|
kayla posted on 19-11-2012 09:19 PM
qualifying round utk Hong Kong Superseries start esok .....
main draw start hari rabu ....
yup ari ni dh nk bukak thread prediction.. xleh nk buat skrg ni sbb tgh guna tab
|
|
|
|
|
|
|
|
karambunai posted on 21-11-2012 08:06 AM
HI GUYS
prediction sudah kembali, last super series tahun ni, mari memeriahkan lagi prediction it ...
okay incik karam...
|
|
|
|
|
|
|
|
karambunai posted on 21-11-2012 08:06 AM
HI GUYS
prediction sudah kembali, last super series tahun ni, mari memeriahkan lagi prediction it ...
ok ... tq mod karam ...
esok jelah predict ... tak study draw lagi ....
|
|
|
|
|
|
|
|
congrats arif sbb berjaya kalahkan hu yun n lepas ke QF superseries .... 1st time kot ...
harap esok dapat buat yg terbaik tuk kalahkan tago ..
Mohamad Arif ABDUL LATIF - Yun HU
21-17 21-17 0:42 |
|
|
|
|
|
|
|
Wei Feng, Koo-Tan naik ranking
KUALA LUMPUR - Biarpun tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Hong Kong, layak ke separuh akhir Siri Super buat kali pertama di Terbuka China minggu lalu membolehkan Chong Wei Feng mendaki lima anak tangga dalam ranking terbaru dunia untuk menghuni tangga ke-21.
Beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga menikmati kenaikan walaupun masih gagal mencari kejuaraan Siri Super pertama dalam dua tahun dengan naik dua tangga ke kedudukan kedua dunia di belakang pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen.
Muncul naib juara Terbuka China Chan Peng Soon-Goh Liu Ying mencatat ranking terbaik dalam karier mereka apabila melonjak ke tangga ketiga, naik satu anak tangga dalam saingan beregu campuran.
Turut mencatat peningkatan ranking adalah Liew Daren, 25, yang kini menduduki tangga ke-16 daripada kedudukan 18 dunia minggu lalu.
Ranking Daren naik mendadak selepas menjuarai Siri Super Terbuka Perancis bulan lalu dan kedudukannya terus meningkat biarpun tersingkir awal di Terbuka China, minggu lalu.
Namun kedudukannya untuk ke Siri Super Masters Akhir bulan depan belum selamat selepas jatuh satu anak tangga dalam ranking Siri Super iaitu pada tangga ketujuh.
Hanya lapan pemain terbaik layak beraksi di Shenzen, 12-16 Disember ini dan Datuk Lee Chong Wei satu-satunya perseorangan negara yang sudah mengesahkan tempat dengan mengekalkan kedudukan No. 1 ranking Siri Super.
Sementara itu status Park Joo-bong sebagai Pengarah Kejurulatihan akan diketahui hari ini apabila Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh dan Pengurus Besar, Kenny Goh mengadakan pertemuan dengan bekas pakar beregu Korea Selatan itu.
BAM sudah membuat tawaran rasmi kepada bekas juara Olimpik itu, namun Joo-bong, yang pada mulanya berminat untuk kembali ke Malaysia kini dalam dilema selepas majikannya, Persatuan Badminton Jepun mengemukakan tawaran balas.
|
|
|
|
|
|
|
|
haiku posted on 23-11-2012 03:10 PM
biar betol KKK/TBH naik no2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Live on Astro SuperSport (Ch. 811)
23/11 13:00 Quarter-finals
24/11 13:00 Semi-finals
25/11 13:30 Finals
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lupakan Joo Bong
Oleh Mohd Hilmie Hussin
[email protected]
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) kini boleh melupakan Park Joo Bong dengan merencana pelan sokongan lain, bagi mencari calon baru untuk mengisi jawatan Pengarah Kejurulatihan kerana ketua jurulatih Jepun itu pasti tidak akan menerima tawaran badan induk itu apabila mengambil keputusan untuk kekal di negara Matahari Terbit itu.
Pengumuman kegagalan BAM memikat Joo Bong itu akan dibuat Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh esok selepas beliau mengadakan pertemuan empat mata dengan pakar beregu itu di Hong Kong, malam ini.
Dua minggu lalu, bibit-bibit Joo Bong tidak akan kembali ke Malaysia semakin ketara apabila BAM mengaku pemenang pingat emas Olimpik Barcelona 1992 itu menyatakan kemungkinan khidmatnya tidak dapat diperoleh selepas Jepun mengemukakan kontrak baru selama dua tahun, menyambung perjanjian lama yang berakhir Mac tahun depan.
Difahamkan keputusan untuk tidak ke Malaysia juga kerana ingin menjaga hati majikannya Persatuan Badminton Jepun yang benar-benar mahukan beliau kekal, langsung tiada kaitan dengan bayaran gaji RM40,000 yang akan diterimanya jika bersama Malaysia.
Dilema Joo Bong menolak Malaysia juga dikatakan ada kaitan dengan kesihatan bapanya yang uzur di Korea kerana memudahkannya untuk berada dekat dengan keluarganya berbanding Malaysia.
Hasrat Joo Bong ke Malaysia sebelum ini dikatakan berpunca daripada tugasan beliau yang kurang mencabar bersama skuad negara Matahari Terbit itu, apabila lebih banyak memainkan peranan sebagai pengurus berikutan pemain kebangsaan negara itu tidak menjalani latihan pusat, sebaliknya bersama kelab di negeri masing-masing.
Justeru BAM mesti bertindak pantas untuk mencari calon pengganti Joo Bong atau kembali ke pelan asal, melantik Pengurus Projek, namun pokok pangkalnya pencarian calon baru mesti dilakukan.
Kalau BAM tetap dengan pendirian mahu melantik Pengarah Kejurulatihan, mereka perlu mencari pakar berpengalaman luas di tahap tertinggi dan cekap mengurus tiga projek jangka panjang, 2016, 2020 dan 2024 bagi sasaran pingat Olimpik.
Jika sekadar mahukan Pengurus Projek di kalangan warga tempatan, mereka perlu mencari individu yang cekap mengurus sambil mempunyai kemahiran berinteraksi dengan baik bagi mendapatkan maklum balas tepat daripada jurulatih dan pemain.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/22
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 23-11-2012 04:06 PM
biar betol KKK/TBH naik no2...
Hebatkan ? Tanpa kejuaraan pun dpt no 2
|
|
|
|
|
|
|
|
wang lin kembali....akhirnya berjaya ke pentas semi final |
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 23-11-2012 09:39 AM
perhatian kawan2!!!
kalau aku nak beli tiket utk semi final & final sahaja, ko rasa dapat tak seat kat area L6 & L7 area premium tu wawa ?
|
|
|
|
|
|
|
|
wawaKKK posted on 23-11-2012 04:06 PM
biar betol KKK/TBH naik no2...
Tu pun sebab pair korea dah berpecah, tunggu lagi 2/3 bulan pair korea dok atas pulak. Pair yg baru digandingkan ni pun dah start naik dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
KKK/TBH ke final esok menang 22-20. 21-13
|
|
|
|
|
|
|
| |
|