CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Isu Lynas-Loji Lynas sedia beroperasi dalam tempoh tiga minggu- MCA Bantah Kilan

  [Copy link]
Post time 26-2-2012 05:29 PM | Show all posts
contohnye?
atira Post at 26-2-2012 17:20



    haai sejak bila pulak kilang x membahayakan kesihatan?  cuba tgk kajian lynas....negeri lain lagi tinggi radioactive...mana datangnya radioactive tu yer....sebagai org yang bijak tentu ko boleh buat kajian sendiri ttg isu ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2012 06:46 PM | Show all posts


Polis kecewa, peserta berarak, bawa kanak-kanak


Nigel Aw
11:36AM Feb 26, 2012




Ketua Polis Daerah Kuantan Mohd Jasmani Yusof meluahkan rasa kekecewaannya dengan  penganjur Himpunan Hijau 2.0 kerana melanggar beberapa peruntukan dan syarat-syarat yangdipersetujui bersama sebelum ini.

Pelanggaran itu, termasuk mengadakan perarakan dan kehadiran kanak-kanak pada perhimpunan tersebut. Perarakan adalah dilarang mengikut Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan baru-baru ini.

"Kami telah berbincang dan mempunyai perjanjian bahawa mereka tidak berarak dan membawa kanak-kanak, tidak sangat baik," kata Jasmani.

Beliau dihubungi di sebuah pangkalan polis sementara yang didirikan kira-kira 200 meter dari padang Majlis Perbandaran Kuantan di mana perhimpunan berkenaan diadakan.

Ditanya jika polis akan bertindak terhadap penganjur, beliau menjawab: "Tidak mengapa".

Walau bagaimanapun, Jasmani berkata polis akan menyiasat pelanggaran syarat-syarat tersebut  dan menghubungi pihak penganjur untuk menasihati mereka.

Katanya, perhimpunan hari ini boleh dijadikan contoh pada masa depan dalam penganjuran perhimpunan dan majlis hari ini adalah sebagai "ujian pertama" Akta Perhimpunan Aman.

Mengenai jumlah yang hadir, Jasmani berkata ia sekadar 3,000 orang - jumlah yang jauh lebih kecil daripada 10,000 peserta seperti yang didakwa oleh penganjur perhimpunan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2012 06:47 PM | Show all posts
Bahan pro-Lynas juga muncul di Kuantan


Nigel Aw
2:23PM Feb 26, 2012



Beberapa jam sebelum perhimpunan anti-Lynas pagi ini, barangan pro syarikat pemprosesan nadir bumi muncul di sekitar Kuantan.

Tengah malam semalam, tiga lelaki kelihatan mengedarkan risalah berhubung barangan pro-Lynas di Teluk Cempedak, kurang sejak daripada aktivis anti-Lynas dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar selepas konsert spontan.

Antara barangan menarik, replika iPhone dari kertas kadbod yang berbunyi "This gadget got rare earth" (gajet ini ada nadir bumi).

Di belakangnya bertulis (terjemahan): "Banyak gajet elektronik kegemaran kamu mengandungi bahan nadir bumi dan kamu sukakannya."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2012 06:48 PM | Show all posts
DAP desak tubuh PSC kaji loji Lynas di Gebeng


Nigel Aw
3:05PM Feb 26, 2012



Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Tan Seng Giaw mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan yang bernilai RM700 juta.

"Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas," katanya.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Tan yang juga ahli parlimen Kepong itu berkata kerajaan mengambil berat pandangan rakyat, dan melihat semula isu pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah, Perak.

Katanya, berkata sisa bahan yang melibatkan Lynas dan Bukit Merah suatu ketika dahulu, mempunyai persamaan iaitu mengandungi sisa 'thorium' dan ia dipercayai menyebab berlakunya leukemia di kawasan sekitar.

Turut hadir dalam sidang media tersebut beberapa pemimpin kanan DAP antaranya Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu.

Sementara itu, tokoh Lim mengingatkan kerajaan jika mengabaikan suara rakyat, ia akan memberi kesan terhadap undi kepada mereka.

"BN kata mereka yakin untuk mengekalkan semua kerusi di Pahang, tetapi hari ini mereka diberi amaran bahawa lebih banyak kerusi mereka akan kalah selagi rakyat mengambil berat tentang alam sekitar dan pengurusan kerajaan yang baik," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2012 06:49 PM | Show all posts


Pakatan ikrar tutup loji Lynas bila tawan Putrajaya


Abdul Rahim Sabri
12:06PM Feb 26, 2012



Satu usul tergempar bagi membatalkan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) di Gebeng akan dibentangkan di Dewan Rakyat apabila parlimen bersidang semula 12 Mac ini.


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa jika Pakatan Rakyat menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, mereka akan menutupkan operasi kilang bernilai RM700 juta itu.

"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," kata Anwar pada kira-kira hampir 10,000 hadirin di padang MPK4 di Kuantan hari ini yang berhimpun bagi membantah operasi kilang dari Australia itu.

Menurutnya, Pakatan itu tidak akan mempertahankan mana-mana dasar yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.

"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," kata ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.

Isu Lynas, kata anwar, bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.


Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

Sebelum itu, Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga turut menyampaikan ucapan sambil menegaskan bahawa NGO BERSIH bersama Himpunan Hijau.

"Hari ini 'Kuning' bersama-sama dengan Hijau. Rakyat Malaysia tolak Lynas, Rakyat Malaysia tolak sesiapa sahaja yang sokong Lynas," katanya.

Beliau turut menempelak pihak tertentu yang membuat keputusan tentang Lynas, sebaliknya tinggal jauh dari Gebeng.

Ambiga juga bertanyakan kepada hadirin sama adakah mereka telah mendaftar mengundi. Kemudian rakyat melaungkan "Ya".

Sehubungan itu, beliau mahu 100 peratus rakyat keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita tolak calon yang sokong Lynas, tolak calon yang tidak berintegriti," sambil melaungkan Hidup Rakyat, Hidup Hijau dan Hidup Bersih beberapa kali.

Selepas itu, giliran seorang peserta dari unit amal PAS membacakan tiga resolusi Himpunan HIjau 2.0 yang kemudiannya diikuti oleh hadirin iaitu:-


  • Batalkan Segera Projek Loji Nadir Bumi Lynas

  • Hentikan atau nilai semula segala projek yang memudaratkan Malaysia.
  • Pastikan segala rancangan pembangunan adalah mapan dan sejajar dgn prinsip-prinsip "Piagam Bumi".


Beliau mengakhiri dengan melaungkan pilihan di tangan kita, "Hidup Rakyat", dan "Undur Lynas" beberapa kali.

Sebelum mengakhiri himpunan itu, pengerusi majlis Hishamudin Rais mengajak hadirin bertafakur dan berdoa supaya perjuangan menhentikan loji Lynas berjaya.

Mereka juga sambil mengangkat dan menyilang tangan seperti tanda pangkah ke udara sebagai tanda protes kepada loji Lynas.
Tidak kurang 10,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 hadir di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini. Mereka terdiri daripada pelbagai kaum dan datang dari seluruh negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2012 06:54 PM | Show all posts


K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0


Lee Long Hui
12:57PM Feb 26, 2012



Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas,  atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-2-2012 06:57 PM | Show all posts


15 ribu hadir, laman web Lynas digodam


8:22AM Feb 26, 2012


Himpunan Hijau 2.0 yang dijadualkan di padang MPK4 bidang sepanjang Jalan Tanah Putih menunju ke bandar Kuantan akan bermula pada jam 10 pagi ini.

Perhimpunan itu sebagai membantah tindakan Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng yang mahu membina sebuah loji pemprosesan nadir bumi yang berharga RM700 juta. Syarikat berkenaan awal bulan ini mendapat lesen operasi sementara dan kelulusan daripada Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk memulakan operasi mereka.

Penganjur perhimpunan itu malam tadi, membuat pengumuman mengejutkan pada tengah malam tadi di Facebook dengan mengumumkan bahawa mereka akan berkumpul di padang MPK1 di sepanjang Jalan Mahkota pada jam 9.30 pagi.


Menurut mereka, tindakan berkumpul di padang itu yang terletak kira-kira 1.8km dari padang MPK4 bertujuan "mengelakkan kesesakan lalu lintas".

Dari padang MPK1 mereka akan berarak ke padang MPK4. Padang MPK1 sebelum ini menjadi pilihan penganjur, namun secara tiba-tiba pada Khamis lalu, pihak berkuasa tempatan -
Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) - mula mendirikan pagar dengan alasan untuk "kerja-kerja menaik taraf".

Namun setelah berunding dengan polis pada Jumaat lalu, akhirnya pihak berkuasa bersetuju membenarkan perhimpunan diteruskan dan padang MPK4 diberikan kepada orang ramai yang mahu membuat bantahan itu.

LAPORAN LANGSUNG

12:00pm Orang ramai mula bersurai. Dua buah helikopter yang sebelum ini berlegar-legar di ruang udara memantau keadaan juga mula meninggalkan kedudukan mereka.

11:50am Penganjur mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai  berjaya dan selaras dengan janji mereka kepada pihak berkuasa untuk menamatkan perhimpunan mereka menjelang tengahari, orang ramai diminta bersurai dengan aman.


11:27am Anwar berucap, jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya, mereka akan menutupkan operasi Lynas.

"Kalau kita di Putrajaya, kita akan batalkan Lynas," tegas Anwar.


Menurutnya, gabungan itu tidak akan mempertahankan perkara yang menindas rakyat dan merosakkan alam sekitar.

"Pakatan memberi sokongan kepada kumpulan Anti-Lynas, kita minta semua kaum bersatu kerana ia isu Malaysia.

"Saya nak sampaikan mesej, kepada rakyat dan kerajaan Australia perlu bertanggungjawab dengan keselamatan rakyat Malaysia.

"Kami tidak mahu mengorbankan masa depan kami dengan projek ini," tegas ketua pembangkang itu sambil melaungkan reformasi dan Hidup Rakyat.

Beliau juga menempelak pemimpin yang didakwanya korup dan tidak menghormati kehendak rakyat.

"Mereka hanya faham duit, duit, duit," kata sambil melaungkan tolak rasuah dan bangkit rakyat. Hadirin kemudiannya menyambut laungan itu.

Anwar juga berjanji akan membawa usul tergempar dalam sesi parlimen akan datang supaya kerajaan membatalkan projek Lynas.

11:20am: Langit mulai gelap, awam hitam mula kelihatan. Peserta yang membawa anggota keluarga dilihat mula memasuki restoran bagi menghadapi kemungkinan hujan turun.

11:11am: Penganjur membacakan tiga resolusi:
  • membatalkan projek nadir bumi.

  • membatalkan atau mengkaji semula semua projek yang merugikan rakyat Malaysia.
  • pastikan bahawa semua projek-projek pembangunan adalah selaras dengan Piagam Bumi.


11:04am: Presiden Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur meminta orang ramai turut mengambil kira nasib Jalan Sultan di ibu negara yang menurutnya akan menjadi korban pembangunan untuk projek MRT.
"Jalan Sultan untuk semua rakyat Malaysia," kata pengerusi bersama jawatankuasa selamatkan Jalan Sultan.

10:50am Seorang wakil NGO Anti-Lynas berucap dan berkata rakyat kini sedang menunggu MB Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob yang mahu bersama-sama dalam perhimpunan itu.

"Dia kata, dia akan bersama dengan kita," katanya.

Menurutnya perhimpunan hari ini membuktikan rakyat Malaysia boleh mengadakan perhimpunan dengan aman tanpa provokasi.

Selain itu beliau menyeru semua pihak bertanggungjawab mendengar rungutan rakyat dan menjawab apa yang diingini.

"Kita mahu kerajaan yang mendengar kata rakyat," katanya sambil melaungkan Hancur Lynas dan Bangkit Rakyat

11:57am: Pengerusi BERSIH S Ambiga berucap menyatakan sokongan BERSIH kepada penduduk Kuantan.

"Hari ini, warna kuning berdiri bersama-sama warna hijau," katanya.

Menyentuh isu Lynas, Ambiga berkata keputusan menerima projek nadir bumi itu dibuat oleh orang yang berada jauh darpada Gebeng, tempat ia akan dibina.

Beliau meggesa orang ramai menolak calon pilihan raya yang menyokong projek itu.

10:57am Di Kuantan, sistem audio bertambah baik di MPK4 membolehkan orang ramai mendengar ucapan yang diberikan. Yang tidak dapat mendengar, mereka terus berpesta, antaranya dengan menyanyi.
10:55am
Di Kuala Lumpur, perhimpunan sama berlangsung di Maju Junction dengan kehadiran kira-kira 500 orang.

10:40am
Aktivis alam sekitar mula merucap kepada peserta, termasuk aktivis anti-insinerator dari  Cameron Highlands dan kumpulan penentang pembinaan tiang kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang.

10:40am Anwar Ibrahim sampai bersama-sama, Wan Azizah, Nurul Izzah dan Shamsul Iskandar di Pdg MPK 4.

10:30am
Semakan pada laman web Lynas Corporation mendapati ia telah digodam.

Penggodam yang menamakan dirinya HackerXL menggantikan laman itu dengan satu lagi laman bertajuk "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia. Jangan jahanamkan negara saya".

10:20am Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang tiba dan beliau diberi tepukan gemuruh oleh hadirin.

10:17am Kumpulan alam sekitar lain juga menggunakan Himpunan Hijau 2.0 sebagai gelanggang menyatakan bantahan mereka.

Antaranya aktivis dari Bukit Koman, Raub menceritakan kepada orang ramai berhubung perjuangan mereka terhadap aktiviti perlombongan emas yang menggunakan bahan kimia beracun cyanide.

Mereka berharap pihak berkuasa akan sedar bahawa nyawa lebih penting daripada keuntungan dan wang, semata-mata.

“Kita tidak janya mahu 1Malaysia, kita juga mahukan 1Malaysia yang sihat,” kata seorang wakilnya sambil diberikan tepukan gemuruh.

10:15am Beberapa pemimpin NGO dan Pakatan Rakyat pula dibawa ke pentas. Antara mereka adalah ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh, yang dikenali antara pemimpin paling lantang menentang Lynas.

Jumlah hadirin di padang MPK4 semakin ramai dan dianggarkan tidak kurang 10,000 sedang berkumpul.

10:05am Gililiran Sasterawan Negara Datuk Samad Said atau lebih popular dengan panggilan  Pak Samad untuk berucap.

Soalnya kepada hadirin "adakah kita mahu meninggalkan (loji) ini kepada anak cucu kita". Peserta perhimpunan terus menjwab "tidak!".

"Jadi apa patut kita lakukan?" soalnya dan hadirin sebulat suara menjerit: "Hancurkan Lynas".
Pak Samad kemudian menggesa rakyat bangkit mempertahankan alam sekitar ini daripada dicemari demi masa depan anak cucu semua.

Katanya, beliau sempat menulis empat buah puisi berhubung Himpunan Hijau dalam beberapa bulan ini.

"Saya ajak rakyat lawan, dan menyediakan 'rimba yang subur' untuk anak cucu kita," katanya.

10:02am Hishamuddin kemudian memberitahu orang ramai menurut anggaran pihak penganjur tidak kurang 10,000 sedang membanjiri padang itu.

Memandangkan sistem pembesar suara yang tidak begitu, baik, beliau meminta orang ramai supaya duduk sambil tepuk tangan mengikut rentak gendang yang dipalu.

Beliau kemudiannya mengetuai orang ramai mendedangkan lagu 'Suara Rakyat'  sambil diiringi paluan gendang Cina yang didatangkan khas.

10.00am: Solat hajat baru selesai. Aktivis sosial Hishammuddin Rais memberitahu para hadirin bahawa umat Islam, sebentar tadi berdoa memohon bantuan Allah supaya membantu rakyat bagi memastikan bumi ini tidak dijahanamkan oleh mereka yang korup.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2012 07:00 PM | Show all posts
Katanya lagi, mereka juga berdoa agar acara hari ini akan beroleh kejayaan.

Acara Himpunan Hijau 2.0 kini bermula secara rasmi.

Anggaran jumlah hadirin oleh polis menerusi Twitter: 4,000 - 5,000 setakat jam 9.45 pagi.

9.50am: Di lokasi satu lagi perhimpunan solodariti di Kuala Lumpur, kira-kira 200 orang yang berpakaian hijau berkumpul di Maju Junction.

9.45am Jumlah yang mula memasuki padang MPK4 semakin ramai dan setakat ini sukar bagi menganggarkan jumlah yang datang kerana ramai lagi kelihatan sedang berarak dalam beberapa kumpulan dari Kuantan menuju ke lokasi itu.

Kebanyakan yang hadir adalah penduduk sekitar termasuk keluarga mereka yang membawa anak-anak bagi membantah kilang memproses sisas radioaktif itu.

Berdasarkan jumlah orang ramai yang memenuhi lebih separuh daripada padang itu, dipercayai tidak kurang 5,000 orang yang hadir walaupun, acara secara rasmi belum lagi dimulakan.

9:26am: Pengerusi gabungan Hentikan Lynas Andansura Rabu yang diiringi kira-kira 500 ahli Badan Bertindak Anti Rare Earth Refinery (Badar) dan aktivis PAS juga mula tiba ke padang MPK4 sambil melaungkan “Kami mahu Lynas ditutup”.


Andansura adalah juga pengarah Badar.

Katanya, hanya dengan menutup kilang lynas akan dapat menjamin kesihatan orang ramai.

Bersama beliau adalah naib presiden PAS Salehudin Ayub.Turut dikesan berada di lokasi ini adalah beberpa pemerhati daripada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan juga Majlis Peguam Malaysia.

9.20am: "Hentikan Lynas", "Hancur Lynas",  "Undur Lynas" dan "Tindas Rakyat" adalah slogan popular yang terus dijerit oleh orang ramai yang berhimpun itu.

9:15am Semakin ramai ahli kumpulan hijau yang dianggarkan 2,000 orang kini bergerak ke padang MPK 4.Sepanjang perjalanan mereka dipantau oleh anggota polis.

Meskipun tidak banyak membuat bising, namun kehadiran mereka disambut oleh penduduk yang membunyikan hon kereta, tanda sokongan terthadap Himpunan Hijau.

Antara pemimpin PKR yang dilihat berarak bersama orang ramai adalah N Surendren, Sivarasa Rasiah dan Lateefah Koya.

9.10am: Meskipin cuaca di Kuantan cerah dan panas, namun di Jalan Song, Kuching - satu lagi lokasi bagi perhimpunan itu, cuaca adalah sebaliknya. Hujan menyebabkan kira-kira 30 aktivis yang berkumpul bagi menunjukkan solidariti mereka, kini bayah kuyup.

Selain Kuantan, beberapa bandar juga mengadakan perhimpunan yang sama di beberapa lokasi di seluruh negara.

Tindakan itu bagi menunjukkan bahawa rakyat di negara ini tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan mengambil risiko membina kilang radioaktif berkenaan yang dikatakan mungkin mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan orang ramai.

9:05 am Ketika ini kumpulan yang berbaju hijau sedang berjalan di Jalan Berserah menuju ke padang MPK 4.

Polis sebentar tadi memberi kerjasama kepada mereka menunggu rakan-rakan lain yang dari Kuantan dan kawasan sekitar untuk berkumpul di padang MPK 1 sebelum bergerak.

Kira-kira 20 anggota polis juga kelihatan mengawal sekitar padang MPK 1.

9.00am: Jumlah hadirin di padang MPK4, kini dianggarkan 1,500 dengan kumpulan yang membawa belon berwarna hijau pula mengambil tempat.

Jumlah anggota polis yang hadir dianggarkan kira-kira 100 orang dengan dibantu dua ekor anjing. Helikopter yang berlegar-legar di ruang udara terus berbuat demikian.

8.58am: Suasana seolah-olah serperti pesta. Aktivis kumpulan "Teater Bukan Teater" pimpinan Hishamuddin Rais mempersembahkan drama mempersendakan Menteri Besar Pahang Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Sebagai menteri besar berapa banyak awak akan beri saya untuk bina kilang?" soal seorang pelakon.

Seorang lagi yang berpakaian sebagai seorang jurutera dengan tertera perkataan "Lynas" pada bajunya menjawab: "RM700 juta!"

"Wow! Saya terima. Saya boleh ke London," jawab 'menteri besar' itu.

Kumpulan itu sebelum ini terkenal dengan teater "Tok Ampoo".

8:51am Ratusan peserta dari Hotel Megaview, kini berada berdekatan padang MPK1. Anggota polis kemudian meminta mereka terus ke padang MPK 4, tempat sepatutnya mereka berhimpun.

Mereka bergerak sambil terus menyanyikan lagu 'Suara Rakyat'.

8:45am Cuaca cerah di Kuantan, dengan semakin ramai yang datang. Dianggarkan tidak kurang 1,000 orang yang sedang berkumpul dan sebahagian besar mereka mencari teduh daripada bahang matahari kerana acara dijadualkan kira-kira sejam lagi.

Kumpulan aktivis Jingga 13 sedang memamlu kompang sambil menjeritkan slogan "Hentikan  Lynas".

8:31am Bekas aktivis pelajar Hishamuddin Rais dilihat mengetuai orang ramai sambil menyanyikan lagu "Suara Rakyat" sebelum mereka berarak ke tempat berkumpul di padang  MPK1.

Turut hadir adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan juga beberapa anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, termasuk Maria Chin dan Wong Chin Huat.

8:22am Sebuah helikopter polis kelihatan sedang berlegar-legar di bruang udara di kawasan sekitar, dipercayai bagi memantau kawasan sekitar.

Beberapa kumpulan NGO dan juga ahli parti-parti politik mula tiba.

Menurut seorang petugas unit amal PAS, PKR dan beberapa NGO itu akan berkumpul di Hotel Sentral di Kuantan manakala PAS pula di berdekatan pasaraya Giant, dan DAP akan berhimpun di berhampiran sebuah pasar.

Katanya, semua kumpulan itu, kemudiannya akan bergerak dan bertemu di padang MPK 4.
8:14am Kebanyakan yang hadir berpakaian serba hijau.

Turut hadir adalah penduduk Bukit Koman yang berkempen menentang perlombongan cyanidedi Raub.

8:10am Jumlah yang datang semakin ramai. Dianggarkan tidak kurang 300 mula berkumpul. Seorang peserta kelihatan membawa bendera Johor, manakala seorang lagi membawa sepanduk berbunyi: "Saya dari Klang, saya tentang kilang nadir bumi."

8:02am Pengerusi jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau Wong Tack berkata orang ramai diminta berkumpul di padang MPK1 pada jam 9 pagi dan mereka akan berarak ke padang MPK4 dari situ.

Satu lagi, tempat berkumpul adalah di pasar Kuantan dan mereka juga akan berjalan menuju ke padang MPK1 sebelum ke padang MPK4.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2012 07:03 PM | Show all posts


Najib: Fakta saintifik buktikan loji Lynas selamat


6:49PM Feb 26, 2012


Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan telah menyemak semula projek kontroversi nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang dan fakta saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membawa kemudaratan kepada masyarakat setempat.

Perdana Menteri berkata, kebimbangan rakyat daripada segi psikologi bahawa projek tersebut akan membawa kesan buruk juga diambil kira oleh kerajaan.

"Yang penting sekali dari segi fakta, dari segi scientific evidence projek Lynas ini tidak akan membawa kemudaratan kepada masyarakat,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri majlis makan tengah hari bersama masyarakat Sekinchan di SRJK (C) Yoke Kuan, di Sekinchan, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mengenakan syarat yang cukup ketat untuk operator Lynas termasuk syarat di mana sisa-sisa dari kilang tersebut perlu dilupuskan di tempat yang jauh dari penempatan masyarakat.

"Dan kita tidak akan beri lesen operasi melainkan kita berpuas hati bahawa masyarakat tempatan boleh menerima bahawa projek ini selamat dari segi kepentingan rakyat,” katanya.

Ditanya mengenai perhimpunan yang diadakan di Kuantan pagi ini bagi membantah projek itu, Perdana Menteri berkata pembangkang sengaja mengunakan isu sedemikian untuk menyerang kerajaan dan mendapatkan sokongan rakyat.

"Tetapi apa yang mereka lakukan bukanlah mencari satu penyelesaian.

"Kita (kerajaan) nak cari satu penyelesaian yang dapat diterima oleh rakyat, di samping itu tidak menjejaskan pelaburan kita, sekiranya pelaburan itu tidak mendatangkan bahaya dan mudarat kepada komuniti tempatan," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 07:14 PM | Show all posts
dah pakar kata selamat...selamat laa...aduii camner lagi nak yakinkan manusia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 07:49 PM | Show all posts
mcm biasa..ramai.cam woodstock
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 08:03 PM | Show all posts
Reply 1# along3746


    syok jugak dpt tgok anjing2 dap berkumpul skali skala. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 08:08 PM | Show all posts
sori dear.... gmbr mak hang duk meniaga kat belakang mati jalan wong ah jang x sempat temp ...
toki_rompin Post at 26-2-2012 12:48



    Nama je islam, kalo bab mengata kat org dah macam org kapir
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 08:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by 一只猫 at 26-2-2012 20:22

stop lynas
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 09:25 PM | Show all posts


samseng UMNO mengganas kt penang!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 09:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2012 09:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 09:27 PM | Show all posts


kalo laaa org PR wat camni kt Najib ape dorang ckp ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 09:39 PM | Show all posts
tadi Buletin Utama ckp 3ribu sj yg hadir
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2012 10:02 PM | Show all posts
the star

Big crowd at MPK4 field for anti-Lynas demo

KUANTAN: A big crowd has gathered at the MPK4 field here for the Himpunan Hijau 2.0 anti-Lynas rare earth plant protest.

The protestors, most of them in light green attire, were assembling at various locations leading to the field before marching there in groups.

Protestors buying anti-rare earth merchandise at the field


Police were stationed at all entry points leading to the field. A police helicopter was seen monitoring the situation from the air.

By 9am, the gathering turned into a carnival-like atmosphere with people beating drums and others cycling to the field to join the protest.

Many were seen in attire with the words "Stop Lynas" printed on them.

In Kuala Lumpur, a group of people gathered at Maju Junction to show their support for the anti-Lynas protest, singing Rasa Sayang and Heal The World. They chanted slogans like "Stop Lynas, Save Malaysia".

In Sibu, a group gathered at the Sibu Friendship Association to show their support.

In Ipoh, a group of people gathered at the former Asian Rare Earth Sdn Bhd (ARE) site in Bukit Merah to express their solidarity with the Anti-Lynas protesters in Kuantan.

Among the Anti-Lynas protesters in Kuantan. - PDRM photo

The group gathered at 11am to hear a short speech from Perak Anti Radioactive Action Committee (Parac) chairman Hew Yoon Tat before standing along Jalan Lahat, holding up banners and chanting slogans such as Stop Lynas' and Save Malaysia'.

The crowd dispersed at 12.10pm. Also present were Menglembu assemblyman Lim Pek Har, Batu Gajah MP Fong Po Kuan, Sungai Siput MP Dr D. Michael Jeyakumar, Tebing Tinggi assemblyman Ong Boon Piow and Gopeng MP Dr Lee Boon Chye.

In George Town, a war of words broke out between two groups gathered at Speakers Square over the Lynas Corp plant.

One group chanted Henti Lynas' (Stop Lynas) while the other shouted 'We want Lynas'. Several minor scuffles ensued but police brought the situation under control.

Several people, including two reporters from Kwong Wah Yit Poh, were hit on the head with helmets during the scuffles.

Chief Minister Lim Guan Eng arrived about 6.30pm and proceeded to lead the chants of Henti Lynas, Selamatkan Malaysia'.

He said Speakers Square was a free place for people to gather before leaving about 7pm.

The following is a timeline of the events:

11.30: The organisers announce end of rally and ask the crowd to disperse. The crowd leaves as it begins to drizzles.

11.20am: Anwar tells crowd that PR will cancel the Lynas project once they take over Putrajaya, will defend all environment and heritage issues.

Protestors lay on the road at Maju Junction. AZMAN GHANI/ The Star

11.00am: Protestors observe a minute's silence. Bersih 2.0 chairman Datuk S. Ambiga tells the crowd that Malaysians reject Lynas and those who support the project.

10.50am: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim arrives.

10.25am: DAP advisor Lim Kit Siang and Selangor MB Tan Sri Khalid Ibrahim arrive at the gathering.

MCA's Indera Mahkota Youth chairman David Choi arrives, says he came "together with our families, there are about 50 of us here."

10.20am: The protestors sing Suara Rakyat. Hishammudin Rais takes the microphone to give a speech.

10:10:am: A. Samad Said reads a poem titled "Gebeng Yang Luka" to the crowd.

9.45am: The rally gets underway with the singing of the Negaraku by the protestors, led by activist Hishamuddin Rais.

9.15am: Crowd cheers every time a group arrives at the field.

9.00am: Big crowd at the field chanting anti-Lynas slogans. National laurette A. Samad Said, PKR leaders R. Sivarasa, N. Surendran, PAS vice-president Salahuddin Ayub and Kuantan MP Fuziah Salleh seen at the field.

It is a carnival atmosphere with some people beating drums as more people march into the field. Several protestors cycle to the field.

8.20am: Crowd and traffic jam starting to build up at the field.

8.15am: Scattered groups of protesters seen walking along Jalan Datuk Wong Ah Jang towards the field after having breakfast at stalls nearby. Traffic cops monitoring situation at strategic places.

8am: People starting to assemble in front of Megaview Hotel, some 2km away from the MPK4 field, the venue of the protest venue, among them is national laureate A. Samad Said.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.057161 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list