada kaitan terus dengan London.
Jadi dari satu segi Malaysia memang tak dijajah...dan sebab itu juga kenapa Malayan Union ditentang..salah satu sebabnya ialah MU akan menjadikan Tanah Melayu 100% tanah jajahan British. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 alphawolf's post
hhehehe..
ye ka..??
tp xpe laa...
dah dkt 50 thn dah merdeka..
harap2 paham aa erti merdeka th |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 selendangmerah's post
Ya betul...samada dinaung atau dijajah...sama aje situasinya... |
|
|
|
|
|
|
|
Titah Tuanku Sultan Pahang itu sebenarnya amat berani dan membuka mata semua pihak tentang hakikat sebenar yang berlaku di Negeri-Negeri Melayu terutama sekali di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Johor, Kelantan, Kedah dan Perlis bahawa negeri-negeri ini tidak termasuk dalam 'koloni" British....negeri-negeri ini hanya ber'naung" di bawah Empayar British...mudah kata macam sekarang di mana Negeri-Negeri Melayu dalam Malaysia lah. |
|
|
|
|
|
|
dempol This user has been deleted
|
memang betul kerana negeri2 Selat aje yg dijajah oleh British dan meletakkan pemerintahan Negeri Selat dibawah Gabenor di India dan Kemudian berpindah ke Temasik..negeri2 lain hanya naungan sahaja kerana ketua negeri masih lagi Tuanku Sultan cuma baginda dipaksa menerima residen British sahaja..maksudnya..Negeri kita punya kuasa pada orang layen..berbeza dengan Negeri Selat..negeri diorang punya kuasa pun sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu lagi fakta yang patut diperbetulkan...."negara kita telah dijajah selama lebih 400 tahun", seperti yang terdapat dalam buku teks sejarah sekolah Menengah. Yang dijajah selama lebih 400 tahun hanyalah Melaka (...yang dijajah Portugis dan kemudiannya Belanda), itupun hanya disekitar "Kota" Melaka. Negeri-negeri Melayu yang lain kekal MERDEKA bahkan masih wujud empayar-empayar Melayu yang besar seperti Empayar Johor dan Empayar Kesultanan Melayu Patani ( Empayar Patani mencapai kekemuncak pada sekita abad ke-17 di mana pada masa tersebut terdapat 43 buah negeri Melayu yang bernaung dibawahnya)....jadi di mana "betul"nya fakta Malaysia telah dijajah selama lebih 400 tahun....
...harap lepas ni Sultan Pahang dapat memperbetulkannya
[ Last edited by tongkatali at 23-7-2007 11:54 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
apa yang berlaku di tanah melayu satu masa dulu adalah sama seperti yang berlaku diiraq dan afghanistan, mereka nampak tidak menjajah tetapi setiap keputusan mesti melalui residen, penasihat atau wakil dari bangsa mereka yang dilantik oleh kerajaan mereka, kalau macam tu mat kilau, tok bahaman, tok gajah satu masa dulu mereka berjuang menentang sapa? sultan atau inggeris, ataupun ada unsur-unsur mengubahsuai sejarah bahawa inggeris banyak membantu dan memakmurkan tanah melayu dan mereka yang berstatus pejuang hendak dilabelkan sebagai penderhaka dimana perjuangan mereka tidak perlu diingati |
|
|
|
|
|
|
|
Itu cume istilah,,
hakikatnya sama aje...
MMG dijajah lahir & batin,,sampai skrg..
sampai skrg pakai sistem pemerintahan British lagi,...
tak ke dijajah nama nya tu? |
|
|
|
|
|
|
|
apa beza negeri bersekutu dan negeri tak bersekutu?
just wondering cause brunei pun mengambil keputusan untuk menjadi negeri naungan british pada tahun 1906-1984 untuk mengelakkan 'kepupusan' akibat 'kerakusan' Dinasti Brooke di Sarawak dan Syarikat Borneo Utara di Sabah. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi adakah selepas ni semua buku sejarah akan dieditkan berdasarkan kolokium ini. kalau kita hanya dinaungi, kenapa semua hasil ekonomi semenanjung di kaut oleh org putih? dan kalau kita hanya dinaungi, kenapa atuk dan nenek kita kena nanyi god save the queen bukan Allah selamatkan Tuanku? |
|
|
|
|
|
|
|
..lega kalau naungan jer...sultan melayu muslim pemerintah negeri. anggota polis&tentera yg gugur seblum merdeka,mati menegakkan panji2 negara (negara???..pd masa tu)....atau utk gabenor tanah jajahan British?. Slalu konpius,polis&askar dulu service utk sapa?? British @Sultan. Kalau British.....mrk gugur sbg tentera British....tp teks&sejarawan M'sia always ckp.mrk gugur memprtahankan Tanah Melayu. Tanah Melayu @ Tanah Melayu Jajahan British(King&Queen of England)? slpas merdeka 1957,ye..mrk adalah anggota keselamatan Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka&berdaulat. sblum tu.?? knp slalu campur aduk..cedok sna sikit...sni sikit....buat org blur jer. At least,komen Sultan Pahang tu ada bleh jelas sikit situasi dulu2. Peace. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun Askar Melayu sebahagian British Army masa tu...mereka mempertahankan tanahair mereka sendiri...lain le ada askar melayu mati kat Afrika ke, Europe ke.... |
|
|
|
|
|
|
|
semuanya sama jer....yg tukar hanya istilah...kalu tu penting....tukarkan semua istilah penjajah dlm buku sejarah....lagipun banyak sejarah perlu diubah dgn penyelidikan terkini n mengambilkira bukti tempatan....bukan hanya base pada penyelidikan luar..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|